Entry: Masa Sunday, December 19, 2004



"Aku bz gile..sampai takde masa nak spend time dgn orang2 tersayang.." kata member aku..
"Ala..tak boleh la camtu.." Aku tak bersetuju...
"Hmm..aku pun taktau macam mana kau ade masa utk buat semua tu.." member aku musykil...
"Kalau kau takde masa, kau carik masa...itu la yg aku buat skang.."

Semakin hari kita semakin sibuk dengan tugas harian kita. Itulah yang berlaku pada diri aku sekarang. Walaupun semakin sibuk, tak semestinya kita tak boleh mempunyai masa untuk bersama keluarga atau rakan-rakan. Kerja tu kerja jugak. Sosial tu sosial jugak. Family pun family jugak.

Memang pada masa-masa akan datang, kita akan menghadapi situasi yang lebih sukar lagi. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti bila kita tiada masa. Oleh itu, aku perlu membuat persediaan pada waktu-waktu begini. Aku perlu mencari masa untuk melakukan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang manusia. Biar sibuk macam mana pun, hati keluarga & rakan-rakan serta kenalan lain harus dijaga.

Pengurusan masa adalah penting untuk lakukan semua itu. Bagi aku, biarlah aku meluangkan masa yang terluang dengan keluarga atau rakan-rakan. Aku tak kisah kalau takde masa untuk diri sendiri sebab masa diri sendiri sudah banyak terluang sewaktu aku bersendirian. Cukuplah aku pergi ke Langkawi bersendirian tanpa teman 4 bulan yg lepas. Selama 3 hari 2 malam, aku dapat mengenali diri aku dgn lebih dekat. Dan pemergian aku ke Langkawi telah membuka satu lembaran hidup baru dalam diri aku.

Masa itu emas. Dan oleh kerana ianya emas, haruslah kita meluangkan masa dengan orang-orang yang "precious" and "worth it".

   4 comments

petit founder lantit
December 20, 2004   06:59 AM PST
 
sokonggggg....aku rasa pon macam tu gak.
aleeya
December 20, 2004   09:21 AM PST
 
at this mo' i just wanna spend my time wt my family..
masa lepas dah byk abiskan masa ngan kawan2.. bf, alone..
now i think my family deserves my weekends and hols.
i've neglected them so much in the past..
wkdin
December 20, 2004   10:34 AM PST
 
kalau nak tau itu lah maksud ikie masane....


masane tu masa...+ ikie

ini masanya.......

Kan Demi masa.... sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.. kecuali......
langsat
December 21, 2004   07:30 AM PST
 
ko tak updet entry hari senin? kan tiap2 hari updet?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments