Entry: Mencari Sinar : Episod 12 Friday, March 11, 2005



Ssskkkkkrrrreeeeeeeeetttttttttttttttttttt!!! Kedengaran tayar berbunyi.

"Hishhhh...kucing ni, nasib baik tak langgar." Andy merungut sendirian.
"You ok Nadia?" Andy bertanya.
"Yeah, I'm ok. Terkejut gak tiba-tiba you break. I ingatkan ape la tadi. Rupanya kucing." Nadia tersenyum.
"Tu lah. Nasib baik I tak langgar. Lega rasanya."

Andy pun meneruskan perjalanan. Kereta yang dipandu Andy pun sampai di depan rumah Nadia. Nadia pun turun dari kereta...

"Thanks Andy. Jumpa lagi nanti." Nadia mengucapkan terima kasih.
"Ok Nadia, take care. Nice to meet you." Andy membalas.
"Yeah, you take care too. Nice to meet you too. Bye!"

Andy pun meneruskan perjalanan menuju ke rumahnya. Sepanjang perjalanan pulang, Andy asyik memikirkan tentang Nadia.

"Siapa dia? Kenapa hati aku berdebar? Macam pernah jumpa tapi kat mana? Pelik. Takkan dejavu pulak? Damn! I really gotta know her. I must! Ala, lupa mintak phone number dia pulak!" Andy bercakap sendirian.

Keesokan harinya, Andy asyik termenung. Sepanjang hari dia asyik terfikirkan tentang Nadia. Bagaikan ada sesuatu yang menarik perhatian Andy. Tetapi tiada jawapan. Andy rasakan yang dia perlu mengenali dengan Nadia dengan lebih dekat supaya dia mendapat jawab segala persoalan di benak pemikirannya.

"Adoiii...apa yang Nadia tu ada sampaikan aku jadi macam ni? Pelik sungguh. Kali terakhir aku rasa macam ni pun masa dengan Farah dulu. Lepas Farah tinggalkan aku, takde satu pun perempuan yang buat aku rasa camni. Pintu hati aku terbuka balik ke? Ahh, tak mungkin." Andy bermain-main dengan benak fikirannya.

Peristiwa 2 tahun yang lepas membuatkan hati Andy menjadi sekeras batu. Sejak itu, hatinya tidak pernah terbuka untuk sesiapa walaupun ramai perempuan yang hadir dan cuba untuk mengetuk pintu hati Andy. Tetapi mereka tidak berjaya. Andy hanya menganggap mereka sebagai kawan biasa. Andy juga tidak sampai hati untuk berbuat begitu tetapi dia tidak mahu menipu dirinya sendiri. Baginya, biarlah seorang lelaki yang lebih menyayangi seorang wanita daripada seorang wanita yang lebih menyayangi seorang lelaki.

Sepanjang 2 tahun itu juga, Andy banyak melalui perkara-perkara yang buruk dan telah banyak memberi kesan yang amat mendalam. Tetapi dia tahu, itu semua membuatkan dia menjadi seorang manusia yang kuat. Memang sudah terbukti, dirinya bukanlah dirinya yang dahulu. Kini Andy adalah seorang yang kuat semangat dan cekal hatinya. Dia bukan lagi lemah. Malah, dia berjaya jua akhirnya dalam pelajarannya setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang tahun akhir ijazahnya dahulu. Hasil kesabaran itulah yang membawa kepada kebahagiaan hidup yang dia kecapi sekarang.

Orang kata, satu pergi, sepuluh yang datang. Memang benar kata-kata itu. Andy mempunyai lebih ramai kawan berbanding dahulu. Semua kawan-kawan yang baru dikenalinya memang boleh diharap dan matang. Andy selesa berkawan dengan mereka. Andy mengenali Shah sejak setahun yang lepas melalui internet. Mereka sering bertukar-tukar pendapat dan akhirnya menjadi rapat dan menjadi teman lepak. Dari situ, Andy mengenali Din dan Bad. Mereka berempat selalu keluar bersama-sama ketika masa lapang.

Trrrooooootttt trrrrrooooottttt...Kedengaran bunyi telefon bimbit, Andy tersentak daripada lamunan lalu bergegas mengambil telefon bimbitnya.

"Hello Andy!!!"
"Hello...lahh...kau rupanya. Aku ingatkan sape." Andy terkejut kerana Nureen menelefonnya dengan menggunakan nombor yang tidak dikenalinya.

"Alahai, takkan kau tak kenal suara aku lagi? Baru je 3 hari lepas kita berborak." Nureen menjawab.
"Aku tengah termenung tadi, pastu aku blur. Banyak benda aku fikir hari ni." Andy menjelaskan.
"Aikkk, dah lama kau tak cakap macam ni. Ni mesti ade something nih. Baik kau cakap." Nureen ingin tahu.

"Ntah la Nureen. Aku rasa lain macam la sejak semalam. Hati aku tak tenteram." Andy mula bercerita.
"Hahh? Haaa, kau ni mesti dah jatuh cinta nih!" Nureen meneka.
"Hishhh...sorry eh...dah lama aku tak rasa benda tuh. Tak mungkin ianya berlaku sekarang. Kau pun tau keadaan aku sekarang. Aku tak bersedia. Aku nak tumpu karier aku dulu. Aku taknak cinta datang mengacau hidup aku buat masa ni. Aku serik." Andy menjelaskan.

"Ala kau nih. Cinta tu datang tak kira masa. Kau yang cakap kat aku dulu. Takkan lupa kot?"
"Takpe la Nureen. Kita borak lain kali boleh tak? Aku sebenarnya nak rehatkan diri ni. Kerja banyak pulak kat office tadi." Andy mengelak.
"Hmm...ok la Andy. Kalau kau nak jumpa aku nak cerita about this, just give me a ring okay?"
"Ok Nureen. Thanks for listening. Nanti aku call. Maybe this weekend ke kita boleh lepak sesama ok"
"Ok Andy. Sure. Bye!"

Nureen ini cantik orangnya. Ramai lelaki yang mahu mendekatinya. Tetapi Nureen juga serik akibat peristiwa yang lepas. Andy tahu, kebanyakan lelaki yang mahu mendekati dengan Nureen adalah disebabkan paras rupa dan bentuk badannya. Nureen pernah ditawarkan untuk menjadi model tetapi dia menolaknya kerana dia tidak mahu menjadikan paras rupa & bentuk badan sebagai punca rezeki. Sememangnya Andy amat kagum dengan pendirian Nureen. Ramai juga yang menyuruh Andy mengorat Nureen tetapi Andy tidak menjumpai cinta yang dia cari pada diri Nureen. Bagi Andy, Nureen adalah kawan perempuan yang paling baik pernah dia kenali. Mereka berdua tiada perasaan cinta terhadap masing-masing dan disebabkan itulah mereka amat rapat. Nureen pun bekerja di Putrajaya tetapi di presint yang lain.

Sedang Andy mengelamun jauh teringatkan Nadia, tiba-tiba bunyi telefon bimbit Andy berdering.

"Ehhh, nombor sape pulak nih...ahh, angkat je la."
"Hello?.." Andy mengangkat telefon.
"Hello...Andy ke tu?" Kedengaran suara seorang perempuan yang pernah didengari sebelum ini.
"Yes speaking, sape ni?...ehh..jap jap...ehhhhhhhhhh..." Andy terkejut.


### - ...to be continued...

   11 comments

lemanpattaya
March 11, 2005   03:18 AM PST
 
best! best! dude.. goreng lebih sikit dude.. kasi cerita sikit panjang.. hehe.. jgn marah arr!
banai
March 11, 2005   03:25 AM PST
 
blehkah aku kenal ngan nureen? :)
Muaz
March 11, 2005   05:24 AM PST
 
hehehe..damnn!! ko memang siut laa..dgn ending cam tu..sakit hati aku.. hehehe..bila nak sambung lagi.. hahahaha. .bes bess!! hehe

Nur
March 11, 2005   05:36 AM PST
 
ayat sempoi jer...
cerita ni bagus sebagai panduan utk pompuan mengenal lelaki...
hehehhehehehhe..good work bro!
ND
March 11, 2005   08:19 AM PST
 
leman...tgh goreng la ni..haha...

banai..blehhh..no tepon dia 012-3456789 :p

muaz...ala..relax la...anticipation is the key for ppl to read more!..hehe

nur...thanks!
ayobkelubi
March 11, 2005   09:36 AM PST
 
komen aku sama macam kat tagbod ko tu...mana pakai trooo troooo dah...org pakai poliponik..kekkekeke...lagu peter pan...ok tak?
Dell
March 11, 2005   10:54 AM PST
 
cis, langgar kucing rupanya!!! igtkan ape!! ni mesti dapat idea waktu nak terlanggar kucing smlm tu kan??haha!!!

ape pulak la lps ni.... cpt sambung!!
Erin
March 11, 2005   11:45 AM PST
 
adduuusssss....
mar
March 11, 2005   11:52 AM PST
 
cisss kucing rupanya.nasib baik kali ni ending dia tak buat sakit jantung sangat.hehehe
ND
March 11, 2005   04:12 PM PST
 
dell...semalam ade nak langgar kucing ke?...:D..langgar kete ade la..eheh

yeah mar..kali ni aku biarkan korang relax...esok jantung berdebar semula..haha
Ahmad Ijaz
March 11, 2005   08:26 PM PST
 
Ehh saudara ND..yg dihormati, citer anda memang sedap. Silalah..continue dengan lebih gempak lagi..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments