Entry: Melayu Kita & Kepinggiran Bahasa Melayu Tuesday, December 21, 2004



Si A : Pukul berapa pameran ni dibuka dan bila ianya ditutup?
Si B : ermmm...it's 9am till 6pm sir.
Si A : Ooohh...saya perlu daftar ke utk nak masuk?
Si B : errrmm...masuk?..ohh yes, you have to register first to enter...


Pernahkah anda mengalami sesuatu seperti dialog di atas? Di mana ianya berlaku di negara kita sendiri. Apabila anda bertanyakan soalan dalam Bahasa Melayu, bangsa tempatan selain Melayu menjawab dalam bahasa Inggeris untuk kesenangan dirinya. Mungkin orang itu faham Bahasa Melayu tetapi susah untuk bertutur atau berlagak sombong untuk tidak bertutur dalam Bahasa Melayu. Tapi jika bangsa tempatan bukan Melayu itu berjumpa dengan sama bangsa dengannya, boleh pula bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Tapi di manakah terletaknya Bahasa kebangsaan itu sekarang? Mungkin anda juga pernah mengalami sesuatu di mana anda sampai segan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan bangsa tempatan bukan Melayu kerana mereka bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Mengapa sampai jadi begitu sekali?

Ada juga orang Melayu, bila berjumpa sesama bangsa, mereka lebih banyak bertutur di dalam Bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda sendiri. Mereka beranggapan bahawa "tak standard" bertutur dalam Bahasa Melayu. Bertutur dalam bahasa Inggeris adalah "high standard" bagi mereka. Mungkin inilah yang dikatakan "MELAYU MUDAH LUPA".

Mungkin juga disebabkan Melayu Mudah Lupa, bangsa tempatan bukan Melayu lain perlahan-lahan mengambil kesempatan. Sampaikan bangsa tempatan bukan Melayu itu telah mengiklankan iklan kerja kosong dan seperti biasa yang kita lihat sekarang, "prefered language : C******". Saya bukan sakit hati dengan bangsa tempatan bukan Melayu itu. Tapi saya sakit hati apabila syarikat org Melayu sendiri mengiklankan peluang pekerjaan dengan meletakkan, "prefered language : English". Mana Bahasa Melayu nya?

Saya pernah mengalami temuduga di mana ianya adalah sebuah syarikat Melayu dengan pekerja semuanya Melayu. Tapi saya sedih apabila terkenangkan keadaan seperti dialog di bawah ini :-

Saya : Selamat Pagi Tuan.
Interviewer Melayu : Good Morning.
Saya : Do I have to speak in English or Malay?
Interviewer Melayu : English please. In our company, we only speak english.

Dalam hati saya, "go to hell with Melayu camni". Dengan bangsa sendiri pun buat camtu. Sampai bila bangsa Melayu dan budayanya nak maju dan diketengahkan ke peringkat antarabangsa? Kenapa bangsa tempatan bukan Melayu lain boleh pula bertutur dalam bahasa ibunda mereka semasa ditemuduga? Kenapa orang Melayu kita masih lagi nak jaga "standard" dengan bertutur bahasa asing?

Mungkin disebabkan itu bangsa tempatan bukan Melayu lain semakin maju. Orang Melayu pula semakin mundur. Semakin hari bangsa tempatan bukan Melayu lain mengambil kesempataan di atas kemunduran orang Melayu. Dan kini, orang Melayu kita terpaksa berbahasa Inggeris dengan bangsa tempatan bukan Melayu yg lain kerana bangsa tersebut tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Bukankah ini seperti di bumi sendiri kepala kita dipijak?

Mungkin anda melihat borang pendaftaran Maxis ataupun bil telefon Maxis di mana ianya mempunyai dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dan adakah anda sedar bahawa Bahasa Inggeris terletak di atas dgn font yg besar dan Bahasa Melayu terletak di bawah dgn font yang kecil. Mungkin bagi anda perkara ini kecil dan remeh temeh, tetapi inilah salah satu bukti semakin hari bangsa tempatan bukan Melayu lain mengambil kesempatan.

Dan yang paling dikesali, kerajaan langsung tidak memandang serius terhadap perkara ini. Mungkin baru-baru ini sahaja ada sesetengah pihak telah mula memandang secara serius terhadap kepinggiran Bahasa Melayu. Ini adalah satu peringkat permulaan yang sangat bagus. Tapi kita tunggu apakah tindakan kerajaan selepas ini. Harap-harap, mereka dapat berbuat sesuatu. Tetapi jangan harapkan kerajaan sahaja, kita orang Melayu kena berusaha sendiri juga untuk melindungi dan memartabatkan bangsa sendiri di bumi sendiri.

*Penambahan*

Mungkin ramai yang akan membalas dengan berkata bahasa perniagaan adalah Bahasa Inggeris. Faham. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Inggeris adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Tapi bagi saya, sebagai rakyat di negara Malaysia, sepatutnya kita bangga dan gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar walaupun dalam bidang perniagaan. Hanya apabila berurusan dengan orang asing sahaja kita patut berbahasa Inggeris.

Tapi mengikut pengalaman saya pergi ke seluruh dunia, para pelancong akan lebih hormat kepada kita sekiranya kita mengagungkan bangsa, budaya & bahasa sendiri. Seperti rakyat China & Jepun, mereka adalah contoh terbaik. Seluruh dunia tahu akan budaya, bangsa & bahasa mereka. Mengapa tidak kita?

Saya nak tekankan sekali lagi, Bahasa Inggeris sememangnya penting. Ianya adalah bahasa global. Tapi kita berada di bumi sendiri, di negara sendiri, di bawah penguasaan kerajaan tanah Melayu. Mengapa perlu bahasa asing mengatasi bahasa ibunda kita sendiri?

Kalau dilihat sesetengah entry saya sebelum ini, saya menggunakan bahasa Inggeris juga. Ianya penting juga untuk menguatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris saya. Tapi saya tak lupa pada bahasa ibunda saya.

Mungkin kalau ada sesiapa yang terasa terhadap entry ini, harap mohon maaf. Tapi inilah yang berlaku dalam Malaysia. Kita orang Melayu harus menerima teguran untuk memajukan diri dan bukannya melenting. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Tapi akan hilang juga kalau Melayu sendiri tidak mengagungkan bangsa, budaya & bahasa sendiri.

Esok saya akan sambung isu ini.

   19 comments

hafiz
December 21, 2004   10:54 PM PST
 
nak pakai BM? bukak company sendiri...takyah susah2 cari keja company lain... cari solution sendiri dari tunggu org lain buat solution.
ND
December 21, 2004   11:46 PM PST
 
jgn fikir tu je...fikir ape nak jadi dgn bangsa sendiri..
Izelan
December 22, 2004   12:01 AM PST
 
Ehh hello, amboi sedap engkau kutuk kita orang cakap bahasa melayu ala kadar. Tidakkah kamu sedar, kita mundur selama ini adalah disebabkan kerana tidak prihatin terhadap bahasa "perniagaan".

Memang tidak wajar untuk berbalas bahasa melayu dengan bahasa inggeris. Tidak keterlaluan jika saya katakan, untuk memajukan diri, kita perlu memahami dan mengunakan bahasa inggeris dengan lebih menonjol. Cubalah kamu tanya ahli perniagaan yg maju di negara ini, apakah bahasa perniagaan yg digemari?

Kerajaan sudah menyedari hakikat ini, malah telah menukarkan subjek-subjek di sekolah yg asalnya bahasa melayu ke bhs Inggeris.

Melindungi martabat tidak bermaksud dengan hanya fasih berbahasa melayu dalam pengunaan seharian. Adakalanya, membuka minda dengan bahasa lain juga dapat meningkatkan taraf prospek dari segi mendapat kontak-kontak penting dari luar.

Tapi memang benar, bahasa melayu tidak harus diketepikan begitu sahaja atau dipandang remeh temeh. Walau apa pun, pada masa kini, ini bukanlar masalah "standard" atau utk "show off", saya berpendapat kalau ditutur bahasa inggeris adalah lebih bermanfaat secara realiti dan bukan mengikut emosi semata-mata.
aiskrim
December 22, 2004   03:13 AM PST
 
ND,mungkin sebab tu aku tulis blog aku dlm BM...kebanyakannya laa...
Hmm.. orang jepun dengan perancis, tak yah guna bahasa inggeris sebagai bahasa 'rasmi' pon bley maju..tu yg heran tuh apesal kita kena guna BI. Yang penting, bangsa lain bley pulak menjalankn urusniaga dgn 2 negara ni w.pon berbeza bahasa.
Bukan BI tak penting tapi mcm kata ko, skrg main teruk BM dipinggirkan..hmm... nama je Bahasa Melayu tu sebagai bahasa rasmi..
ND
December 22, 2004   08:36 AM PST
 
Izelan, ini bukan berkenaan dgn emosi. Saya minta maaf kalau anda terasa. Bahasa Inggeris sememangnya bermanfaat, tapi orang Melayu kita selalu lupa. Bila dah cakap BI, mereka lupa BM. Selalu sangat macam tu. Itu yang saya hendak bangkitkan. Bukannya saya nak hapuskan BI. Jangan salah faham ya?. ;)

Esok saya akan jawab soalan anda dgn lebih detail.
Hafiz
December 22, 2004   09:08 AM PST
 
memang bahasa ibunda tuh penting..kalau takde sape nak tegakkan bahasa sendiri, confirm musnahlah satu bangsa tuh.. tapi cuba fikir, bahasa melayu yg asli tak de plak sesusah bahasa yang kita dok belaja kat sekolah tuh... cuba fikir..

org melayu malas nak menegakkan bahasa sendiri sbb telah diajar yang bahasa melayu ni susah. tengok je syllabus BM kita. Student sendiri pon merungut.

Kalau macam bidang IT, nak pakai BM, agak susah sbb, terms2 yang digunakan kena ler sama ngan technical terms nyer yang dalam english. sekadar bagi contoh. aku tgk buku programming dlm BM pon boleh jadi confuse langsung jadi tak minat..

kau punya hujah tuh valid. btul kita kena tegakkan bahasa sendiri. tapi pada pendapat aku, kena tengok tempat nya dan kena pandai balancekan between BM and BI. Plus, kena tengok realiti.

kita bukak minda kita, terima realiti walaupon agak pahit tuk menelannya. cadangan aku penah aku cakap kat kau dulu masa conference yahoo. nak martabatkan BM? tukar syllabus BM kat sekolah tuh. pada aku, orang melayu mula tak minat kat bahasa sendiri dari sekolah lagi.

lagi satu, "takkan melayu hilang di dunia" agak tak relevan pada aku. sepatutnya, "takkan islam hilang di dunia"...itu lagi penting..

just my 2 cents
maman
December 22, 2004   09:18 AM PST
 
takkan melayu hilang di dunia. why limit it to the language. its very hard for a language to die. it would evolve to accomodate changes made with time. mmg melayu takkan hilang di dunia. becoz i would assume it as a race. even if the new malay is not like the old malay. but it is still malay. u are still malay, even though, lets say, for ur wedding reception, u have it as lunch reception, instead of the more traditional rolling crowd between 11 to 4pm. these days, for ease of time, we rent a huge hall that can accomodate 1k guests, we cater the food instead of the more traditional gotong royong masak, we sent out invitations informing people that the reception is a lunch reception ( thats 12 -2 pm). i would think that these are changes that evolved out of practicality and time management. is it so bad ?
maybe that malay company wanted to improve the fluency of english in that company because maybe , its clients are not limited to malay. if its an IT company, then, the english only rule would make sense, as the basis of their business is in english.
i do agree though that they are some malays out there would totally refuse to speak in malay because its not hip, whose english can match that of a mad salleh. hell, i cant speak my mother tongue because when i was small i didnt have a chance to learn it, instead , i learned malay first, english later because i had to interact with my cousins. now , my clan wants me to learn the mother tongue for the wrong reasons. and i refuse to learn my mother tongue for those reasons.

but why is identity of race important? because religion does not recognize race as an important factor. when we go for haj, we are all required to wear a white cloth, that is not stitched. which we were told symbolize the fact that no matter what color skin we are, what race we are, we are all the same. that in HIS view, we are all equal.
so what does it matter what language we speak? arent we all the same? its unfortunate that english people decided to conquer half the world, and in the process helped to establish english as one of the business medium of the world. its also unfortunate that the english translated the works of the islamic academians and established english again as the medium of academia. and since we are still followers or the business and academic models, we would still have to use their language.
my two cents.
aleeya
December 22, 2004   10:04 AM PST
 
hmm, aleeya pun slalu guna bahasa "rojak". sebab dah terikut2 kan? dah terbiasa.. dah jadi habit plak..
bagi aleeya, english tu mmg penting. mmg bagus kalau dpt cakap/menulis dalam english dgn baik.. leeya tgk imran, polt, manzek.. english derang mmg terlebih bagus la. leeya rasa mcm best je kalau leeya dpt tulis english mcm tu.
antara english ngan malay. kalau leeya rasa kalau kita bertanya dlm malay, kita expect org tu reply dlm malay la kan? vice versa..
tgk tu, dah rojak balik.. aisey..
kesimpulannya tak cukup "vocab" malay tak bagus, english pun tak bagus.. itulah org melayu kita..
aleeya
December 22, 2004   10:11 AM PST
 
ive seen people who r good in both english and malay. they will speak 100% malay. and the other occasion, they're able to speak english fluently, without -lah and so on. i think this is professional.
ND
December 22, 2004   10:53 AM PST
 
wow..such a good replies from u guys..hehe..bagus bagus..aku suka comments yg membina camni..teruskan!...esok aku akan jawab komen korang..
risya
December 22, 2004   05:19 PM PST
 
wah.. interesting topic! respond pun ok.. sya agree kita kena tengok keadaan and situasi.. kalau kena kita berbahasa inggeris.. kena guna proper inggeris.. kalau kena guna in BM pun also guna proper BM. especially kalau deal dgn goverment.. ni tgk kadang2 dua2 hancur.. tu problemnya!
tp kalau tulis komen kat blog ndy ni.. tak payah guna proper bahasa kan ndy?
my experience kat one private hospital, phisioteraphy dia tegur one "ca ya nun alif' boy sbb that boy seolah2 tak reti berbahasa melayu. and i think thats so cool!
didie
October 6, 2005   02:23 PM PDT
 
x kisah lah bahasa ape pown u guys nak pakai asalkan kita berpijak di bumi yg nyata tp jgn lah sampai nk bebahasa english 24 jam sehari.. x logik ok.. ini malaysia bkn USA.. bkn ke bahasa jiwa bangsa.. bahasa melayu pown apelah kurang nya.. hebat jugak.. jgn perkecilkan bahasa melayu kerana bahas melayu adalah seperti cermin negara kita yg berbilang bangsa dan agama
Che Li
January 5, 2006   07:07 AM PST
 
sori la sebab saya lambat sikit join perbincangan ni. Saya baru sedar...

Bagi saya, lebih banyak bahasa yang kita kuasai, lebih baik, tidak tertakluk kepada bahasa Inggeris sahaja. Tetapi secara kebetulan BI digunapakai di seluruh dunia, maka kita semua hendaklah menguasai bahasa ini yang dapat difahami lebih 2/3 dunia ini. Selain itu, kebanyakan sumber rujukan yang ada kini ialah dalam BI, maka atas sebab inilah perlunya kita menguasai bahasa tersebut. Dalam usaha menguasai bahasa lain seperti Perancis, Jerman atau Itali, BI juga ialah pengantaranya, menunjukkan betapa pentingnya bahasa itu di dunia ini.

Bagaimanapun, setinggi manapun mendongak ke langit, rumput di bumi usah dilupa. Bangsawan Melayu, politikus, korporat dan cendekiawan Melayu dan Malaysia kini lebih nampak akan sinarnya bahasa Inggeris, sehingga lupa memberi sinar kepada bahasa sendiri. Lihat sahaja orang Arab zaman kegemilangan Islam, segala kitab dan buku dalam bahasa Rom dan Yunani diterjemah ke bahasa Arab demi pemahaman yang mendalam orang-orang mereka, sekali gus memajukan tamadun bahasa dan bangsa mereka. Orang Eropah begitu jua, menterjemah segala tulisan orang Arab ke bahasa mereka. Orang Jepun zaman Meiji pula menyalin semula buku-buku itu ke bahasa mereka, maka berkembanglah bahasa masing-masing, sehinggakan di negara-negara Korea, Perancis, Jepun, dan Jerman, mereka boleh maju dengan bahasa sendiri kerana cukup sumbernya, walaupun tidak berbahasa Inggeris. Filipina pula, sungguhpun rakyatnya fasih berbahasa Inggeris, namun produknya yang utama, hanyalah tukang masak dan orang gaji yang dieksport ke Malaysia.

Jadi yang penting di sini, penguasaan ilmu, dan kerajinan membangunkan tamadun sendiri, bukannya menggunakan bahasa Inggeris membuta tuli tanpa tahu apa tujuannya menguasai bahasa tersebut.

Tentang tujuan bahasa inggeris, kita sedia maklum bahawa BM kekurangan sumber. Maka diperkenalkan BI supaya anak-anak kita mampu membuat rujukan dengan mudah dalam bahasa tersebut. Namun bila dah pandai, jangan lupa bahasa ibunda sendiri. Majukanlah ia. Terbitkanlah pula rujukan-rujukan dan sumber-sumber dalam bahasa Melayu supaya senang anak-anak yang di kemudian hari memahami ilmu itu, kerana diajar dalam bahasa sendiri, bahasa yang sejak kecil digunakan. Dengan itu, lama kelamaan barulah sumber BM cukup dan keperluan menguasai BI itu hanyalah perlu untuk berkomunikasi dengan dunia luar, berdebat di pentas dunia dan lain-lain.

Bos-bos syarikat di Malaysia mesti sedar yang kita berdagang itu dengan siapa. Dengan orang kita atau orang putih? Kalau hantar bil kepada orang kita sendiri, tak perlulah berbahasa asing, guna sahaja yang mudah difahami, bahasa kita sekali gus menunjukkan di mana jiwa kita.

Di Jepun, tempat yang saya tinggal kini, orang asing terpaksa belajar bahasa Jepun, kerana orang Jepun sendiri sayang bahasa mereka, diguna dalam surat-surat rasmi dan sebagainya. Hal ini sekaligus menaikkan martabat bahasa Jepun sebagai bahasa ketujuh di dunia.

Sedarlah, betapa minda kita telah dirasuk penjajah beratus-ratus tahun, yang mengatakan segala-gala yang milik kita tak bagus, yang bagus hanya yang dari barat sahaja. Kitalah jelek, merekalah tuan.

Jika bukan kerana Munsyi Abdullah yang mula berani mengkritik orang Melayu, kita mungkin takkan berani bangga dengan apa yang kita ada. Jika bukan kerana Zaaba yang memajukan sistem ejaan Melayu dan asyik berleter tentang sikap orang kita, mungkin bahasa kita lebih lintang pukang, berbelit-belit tiada hukum-hakamnya. Maka hargailah jasa mereka dengan mendalami semangat mereka serta meneruskan perjuangan mereka.

Sesungguhnya, enggannya orang tempatan bukan Melayu bercakap bahasa Melayu tidak lain kerana enggannya orang Melayu sendiri menuturkan bahasa ibundanya, sungguhpun dalam cakap-cakap biasa di kedai kopi.

Di Indonesia, orang cina (lebih sopan disebut Tionghua di sana) menuturkan bahasa Indonesia kerana orang pribumi juga menuturkan bahasa itu. Di Jepun tak payah ceritalah...

Maka dalam soal bahasa ibunda di sini, saya, anda, dan kita semua, sedarlah,
apa guna belajar Bahasa Inggeris dan di mana tanggungjawab kita terhadap bahasa sendiri?

Tepuk dada, tanya ND...
E-WAN
February 20, 2006   03:48 PM PST
 
Assalamualaikum...ND

Lama tak jumpa...dulu masa kat MMU selalulah nampak. Apapun topik yang ko post ni dah timbulkan satu perdebatan yang panas.

Tapi saya berada dipihak yang memperjuangkan bahasa Melayu. Pada saya bukan salah belajar bahasa selain bahasa Melayu tapi dalam apa sekalipun dahulukan bahasa Melayu. Masalahnya pemimpin kita tak pernah nak faham. Bukankah bahasa itu jiwa bangsa?

Tapi ND dan kawan-kawan semua dalam realitinya hari ini yang tercabar bukan saja bahasa Melayu tapi budaya Melayu dan agama yang menjadi pegangan Melayu itu sendiri. Apa yang amat saya risaukan ialah generasi muda yang makin hilang identiti Melayu Islam nya.Semuanya berpunca dari cara hidup yang menjadi ikutan dan pilihan mereka.

Saya tengok budak-budak sekolah pun dah selamba hisap rokok tanpa ada segan silu. Kemudian budaya bercinta yang lari dari batas. Ditambah pulak dengan pengaruh aliran muzik dari luar dan rancangan realiti tv. Lepas tu sekarang ni budaya rempit cukup meluas. Itu tak termasuk yang terjebak ke disko ke kelab malam ke..jadi inilah yang jadi penghancur bangsa Melayu sendiri.

Satu lagi kalau masuk bab agama Islam memang sejak dulu lagi memang dah dicabar dengan berbagai permintaan dari yang bukan Islam. Jadi kalau lah generasi muda sekarang tidak peka dengan semua ini bagaimana nak menangani cabaran mereka di masa depan?
Fikirkanlah...

Saya minta kita semua sama-sama pertahankan kedaulatan Melayu dan kesucian serta kemuliaan Islam kerana jika kita gagal maka bangsa Melayu Islam akan jadi pelarian dibumi sendiri.

Saya mohon maaf kalau apa yang aku tulis ini dah lari dari tajuk tapi rasanya ada kena mengena juga. Bukan apa sekadar untuk kesedaran kita. Saya sendiri pun bukanlah sempurna tapi apa yang saya katakan berdasarkan apa yang saya nampak, dengar dan baca.

Wassalam..

Melayu dulu,
Raja nya berkuasa,
Pembesarnya bergeliga,
Pemudanya jadi pahlawan perkasa,
Gadisnya ayu tiada tandingan,
Bahasanya seantero jadi sebutan,
Kerana Islam jadi pegangan.

Melayu kini,
Raja nya bagaikan boneka,
Pembesarnya tak mampu bersuara,
Pemudanya lemas dalam hasutan,
Gadisnya layu dalam rangkulan,
Bahasanya kini tak dihiraukan,
Kerana Islam jadi mainan.

Renungkanlah ...fikirkanlah...
Kalau dibiarkan semua ini ,
Pasti kehancuran akan menanti.
Kalau kita berjaya menangani,
Pasti Melayu akan bangkit kembali.
Ayam Sabah
March 2, 2006   10:48 AM PST
 
Janganlah banyak kritik, yang penting is important, pokoknya kita semua bahagia. Bahasa Melayu / Malaysia is Bahasa Kebangsaan, Bahasa harian, Bahasa Inggeris pula bahasa antara bangsa. Kalau tinggal di Malaysia sepanjang hayat dan engan berniaga dengan orang luar tak payah belajar bahasa asing. Ia semua terpulang pada anda sendiri!!
Fatin Hanani
January 22, 2007   08:38 PM PST
 
Erm..Saya setuju dengan ND, tak patut kita buat bahasa kedua kita iaitu bahasa inggeris sebagai bahasa pertama kita. kita orang Melayu...kalau sesama bangsa Malaysia,kita cakaplah dalam bahasa Melayu,tetapi kalau kita nak bercakap dengan orang dari luar negara yang tak paham sepatah haram pun bahasa Melayu barulah kita guna bahasa inggeris.. kita berbahasa kenalah ikut kedaan bukan 24 jam pun nak bercakap dalam bahasa inggeris..Lagi satu,kalau betul-betul dah KEMARUK SANGAT nak bercakap dalam bahasa inggeris..jangan la campur-campurkan pula dengan perkataan Melayu.. orang yang selalu guna "bahasa rojak" ni dah merosakkan bahasa Melayu dan juga bahasa yang mereka kemaruk sangat tu. Bagi saya, orang yang selalu guna "bahasa rojak" ni adalah orang YANG TAK RETI BERBAHASA..HAHAHA..GELAKKAN ORANG YANG TAK TAHU BERBAHASA NI!! PADAN MUKA!!
Feriska
January 27, 2007   02:43 PM PST
 
Dapatkan income tambahan menarik dari internet,tanpa menggangu aktivitas anda sehari-hari,silahkan klik di :
http://www.formulabisnis.com/id.feriska
mariahns
August 24, 2007   09:02 PM PDT
 
assalamualaikum kepada penulis, terima kasih dengan keperihatinan anda bahawa bahasa melayu makin terpinggir. Itu memang hakikatnya. Tapi alahaiiiiiii..... bahasa melayu anda sendiri tunggang langgang. Banyak perkara haram dalam penggunaan bahasa melayu anda masih guna. Membacalah untuk memperbaiki bahasa anda, nanti janganlah bahasa lain tak berapa fasih, bahasa ibunda sendiri pun berterabur.. harap anda tidak berkecil hati. Contohnya penggunaan 'ianya' sejak saya di bangku sekolah lagi telah diharamkan. Dan banyak lagi perkataan yang salah nahunya. Pendek kata kalau ada editor yang baca artikel anda ni jadi sakit hati. Nanti orang kata cakap tak serupa bikin pula. Walau bagaimanapun saya tabik dengan semangat anda.
ND
August 27, 2007   11:05 PM PDT
 
Terima kasih kepada semua kerana menyokong dan mengkritik secara terbuka.

Mariahns,
Terima kasih di atas teguran anda. Saya amat menghargainya. Walau apapun, saya sedar akan kesilapan saya terhadap penggunaan nahu serta tatabahasa di dalam karangan saya ini.

Tetapi bagi saya, cara penyampaian serta mesej yang hendak disampaikan adalah lebih penting. Saya cuma mahu menulis untuk memahamkan pembaca dengan cara yang lebih senang dan efektif dan supaya para pembaca tidak bosan.

Pernahkah anda terfikir bahawa mengapa terlalu kerap penggunaan bahasa, nahu serta tatabahasa yang sering berubah-ubah sehingga menyebabkan kaum bukan Melayu dan kaum Melayu itu sendiri menganggap BM adalah bahasa yang susah?

Saya sudah banyak kali dengar akan perkara ini yang seakan-akan menunjukkan Dewan Bahasa & Pustaka terlalu kerap menukar sesuatu di dalam Bahasa Malaysia/Melayu itu sendiri yang mengakibatkan ramai tidak tahu menahu akan perkara itu. Mungkin kurang promosi?

Tetapi bagi saya, haruslah ditetapkan sesuatu tatabahasa/perkataan/nahu itu supaya rakyat kita tidak bingung dan keliru akan Bahasa Kebangsaan negara kita ini.

Bukan apa, bagi saya, sebelum kita hendak memperbetulkan orang lain, haruslah kita cerminkan diri kita dulu. Sama seperti DBP yg selalu ingin mengubah tatabahasa BM mengharapkan pengguna menggunakan nahu serta tatabahasa yg sempurna tetapi tidak langsung menyebarkan berita tentang penukaran tersebut secara besar-besaran... ;)

Terima kasih sekali lagi di atas teguran anda. Saya akan terus berusaha memperbaiki kelemahan saya. Dan saya harap DBP sendiri akan memperbaiki kelemahan mereka. ;)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments