Entry: Berakhirlah Ramadhan, Syawal Menjelma Saturday, November 13, 2004



Setelah berpuasa selama sebulan, hari ini merupakan hari terakhir untuk semua umat Islam menjalankan ibadat puasa. Dan keesokan harinya, bulan Syawal menjelma. Hari Raya Aidilfitri diraikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Dan aku juga sebagai seorang umat Islam, aku meraikannya jua walaupun pahit untuk ditelan apabila terkenangkan sesuatu.

Kehadiran semula bulan Syawal pada kali ini membuatkan hati aku tersentuh. Hati aku tidak tenang. Aku tidak dapat merasakan kemeriahan bulan Syawal pada kali ini. Aku tidak gembira. Satu hari ni, aku banyak mendiamkan diri. Aku langsung tidak membuat persediaan untuk menghadapi Hari Raya. Bagi aku, tiada apa yang hendak aku raikan. Hari Raya kali ini tidak bermakna buat diri aku kerana dia tiada di sisi dan di hati.

Aku masih ingat lagi sewaktu bulan Ramadhan tahun lepas. Aku banyak berdoa agar dia kembali kepadaku. Kami tetap berkawan tetapi aku amat sayangkan dia. Empat hari sebelum Hari Raya, dia pulang ke kampung. Sebelum dia pulang, aku telah memberikan sesuatu yang aku rasakan amat berharga. Something precious for someone precious.

Semasa dia berada di kampung, kami saling berhubung. Dua hari sebelum Hari Raya, waktu malam, dia call aku menangis teresak-esak. Dia memerlukan seseorang untuk mengadu. Rupa-rupanya, Ayah dia mengalami kemalangan yang agak teruk. Tetapi ayahnya selamat. Hanya kecederaan ringan. Dia berasa sedih. Aku pun cepat-cepat cool down kan dia. Aku pun tumpang sedih.

Pada malam raya, dia kasi clue pada aku. Satu clue yg menunjukkan bahawa dia hendak menerimaku semula. Pada masa itu aku baru hendak tidur. Dia hanya kasi sms. Aku pun blur masa tu. Pada pagi raya, aku call dia ucapkan selamat hari raya dan aku bertanya tentang sms itu. Dan dia mengakui dan akan memberitahu aku pada malam nanti. Dan begitulah akhirnya, dia menerimaku semula pada Hari Raya pertama. Hati mana yang tak gembira. Dan pada Hari Raya itu juga, dia dapat menyambut Hari Raya dia dgn penuh makna setelah sekian lama berada dalam kesusahan & ketakutan. Aku amat berbesar hati.

Tapi itu semua hanya tinggal kenangan. Kini aku keseorangan. Walaupun berada di samping keluarga tersayang, tapi hati aku tetap kosong. Walaupun murah rezeki, hati aku tetap tidak gembira. Aku amat memerlukan dia. Tapi, mustahil...

"Sayang, di hari yang mulia ini, ku pohon keampunan, hanya satu yang ku pinta, Pulanglah..."

   10 comments

maman
November 14, 2004   04:57 AM PST
 
dude,everything happens for a reason. have faith. jgn dikenangkan bende yg lepas gini. move on. im sure she did. and im sure she is enjoying her eid. so do try to enjoy yours.

happy eid mubarak
Abu Hurairah
November 15, 2004   12:07 PM PST
 
Err...betul..mana sambungan Kisah Mencari Sinar. Jgn Terleka...
ND
November 15, 2004   03:45 PM PST
 
wahai encik abu hurairah...tak baca ke pengumuman kat bawah tu?...sila baca baru aku ckp..
bee
November 15, 2004   10:03 PM PST
 
ND,
I dont know what are you trying to do. You didnt reply my msgs..nvm lah. Jus wanna wish you
SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir Batin. Enjoy yor raya.Do listen to maman...everything happens for a reason. And you do know what the reason is.

Do send my regards to the rest of the families esp to auntie&nenek.

Btw, good luck with your Mencari Sinar. May we still can be friends.
Take care.
ND
November 15, 2004   11:30 PM PST
 
Hey...personal matters must be through emails...not in comments...

yes, everything happens for a reason...coz u're the one who making it...u're the one who wanna make it happen...u didn't even give me a chance to explain...

i left terato after 3 years becoz of u...i made this blog becoz of u...i made u a song becoz of u...since last year i made up everything just for u...to make u happy until now...but u just don't care and u don't wanna listen to me...ask yourself, who created all this mess...i won't do this if u didn't do it...simple as that..
Abu Hurairah
November 16, 2004   12:06 AM PST
 
Er...Bee..pls explain who are u? I mean..we need to know how dis all happens?
petz
November 17, 2004   09:41 AM PST
 
Fuhhh....aku seperti dapat merasakan apa yang ko rasakan...
Ahmad Ijaz
November 17, 2004   05:38 PM PST
 
yeah...kehangatan..tahi ayam..ku rasakan..
walkthrulife
November 18, 2004   01:54 PM PST
 
teruskan mencari sinar...
langsat
November 20, 2004   06:49 AM PST
 
aku hanya memerhatikan.jgn ingat aku tak baca ND. aku pasti. cuma tak tersempat bagi comment aje.:)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments