Entry: Mencari Sinar : Episod Ketiga Wednesday, November 03, 2004



sambungan...

Aku nekad. Keputusan telah dibuat. Aku rasa aku perlu memutuskan hubungan aku dengan Ana(girlfriend aku). Keputusan ini bukanlah kerana aku jatuh hati pada Farah, tetapi keputusan ini telah lama aku fikirkan sebenarnya. Sebelum berjumpa dgn Farah pun aku sudah membuat keputusan. Cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan. Aku tau Ana masih sayangkan aku. Tapi kenapa dia ignore aku lama camni? Apa salah aku? Jauh di sudut hatiku masih mempunyai perasaan sayang terhadapnya tetapi semakin lama semakin pudar. Mungkin kerana segala kesilapannya yang lalu telah membuatkan aku tawar hati. Tetapi aku masih lagi memberi peluang pada diriku untuk bersama dengannya selagi hati aku masih ada lagi perasaan sayang terhadapnya. Tidak perlu aku huraikan apa masalah kami berdua dulu. Itu akan menjadi rahsia antara kami berdua. Mungkin tiada jodoh agaknya.

Walaupun aku sudah mendapat idea untuk menghubungi Ana, tetapi tidak juga berjaya. Dia masih tidak mengangkat telefon, tidak membalas sms dan sebagainya. Hati aku berdebar-debar. Mana dia pergi ni? Dah kawin ke? Aku tension. Ahh, biarkan saja dulu. Perempuan ibarat layang-layang, kita melepaskannya terbang bebas di langit, kemudian kita tarik perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sehingga kembali kepada kita semula. Maksud aku, lama-lama nanti dia datang jugak kat aku.

Farah faham akan keadaan aku. Dia banyak memikirkan cara bagaimana untuk mengembalikan aku dengan Ana. Sungguh murni hati Farah. Akhirnya aku jelaskan pada Farah...

"Farah, lupakan kisah saya dengan Ana. Saya dah nekad nak break dgn dia."
"Hahhh???...Are you sure?..Dah contact dia?" Farah terkejut...
"Belum contact lagi, tapi instinct saya dapat rasakan yang dia ada lelaki lain. Saya kecewa. Bukannya saya hendak fikir yg bukan-bukan, tapi ntah la.."..Aku mendengus..
"Hmmm..segala keputusan di tangan awak, buatlah apa yang terbaik untuk awak. Saya sebagai kawan awak sekadar dapat menasihati sahaja."...
"Thanks Farah..."

Sebenarnya, aku dgn Farah baru berjumpa beberapa kali. Tetapi kami cepat menjadi rapat. Yahoo Messenger menjadi tempat kami berbual dan membuatkan kami menjadi semakin intim. Farah juga banyak bertanyakan tentang perihal diri aku. Aku pun sudah jelaskan pada Farah bahawa aku ni bukanlah baik sangat. Tetapi dia tetap rapat dengan aku. Farah juga ada menceritakan masalah-masalahnya. Tetapi tidak detail. Farah kata aku akan tahu juga akhirnya nanti. Hanya menunggu masa sahaja. Nampak serius, tapi takpelah. Aku tetap menunggu.

Aku masih lagi menjadi bingung. Perlukah aku meluahkan perasaan aku pada Farah? Adakah masa ini sesuai? Adakah ini akan membuahkan hasil? Adakah ini sinar yang aku cari selama ini? Aku pun tidak pasti. Tetapi aku masih lagi mahu meluahkan segala isi hati aku ini pada Farah supaya dia tahu dan supaya aku tidak menyesal jika aku tidak beritahu dia. Bagaimana aku nak luahkan? Bagaimanakah caranya? Aku pun tidak pasti. Hanya sekali dua sahaja aku pernah berada dalam situasi begini. Yang pertama tidak berjaya. Yang kedua berjaya. Aku takut yang ketiga ini tidak berjaya. Macam selang-seli pulak.

Aku masih lagi ingat kata-kata seseorang, "We may think of the person every seconds of our life, but he/she may not even think of us even a second of his/her life" Iya. Aku takut aku bertepuk sebelah tangan. Adakah Farah sentiasa memikirkan tentang diri aku setiap jam & setiap saat? Sudah tentu dia banyak hendak memikirkan perkara lain daripada aku yang tak penting ni. Tapi tak mengapa. Itu tidak menjadi persoalan. Yang penting kena berani luahkan dan berani menerima risiko yang akan datang.

Oh ya, Farah rupanya masih single. Dia yang memberitahu aku tempoh hari. Pada mulanya aku agak terkejut tetapi bila dia mengatakan bahawa dia tidak pernah ada boyfriend, lagi aku terkejut. Walaupun tidak pernah mempunyai teman istimewa, dia kata dia pernah menyayangi seseorang tetapi orang itu tidak meluahkan isi hatinya pada dia. Dia berasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa orang yg pernah dia sayangi itu telah menjalinkan hubungan dengan perempuan yang lain beberapa tahun kemudian. Sejak itu, dia tidak pernah rapat dengan mana-mana lelaki lagi.

"Farah, cerita lama tak usahlah dikenang lagi. Di sebalik kejadian itu ada hikmahnya." Aku menasihati Farah.
"Saya faham, saya harus meneruskan hidup saya. Saya memang sedang cuba untuk melupakan dia..hmmm.." Farah mendengus.
"Awak tak boleh nak macam ni je selamanya, awak pun tak boleh nak tutup pintu hati awak untuk semua orang hanya kerana dia. Awak perlu berfikiran terbuka."
"Saya tau. Hanya masa menentukan. Siapa lah agaknya yang akan membuatkan saya lupa pada orang yg dulu." Farah tertanya-tanya..
"Ohh..itu senang je...apa kata saya try buat awak lupakan orang tu dulu? Amacam?..Hahaha.." Aku berseloroh..
"Elehhh, kalau berani, try laa...tgk sejauh mana awak berjaya.."
"Ohh..awak cabar saya eh?...Kita tgk la nanti camna..siap awak!..hahaha"

Kami berdua tergelak sama-sama. Amat indah apabila berada bersamanya. Sejuk hati aku. Tenang je hati aku. Namun aku rasa Farah cuba menyembunyikan sesuatu daripada aku. Aku musykil. Takpelah. Lambat laun aku tau jugak nanti.

Akhirnya, aku sudah mendapat masa yang sesuai. Aku harus luahkan segalanya pada Farah. Lalu aku set kan tarikh & masa untuk dinner bersama-sama dengannya. Dan hari yang bersejarah itu pun tiba...

"I was wondering all day, kenapa awak nak ajak saya dinner eh?.." Farah tertanya-tanya.
"Alaaa...saje je, takkan tak boleh kot? Awak tak sudi eh?.."
"Kalau saya tak sudi, buat apa saya kat sini..hehe..Haa...awak kata awak nak beritahu saya something..saya tak sabar nak tau ni.."
"Errr...nanti la, kita order makan dulu...pastu kita makan..pastu saya kasitau eh?..Menda yg best mana boleh rush...kena sabar..haha.." Aku explain..

Lepas makan...

"So, let me hear it.." Farah tak sabar-sabar nak tau..
"Awak tau kan saya nak gi UK. Tapi saya taktau kenapa saya tak boleh nak buat keputusan gi UK lagi."..Aku jelaskan..
"Hmm..ada apa-apa yang drag awak ke?.." Farah bertanya..
"Yup...tepat sekali. Sebenarnya saya tersuka kat seseorang ni dan saya taktau macam mana nak kasitau dia. Saya takut kena reject tu satu. Lagi satu, perkara ini akan menjadi salah satu penyebab sama ada saya perlu pergi ke UK atau tidak." Aku perjelaskan..

Serta-merta wajah Farah berubah. Aku pun tak pasti rupa dia kecewa atau tidak. Yang pasti, dia tetap tenang.

"Errr...firstly, awak kena jujur dengan dia. Perempuan suka orang yg jujur. Saya pun suka orang yg jujur. Tidak salah kalau awak nak luahkan. Buat apa takut untuk luahkan. Bagi saya itu perkara yang berani untuk dilakukan. Bukannya senang nak buat camtu. Kalau dah ada perasaan suka, just say it to that girl." Farah berhurai panjang lebar. Fuhhh..tu dia..
"Wahhh...bagus la awak ni..." Aku memuji..

Kemudian aku cuba tukar topik kejap. Sekadar untuk memikirkan sesuatu.

"Ehhh...awak nih, takkan awak nak kasitau menda tu je? Ni sure ada lain ni.." Farah musykil.
"errr...errr.." Aku gementar..
"Apa err err..cakap je la.."

"Farah, awak kata awak suka orang yg jujur kan."
"Ye saya.."
"Jadi, tak perlulah saya berselindung lagi...hmm"...Aku menarik nafas...Ok..here it goes!

"Orang yg saya cakap saya suka tadi tu adalah awak Farah."


...To be continued...



P/S : Best btol stop kat sini kejap..muahahahah...:p

   14 comments

Emy
November 4, 2004   09:10 AM PST
 
Apa ni ND waaaaaaaa suka hanging cenggini. Dah la addicted ngan cerita nie. Berapa episod samarinda ko nie ND? Kena 'tape' nie kalau miss.
mar
November 4, 2004   10:04 AM PST
 
ko ni kan ND suka buat suspen la.puas la aku nak tggu cter ko ni abih.sabor jer la
xmen
November 4, 2004   10:05 AM PST
 
potong stim betoila......
21
November 4, 2004   11:04 AM PST
 
de kah de kah de kah....
Nis
November 4, 2004   11:40 AM PST
 
ND....boleh buat novel la citer ni....panjang benor jenuh nak nunggu...........:P
amyz
November 4, 2004   12:59 PM PST
 
waaa.. ape nihhh?? sekerat sekerat.. ingat telenovela spain ke??? waaaaa....!!!
Faizah
November 4, 2004   01:16 PM PST
 
ler ... saspen btul
ND
November 4, 2004   01:35 PM PST
 
Saspen la best..eheh..kalau tak saspen, nanti tak menarik
Aleeya
November 4, 2004   03:22 PM PST
 
:p
Abu Hurairah
November 4, 2004   05:12 PM PST
 
Sememangnya ND, kamu yakni menggantikan Awie dan mulakan kareer lakonan. Insya-Allah...anda akan menjadi success..di kemudian hari.
ghost_rider
November 4, 2004   07:40 PM PST
 
potong stim tul laaa!!
zuril
November 4, 2004   11:37 PM PST
 
adeiii..dialog-dialognyer boleh tahan..saya awak..isk isk :D
nilzd4
November 5, 2004   12:01 AM PST
 
aje aa tue...tang scene tue..dia kuar to be cont plak... ish...
banai
November 5, 2004   12:29 AM PST
 
heh.. citer ko masyuk le encik ND.. jiwang nye.. leleh i tau.. :)

meh aku bajet citer sterusnya..
KOMPOM DORG BERCINTA!!!! yeay.. :) betui tak? :)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments