Entry: Mencari Sinar : Episod Kesepuluh Monday, November 22, 2004



...sambungan...

"Andy, please. I just can't be your girlfriend or even a friend. I'm not worth it. You have your friends and you can get a lot better than me. You won't like me if I tell you the truth. I just can't tell you."

Permintaan Farah amat sukar untuk aku terima. Aku tahu ini terlalu baru buat diri aku dengan dia. Tiada salahnya kalau diteruskan supaya aku dapat mengenalinya dan supaya aku dapat tahu apa masalah-masalah yang dia hadapi sama ada yang sudah lepas atau sedang berlaku.

Aku hairan. Aku hanya menyukainya sahaja. Belum ada lagi perasaan sayang timbul. Belum ada lagi perasaan cinta timbul. Tapi hati aku semakin hari semakin membara. Sememangnya perkara ini tidak pernah berlaku seumur hidup aku. Kadang kala, aku bingung dengan perasaan aku ini. Sudut di dalam hati, hanya perasaan suka. Tapi berdasarkan tingkah laku aku terhadap Farah, nampak macam sayang & cinta. Aku bingung!

"Farah, please dengar cakap saya. Walau apa pun masalah yang awak hadapi, saya sanggup mengharunginya dengan awak. Terpulanglah pada awak nak cakap apa. Saya tetap takkan tinggalkan awak. Saya menghormati permintaan awak, tapi saya rasa saya nak menghormati awak dengan cara berada di sisi awak so that I can be your crying shoulder at any time."

Hahhh..itu dia. Aku pun taktau macam mana aku boleh mengeluarkan ayat-ayat sebegitu rupa. Adakah ianya datang dari hati yang semakin lama suka atau sayang pada dia? Aku pun tak pasti. Nampaknya aku benar-benar ikhlas untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Farah hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana hendak menangkis kenyataan yang aku berikan. Aku tahu dia sedih. Aku faham perasaannya. Tapi dia perlukan seseorang untuk mengenalnya dan memahaminya. Farah pernah memberitahu bahawa tiada siapa yang menjadi tempat dia mengadu. Tiada siapa yang berada di sisinya ketika dalam kesusahan even her friends! Aku memang terperanjat. Aku pun hairan mengapa dia hendak mendiamkan diri. Aku pun hairan mengapa kawan-kawannya tidak menghubungi Farah ataupun bertanyakan sesuatu jika Farah ada masalah?

Mengapa pula seseorang seperti aku ini yang tiba-tiba datang dalam hidup Farah, boleh pula dia meluahkan isi hatinya yang merana. Sememangnya dia tidak pernah memberitahu sesiapa pun kecuali aku. Aku adalah orang pertama yang dia luahkan perkara yang dia tidak pernah luahkan pada sesiapa. Mengapa aku?

Aku tahu Farah ada menyimpan sesuatu yang berat untuk ditampung. Aku berhasrat ingin membuatkan dia meluahkan segalanya supaya aku dapat membimbingnya ke arah cahaya yang terang. Walaupun dia berat untuk luahkan, aku pasti, Farah akan luahkan suatu hari nanti.

"Andy, saya nak beritahu awak sesuatu. Perkara ni saya tak penah gitau sesiapa. Just you only."

"Ok...teruskan.."

"Andy, hidup saya macam penjara. Awak mungkin nampak saya happy, tapi hati siapa yang tahu."

"Farah, saya tak tgk awak happy pun. Saya mmg dapat tau awak ade sesuatu masalah yang besar. Saya dapat rasakannya."

"Andy, thanks for your concern tapi awak taktau lagi macam mana saya suffer. Sebab tu saya hanya dapat lunch dengan awak je selalu. Bila awak ajak saya keluar malam, macam-macam alasan saya kasi kan?"

Iya. Farah sememangnya selalu memberikan alasan demi alasan jika aku hendak menghantarnya pulang ke rumah ataupun makan malam bersama. Aku hanya dapat berjumpanya untuk makan tengah hari sahaja. Tapi aku hairan, macam mana Farah boleh dinner dengan aku sewaktu aku luahkan pada dia dulu? Itulah kali pertama dan terakhir kami dinner berdua. Selepas itu, amat susah untuk mengajaknya. Ahhh, mungkin ada sebabnya yang aku tidak dapat hendak teka. Aku harap Farah akan jelaskan segalanya pada aku.

"Andy, terlalu banyak saya hendak ceritakan pada awak. Buat pengetahuan awak, rumah yang awak hantarkan saya sewaktu kita first time jumpa dulu, itu bukan rumah saya. Saya hanya meminta awak memberhentikan saya di situ supaya dapat menyenangkan hati awak dan supaya tidak menyusahkan awak. Rumah saya sebenarnya bukan di situ, tetapi di jalan lagi satu."

"Hahhh?...biar betul?...Kenapa awak nak rahsiakan semua tu?"

"Andy, bukan niat saya untuk menipu. Tetapi...ahhh..susah hendak saya explain. Awak takkan faham!.."

"Farah, jangan cepat mengalah dan menuduh saya takkan faham. Cuba terangkan pada saya. InsyaAllah saya akan cuba faham."

Farah mendiamkan diri. Dia merenung gelas yang diminumnya sambil berfikir sesuatu.

"Andy, sa...sa..say...saya takut nak bagitau..."


...To be continued...

   9 comments

Henrik Larsson
November 24, 2004   01:52 AM PST
 
alahai....cik puan..bagitau jelah. Bukannya nak ajak..kawin pun. Apelar...huhuhu
maman
November 24, 2004   04:59 AM PST
 
"saya..saya... saya dah berkahwin. saya di paksa berkahwin dgn lelaki pilihan family. dia selalu dera saya... "
Chor
November 24, 2004   01:59 PM PST
 
hahahah..sebenonye dia ade family problem kot....
Iqbal
November 24, 2004   06:26 PM PST
 
ND,aku kenal farah ni,nama betul dia Ahmad Farhan
Henrik Larsson
November 24, 2004   11:18 PM PST
 
Sebenarnya aku telah dikahwinkan 4 kali. Aku takut...kerana semua suamiku telah kantoi b4 malam pertama. Begitulah al-kisah hidupku..
C-bOk
November 25, 2004   01:23 PM PST
 
Farah ni umpama 'burung dalam sangkar'

http://c-bok.blogspot.com
Ahmad Ijaz
November 25, 2004   08:49 PM PST
 
Sebenarnya..saya telah dinikahkan dengan Datuk Seri S. Samy...tolonglar. I takut ND kena extra tol charge nanti..
lady_emi
November 25, 2004   11:52 PM PST
 
aarrghh...anti climax...saya baca bila dah 5 episod nanti...
juliana
February 26, 2005   05:25 PM PST
 
urmm..urm...-i think u should kontiniu writing...pleaseee... :(

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments