Entry: Sampai Menutup Mata - Episod Duabelas Tuesday, August 28, 2007



...sambungan dari Episod Sebelas...

"Next weekend you free tak? I ada buat open house. I nak jemput you datang.." tanya Ariel..

"Ehhh...weekend depan? Ohh ya...I keliru dengan plan kita nak tengok wayang weekend ni. Rasanya I free. Kawan-kawan I pun takde yang ajak gi open house mana-mana..." jawab Lisa.

"Haaa...good. You boleh jadi tukang masak. Jadi chef of the day!.."

"Hahh?...iye lah tu!.." kata Lisa dengan nada terkejut.

"Just kidding la Lisa. Takkan la you kena jadi tukang masak pulak. You are one of my guest of honor nanti. Amacam?.."

"Uiisshhh...I ni bukan sesiapa pun. I ni belum bergelar Datin lagi. Hahaha.."

Ariel dan Lisa bergelak ketawa. Ariel amat suka melihat Lisa gembira sebegitu. Dan jauh di sudut hati Lisa juga suka melihat senyuman Ariel yang manis untuk seorang lelaki. Mereka berdua tersenyum dan makanan yang dipesan pun tiba. Semasa mereka menikmati makan malam, mereka masih lagi berbual-bual seperti kawan lama yang sudah lama tidak berjumpa.

*********************************************************************************************

Tiba hari yang dijanjikan, Ariel sedang menunggu Lisa di depan Panggung Golden Screen Cinemas di One Utama. Ariel sememangnya seorang lelaki yang amat menepati masa. Dia tidak suka membuatkan orang lain menunggunya. Lisa juga begitu tetapi Ariel tidak kisah untuk menunggu. Lima minit kemudian, Lisa pun muncul. Lisa kelihatan sungguh cantik dan ayu dengan mengenakan 'blouse' lengan panjang disertakan dengan skirt labuh berwarna krim yang sangat sesuai dengannya yang berkulit cerah. Ariel terpaku sebentar.

"Lisa, you look gorgeous!" puji Ariel.

"Ishh...gorgeous apanya...simple je nih.." terang Lisa.

"Simple and beautiful...tak malu ke jalan dengan I yang selekeh ni?" tanya Ariel.

"Ariel, you mana ada selekeh. I lagi takut nak berjalan dengan you. I ni simple je. Tak takut jatuh saham ke?..hahaha.."

"Saham I dah lama jatuh dah Lisa!..Hahaha...ehh, dah..jom kita masuk. Dah pukul 12pm dah ni. Show starts at 12.05pm..."

Ariel mengajak Lisa masuk ke dalam panggung wayang. Mereka berjalan bersama-sama. Nampak seperti pasangan kekasih yang sangat sepadan!

Selepas habis menonton filem di panggung wayang, mereka berdua menikmati makan tengah hari. Selepas makan, Ariel mengajak Lisa untuk menemaninya membeli belah pakaian kerjanya. Ariel ingin meminta pendapat Lisa dalam pembelian pakaian Ariel. Sengaja Ariel berbuat begitu untuk menjadikan mereka semakin rapat dan dalam pada masa yang sama, Ariel ingin melihat cara Lisa melayannya dari segala sudut. Dalam pada masa yang sama, Lisa juga amat gembira dengan ajakan Ariel. Lisa bersetuju dan sangat suka menemani Ariel dalam pemilihan pakaiannya.

Ternyata mereka berdua sangat gembira apabila membeli belah bersama-sama. Lisa sangat pandai memilih pakaian yang Ariel suka. Ia seolah-olah menjadi suatu kebetulan. Ariel dan Lisa sama sekali tidak menyangka mereka berdua mempunyai citarasa yang sama sehinggakan pelayan kedai pakaian itu bertanya adakah mereka berdua suami isteri. Mereka hanya mampu tergelak dan berterus terang dengan pelayan kedai tersebut.

"Kitorang ni kawan. Kebetulan dia nak teman saya shopping ni..lebih senang kalau ada perempuan, boleh dia pilih untuk saya..haha.." jelas Ariel kepada pelayan kedai itu.

Selepas puas membeli belah, mereka berdua kepenatan dan masing-masing ingin pulang ke rumah. Hari pun sudah hampir senja. Lalu mereka pun berpisah dengan haluan masing-masing untuk pulang ke rumah.

Ariel cukup berpuas hati dengan cara Lisa melayannya. Mereka seolah-olah seperti pasangan kekasih. Mereka sangat saling memahami dan ada toleransi serta komunikasi yang baik. Ariel berasa sangat selesa dan tidak kekok semasa bersama-sama dengan Lisa. Perasaan hati Ariel sudah mula bercambah sedikit demi sedikit terhadap Lisa. Namun begitu, Ariel tetap berhati-hati supaya tidak terlalu drastik terhadap perasaan hatinya itu. Ariel tidak mahu tergopoh gapah.

Lisa pulang dengan senyuman. Semasa di dalam kereta, Lisa terfikirkan Ariel yang sangat peramah dan sangat menghormati dirinya. Lisa teringat akan senyuman Ariel dan perasaan hati Lisa juga mula bercambah sedikit demi sedikit terhadap Ariel. Lisa juga kerap terfikir mengapa terdapat banyak kebetulan di antara mereka berdua. Adakah ini satu "chemistry" ?

"Hmmm..just go with the flow...aku taknak berharap apa-apa.." bisik kata hati Lisa.


*********************************************************************************************

Hari ini adalah hari rumah terbuka Tan Sri Affendi dan Puan Sri Azlina. Ruang halaman rumah yang luas digunakan untuk mendirikan khemah untuk para tetamu. Ariel sedang sibuk melayan para tetamu dan rakan-rakannya. Tan Sri Affendi pula sedang melayan saudara-mara serta rakan-rakannya. Ariel mula melihat jam, sudah pukul 2.30 petang. Lisa masih belum muncul lagi.

Lisa sedang mencari jalan ke rumah Ariel. Satu demi satu banglo dilaluinya. Lisa membawa teman sepejabatnya merangkap teman baiknya sekali yang bernama Nurul.

"Betul ke rumah kawan kau ni Lisa?..Nampak macam rumah-rumah Tan Sri je." tanya Nurul.

"Hmm...aku pun tak sure. Aku ikut je alamat yang Ariel kasi ni. Mungkin Ariel ni orang kaya agaknya...tapi takde pulak nampak macam orang kaya...." jawab Lisa.

Lisa menyusuri jalan yang lurus itu dan kemudian membelok ke kiri. Lisa sudah mula nampak kereta yang banyak terletak di bahu jalan. Kemudian Lisa ternampak khemah di salah sebuah banglo yang besar di situ. Lisa pun terus menelefon Ariel.

"Hello Ariel. Lisa ni...I rasa I dah sampai rumah you. Errr...rumah you yang ada khemah biru tu ke?.." tanya Lisa.

"Hi Lisa...yeah..betul la tu. You kat luar ya? I keluar sekarang ok. You tunggu jap."

Ariel bergegas keluar rumah untuk mendapatkan Lisa. Kelihatan Lisa sedang meletakkan keretanya di bahu jalan. Lisa keluar dari keretanya dan diikuti dengan Nurul.

"Hi Lisa...thanks for coming..ehh..bawak kawan rupanya.."

"Hi Ariel..hope you don't mind...this is Nurul, my bestfriend since sekolah dulu." Lisa memperkenalkan Nurul kepada Ariel.

"Hi Nurul. Nice to meet you. Thanks for coming..."

"Hi Ariel. We meet at last. Lisa dah banyak cerita about you." kata Nurul lalu Lisa mencubit Nurul.

"Ohh iye ke?..hahaha..eh..jom masuk. Panas kat luar ni. Jom.." pelawa Ariel.

Mereka pun mula masuk dan mata Ariel tidak putus-putus memandang Nurul yang sangat anggun dengan baju kebarungnya serta bertudung dan Ariel merasakan bahawa dia pernah melihat Nurul sebelum ini tetapi dia tidak ingat di mana. Lisa pun tidak kurang cantiknya dengan berkebaya nyonya coklat. Sememangnya Lisa sangat pandai bergaya untuk kelihatan cantik sentiasa. Tetapi yang kelihatan lebih anggun adalah Nurul. Ariel masih tidak ingat di mana dia terjumpa Nurul.

"Ariel ni macam pernah aku nampak. Muka dia sangat familiar...hmmm.." bisik kata hati Nurul.

Nurul juga daripada tadi memandang Ariel seperti ingin tahu siapakah diri Ariel yang sebenar. Mahu saja dia bertanya kepada Ariel tetapi dia batalkan hajatnya untuk waktu itu. Tidak sopan pula nanti katanya. Lagipun baru berjumpa. Tiba-tiba Lisa mencuit Nurul.

"Ehh kau ni, daripada tadi asyik terpandang kat Ariel je. Dah jatuh hati ke?.." usik Lisa.

"Bukan la Lisa. Aku rasa macam pernah nampak dia sebelum ni. Tapi aku tak ingat kat mana aku nampak. He looks very familiar to me." jelas Nurul.

"Looks familiar?..hmmm...jumpa dalam mimpi ke tu?..haaaaaaaaa..." usik Lisa lagi.

"Hishhh...jangan risau Lisa. Aku takkan potong line kau punya..hahahaha.." usik Nurul pula.

Ariel melihat Nurul dan Lisa tersenyum dan ketawa. Ariel pun tersenyum lalu memanggil mereka berdua bertemu ibu bapanya.

"Lisa, Nurul...this is my parents. Mama, Papa...yang ni Lisa & Nurul. My new friends.."

Tan Sri Affendi dan Puan Sri Mazlina menghulurkan tangan untuk bersalam. Lisa & Nurul menyambut salaman sambil tunduk ke bawah tanda hormat.

"Ariel, mana satu bakal menantu mama ni?.." tanya Puan Sri Azlina.

"Awak pilih la sendiri. Dua-dua pun cantik. Saya mana-mana pun okay." jawab Tan Sri Affendi sambil bergelak ketawa.

Nurul dan Lisa tersipu-sipu malu dengan gurauan ibu bapa Ariel.

"Hishh..mama dengan papa ni...ke situ pulak dia. Sorry eh Lisa, Nurul...my parents ni suka bergurau. Hopefully you're okay with it.." jelas Ariel.

"It's okay. Kitorang faham. Nice to meet you aunty, uncle." jawab Lisa.
"Nice to meet you aunty, uncle.." jawab Nurul pula.

"Nice to meet both of you too. Ehh..tunggu apa lagi, pergi makan dulu ya. Aunty nak jumpa kawan aunty kat sana kejap. Lepas kamu semua dah makan nanti kita sambung berbual ya?.." pelawa Puan Sri Mazlina.

Sambil menuju ke tempat makanan, Nurul berbisik pada Lisa.

"Lisa, parents Ariel ni looks so familiar la. Macam pernah nampak kat TV & magazines."

"Aku pun rasa macam tu. Orang kenamaan agaknya."

Lisa dan Nurul terus berteka-teki sambil mengambil makanan dan terus duduk di tempat meja makan yang disediakan. Ariel turut serta melayan mereka. Mereka berbual-bual sehingga Nurul bertanyakan sesuatu kepada Ariel.

"Ariel, boleh I tanya something tak?" tanya Nurul.


...to be continued...

   4 comments

kurzz
August 28, 2007   05:38 PM PDT
 
alaaa..sambung pulakk dahh...:( hehe..bru jer nk feel....=p..cepat2 sket sambungannya yer broo...
maman
August 29, 2007   10:35 AM PDT
 
dude. thanks.finally. ur continuing.
now. what can we do to make u write faster?
EkiN
August 29, 2007   11:53 AM PDT
 
yeahh....at last abg nd mengupdate 'Sampai Menutup Mata'.... ;) tak sabar nak tunggu nxt update! keep it up bro!
Masy
September 3, 2007   06:25 PM PDT
 
i pon nk tanye u samtinglah ariel.. eh Ariel.. hehe

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments