Entry: Mencari Sinar : Episod Kelima Sunday, November 07, 2004



...sambungan...

"Huhhhh??? Awak suka kat saya jugak?..errr..errr.." Aku tergamam bercampur gembira.
"Iya saya...kenapa? Tak percaya eh?...Farah bertanya..
"Errr...this is my first time org yg saya suka, suka kat saya jugak...before this tak pernah...and I'm glad for it.."
"I'm glad too sebab awak berani.."..Farah memuji..

Ahhh...alangkah gembiranya hati aku. Alangkah leganya bila semua isi hati telah ku luahkan. Ibarat melepaskan sebuah beban yg amat berat. Alhamdulillah...Bila telah luahkan dan aku pula tidak bertepuk sebelah tangan. Terasa hidup ini amat indah. Aku bersyukur!

"So, what's next?.." Aku bertanya pada Farah..
"Next?..Saya errr...saya perlukan masa..."..Farah jawab..
"Ohh..walaupun awak suka saya pun, masih lagi nak fikir eh?"..
"Mesti lah! Ini bukan main-main punya hal..." Farah mencebik...

"Farah, walaupun kita dah tau hati masing-masing, saya juga perlukan masa. Saya suka awak kerana diri awak. Ada sesuatu yang saya nampak pada diri awak yang tak mungkin saya melepaskan awak. Dan saya taktau apa kah perkara itu. Tapi saya pasti, saya akan mendapat jawapannya nanti. Walau bagaimanapun, saya akan bertanya pada awak tentang keputusan awak nanti. Awak pula fikirlah baik-baik. Saya tidak kisah kalau kita berkawan macam biasa dulu. Asalkan kita sudah tau hati masing-masing. Saya sudah luahkan dan awak pun sama. Buat masa ini, biarlah masa menentukan. Saya tidak mahu gopoh." Aku memberikan keterangan.

"Thanks Andy, saya akan beritahu decision saya nanti."... jawab Farah.

Lepas tu, kami nak balik. Sebelum tu, Farah singgah kat McDonald's kejap. Kebetulan ada happy meal, ada mainan utk minggu tu. Dia beli dan terus bagi kat aku mainan tu. Aku tak pasti apa tujuannya tapi dia suruh aku amik. Aku pun ambik. Mungkin sebuah tanda permulaan kot? But it's really sweet. Ini merupakan hadiah pertama yg aku dpt darinya. Kemudian, aku hantar dia balik.

Aku pulang ke rumah dengan hati yang berbunga-bunga. Dalam hati, aku sememangnya nak buat dia jadi girlfriend aku. Hati aku meronta-ronta. Tapi aku fikir, biarlah ianya bermula dengan persahabatan. Aku tak kisah asalkan hati kami masing-masing sudah tahu. Kalau terlalu gopoh, selalu buruk padahnya.

Keesokan harinya, seperti biasa aku akan chatting dgn dia. Kami berbual macam kawan. Tidak timbul langsung tentang hal semalam. Aku hanya membiarkannya kerana aku tahu, dia juga sedang memikirkannya. Tiba-tiba aku bertanya...

"Farah, kenapa awak suka saya?.."
"Errr...perlu ke saya jawab soalan tu?.." tanya Farah..
"Terpulang..." jawab aku...
"Well, awak juga mempunyai sesuatu yang saya tak dapat nak describe. Tapi saya pasti, suatu hari nanti saya akan dapat jawapannya.." jawab Farah...
"Aiikkk...cam kenal je ayat tu..tiru ke?..:p.."
"Tak tiru...pinjam je..hehe..." jawab Farah...

Lama juga kami berdua chatting. Aku kerja pun takde. Nasib baik tgh free. Tiba-tiba...

"Andy, awak sure ke awak suka saya ni?.." Farah bertanya..
"Ehhh..of course I'm truly sure..kenapa nih?.."Aku musykil...
"Hmmm...actually saya tgh fikirkan something..."...jawab Farah..
"Awak fikir apa nih?...Jangan la fikir yang bukan-bukan...think positive.."
"Awak tak smoke kan?..."
"Nope.."
"Awak tak clubbing and minum arak kan?.."
"Ishhh..dia nihhh..saya tak buat menda2 tu...clubbing tu penah la pegi..apsal nih?"..
"Takde apa...saje nak pastikan..."
jawab Farah...
"Alahai..kalau saya lakukan menda2 tu, awak tak suka kat saya la eh?.." tanye aku..
"Takde la camtu...saya just suka awak sebab diri awak...hmm"..Farah explain..

Hmmm...aku pula musykil. Apa la yang dia fikirkan. Aku taknak dia fikir negatif. Bagi aku, selagi belum cuba, selagi tu kita taktau. Walau apa pun, aku yakin dia akan terima aku juga.

Aku pula skang ni bingung tentang Ana. Aku masih lagi mencuba untuk menghubunginya. Kenapa la dia taknak jawab2. Bila aku guna nombor lain, dia dengar suara aku je pastu dia letak phone. Aku geram. Apa salah aku nih? Kalau nak masa untuk bersendirian, cakap je la. Takyah nak buat orang tertanya-tanya cam orang gila. Tapi aku rasa ada reason dia buat camni. Lambat laun nanti aku akan tau jugak. So, aku biarkan je la dia.

Tinggal kurang lagi sebulan untuk aku membuat decision sama ada hendak pergi ke UK atau tidak. Aku masih bingung. Apa aku perlu buat? Apakah perkara-perkara yang harus aku fikir? Aku sendiri pun taktau. Just go with the flow...

"Andy, saya rasa saya perlu beritahu sesuatu kat awak.." tiba-tiba Farah bersuara..
"Haa..apa dia?..Cuba terus terang.."
"Andy, saya takut nak beritahu. Sebab selama ni pun, saya just pendam aje masalah ni. Saya tidak pernah beritahu orang lain lagi." Farah explain..
"Dengan saya awak tak perlu takut, your secret is safe with me. Don't you worry."
"Saya taktau macam mana nak cakap...tapi apa yg saya boleh beritahu ialah...saya bukanlah seperti apa yg awak sangkakan..." Farah explain dgn tenang..

Aku terkejut juga. Apa pulak lepas ni?...Ishkk..Musykil sungguh..

"Farah, walau apa pun, saya tetap kawan awak. Jangan risau tentang keadaan yang tak elok ke apa. Sejak pertama kali bertemu dengan awak, saya sentiasa di sisi awak no matter how big the risk is."...explain aku..

"Saya tau hati budi awak...saya tau awak boleh lakukan semua tu. Tapi saya bukan seperti yg awak sangkakan...Saya takut awak takkan faham.."..explain Farah..

"Awak, cuba terus terang...saya cuba memahaminya nanti..jangan risau.."

"Hmm.."..
Farah mengeluh...


...To be continued...
 

   19 comments

banai
November 8, 2004   02:29 AM PST
 
hmmm... :) lagi lagi.. :) asyik sambung jaaa :)
Syed
November 8, 2004   03:38 AM PST
 
ND,,apasal,dia dah kawin ke,or maybe dia P+P
maman
November 8, 2004   05:01 AM PST
 
p + p ? ni macam dialog dari solanye siapa jer...
" ain tidak sesuci seperti yang awak sangkakan, ain pernah tewas dgn keadaan dan perasaaan. ...."
abrar
November 8, 2004   06:43 AM PST
 
novel karangan idop ko ka nih? klu betul pasal ko aku nak bace.. klu idak.. aku bace gak. so jwb jujur2 eh ;)
Faizah
November 8, 2004   08:29 AM PST
 
aku nak sangat tau citer pasal Ana tuh
Ahmad Ijaz
November 8, 2004   08:51 AM PST
 
Jgn Jgn...dia ada kereta altis. Itu rahsia dia kot...
Aleeya
November 8, 2004   09:23 AM PST
 
ish.. pe jd pas ni??
21
November 8, 2004   10:44 AM PST
 
saspen.. saspen...
nilzd4
November 8, 2004   11:02 AM PST
 
adeh to be cont lagi...dan lagi...dan lagiiii
sy!d@h
November 8, 2004   01:49 PM PST
 
ish..ish..ish... kembang kuncup idung aku x sabar nak tau... alahai!
Emy
November 8, 2004   02:38 PM PST
 
Ana tu plak nak buat apa? Adehh
mar
November 8, 2004   03:28 PM PST
 
cepat la ND...bila nak abih ni...boleh sakit jantung aku dibuatnya
ND
November 8, 2004   03:49 PM PST
 
sabar sabar semua...

abrar, towards the end nanti ko akan tau gak..hihi...relax..semua ni memerlukan kesabaran

sabar laaaaaaaaaaaaaaaaaa....:D
ghost_rider
November 8, 2004   06:03 PM PST
 
haaa..aku tau apa jadi pasni!!>...lepas ni ND sambung balik cite ni!!!...tu yang terjadi....hhhuuhuhuhu!!
Sin chan
November 8, 2004   08:57 PM PST
 
Ayat farah seterusnya camnih ...

"andy... i bukan seperti yg u sangkakan.. sebenarnya i sejenis dengan u... i nyah..!! "


hahhaahaa.....
Aie
November 8, 2004   09:21 PM PST
 
adakah rahsia farah sama seperti rahsia "The Girl Next Door"...huhu...
wanda
November 9, 2004   12:35 AM PST
 
erkk hello2..aiseh aku missed byk giler ah cita hang nih..aiseh..kena stat baca fr d beginning ah..huhu..erkk wat hapen to farah ah?..ish mushkil22..geram lak jadiknya duk tunggu hehe..cepat2 sket no..abeh kan la episode b4 raya hehe
d.a.l.e
November 9, 2004   01:30 AM PST
 
and the story goes on...ada bape episod ni ND?
kel@mbu
November 9, 2004   01:42 AM PST
 
harap bersabar sume.... jgn sesekali membuat konklusi atau pun spekulasi sesuka hati tentang teleblogela ini...

Juz nantikan kesudahannya... jgn biarkan hidup anda diselubungi MISTERIIII... muahahahah.....

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments