Entry: Mencari Sinar : Episod Ketujuh Wednesday, November 17, 2004



...sambungan...


Di satu hari yang indah, aku bangun seperti biasa. Aku tidak tahu mengapa aku rasakan hari ini tidak seperti hari-hari yang lain. Mungkin hari ini jatuh tepat pada tarikh yang setahun sekali sahaja datang. Tarikh hari ini juga merupakan kombinasi nombor kegemaran aku dan Farah. Hari Jumaat pulak tu.

Nombor kegemaran aku ialah nombor tujuh. Aku tidak tahu mengapa aku suka dengan nombor tujuh. Mungkin kerana syurga mempunyai 7 tingkat. Mungkin juga kerana langit mempunyai 7 lapisan. Mungkin juga kerana nombor 7 banyak berkait rapat dengan Islam. Atau mungkin bentuk nombor 7 itu menarik perhatian aku.

Seperti hari-hari yang sebelumnya, aku berchatting di YM dgn Farah. Kami berbual seperti biasa. Aku sebenarnya tidak menunggu sangat tentang jawapannya. Aku hanya hendak meluahkan perasaan aku sahaja pada dia. Tiada paksaan sama ada dia harus menerimaku atau tidak. Aku memang begini. Suka berterus-terang kerana itu lebih menyenangkan daripada memendamkan dalam hati. Kalau dipendamkan lama-lama, nanti diri kita yang rugi. Jadi, aku biarkan sahaja Farah berfikir dan menentukan. Kami berdua suka sama suka. Jadi, lebih elok jikalau kami berkawan sahaja dulu untuk mengenal hati budi masing-masing dengan lebih erat lagi. Tiba-tiba, Farah membuka cerita...

"Andy, kalau saya cakap sesuatu awak marah tak?"
"Ehhh...buat apa saya nak marah...cakap je la.."
"Takde la, mana la tau awak tetiba melenting ke.."
"Ishhh...saya bukan macam tu...blom cuba blom tau.."

"Okay...awak tau kan yang saya suka awak..."
"Iya saya...and I'm really glad.."
"Andy, saya tak faham kenapa awak masih lagi suka pada saya sedangkan awak dah tau keadaan saya."
"Farah, kan saya dah cakap semalam, ajal maut di tangan Allah SWT. Kita tidak kuasa untuk menentukan bila kita akan menemui ajal."
"Saya tau Andy. Saya tau tu semua. Tapi awak tak takut ke kalau apa-apa yang terjadi pada saya? Contohnya kalau saya pergi nanti..awak tak menyesal?"
"Farah, jangan la cakap macam tu. Tak elok."
"Hmmm...ntah la Andy.."

"Farah, saya lagi menyesal kalau saya tak lakukan sesuatu untuk awak skang ni. Sementara kita semua masih hidup, kita perlu lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. Terus terang saya cakap, sejak saya dapat tahu tentang keadaan awak, saya makin menyukai awak. Perasaan ini tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Ianya semakin kuat dirasai."

Iya, aku pun sendiri hairan dengan diri aku. Aku tahu dia ada penyakit kronik yang boleh membawa maut. Mengapa aku masih lagi berdiri di sisinya? Mengapa aku tidak berlalu pergi sahaja? Dan yang lebih menghairankan, mengapa hati aku semakin membara terhadapnya? Ya Allah, apakah maksud semua ini? Apakah yang Kau ingin tunjukkan padaku?...Inikah yang dinamakan Cinta?...Tapi mengapa ianya terlalu cepat?...

"Betul awak takkan menyesal?"...Farah menyoal...
"Iya Farah, saya tidak akan menyesal. Saya hanya berserah pada Allah SWT. Biarlah Dia menentukan segalanya. Saya redha."

"Andy, saya ingin awak berjanji sesuatu dengan saya."
"Iya Farah, just say it."

"Andy, berjanjilah dengan saya yang awak tak akan tinggalkan saya."
"Farah, saya berjanji."
"Selama-lamanya?.."
"Iya Farah, selama-lamanya. Dan awak juga perlu berjanji dengan saya supaya awak tak tinggalkan saya selama-lamanya."
"Andy, saya berjanji dengan sepenuh hati saya. Saya berjanji Andy."

Kami terdiam seketika. Tiada perbualan selama seminit, tetiba Farah memecah kesunyian...

"Hmm...tarikh hari ni macam special je kan?.."
"Eh..saya ingat saya seorang je yang perasan..."
"Andy, takkan la saya tak perasan. Kan nombor favourite awak dan saya jatuh pada tarikh hari ni."
"Ala..mana la tau awak tak ingat pasal saya..."
"Iye la tuuu.."

Kami sambung berbual seperti biasa. Tiba-tiba Farah membangkitkan lagu-lagu kegemarannya...

"Andy, awak tau tak lagu Suratan atau Kebetulan?.."
"Errr...saya taktau..lagu ape tu?..Saya ni bila dah dgr baru tau lagu tu.."
"Ala..yang ada 3 orang cina nyanyi tu."
"Jap..saya try search dalam Kazaa..."

Aku pun search kat dalam Kazaa. Akhirnya jumpa juga lagu tu. Bila dah habis download, aku pun dengar. Ya Allah! Inilah lagu yang aku cari-cari selama ni! Ini adalah salah satu lagu kegemaran aku dulu. Aku tidak tahu apakah tajuknya & penyanyinya. Rupanya ianya sebuah lagu dendangan daripada Kenny, Remy & Martin bertajuk Suratan atau Kebetulan. Ianya berbunyi begini...

"...Sesuatu yang tak disangka,
seringkali mendatangi kita,
itukah suratan dalam kehidupan,
atau sekadar satu kebetulan..."

Liriknya amat indah dan juga menyedihkan. Tapi memang aku suka lagu ni.

"Farah, pernah dengar lagu If You're Not The One by Daniel Bedingfield?.."
"Andy, tu lagu favourite saya..."
"Iye ke?...Tu la lagu favourite saya skang ni. Saya dedicate kat awak eh?.."
"Thanks Andy...saya pun dedicate lagu tu kat awak gak.."...
"Thanks Farah..."

"...If you're not the one then why does my soul feel glad today,
If you're not the one then why does my hand fit yours this way,
If you are not mine then why does your heart return my call,
If you are not mine would I have the strength to stand at all..."

Kami pun bertukar-tukar pendapat tentang lagu kegemaran kami. Sememangnya kebanyakan lagu kami sama-sama suka. Aku pun juga hairan. Dia pun hairan. Sedang asyik aku melayan lagu-lagu kegemarannya...

"Andy, saya nak cakap sesuatu..."
"Iya Farah, cakap je la..."
"Jangan marah tau..."
"Ishhh...awak nih...dahhh..cakap je la..saya tak sabar nak tau ni.."
"Sabarrrrrr Andy, sabarrr..."
"I'm waitinggggggg...hehe..."...

"Andy...hmmm..."
"Apa hmmm..hmmm.....ishhh dia nih.."
"Saya sebenarnya......"


...To be continued...
 

   12 comments

ND
November 17, 2004   09:55 PM PST
 
ehhh..cam best lak tarikh nih...aku suka nombor 7...hari ni 17 haribulan...episod ketujuh...huhu..camne la aku tak suka nombor ni...hahaha
Ahmad Ijaz
November 17, 2004   10:26 PM PST
 
Suspenz gilar betul citer lu ini mamat. Kasi kao kao..nanti ada itu peeling sket.
leftenan mar
November 17, 2004   10:33 PM PST
 
saya sebenarnya apaaaaaaa????arrrrgghhhhh.ko suka buat camni la ND.terseksa jiwa raga dibuatnya
Muaz
November 18, 2004   02:04 AM PST
 
wei..apa jadi wei..hehe...cepatla continue wei..hehehe..
petz
November 18, 2004   08:14 AM PST
 
Muahahhh....citer ko nih macam drama latin laa...bikin suspek je.. ;p
Aleeya
November 18, 2004   09:00 AM PST
 
pe ni andy..saja jee..
Faizah
November 18, 2004   09:15 AM PST
 
"Andy...hmmm..."
"Apa hmmm..hmmm.....ishhh dia nih.."
"Saya sebenarnya......"

duhh, meh aku tolong sambung kan ..

saya sebenarnya nak pergi toilet sat ..

wanda
November 18, 2004   02:18 PM PST
 
erkkk..alahai dia sakit kronik apa?..ermm cepat sket sambung
banai
November 18, 2004   02:56 PM PST
 
hmmm sambung lagik ke? kejam sungguh le ko nih.. sampai part baper aa citer nih? :)
Henrik Larsson
November 18, 2004   11:26 PM PST
 
Yes pls teruskan dis story. Looks very interesting and touching. I can't sleep without dis story. So plz help me ND as how we've helped u here.
ND
November 19, 2004   08:08 AM PST
 
henrik larsson...sape lak nih..huhu..thanks anyway
langsat
November 20, 2004   06:58 AM PST
 
aku suka bulan 7, 17 hb besday aku cuma tahun aku bukan tahun 77..(atau ko kena panggel aku sis).

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments