Entry: Mencari Sinar : Episod Keenam Monday, November 08, 2004



...sambungan...

"Andy, terlalu banyak perkara yang awak tidak tahu tentang diri saya. Dan tidak pernah pula saya menceritakan segalanya kepada orang lain. Tapi saya tidak tahu macam mana saya boleh nak cerita pada awak." Farah berterus terang.

"Farah, dalam hidup ni, sesetengah perkara kita harus berkongsi. Kalau kita pendam, lama-lama meletup nanti, habis semua hancur berderai. Masa tu kita menyesal." Aku menasihati Farah.

"Andy, as the time goes by, saya akan cerita pada awak sikit -sikit ok?"

"Ok Farah, jangan pendam tau. You know where to find me whenever you needed me ok?"

Dan Farah pun bercerita. Aku amat terkejut. Tapi aku tidak tahu mengapa aku tidak lari dari Farah apabila dia menceritakan tentang hal dia. Mungkin orang lain akan lari. Tapi aku tidak. Malah, aku ingin mengenalinya lebih dekat. Aku ingin mengetahui segala masalah-masalahnya. Dan aku ingin juga menolongnya untuk menyelesaikannya.

Farah rupanya mempunyai satu penyakit kronik. Penyakit yang membawa maut. Berapa lama jangka hayatnya? Mungkin dalam setahun atau dua tahun atau lebih. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Pertama kali Farah menceritakannya pada orang lain iaitu aku. Tidak pernah dia memberitahu kepada sesiapa pun. Aku amat bersimpati dengannya. Tetapi, aku tidak tahu mengapa perasaan aku terhadapnya makin membara setelah dia berterus-terang pada aku.

Farah telah suffer penyakit ini sejak setahun yang lepas. Dia masih lagi bertahan dan terus bertahan. Makin lama makin sakit katanya. Dia selalu menahan penyakitnya keseorangan tanpa sesiapa di sisi malah dengan kedua ibu bapanya juga tidak tahu akan hal ini.

"Farah, ajal maut di tangan Allah SWT. Doktor tak boleh menetapkan bila seseorang itu akan mati. Awak perlu kuatkan semangat. Lawan penyakit itu. Saya pun sendiri hairan macam mana awak boleh dapat penyakit tu padahal awak tidak ada membuat apa-apa.".. Aku menasihati Farah.

"Farah, skang ni jangan bimbang. Walau apa pun, saya akan sentiasa berada di sisi awak. Jangan risau sangat ok?"

Farah menangis. Aku pula terharu. Namun perasaan aku terhadap Farah semakin membara. Apakah maksud semua ini? Ya Allah, Kau telah temukan aku dengan seorang perempuan yang aku ingin sekali bersamanya. Ternyata Kau telah memakbulkan doaku suatu ketika dulu. Walaupun ada rintangan yang aku perlu hadapi, namun aku tahu, ini semua adalah dugaan dariMu. Akan aku harungi dengan segala kudrat yang telah Kau kurniakan padaku. Amin.

Baru aku tahu sekarang mengapa Farah pernah meminta aku supaya menjauhkan diri daripadanya. Mungkin di atas sebab-sebab yang aku telah ceritakan tadi. Mungkin Farah ingat aku akan berlalu pergi apabila mendengar penjelasannya. Tidak Farah. Aku bukan begitu. Aku masih menyukai kau dan aku rasa aku mula ada perasaan sayang terhadap kau. Hati aku semakin membara!

Farah, usah kau ragui keikhlasanku terhadapmu. Walaupun aku tahu kau begitu, aku tetap akan berada di sisimu selamanya Farah. Itu janji aku terhadapmu.

...To be continued...

   14 comments

ND
November 9, 2004   07:03 AM PST
 
saje je buat pendek...sbb nak allocate untuk episod lain..:D
maman
November 9, 2004   07:44 AM PST
 
apada. ko ni. grrr...

dude. u better get it copyright protected. tak pasal pasal kang, orang lain baca citer ko, lepas tu buat movie. habis rugi
Emy
November 9, 2004   08:40 AM PST
 
hmmm...
nilzd4
November 9, 2004   09:21 AM PST
 
Mari meneka..sakit aper....huhu
Ahmad Ijaz
November 9, 2004   11:57 AM PST
 
sedih jugak dengar cerita cam ini. Hidup mati adalah di tangan Tuhan. Teruskanlar kisah nih.
walkthrulife
November 9, 2004   01:55 PM PST
 
if cerita bukan rekaan semata2...i know how u hv felt at that point coz i hv been there. Rasa lebih sayang and want him to be to happy. I am still doing that and pray that we will be together juga. Rasa sedihlah pulak cakap pasal ni
ND
November 9, 2004   01:58 PM PST
 
walkthroughlife,
thanks...IF cerita ni bukan rekaan, mmg la sedih..but life goes on...but life is also unpredictable..anything can happen..sometimes, things happened when u least expect it..
mar
November 9, 2004   02:02 PM PST
 
waduuhh..macam bunga2 sedih nak muncul dalam cter ni
eiza
November 9, 2004   03:50 PM PST
 
aku rasa farah ni sakit aids..dia dapat masa pemindahan darah..maybe dia penah accident ke..huhuhuh
ND
November 9, 2004   05:03 PM PST
 
cit...ade ke aids..memandai je..:p
Dr. Superman
November 10, 2004   12:59 AM PST
 
Sebenarnya hanya aku tahu penyakit tersebut. Namanya..penyakit..CINTA. Hanya boleh diubati bila dicium katak macam fairy tales..huhuhu
Zaiman
November 10, 2004   10:01 AM PST
 
Kalau ini cerita betul, saya ingin menawarkan peluang kedua kepada Farah. Setiap penyakit ada ubatnya. Sila hubungi saya.

http://c-bok.blogspot.com
Faizah
November 10, 2004   01:21 PM PST
 
aku rase Farah nih kena sakit barah otak...mcm dlm cerita yg kluar kt tv ... ihihih

sekian
zuril
November 10, 2004   02:40 PM PST
 
sungguh tak menahan ayat ni..
"usah kau ragui keikhlasanku terhadapmu"

peh..adeh,ni dah start aura-aura sedih ke? :(

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments