Entry: Mencari Sinar : Episod Kelapan Thursday, November 18, 2004



...sambungan...


"Iye Farah...saya sebenarnya ape?.." Aku tidak sabar-sabar nak tahu...
"eerrr...errr..."
"Hishhh dia nihhh..takkan malu kot..."...

"eerrr...saya sebenarnya nak gi toilet jap...hehehe.."..
"Ceehhhhhhh...buat saspen je...dah gi la cepat...kang terbocor lak kat situ..hehe.."
"Saya nak gi la ni...tunggu jap eh.."

Aku dapat rasakan yang Farah hendak cakapkan sesuatu tapi mungkin dia malu. Aku tersenyum sendirian. Aku pun tak pasti kenapa aku tersenyum tapi aku macam dapat agak apa yang Farah hendak bicarakan sebentar lagi. Hati aku berdebar-debar. Tapi aku fikir balik, ahhh, tak mungkin. Takkan terlalu cepat? Aku tahu Farah jenis yang "slow & steady". Tetiba aku tersentak dari lamunan...

"Ok, I'm back.." Farah mengejutkan aku...
"Ok...dah puas?..Dah buang pape yang patut?..hehe.."
"Ish awak nih..ke situ plak dia..."
"Ok, tadi awak dah buang dari bahagian perut ke bawah, skang ni awak luahkan apa yang tersirat dari perut ke atas pulak. Luah melalui mulut...hehe.."

"Waaa..ke situ pulak dia...pandai ye..geram nih.."
"Hahahaha...saya gurau je Farah...jangan ambik hati.."

Tiba-tiba lagu If You're Not The One keluar di radio. Aku pun hairan, macam tau je aku tengah nak layan lagu tu skang. Lagu tu keluar masa aku tgh bergurau dgn Farah. Macam chemistry pulak.

"...I don't wanna run away but I can't take it I don't understand,
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am,
Is there anyway that I can stay in your arms..."

"Farah, saya tau awak nak katakan sesuatu...cuba cakap dgn saya..tak elok simpan-simpan.."

"Andy, saya cakap ni...awak jangan terkejut eh?.."
"Uishhh...ni ape ni..surprise ke?.."
"Lebih dari surprise!"
"Waahh..ha..cepat la cakap!"

"Andy...1 4 3...ONE FOUR THREE.."
"Hahhh??...ape tu?..."..
"Ehh..takkan awak taktau?.."
"Saya tatau...takkan nak cakap tu pun kena guna kod rahsia?.."

Apa kejadahnya ONE FOUR THREE ni? Aku pun taktau. Tak pernah tau pulak aku. Farah pun mendiamkan diri. Aku pun terpinga-pinga. Apa maksud Farah sebenarnya ni?

"Andy...1 4 3 tu maksudnya...errr..I L Y.."
"I Love You?..haa?.."

Aku terkejut. Ape hal tetiba cakap that 3 words? Aku memang susah nak percaya sangat kalau seseorang lafazkan 3 perkataan tu dalam masa terdekat. Tapi, ni kes lain. Aku pun confuse sebenarnya. Adakah aku perlu teruskan?

"Kalau I Hate You pun boleh kan?..hehe.."
"Eleh..takkan awak nak benci saya kot?..Kan?..haha.."
"Tau takpe..."

"Tapi, kenapa awak cakap skang ni? Awak tak rasa ianya terlalu cepat ke?.."
"Ntah la Andy, itu dari hati saya."
"Betul ianya dari hati awak?.."
"Betul Andy...promise.."

"Saya mmg agak terkejut sebab awak cakap tu. Tak pernah dalam seumur hidup saya, seorang perempuan berani luahkan macam tu pada saya."
"Ini pun first time saya cakap macam ni...Saya pun taktau apa angin tah dtg tetiba..."
"Apa yang sebenarnya awak fikirkan? Awak dah fikir habis-habis?.."

"Andy, sebenarnya sejak hari yang awak confess pada saya, dua malam berturut-turut saya Solat Sunat Istikharah, mintak petunjuk dari Allah. And..."

Hahhh...biar betul dia ni...tak pernah aku kenal orang yg aku suka sanggup Solat Sunat tu utk mintak petunjuk..

"So, and..???"
"And...sebab tu la saya cakap 1 4 3 kat awak tadi.."

"Maksud awak, saya lah jawapannya?...Awak nampak saya dalam solat tu?.."
"Yup!!!.."

"Hahhhh???..." Aku terkejut...
"Iye Andy...kenapa?..Tak percaya eh?.."

"Bukan tak percaya, susah nak percaya..habis tu, skang ni camna?"
"Camna apa?.."

"Macam ni la Farah, saya memang suka kan awak. Even saya semakin suka pada awak. Since awak dah cakap that 3 words. I'm speechless. I don't know what to say anymore. Maybe I'm waiting for that 3 sacred words. But I didn't expect it now actually. Lagipun, I'm the one who supposed cakap tu kat awak."

"Andy, kadang-kadang kita tak boleh nak duga. Ianya datang macam tu aje. When I have the guts, I will say it. Saya pun sebenarnya tak sangka saya boleh cakap camtu...saya memang malu nak cakap.."

"Hmm...Farah, today is a very nice day for me. For the first time my life, seorang perempuan meluahkan isi hatinya pada saya. Tarikh hari ni juga amat menarik. Tarikh hari ni memang kena dengan kita. Jadi, apa kata awak?"

"Saya pun taktau Andy. Never been in this situation before."

Aku pun tak pasti apa yang aku nak lakukan. Nak buat keputusan skang ke? Aku pun tak ready sebenarnya. Tapi hati aku membara. Aku taktau kenapa. Aku hanya mendiamkan diri buat seketika. Aku hendak berfikir secara rasional. Aku taknak terburu-buru. Farah pun nampak macam dah boleh menerima aku seadanya. Aku nak tunggu apa lagi?..Hati aku tengah membara. Semakin hampir untuk menyayangi dia. Tapi entah la...Apa yang aku perlu lakukan?


...To be continued...

   14 comments

petz
November 19, 2004   10:11 AM PST
 
Errmmm....kita nantikan selepas ini....
zurie
November 19, 2004   10:36 AM PST
 
errrrr camner nak komen ek??
cite masih bersambung lagi...
alohai ND..camnie jek lah
Berpikir panjang dan masak2 sebelum buat keputusan..sesudah buat keputusan..jangan pikir byk dah...heheeh belajar mengatasi risiko plak k
Op
November 19, 2004   10:46 AM PST
 
boleh buat drama spektra ni nd hehe

orang tua2 berpesan.. sayangi orang yang sayangi kita...
wanda
November 19, 2004   10:49 AM PST
 
wah2..bestkan kalau org yg suka straight f'ward nih..hmm senang cita hehe
Faizah
November 19, 2004   11:38 AM PST
 
pandai aku teka :D

walkthrulife
November 19, 2004   11:57 AM PST
 
tunggu kisah selanjutnya....
Henrik Larsson
November 19, 2004   01:24 PM PST
 
Hmm..apa yg patut aku lakukan. Kawin sajalar..huhuhu
Aleeya
November 19, 2004   01:42 PM PST
 
kawen ke nd pasni?
maman
November 19, 2004   02:25 PM PST
 
apa lagi, duk belajaq cepat cepat, lepas tu,, leh kawin, or kawin dulu, belajaq kemudian...
cam citer 'a walk to remember' pulak..

versi andy/farah
Henrik Larsson
November 19, 2004   10:32 PM PST
 
Itu baru betul, kasi kawin cepat sama-sama boleh ada anak dan boleh belajar jugak.

Nanti tak payalah..bersusah- hati. Anyway good luck in da cinta,
langsat
November 20, 2004   07:01 AM PST
 
wanda: straight fwd.masalahnya, kita mampu ke straight fwd arr..asyik memendam rasa ja.uhuk
Henrik Larsson
November 20, 2004   10:59 PM PST
 
Sudahlah..tak kan ko ambik break dalam weekends kot. Sambunglar..huhuhuh
dren
November 21, 2004   02:39 PM PST
 
good job!
syakir
November 21, 2004   04:16 PM PST
 
oii.. kisah benar ke ni??
jgn la memain ND!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments