Entry: Mencari Sinar : Episod 13 Monday, March 14, 2005



"Ehhh...cam kenal suara ni..jap jap..let me think...hmm..." Andy berfikir.
"Ok, try teka sampai dapat, I'm waiting..hehe.."

"Haaa...I know...Nadia kan?..Patut la cam kenal suara..."
"Pandai pun!!! How are you Andy?" Nadia bertanyakan khabar.

"I ok je..you camne? Mana dapat my phone number?" Andy bertanya.
"I pun sihat je. I dapat your number from Shah sebab dia mintak tolong I ajak you hangout  this weekend. You marah ke?" Nadia cuba menerangkan.

"Ohhh..ehh, tak marah, just curious je. Pelik gak tiba-tiba you call I. Apesal Shah tak call terus I? Pelik btol." Andy mengesyaki sesuatu.
"Credit Shah dah habis, tu yang dia suruh I call you." Nadia menerangkan.
"Ohhh, gitu...hmm...about this weekend, I taktau lagi la Nadia. I maybe nak jumpa dgn Nureen."

"Nureen??? Your girlfriend eh?"
Nadia bertanya.
"Ehhh, tak tak...Nureen tu my best friend. I rasa I belum cerita kat you kot. Maklumlah, hari tu nak balik cepat. Tak dapat nak cerita panjang." Andy menerangkan.

"Ohhh, I thought your girlfriend. Heh...anyway, I just ajak je. Nanti apa-apa hal you call Shah eh?"
"Ok Nadia, I pun tak confirm lagi dgn Nureen. Tengok la camne nanti."
"Ok Andy, so...this is my number. Nanti save ya? Bye!"
"Ok bye!"

Nadia meletak telefon. Andy berasa gembira tak terkata. Dia baru sahaja memikirkan tentang Nadia. Tiba-tiba sahaja Nadia menelefonnya. Mungkin ianya kebetulan sahaja. Tetapi, dia masih berdebar apabila berbual dengan Nadia.

Andy masih belum mendapat jawapan mengapa dia berdebar. Hendak kata suka, tidak pula. Hendak kata cinta, jauh sekali. Tetapi perasaan berdebar seperti ini selalu dikaitkan dengan cinta. Perasaan berdebar ini juga akan membawa ke arah hubungan percintaan. Adakah kata-kata Nureen itu benar?

"Ahhh, tak mungkin." Andy tidak berfikir begitu. Dia rasakan hatinya masih keras tetapi semakin lama ianya semakin lembut apabila dia teringatkan Nadia. Itu yang Andy berasa sangat pelik. Apa yang ada pada Nadia sehinggakan hatinya yang keras boleh menjadi lembut semula? Sebab itulah Andy hendak mengenali Nadia dengan lebih dekat. Adakah ini dejavu yang benar-benar berlaku sekarang? Andy malas hendak berfikir tentang ini, lantas Andy terus menutup komputer nya lalu tidur.

Semakin hari, Andy merasakan dirinya amat berlainan sekali. Sudah 2 tahun perasaan berdebar itu hilang dan kini ianya muncul semula. Mengapa ia muncul pada masa-masa sebegini?

Andy pernah berdoa meminta Allah SWT supaya menunjukkan jalan kebahagiaan di antara Farah dengan seseorang yang bakal ditemuinya nanti. Jika Farah bukan jodohnya, Andy berdoa supaya segala perasaan sayang terhadap Farah dilenyapkan sama sekali dan digantikan dengan seorang perempuan yang merupakan jodoh sebenar yang boleh Andy menyayangi dan disayangi. Dan kini, Andy baru sahaja dapat melupakan Farah sedikit demi sedikit dan apabila Nadia muncul, perasaannya terhadap Farah tiba-tiba lenyap. Adakah doa itu dimakbulkan?

Hujung minggu sudah tiba. Nureen tidak dapat menemui Andy kerana ada hal mustahak. Jadi, Andy pun menelefon Nadia untuk bertanyakan tentang plan mereka dengan Shah.

"Hello Andy! What's up?" Nadia bertanya.
"Hello Nadia. I just wanna tell you that I'm free to join you all esok." Andy menerangkan.
"Ohhh, that's great."
"So, nak gi mana esok?"
Andy bertanya.
"Shah plan nak tengok movie kat KLCC. Lepas tu nak dinner sekali."
"Ohh gitu. Ok, I'm on!"
Andy bersetuju.
"Ok...so, see ya tomorrow ok?"
"Ok Nadia, take care."


Andy meletakkan telefon. Hatinya makin berdebar-debar. Esok Andy akan berjumpa dengan Nadia buat kali kedua. "Hishhh, pening! I just gotta be myself tomorrow."  Andy merungut sendirian. Dia susah hendak menjadi dirinya yang sebenar sekiranya dia mula menyukai seseorang. Itu yang dia pelik! Dia sedang menghadapi situasi sebegitu sekarang ini. Tapi, mustahil Andy sudah mula menyukainya dalam masa yang singkat.

Andy mengelamun jauh sambil teringat serangkap madah yang berbunyi...

"Cukuplah sudah hatiku terseksa
Akan ku lebih waspada
Mencari teman sehati sejiwa
Yang benar-benar mengerti apa yang dikatakan cinta dan apa itu dusta..."

"Trrroooootttt trrrooootttt" Bunyi telefon bimbit Andy berbunyi. Lalu Andy segera melihat nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

"Ehh, private number pulak. Sape plak nih?" Andy mencurigai sesuatu lalu Andy terus mengangkat telefonnya.

"Hello?" Andy mengucapkan hello.
"Hello Andy...Remember me?" Kedengaran suara yang telah lama tidak didengari.
"Huhhh?...Kau???" Andy terkejut!

### - ...to be continued...

   4 comments

intan
March 14, 2005   12:46 PM PST
 
good idea la nd.... suker buat orang tertanya-tanya... tapi yang tak puas hati tue... penat la nak nunggu.... biler nak abih nie...????????
Op
March 14, 2005   03:59 PM PST
 
keh keh keh drama spektra memang macam tu. time bersambung mesti saspen jeng jeng jenggggggg....

(sambung cepat2 sikit.tak sabo nih) hehehehe
Ahmad Ijaz
March 14, 2005   10:27 PM PST
 
WOw..hebat ending..samarinda ep hari ini. Dasyat...aku vote ko masuk kontest siri pengaranglar beb. Best citer mu nih...
rosy
March 16, 2005   08:26 AM PST
 
ala..continued..cepat cambung,dak cabar.kui!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments