Entry: Mencari Sinar : Episod Kedua Tuesday, November 02, 2004



...sambungan...

Kringgg!!! Kringgg!!!...Aku bergegas menjawab telefon tanpa tgk nama yg tertera kat handphone aku tu..."Hello..?.."
"Hello..."..terdengar satu suara yg baru aku dgr siang tadi..
"Hi Andy, ni Farah ni..."
"Ohh...Farah...Hi..."
Aku dalam nada terkejut...
"Saya saje je call...nak say thanks sbb hantarkan saya tadi.." Dia memberikan keterangan..
"Ohhh...not a problem at all...tak sangka plak awak sudi..hehe.." Aku tersenyum simpul tapi bukannya dia nampak kan..hehe..
"So, tgh buat apa?..." Dia bertanya...
"Takde buat apa pun..tgh relax je..penat gak rasanya.." Aku menjawab...

Perbualan kami pun diteruskan selama 15 minit...dia kata taknak kacau aku. Aku pun sebenarnya penat gile ni. Tapi takpe la, dia yg call, kang credit dia habis plak kan.

Farah berumur 21 tahun. Rupanya putih berseri, manis dan sedap mata memandang. Tidak memakai tudung. Ketinggiannya takat paras telinga aku. Hidungnya agak mancung dan aku rasakan Farah ni berdarah campuran mat saleh kot. Susah nak describe kan macam mana. Tapi yg pasti, ramai yang pandang dia sewaktu kitorang makan kat Midvalley. Dia seorang yg peramah dan tidak berasa kekok dengan org yg baru dikenalinya. Aku pun rasa selesa berbual dgn Farah.

Rupanya, dia pun selalu online di internet. Dia juga telah memberikan Yahoo Messenger ID nya. Sejak itu, aku selalu berchatting dgn nya dgn menggunakan Yahoo Messenger.

Hari demi hari berlalu sejak peristiwa manis di Midvalley. Farah semakin rapat dengan aku. Aku tidak pasti macam mana kami boleh menjadi rapat. Sebenarnya, aku mempunyai seorang special girlfriend yang telah 2 bulan tidak mengirim khabar berita. Bila aku call, dia tak jawab. Bila aku sms, dia tak reply. Bila aku chat, dia tak reply. Aku semakin tension dengan girlfriend aku tu. Membuatkan perasaan sayang aku terhadapnya semakin keruh setiap hari. Aku tau dia sudah bekerja dan sibuk dgn kerjanya. Tapi takkan lah nak angkat telefon ataupun nak membalas sms pun tak boleh?

Aku jadi musykil. Naluri hatiku kuat mengatakan bahawa girlfriend aku ni sudah ada orang lain ataupun ada orang lain tgh nak masuk line. Maklumlah, kat tempat kerja dia ramai lelaki. Aku hanya membiarkan sahaja dia. Sampai bila dia nak mendiamkan diri. Lambat laun nanti dia akan hubungi aku juga.

Kehadiran Farah pula membuatkan aku terkesima. Dia menjadi semakin rapat dgn aku. Dari gerak-gerinya sebagai seorang perempuan, sudah menampakkan bahawa dia selesa dan suka pada aku. Aku pernah bercerita pada dia tentang girlfriend aku. Dia faham dan dia sekadar hendak menjadi kawan aku. Farah juga tahu akan masalah yg dihadapi oleh aku. Banyak juga dia memberikan nasihat dan pandangan.

Hari demi hari berlalu, hati aku rasa lain. Aku rasa aku makin suka kat Farah. Aku tak pasti dari mana perasaan itu datang. Perasaan ini tidak seperti perasaan suka ku terhadap girlfriend aku dulu. Perasaan ini amat kuat rasanya. Selama 2 minggu aku menyimpan perasaan ini dan menganggap itu mungkin hanya seketika. Aku hendak berterus terang padanya tetapi ada sesuatu yang dia tidak tahu.

Sebenarnya, lagi 2 bulan, aku akan melanjutkan pelajaran aku ke UK. Aku akan berhenti kerja dalam masa 2 minggu lagi. Segala persiapan telah aku buat utk melanjutkan pelajaran. Tetapi, keputusan aku masih belum dicapai. Aku ingin pergi ke UK, tetapi seolah-olah ada sesuatu yang menyuruh aku menunggu sesuatu dan jangan terlalu cepat membuat keputusan. Seolah-olah ada suatu perkara yg perlu aku pertimbangkan. Aku tidak pasti apakah perkara itu. Walau apa pun, aku harus membuat keputusan sebulan sebelum tarikh orientasi universiti di UK.

Sementara itu, semakin hari demi hari aku tak dapat membendung perasaan ini terhadap Farah. Tidak terdaya untuk aku lakukan. Inilah yg dikatakan cinta hadir tanpa disedari. Aku tak pasti adakah ini cinta yang aku cari selama ini? Mengapakah aku rasakan bahawa girlfriend aku skang ni bukan seorang yg akan menjadi teman hidup aku? Mengapa perasaan aku terhadap Farah semakin menggunung?

Ahh, aku bingung memikirkannya. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku rasa aku perlu jujur dan berterus-terang pada Farah. Aku tak suka simpan perasaan lama-lama. Bagi aku, biarlah aku terus terang untuk lepas seksa ni. Makin disimpan, makin merana aku nanti. Aku ni jenis org yg suka berterus terang supaya tidak ada konflik di masa depan.

Setelah mengenali Farah secara mendalam, aku dapati dia seorang yg amat baik hati. Kami mempunyai byk persamaan yg membuatkan kami cepat menjadi rapat. Terdapat byk ciri-ciri kewanitaan yg aku mahu pada seorang wanita ada padanya. Mungkinkah itu yg membuatkan aku jadi gila?

Aku masih lagi mengelamun. Mencari idea untuk berterus terang pada Farah dan juga mencari idea bagaimana hendak menghubungi girlfriend aku. Dua perkara ini harus aku selesaikan secepat mungkin. Setelah setengah jam mengelamun, yeah!!! Aku dapat idea!...

...To be continued....
 

   16 comments

zuril
November 3, 2004   08:13 AM PST
 
eiskkk..time dapat idea tu la,nak TO BE CONTINUED....bijak bijak,sebijik macam kat TV..hehe :D
Emy
November 3, 2004   08:39 AM PST
 
Pandainyaaaaaa adik akak sorang nie yer. tgh2 sonok baca dia hang kan citer dia.
xmen
November 3, 2004   08:54 AM PST
 
bakal mengalahkan siri samarinda kat TV3......heheheheheheh
Ahmad Ijaz
November 3, 2004   08:57 AM PST
 
Sememangnya, baik imaginasi kamu nih. Citer yg dah over 1 tahun dahulu masih lagi boleh hafal dialog sekali, kerja skang nih tok leh buat.

Asal ko suka flash back nih?? Walaubagaimanapun aku blh recommend u to a director i know. Boleh dibuat satu cerekarama..drpd citer ini. Apa cam..ok!!
Aleeya
November 3, 2004   09:30 AM PST
 
nak buat novel ke nd?
sambung ah cepat..
Aleeya
November 3, 2004   09:31 AM PST
 
eh.. jap.. ni based on true story ka?
amyz
November 3, 2004   09:46 AM PST
 
boleh buat filem nih.. ehehe.. ;-)
mar
November 3, 2004   10:39 AM PST
 
ala2 telenovela....jeng..jeng...jeng...(terpaksalah aku sabar menanti cerita ko ni ek ND)
21
November 3, 2004   10:51 AM PST
 
tertipu kah tipah lg?? aku tertipu lg.. korg pun tertipu.. kalo cite ni x real nd.. siap ko.. aku dh kerasokkn ngn cite ni dah..
zaiman
November 3, 2004   05:03 PM PST
 
Aku pun bingung. Farah mempunyai ciri-ciri gadis idaman ku. Aku dah jatuh cinta ngan Farah.... he, he...
Abu Hurairah
November 3, 2004   10:17 PM PST
 
Saudara Ahmad Ijaz,jangan la dengki,betul ni cerita ND,kalau tak betul pun biarkanlah,ada jugak cerita baru
walkthrulife
November 3, 2004   10:30 PM PST
 
tak sabarlak rasanya nak tunggu sambungan cite ni...
nilzd4
November 3, 2004   11:22 PM PST
 
ND....3rd episod kasi...iklan aa ek..huhu dun wanna miss it...
kel@mbu
November 4, 2004   12:43 AM PST
 
jgn lupa mengikuti TELEBLOGELA 'mencari sinar' arahan nd dalam episod seterusnya. sekian terima kasih.

[nd, bulih ke aku promote mcm tu]
ND
November 4, 2004   05:24 AM PST
 
TELEBLOGELA?..wahahha...macam sebut BOGEL LAAA..hehehe..lawak sehhh...huhu..nak iklan camne?..nanti aku try buat banner..bz skit skang nih..huhu
Ahmad Ijaz
November 4, 2004   11:08 AM PST
 
Saudara Abu Hurarah...sudahlah, anda cuma gersangkan cinta yg dikecapi oleh saudara ND, Maklumlar hidup yg boring sepanjang hari. Terusklan usahamu Si ND. Cinta patut dicari bukan dibeli.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments