Entry: Mencari Sinar : Episod Keempat Thursday, November 04, 2004



...sambungan...

"Haaaaaaaa????..." Farah terkejut
"Iya Farah, awaklah perempuan itu. Maafkan saya jika terlalu cepat meluahkan isi hati saya. Tapi, saya rasa perlu untuk lakukan sebegini. Saya takut terlambat atau tidak tercakap nanti. Merana hidup saya. Lagipun, saya pegang kata-kata awak, jangan tipu diri sendiri. Sentiasa jujur. Nah, inilah yang saya lakukan." Aku memberikan penjelasan.
"Janganlah diam je...say something"

"Saya..errr...err...I'm speechless.." Farah tersipu-sipu malu..
"Hmmm...takpe..take your time..." Aku memberikan masa...
"Kenapa awak suka saya?" Farah bertanya..

"There are no words or reasons to say why I like you. It's something comes out from my heart. I just can't explain it but I know how it feels. Sooner or later, you will know Farah." Aku memberikan penjelasan...

"I don't know what to say Andy...I'm speechless..."
"Farah, saya faham keadaan awak. Tapi sememangnya saya perlu luahkan supaya saya tidak menyesal kemudian hari. Awak datang dalam hidup saya dgn tidak sengaja. Saya juga tidak sengaja tersuka pada awak. Ia datang secara tiba-tiba. Saya mmg tak dapat pendam perasaan saya lagi. Inilah masanya untuk saya Farah." Aku memberikan penjelasan lagi..

"Hmmm...terima kasih kerana berani meluahkan isi hati awak pada saya. Saya memang betul-betul hargainya. Saya just tak sangka bahawa orang itu adalah saya. Saya ingat awak maksudkan orang lain. Sebab tu saya tergamam skit." Farah memberikan penjelasan...

"How about your current GF?..Ana?..Macam mana dengan dia?"
"Farah, just forget about her first. I know what I'm gonna do. It's not cruel. But just don't worry about that ok? Saya tau apa yg saya buat." Aku memberikan penjelasan...

Iya tak ya. Apa aku nak buat dengan Ana? Aku sememangnya tak berniat nak putuskan hubungan aku dengan Ana kerana Farah. Itu bukan caraku. Sebenarnya, tujuan aku untuk sambung belajar di UK pun adalah kerana aku kecewa dengan diri aku sendiri dan juga dengan Ana. Aku dapat merasakan, baik aku tinggalkan Malaysia buat sementara waktu untuk mengubat hati yang terluka ini. Tapi Farah datang dalam hidup aku. Farah membuatkan aku tidak berdaya meninggalkan negaraku yg tercinta ini. Farah membuatkan aku terkesima! Aku bingung!

"Farah, tak perlulah memikirkan jawapannya sekarang. Awak dalam keadaan terkejut. Jadi, ambil lah masa awak dulu. Saya tak kisah. Saya pun harus memikirkan tentang Ana."

"Andy, boleh tak saya tanya sesuatu?" Tanya Farah...
"Boleh, tanya la.."
"Kalau saya membuat keputusan, adakah ianya akan mengubah apa-apa especially tentang awak ke UK?"..Farah bertanya..
"Farah, setiap decision yg kita buat merupakan sesuatu yang amat penting. Of course, setiap decision tu akan mengubah segala-galanya."
"Farah, sememangnya saya ingin pergi ke UK. Itulah hajat saya dan ibubapa saya. Sekarang ini, saya telah mendapat peluang untuk ke sana. Segala kelengkapan hampir siap. Hanya tinggal untuk membuat keputusan sahaja. Tapi saya hairan, patutnya saya membuat keputusan sebelum berjumpa dengan awak. Barulah saya tau skang kenapa keputusan itu masih tertangguh. Seolah-olah naluri hati saya tahu bahawa awak akan hadir dalam hidup saya."

Aku lihat air mata Farah menitis di pipinya. Aduhai, adakah aku salah cakap tadi? Maafkan saya Farah.

"Farah, kenapa ni? Kenapa menangis? Saya ada salah cakap ke?" Aku rasa bersalah...
"Takde pape...saya just tersentuh. It really touches my heart."
"Amenda yang buat awak tersentuh ni?"...aku musykil..
"Dari mata awak, gerak-geri awak, memang saya akui, awak ikhlas meluahkan semua itu. Saya betul-betul speechless. Saya juga hendak cakapkan sesuatu tadi." Farah explain..

"Apa yang awak nak cakap?..Cuba tenangkan diri, pastu sebut satu-satu..Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan..lapan lagi...hehehe.." Aku berseloroh. Farah mencubit aku..sakit, tapi sedap..haha..
"Awak ni, orang serious dia memain lak."
"Ala..jangan la merajuk, saya bergurau je. So, saya tak sabar nak dgr apa yg awak nak cakap tadi. Sila kemukakan hujah-hujah anda...hehe.."

"Andy, awak pernah tak bertepuk sebelah tangan?" Farah bertanya..
"Alamak...errr..pernah kot..dulu punya cerita la...kenapa?" ..Adoiii...aku bertepuk sebelah tangan ke nih?...Mintak-mintak jangan laa..ishkkk
"Takde apa-apa, saya saje je tanya." Farah tersenyum sambil lap air matanya.
"Tipu...awak takleh sorokkan pape dah..." Aku musykil..
"Saya ni bertepuk sebelah tangan dengan awak ke?"..Aku ingin mendapatkan kepastian...
"Awak rasa?"...Farah bertanya...ehhh..macam mind games plak...

Aku termenung, aku renung matanya. Farah memandang ke arah lain. Lalu aku berkata...

"Farah, saya rasa saya bertepuk sebelah tangan." Aku mendengus...
"Are you sure?" Farah bertanya..
"Hmm..I think so la..."

"Andy, awak tak bertepuk sebelah tangan..." jawab Farah...
"Haaa???...apa maksud awak?"..aku tetiba jadi blur..

"Andy, saya suka kat awak!!!!!!!!!!"


...To be continued...

   24 comments

banai
November 5, 2004   12:40 AM PST
 
ada org ckp.. cepat dapat .. cepat le ilang.. susah nak dapat.. susah le nak ilang.. ko setuju tak ngan aku wahai encik andy? :)
nilzd4
November 5, 2004   12:44 AM PST
 
huhuhu... cam ader scene kezutan je nie..
eisya
November 5, 2004   12:49 AM PST
 
nd... teruskan!!! kihkhihhkih... ;)
kel@mbu
November 5, 2004   01:53 AM PST
 
ya, selepas kata2 itu bagaimanakah dengan percintaan mereka? apakah ada badai yg akan menghempas atau awan cerah akan berarak mendung?

saksikan episod seterusnya....:)

ND
November 5, 2004   05:26 AM PST
 
banai...relax dulu...citer blom habis..jgn cepat sgt jump to conclusion..hehe..tapi ape yg ko ckp tu betul..we'll see..:D

wahhh kelambu...ko bleh jadi assistant director aku la..kekeke
maman
November 5, 2004   05:35 AM PST
 
wey sambung ahh cepat
zurie
November 5, 2004   08:49 AM PST
 
uwaaaaaaa aku tersentuhnyerrr dgn cite neh..cepat le sambung nak tau kisah seterusnyerrrrrrrrrrrr
Emy
November 5, 2004   09:30 AM PST
 
Nie boleh buat skrip lakonan nie.,
xmen
November 5, 2004   10:13 AM PST
 
ND, cite ko nie ade berapa CD.... nie yg CD keberapa. ishhhhhh potong stim lagi,,,,,,,, hehehhe
naina
November 5, 2004   10:37 AM PST
 
touching..
cant waitlah..
ni true story ke apa?
21
November 5, 2004   10:50 AM PST
 
perggghhhhh... ayattt.. x menahannnnn.. :p
Aleeya
November 5, 2004   10:54 AM PST
 
wats nx..?
Faizah
November 5, 2004   12:16 PM PST
 
duh, cepat sambung weih, aku mcm dah boleh tau babak seterusnya
mawar
November 5, 2004   01:41 PM PST
 
dush!!buat pilem la ..besh nii..
ghost_rider
November 5, 2004   08:50 PM PST
 
aduhaiiii..leh buat novel ni...heheheh!!!
oldfren
November 5, 2004   10:13 PM PST
 
pehhh...guna nama sebenar...pegghhh....nih kesah benar ke apa nih...storyline pun cam pernah ku dengar, ko nih andy...biar benar...
Ahmad Ijaz
November 5, 2004   10:28 PM PST
 
Wah...sedapnya citer nih. Tak pernah sesedap ini diluahkan walaupun dalam cerpen...Utusan Mingguan.

Teruskan ND..kisah cinta hingga ker Hujung Nyawa
Farhana
November 6, 2004   12:31 AM PST
 
Nd,apa maksud "terkesima"?
ND
November 6, 2004   05:39 AM PST
 
Terkesima means ermm...tatau nak describe into words...terkesima ni macam perasaan terkejut campur dilemma ke camtu lah..lupa lak the exact word...

anyone knows the exact word for "terkesima" tu ape tak?..eheh..
lan_zo
November 6, 2004   05:56 AM PST
 
farhana, (kamus dewan) kesima=>tercengang, termanggu2, hilang akal :)
ND
November 6, 2004   06:14 AM PST
 
thanks lan_zo...hihi..
zuril
November 6, 2004   10:19 AM PST
 
cewahhhhh..hihi..tapi btul tau ppuan suka tanya camtu..

"kenapa awak suka saya?" :)
kamil
August 17, 2006   02:12 PM PDT
 
awak sebenarnye tak leh pun tulis, bangang2 je ayat awk tu tapi takpe, tak yah abih mase awk jer buat , takde guner nyer, bangang2 jer awk tu
aNnA
February 10, 2007   03:36 PM PST
 
erm....
cmne ngan ana???
kisah ben0 ker ni????

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments