Entry: Mencari Sinar : Episod 11 (Epilog) Thursday, March 10, 2005



...2 tahun kemudian...

Andy mengemas meja pejabatnya dengan kelam kabut. Macam ada sesuatu yang hendak dikejarnya. Amir pula hanya memandang sambil menggeleng kepala lalu menyambung kerjanya semula. Andy cepat-cepat mengambil laptop nya dengan keadaan yang kelam kabut lalu terjatuh pula laptop nya.

"Apahal nya kau ni Andy? Nak kata bini kat rumah nak bersalin, kau tak kahwin lagi." Amir menegur.
"Takde apa la Amir. Tengok jam dah pukul berapa. Nanti traffic jam pulak. Kau takpe la. Rumah dekat. Ok lah, aku balik dulu." Andy memberi keterangan.

Andy pun menuju ke keretanya dan terus memecut laju meninggalkan pejabatnya di Putrajaya. Andy ingin cepat pulang ke rumahnya di Ampang. Dalam perjalanan pulang itu, tiba-tiba...

Trooootttt trroooottttt...Handphone berbunyi...

"Hello kawan!" Kedengaran suara Shah di talian.
"Hellooo...apa cerita?" Andy menjawab.
"Takde ape cerita la. Aku nak ajak kau nih."
"Ajak ke mana? Kau ni bila ada plan baru nak ajak aku." Andy mengusik.
"Alaaa, ni plan baik punya ni. Kau mesti nak ikut punya." Shah membalas.
"Ok ok, bagi la tau cepat. Aku tengah drive ni."
"Aku, Din dengan Bad nak keluar gi makan lepas Maghrib karang. Jom la join." Shah mengajak.
"Ohhh, gi makan. Ok, aku no hal. Kat mana?"
"Aku taktau lagi, nanti aku kasitau kemudian. Kau bawak la awek yang hari tu. Cun siot. Rindu lak aku kat dia. Kenapa kau tak tackle je dia?"
"Ohhh, Nureen tu ke? Dia busy la. Buat apa aku nak tackle dia kalau aku takde hati kat dia. Lagipun aku tak ready lagi nak commit." Andy membalas.

Bukannya Andy tidak mahu seorang teman wanita untuk menyayangi dan disayangi. Siapa taknak? Jauh di sudut hati, teringin juga tapi bagi Andy, masa sekarang perlu dipenuhi dengan kerjaya. Lagipun, pintu hatinya tertutup rapat akibat peristiwa pahit yang dulu. Nureen sebenarnya adalah kawan baik Andy. Mereka menjadi rapat sejak mereka bertemu ketika masing-masing sedang mengalami masalah yang sama iaitu ditinggalkan kekasih lama mereka. Sejak itu, mereka menjadi rapat sehinggakan semua orang ingat Andy dan Nureen mempunyai apa-apa hubungan lebih dari seorang kawan. Tetapi, mereka tahu batasan mereka.

Selepas meletak telefon, Andy terus memandu dan menuju ke rumah. Sampai di rumah, Andy merehatkan diri di kerusi malas sambil menonton TV lalu Andy terlelap. Kemudian, terdengar azan Maghrib berkumandang memecah kesunyian untuk menyeru umat Islam mendirikan Solat Maghrib. Andy cepat-cepat mandi dan mengambil air wuduk lalu mendirikan Solat Maghrib. Kemudian, Shah telefon lagi.

"Ok Andy, kita jumpa kat Madam Kwan, KLCC kul 8.15pm sharp!"
"Ok Shah, sapa lagi yang ada? Takkan kita berempat je?"
"Haaa, tu yang kau taktau. Nanti kat sana baru kau tau sape ada. Haha."
"Iye lah tu. Dah, jumpa kat sana je. Aku tengah nak bersiap nih. See ya!"

Andy menghidupkan enjin keretanya lalu bergegas ke KLCC. Perjalanan ke KLCC mengambil masa 10-15 minit. Sampai sahaja di Madam Kwan, Shah, Din dan Bad sudah sampai. Mereka berempat pun masuk ke Madam Kwan dan Andy ikut sahaja di belakang Shah. Kemudian Shah memberi isyarat tangan kepada 4 gadis bertudung di meja yang telah ditempah. Andy pun terkejut lalu Andy berbisik pada Shah...

"Uishh..sapa ni Shah? Tak pernah jumpa pun."
"Ni yg aku nak bawak jumpa ni. Meh aku kenalkan. Din dengan Bad dah jumpa. Kau je blom aku kenalkan lagi."
"Ok."

Shah pun memperkenalkan Andy kepada 4 gadis-gadis manis tersebut.

"Ok girls, this is Andy. Andy, this is Farah, Aisyah, Nadia and Najwa."
"Hi!" Aku melambai.
"Hi Andy!" Mereka membalas.

Andy seperti terpegun bercampur terkejut apabila melihat Nadia.

"Apesal aku rasa lain macam je ni. Tapi aku macam pernah nampak Nadia ni tapi kat mana agaknya. Muka dia, perwatakan dia, macam pernah aku kenal" Bisik Andy sendirian.

Lalu Andy, Shah, Din dan Bad duduk di depan 4 gadis tersebut. Kebetulan pula Andy duduk betul-betul di depan Nadia. Andy tiba-tiba rasa tak keruan apabila duduk di depan Nadia. Nadia pun menyapa Andy...

"Andy, you ok ke tak? Nampak lain macam je, relax lah. I don't bite. Hehe."
"errr...I ok je. Just that terkejut bila Shah buat surprise macam ni."
"Ohhh...pemalu eh?"
"Ehh...tak ah..bukan pemalu, tapi biasa la, bila baru jumpa mmg I camni...hehe"
"Ohh..I paham..ala, borak-borak la macam biasa...so, tell me la about yourself."
"errr...like A/S/L ke?...hehe"
"Ehh...buat lawak tak malu pulak ye...haha.."

Tiba-tiba Shah bersuara...

"eh eh...Andy and Nadia berborak berdua je ke, tau la duduk kat hujung. Stok berborak ye, alang-alang tu, pegi la duduk berdua kat meja lain. Hahaha.."

Andy dan Nadia tersenyum simpul. Yang lain pula tergelak.

"Hampeh punya Shah. Nak kenakan aku pulak ye. Dah la buat surprise dengan awek-awek yg lawa nih. Mana la aku tak terkejut. Aku ngorat semua kang marah lak." Andy berbisik sendirian.

"Eleh Shah ni. Jealous la tu. Nasib baik datang ramai-ramai. Kalau tak, kitorang dah dok kat tempat lain dah. Hahaha." Nadia membalas.

"erkkk...halamak..malunya aku." Andy tersenyum malu. Andy tahu Nadia hanya bergurau. Tapi malu juga rasanya dia.

Semua orang tergelak tengok Andy dan Nadia. Masing-masing malu di depan makanan masing-masing. Andy buat-buat seperti tiada apa yang berlaku dan terus menjamah makanan yang dipesan tadi. Kemudian, mereka berbual-bual sehinggakan tidak sedar Restoran Madam Kwan sudah mahu tutup. Mereka pun keluar dari restoran tersebut. Shah belanja. Kemudian Shah menyapa aku...

"Andy, kau boleh tolong hantar Nadia balik tak? Aku nak hantar Najwa, Aisyah & Farah. Nadia tu duduk dekat je dengan kau. Boleh la eh?"
"Huhhh?...damn it. Kau ni nak kenakan aku dengan dia ke? Hampeh btol." Andy menjawab.
"Alaaa...be gentleman la. Lagipun aku tengok kau bukan main mesra dengan dia tadi. Hehe. Dah, gi hantar anak dara tu balik. Jangan serong pulak." Shah mengarah.

"Ok laaa. As you wish."
"errr Nadia, Shah mintak I tolong hantar you balik. You dok kat mana?"
Andy bertanya.
"errr, I dok kat Taman Melawati. Tak susahkan you ke? I boleh balik naik LRT je."
"Ehhh, takpe-takpe. I hantar you balik. Rumah I pun tak jauh. Kat Ampang je. Rasa tak sedap hati lak kalau you balik sorang-sorang naik LRT. Come on. Nanti Shah marah I pulak."
"Ok Andy. Jom!"


Selepas bersalaman dengan semua orang, Andy dan Nadia meminta diri dulu. Dalam perjalanan menghantar Nadia, mereka berbual-bual seperti sudah lama berkawan. Andy pula makin lama makin berdebar. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa ada perasaan begitu. Kali terakhir dia rasakan begitu ketika dia bersama dengan bekas girlfriend nya. Andy buat tidak tahu dengan perasaan itu dan terus memandu sambil berbual dengan Nadia.

Sedang mereka berbual, sewaktu hendak sampai di rumah Nadia, dengan sepantas kilat Andy mem'brek' keretanya secara tiba-tiba...


### - to be continued...

   10 comments

maman
March 10, 2005   08:22 AM PST
 
punya lama ko x sambung citer ni, biler sambung... dgn tiba tiba ko brek ???? grrr,,,, andy.... cepat ler tulis....
Muaz
March 10, 2005   08:30 AM PST
 
perghhh cun cun..wei sambung2..bes siutt..arghh damn it.. teringat zaman remaja2 dulu kat mesia..argh damn it.. best kan zaman usha2 awek2.. hahahaha..

nd..cepatla sambung.. aku tak sabar ni..damnn.. hehe
risya
March 10, 2005   08:31 AM PST
 
ait kenapa macam kelam kabut je rasanya nih??
ND
March 10, 2005   08:44 AM PST
 
sorry guys...

this is the 11th episode...episod 11 ni ianya ke depan 2 tahun...episod 10 berlaku 2 tahun yg lepas...sebenarnya episod 1 - 10 tu ialah flashback!..hehe :p

keep on reading guys! Thanks for reading!
Dell
March 10, 2005   10:35 AM PST
 
x sbr nak tahu nape tiba2 Andy brek!!!

btw... wonder who is Nadia??? ;)
Erin
March 10, 2005   10:38 AM PST
 
herksss....patut pun asik dok tersedak2 dari mlm tadi...ada org sebut nama ehh...
Ahmad Ijaz
March 10, 2005   12:29 PM PST
 
Aku compious sketler ND, ep 10 ada "cik" lain yg ingin mengutarakan sesuatu. Tiba-tiba 2 tahun kemudian. Saspenler ND, banyaknye awek snipping...
lemanpattaya
March 10, 2005   12:56 PM PST
 
boleh tahan gak 'teknik' yg ko guna erk.. mmmbuarrhahaha.. keep on writing dude! this is your story anyway.. make it right! hehe..
mar
March 11, 2005   01:06 AM PST
 
dia dah start dah buat ending suspen gini.buleh sakit jantung dibuatnya.sabor je la dgn ND nih
ND
March 11, 2005   08:20 AM PST
 
mar..relax la...hahaa...biasa la aku..takkan tatau :p

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments