Entry: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN Sunday, November 14, 2004



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh,

Saya, Irwandy Mazwir aka ND, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1425 Hijrah kepada semua kaum muslimin & muslimat terutamanya kepada kedua ibu bapa saya, seluruh ahli keluarga saya, rakan-rakan semua tidak kira di mana jua anda berada serta para pembaca blog saya yang tak seberapa ini. Saya menghimpun sepuluh jari untuk memohon maaf sekiranya ada salah dan silap yang telah saya lakukan selama ini.

Akhir kata, marilah kita semua menyambut hari dan bulan yang mulia ini dengan gembira di samping keluarga tersayang. Kepada anda yang beraya di kampung, semoga anda semua pulang dengan selamat.

Hari raya yang pertama ini, aku hanya mendiamkan diri sepanjang masa. Muka muram & sugul. Aku tidak pasti mengapa aku rasa sedih sangat. Mungkin apa yang aku cakap kan semalam. Aku pun tidak tahu apa aku nak buat. Hari ni aku tido je. Tak pegi beraya sangat pun. Malam raya semalam gi Jalan Masjid India dgn ayah aku...gi tgk barang2...last2 beli butang baju melayu & sampin. Ntah la, aku takde rasa cam nak beraya langsung. Aku hanya terkenangkan dia. Kalaulah aku boleh putarkan masa kembali sewaktu hari raya tahun lepas...hmm

   1 comments

Aleeya
November 17, 2004   09:30 AM PST
 
Selamat Hari Raya 2u2..
Maaf Zahir Batin..
me suke cookies tu.. OATs my fave!!!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments