Entry: Betapa Agungnya Pengorbanan Sunday, January 16, 2005



Lepas aku register untuk masuk hospital sebagai pesakit, diorang suh aku duduk kat tempat yg disediakan. Sambil-sambil aku amik gambar, aku terlihat sesuatu yang amat menyentuh hati aku.

Seorang ayah yang sedang mendukung anak lelakinya yang berusia dalam lingkungan 3-4 tahun. Anaknya nampak lemah dan sakit. Ayahnya membawa sebuah beg yang besar. Ayahnya nampak blur. Tidak salah sekiranya aku meneka bahawa mereka bukan dari kalangan orang yang berada. Mereka berpakaian selekeh. Rambut ayahnya seperti tidak bersikat. Tapi aku amat tersentuh apabila ayahnya seperti orang yang baru hendak belajar berurusan dengan pihak hospital untuk memasukkan anaknya ke wad.

Bukan anda tidak tahu, Gleneagles Intan Medical Centre adalah salah sebuah hospital swasta yang terbaik & termahal di Malaysia. Hati aku menganggap si ayah ini mahu memberikan anaknya yang terbaik bagi menyembuhkan penyakit anaknya. Mungkin dari pandangan mata manusia yang melihatnya sebagai orang yg kurang kemampuan dari segi kewangan, tetapi kaya dari segi hati nurani sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab. Baginya, duit boleh dicari, kehilangan anak takkan dapat digantikan.

Aku kasihankan apabila melihat anaknya menunggu untuk dimasukkan ke wad. Aku pun fikir, biarlah anaknya masuk ke wad dulu sebelum aku. Walaupun budak itu datang lambat, tapi keadaannya nampak teruk. Tapi aku fikir balik, sudah tentu budak itu akan dimasukkan ke wad pediatrik iaitu wad kanak-kanak. Aku difahamkan kebanyakan wad sudah penuh. Hmmm...aku taktau apa nasib budak tu dengan ayahnya.

Apabila melihat keadaan ini, aku seperti nak menangis. Begitulah rupanya pengorbanan ayahku sewaktu aku kecil. Ayahku ke hulu ke hilir dan bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untukku. Bukan aku sahaja. Malah ayah kita semua bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sanggup bersusah payah untuk kita hanya untuk membuatkan anak-anaknya selesa.

Tapi kita? Apa yang kita buat untuk ayah dan ibu kita skang ni? Aku rasakan yang aku takkan dapat membalas budi kedua ibu bapaku. Malah, aku rasakan aku terlalu banyak dosa terhadap ibu bapaku. Ntah lah. Taktau ape nak cakap lagi. Cuba kita bayangkan bagaimana pengorbanan ibu bapa kita selama ni...Renung-renungkan...

   4 comments

zuril
January 17, 2005   03:00 AM PST
 
slalu bygkan,dan setiap kali bygkan..setiap kali tu la rasa sedih.nak balas mmg tak mampu la,ND.tp cuba jugak la kita bls..erm,apa kata kita balas dengan kasih sayang,dan keprihatinan yang berkekalan hingga mereka tua?dan tidak putus-putus berdoa utk mereka? :)
petit
January 17, 2005   07:28 AM PST
 
ohhh zurie...ko dah type apa yg aku nak type...thanks :)
aleeya
January 17, 2005   09:37 AM PST
 
nd.. u make me cry la this monday morning..
ND
January 17, 2005   10:28 AM PST
 
uish...jgn la cry aleeya..heheeh...actually masa nak tulis ni pun skit lagi nak menitiskan air mata..nasib baik..hehe

zuril...yeah..mmg selalu bayangkan...betapa agungnya pengorbanan mereka...

petit...alaa..ko ckp je la..kekeke..kan senang..eheh...aku paham ape yg ko alami

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments