Entry: Harap Maaf, Aku demam Friday, November 05, 2004



Hari ni sepatutnya aku post Mencari Sinar : episod kelima, tapi aku tak dpt nak buat sebab aku kena demam panas yang teruk. Kepala pening dan tekak rasa sakit. Aku hanya berbuka di office kat Phileo Damansara tadi dan terperangkap di sana kerana hujan yg amat lebat. Lepas berbuka, aku nekad nak balik jugak dlm keadaan hujan, so aku just naik my scooter and balik terus. On the way tu, hujan lebat & aku basah kuyup. Jem gile plak tu. Sepanjang perjalanan hujan je sampai la ke rumah aku.

Bila sampai kat umah, lepas 2 jam, aku start rasa tak sedap badan. Badan rasa panas & tekak rasa perit. Aku ni susah dpt penyakit demam, batuk & penyakit2 biasa yg lain. Tapi once dah kena, teruk gak la. Aku selalunya demam sekali dalam setahun. Tapi tahun ni, yg ni masuk kali kedua. Dulu demam teruk seminggu. Hopefully demam kali ni tak lama.

So, esok aku kena amik MC. Gi doktor beli ubat & amik MC. Aku tak suka nak amik MC skang sbb aku baru je masuk keje. Kang diorang ckp ape plak. Tapi ape boleh buat. Terpaksa gak...

Usually, aku update TELEBLOGELA (kelambu cipta) or samarinda nih everynite or lepas sahur. Tapi skang ni bukannya takde idea tapi kurang idea dan aku takut nanti cerita jadi tak sedap kalau buat masa tgh pening & demam panas nih. So, tunggu kemunculan episod kelima nanti pada malam hari Ahad. Kalau aku dah baik by tomorrow, aku buat la esok malam.

Samarinda kat TV3 tu kan from Monday - Thursday je...so, sama la dgn ni kot..:p..Bersabar eh kawan-kawan!

   9 comments

amyz
November 6, 2004   09:07 AM PST
 
takpe.. take ur time.. hv a rest. hari ni pun kepala ni rasa berat semacam jek.. huhuhu..
zuril
November 6, 2004   10:17 AM PST
 
isk..sepatutnya kitorang la yg "demam mencari sinar" hehe..takpe,take a rest.semoga kembali sihat eh..
xmen
November 6, 2004   11:24 AM PST
 
Nd, take ur time, kesihatan lagi penting....
ND
November 6, 2004   11:36 AM PST
 
orait..thanks guys...xmen..nanti aku letak link blog ko kat blog aku bleh?
Ahmad Ijaz
November 6, 2004   11:54 AM PST
 
Betul...jagalah kesihatan mu ND. Lain hari...sambunglar Story...
Lil_Aleeya
November 6, 2004   04:39 PM PST
 
ok nd, no prob.. take cr
mar
November 6, 2004   09:07 PM PST
 
relax la mr. director.take ur time.mgkin lepas demam idea lebih mencurah-curah.take care.get well soon
nilzd4
November 6, 2004   11:30 PM PST
 
huhu lor tuan direktor..demam ek... takpe2.... berehat sebantar bersama kitkat....

Erk takde prebiu tuk nx episod ker? huhu
kel@mbu
November 7, 2004   12:55 AM PST
 
minta maaf... siaran teleblogela tertunda sebentar...

-ini untuk menjaga kualiti cerita-

sekian

[nd, buat la banner untuk citer ni! baru kewl!]

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments