Entry: Mencari Sinar : Episod Kesembilan Sunday, November 21, 2004



...sambungan...


11/7 adalah amat bersesuaian dengan kami. Tujuh dan sebelas. Kombinasi dua nombor kegemaran kami. Kebetulan pula tarikh itu jatuh pada hari ini. Hari di mana Farah menyuarakan isi hatinya. Tapi aku pasti, itu hanya suara hati Farah untuk tidak membuatkan aku tunggu begitu lama. Aku tahu Farah mahu kami berdua mengenali dengan lebih rapat lagi. Mungkin dengan cara begini, kami akan menjadi bertambah rapat. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Akhirnya, pada hari yang sama, aku membuat keputusan untuk memberi peluang kepada diriku dan juga dirinya. Mungkin ianya terlalu cepat tetapi bagi aku, ini mungkin peluang yang datang dalam berjuta. Aku tidak mahu mensia-siakan peluang ini. Malah, bila aku fikir kembali tentang doa yang pernah aku pinta dari Allah SWT, aku tertanya-tanya adakah ini orangnya? Adakah Farah ini doa yang dimakbulkan? Wallahualam.

"Farah, hari ni memang special. Since Farah dah cakap macam tu dan setelah saya fikir, saya rasa kita tetapkan tarikh ni sebagai tarikh declaration untuk kita berdua. Awak setuju tak?"

"Hmmm...tapi..."

"Farah, saya faham. Ini memang terlalu cepat. Tapi kita perlu berikan peluang untuk kita berdua. Walaupun ini hanya tarikh declaration, tapi kita masih lagi berkawan seperti biasa. Tarikh ini adalah permulaan untuk kita berdua atau boleh saya katakan sebagai proses untuk menuju ke sebuah perhubungan pada masa depan. Saya mahu ambil tarikh ni supaya kita akan ingat sampai bila-bila."

"Andy, ok saya faham. Saya pun nak cakap macam tu tadi. Rasa lega pulak rasanya. Tapi awak mesti berjanji dengan saya sesuatu."

"Ok..apa dia?"

"Janji jangan tinggalkan saya dan sayangkan saya."

Aikkk, suruh sayangkan dia pulak. Aku fall in love dgn dia ke, dia yg fall in love dgn aku? Heran jugak. Tapi aku pasti aku boleh sayangkan dia sebab hati aku makin berdebar!

"Ok Farah, saya janji. Dan awak pun kena berjanji kat saya camtu gak."

"Ok Andy, saya pun berjanji. Selama-lamanya."

"Saya harap awak berpegang pada janji. Jangan mungkiri janji yang dijanjikan Ok?"

"Saya tau Andy. Saya kalau berjanji dengan orang, mesti saya tepati."

"Ok, saya harap awak pegang kata-kata awak tu."

Aku sememangnya berharap jika seseorang itu berjanji dengan aku terutama yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Aku juga tahu bahawa hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Ianya hanya datang dengan sendiri. Tapi kali ini ianya memang betul-betul datang dengan sendiri. Aku pernah berdoa pada Allah SWT supaya ketemukan aku dengan seorang perempuan yang mempunyai ciri-ciri yang aku idamkan. Bukan hanya pada rupa, tapi juga pada tingkah laku. Mungkin kini, Allah telah makbulkan doaku. Aku pun tidak pasti.

Pada waktu-waktu begini, aku teringat pada Ana. Seolah-olah Ana telah lesap buat seketika. Tetapi aku harus mencari jalan untuk berhubung dengannya. Aku tidak mahu keadaan ini dibiarkan tergantung sebegitu lama. Kalau diikutkan status, aku kini mempunyai 2 girlfriend. Aku bukannya buaya darat. Aku harus mencari Ana dengan secepat mungkin.

Dalam pada itu, aku terfikirkan tentang hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke UK. Masih tinggal sebulan lagi untuk aku membuat keputusan. Aku mulai bingung. Bukannya aku pinta keadaan ini datang di waktu-waktu genting sebegini. Aku tahu hasrat kedua ibu bapaku. Mereka bersedia untuk menyara segala kos perbelanjaan untuk pelajaranku di UK. Aku tahu mereka hendak aku berdikari di sana untuk menjadi manusia yang berguna pada masa depan. Tapi aku tidak dapat membuat keputusan yang tepat buat masa ini. Walaupun hati aku membara untuk pergi ke UK, tapi aku dapat rasakan hatiku semakin hari semakin berat untuk meninggalkan Malaysia. Aku pun tidak tahu mengapa tetapi itulah hakikatnya.

Satu hari, Farah mengajak ku untuk makan tengah hari bersamanya. Ada sesuatu yang hendak dibincangkan katanya.

"Andy, saya nak cakap sesuatu. Saya harap awak tak marah."

"Ok..silakan.."

"Andy, saya rasa saya tak boleh nak teruskan berkawan dengan awak."

"Hahhh??..Kenapa pulak nih?.."

"Andy, saya taknak awak menyesal. Saya taknak menyusahkan awak. Saya tau awak suka pada saya dan saya juga begitu. Tapi saya memang betul-betul taknak menyusahkan awak."

"Farah, takkan awak nak sia-siakan peluang ni? Awak suka pada saya, apa lagi yang awak nak? Cuba berterus terang dengan saya. Apa sebenarnya yang berlaku?"

"Andy, kalau saya cakap pun, awak takkan faham. Awak tahu keadaan saya, tentang penyakit saya."

"Farah, dah banyak kali saya cakap, kita tak boleh nak tentukan ajal maut kita."

"Andy, saya taknak susahkan awak. Sebenarnya, bukan itu sahaja. Ada banyak lagi yang awak tak tau. Sebab itu lebih baik awak tinggalkan saya sebegini."

"Farah, kenapa nih? Apa yang awak maksudkan?"

"Andy, ada banyak lagi perkara yang awak taktau. Tentang kehidupan saya. Saya memang taknak menyusahkan sesapa. Biarlah saya macam ni."

"Farah, awak kata awak suka orang yg jujur. Tapi awak sendiri yang taknak jujur pada saya. Saya hendakkan penjelasan. Awak kena berterus terang dengan saya kenapa awak berfikir macam tu. Saya lagi menyesal kalau tinggalkan awak."

"Andy..." Farah menitiskan air mata...
"Andy, semakin hari saya makin sayangkan awak. Tapi saya rela berkorban untuk kebahagiaan awak. Awak tak perlukan saya. Awak lebih berhak dapat seseorang yang lebih baik dari saya. Saya taknak awak menyesal dengan saya."

"Farah, kenapa nih? Jangan la cakap macam tu. Tak elok. Saya memang akan menyesal kalau saya tinggalkan awak."

"Andy...please..."


...To be continued...

   9 comments

petz
November 22, 2004   09:13 AM PST
 
Arghhhh.....pleaseeeee tu yg mahal tu ;(
Faizah
November 22, 2004   09:22 AM PST
 
muaahahah, jiwang nyer la ayat org bercinta :D
maman
November 22, 2004   10:28 AM PST
 
why ahh? why girls all like that wan???
wanda
November 22, 2004   02:43 PM PST
 
erkk nt all gurls like tat ah maman hehe ehem2.
d.a.l.e
November 22, 2004   06:27 PM PST
 
dan ceritanye bersambung lagi........debaran makin memuncak..............( ND cepat ar abiskan tak sabar2 dah aku ni nak tau endingnye....heheh)
Henrik Larsson
November 22, 2004   09:15 PM PST
 
Amaran kerajaan malaysia, gals when in love esp reacihing the period can be really annoying, manipulating and yes irritating. Treat with caution please...huhuuh
walkthrulife
November 23, 2004   01:39 PM PST
 
the story is getting complicated...penat nak fikir mcmana endingnya
ND
November 23, 2004   03:46 PM PST
 
walkthrulife...hehe..now u know..:p
sue lynnda
November 23, 2004   05:03 PM PST
 
really nice story came from a guy..
mesti pompuan tuh nak cakap dia ada penyakit kan?kan?kan?..:)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments