Entry: ANUGERAH JUARA LAGU 19 Tuesday, January 18, 2005



Mungkin ramai yang menyangka bahawa Anugerah Juara Lagu ke 19 ini agak "lemau". Saya pun tak sure kenapa. Walau apa pun, saya rasa ada kekurangan dalam Anugerah Juara Lagu kali ini. Susah nak disusun dengan ayat. Perkara itu kita boleh rasa sendiri apabila melihat AJL 19.

Kemenangan kumpulan Spider dengan lagu mereka, Rela Ku Pujuk, tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Ternyata lagu itu berjaya memikat hati para juri professional. Lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri pada liriknya. Kemudian dinyanyikan oleh Tam, suara rock & sedikit suara serak-serak basah membuatkan lagu itu berjaya memikat hati peminat di Malaysia. Dengan susunan serta alunan muzik yang baik, membuatkan lagu itu lebih "berhantu" daripada lagu lain yang dipertandingkan.

Memang ramai yang menyangka lagu Pulangkan, dendangan Misha Omar akan menjadi juara. Tapi bagi saya, dari segi lirik dan kelainan muzik, lagu Rela Ku Pujuk jauh lebih baik. Apabila kita dengar lagu Pulangkan, kita akan terbayangkan Pontianak kerana mereka kata lagu ini berhantu. Tapi kalau anda mendengar lagu Rela Ku Pujuk, anda rasakan ada satu semangat baru dalam diri anda terutamanya lelaki yg dalam proses hendak memikat perempuan yang diingininya.

Jadi, Misha Omar dengan lagunya, Pulangkan, ciptaan Ajai, hanya memenangi Kategori Balada. Itu pun sudah cukup puas hati. Sememangnya Misha Omar berhak untuk memenangi kategori itu daripada artis-artis lain yg bertanding. Vokal Misha Omar sememangnya tidak dapat dipertikaikan dan seharusnya memenangi Anugerah Vokal Terbaik. Dan ternyata Misha berjaya meraihnya. Tetapi sekiranya ada vokal lelaki terbaik, saya akan pilih Zamani untuk meraihnya kerana suara beliau amat mantap semasa menyanyi live. Beliau pandai bermain dan menjaga vokalnya dengan baik.

Kemenangan Dayang Nurfaizah dalam kategori Etnik Kreatif pula sememangnya tidak disangkakan. Tetapi saya rasa beliau layak memenanginya kerana kelainan muzik yang ditonjolkan dalam lagu yang didendangkan. Tiada apa yang hendak saya komen tentang Kategori Etnik Kreatif ini lagi.

Anugerah Persembahan Terbaik dimenangi oleh Noraniza Idris. Akhirnya! Akhirnya beliau menang juga. Tapi kali ni takde satu batalion penari datang untuk mengiringi beliau. Kali ini juga beliau tidak dijunjung seperti susu cap junjung cap teko. Hahaha...

Mungkin ramai orang anggap Anuar Zain patut menang, at least dalam kategori yang beliau bertanding. Sememangnya Anuar Zain mempunyai vokal yang sangat mantap. Saya pun sendiri admire suara beliau. Tetapi, semasa beliau menyanyikan lagu Semua Untukmu pada AJL19 ini, suara beliau ada sedikit terkucil. Kalau anda perasan, ada reaksi wajah ketidakpuashatiannya terhadap suara beliau yang terkucil sedikit waktu itu. Mungkin dari situ beliau sudah tahu bahawa beliau akan pulang dengan tangan yang kosong. Keadaan ini juga berlaku pada AJL tahun 2003 di mana suara beliau juga ada terkucil sedikit semasa mendendangkan lagu Keabadian Cinta.

Finalis-finalis yang lain telah mempersembahkan lagu-lagu mereka dengan baik sekali walaupun ramai yang menganggap AJL19 ini "lemau". Mungkin lemau dari segi lagu kot. Walau apa pun, saya amat berpuas hati dengan keputusan AJL 19 kali ini. Tiada apa yang hendak dipertikaikan. Semuanya telah terbukti. Akhirnya, lagu berhantu sebenar adalah lagu Rela Ku Pujuk dendangan kumpulan Spider!


### - Harap-harap AJL tahun 2005 akan dimenangi oleh Jac dengan lagu Gemilang. Ini satu lagi lagu yang menaikkan semangat diri apabila didengar.

   6 comments

GbuM
January 18, 2005   10:51 AM PST
 
AJL19 lemau sbb tema mlm yg tu dipilh tak kena.. payah nk suitkan alam sekitar ngan nyanyian peserta2... gandingan sarimah ngan najib ali pon tak kene gak... that was my major turn off... gedik giler n menyakitkan hati
risya
January 18, 2005   11:21 AM PST
 
agree with u! result and "Kelemauan" this AJL.
samurai
January 18, 2005   02:11 PM PST
 
combination of sarimah & najib tak kene. kalo tak nak tuko host lain, better combine najib & cheryl. still tak gempak, tapi better.

maybe sebab anuar 'ke laut' kejap, tuh sebab tak dpt vokal terbaik. aku tetap rase anuar patut menang vokal terbaik.

antare lagu misha & anuar, susah nak compare. ape2 pon, misha gak yg menang. huhuhuhu...
Superdiman
January 18, 2005   08:19 PM PST
 
lemau ke ape ke... alam sekitar ke api ke tanah ke ape sekalipun aku tak pedulik.

yang best SPIDER menang. yuhuuuuu...
Polt
January 18, 2005   09:21 PM PST
 
Just to say that my friend baru email that "Rela ku Pujuk" mp3 kat my email. :P Lagu tu mmg ok. :)
KNizam
October 1, 2005   08:26 PM PDT
 
kalau gemilang jac lawan dengan aduh saliha mawi best gak nanti kan

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments