Entry: Mencari Sinar : Episod Pertama Monday, November 01, 2004



"Ahhh, dah lambat dah ni..." Aku merungut dalam kereta sambil tengok jam yg menunjukkan pukul 11am. Bila nak cepat, semua jadi lambat. Aku sebenarnya nak tgk wayang pukul 11.30am kat GSC Midvalley Megamall. Jalan tengah jem. Tiket dah beli semalam. Ishhh, takut tak sempat pulak.

20 minit kemudian, baru sampai kat Midvalley. Nak mencarik parking punya la payah. Nasib baik jumpa satu. Then, aku bergegas ke GSC. Aku tak berlari, tapi jalan cepat je. Sampai kat GSC tu, aku nak mencelah kat satu tempat ni, tetiba "BEDEBUK!!!"...Adoiii...sakit kepala aku. Rupanya kepala aku berlaga dgn kepala seorang perempuan ni. Aku pun taktau camne bleh berlaga.

"Sorry, sorry, saya tak nampak tadi sebab nak cepat, sakit ke?.." Gadis tu bertanya...
"Saya pun sorry gak, saya pun nak cepat tadi...tade la sakit sangat, biasa je.." Aku senyum..Waduh, cun pulak awek ni. Manis & cute. Buat hati aku berdebar je tengok dia.

"Ok la, saya nak cepat ni, nak tgk wayang. Sorry lagi sekali ye.." Gadis tu pun berlalu pergi...Aku senyum je tengok dia. Perempuan semanis itu, kalau jadi isteri aku kan best. Tapi siapalah aku. Kalau aku handsome, dah lama dia ajak aku tgk wayang dgn dia sekali kot? Hehe...

Aku pun cepat2 gi beli air & popcorn, pastu masuk ke dalam panggung wayang. Aku mencari tempat duduk yg bernombor C7. Aik, tak ramai pulak org tgk. Aku pun jumpa seat aku dan aku tgk seorang saje yg ada kat row C nih. Kebetulan plak org tu duduk kat seat number C8. Bila aku duduk sebelah orang tu, aku terkejut. Dia pun terkejut.

"Ehh..awak?.." Gadis yg berlaga dgn aku tadi menyapa aku dgn nada terkejut.
"Ehhh...laaa, kita berlaga tadi kan? Haha, tak sangka pulak.." Aku menyapa sambil tersenyum.
"Awak tengok sorang je ke?" Aku bertanya lagi..
"A'ah, sorang je..sorry lagi sekali sbb terlanggar tadi. Memang saya buta tadi. Awak pun sorang je ke?.." Dia bertanya.
"Mula-mula tadi saya sorang la. Pastu bila awak duduk sebelah saya ni, jadi la berdua." Aku berseloroh. Dia pula tergelak dan tersenyum. Ishhh..senyuman dia nih, memukau hati aku je.
"Errr...saya Andy. Awak?"...Aku memperkenalkan diri aku.
"Saya Farah." Jawabnya sambil tersenyum. Ishhh..tergoda plak aku dgn senyumannya. Pastu wayang dah start dan satu panggung jadi gelap. Ishh..tak sempat aku nak tanye dia lagi. Hahaha..Aku pun melayan je la wayang tu. Aku tak berubah tempat. Dia pun tak berubah tempat. 2 jam kemudian, tayangan tamat...

"Best kan movie nih?" Tetiba dia bertanya..
"A'ah...tak rugi beli tiket.." Aku menjawab...
"Awak memang suka tgk wayang ke?"..aik..byk tanya pulak dia ni...
"A'ah, seminggu sekali saya mesti tgk..awak pun sama ke?..Aku bertanya..
"A'ah, sama la kita." Dia tersenyum lagi. Lalu kitorang pun keluar dari panggung wayang sambil berborak sepanjang perjalanan keluar dari panggung.

Nampak dia ni peramah. Aku suka cara dia. Lalu aku memberanikan diri bertanya pada dia...
"Awak lapar?.."
"Boleh la tahan..." Dia menjawab...
"Since awak sorang, saya pun sorang, jom kita gi makan. At least ada teman. Takde la boring." Tu dia, tak pernah aku rasa seberani camtu sebelum ni. Hantu mana tah rasuk aku nih.
"Boleh jugak...jom kita gi food junction tu" Dia setuju dan tersenyum. Wahhh...untungnya aku.

Kitorang pun gi kat Food Junction tuh. Aku nak beli Nasi Ayam, dia pun sama jugak. Sama lagi. Aku beli air soya bean, dia pun sama jugak. Aikkk...aku senyum je. Pastu kitorang carik tempat yg selesa utk duduk. Sambil makan, kitorang berbual...

"Awak tinggal kat mana?.." Dia tanya aku..
"Saya dok kat Taman Melawati...awak?"...Aku tanya dia balik.
"Saya dok kat Ampang Jaya." Dia menjawab.
"Ohhh...dekat je la. Study lagi ke?...
Dia jawab..."A'ah, kat KDU...awak plak?"
"Ohh..study lagi...saya dah kerja.." Aku menjawab. Aku dah agak dia study lagi sbb nampak muda. Cun lak tuh...

Then, kitorang berborak-borak lagi about almost everything. Baru kenal so banyak la cerita kan. Kadang-kadang dia tergelak, aku pun tergelak bila ada menda yg lucu yg diperbualkan. Dia nampak happy je. Takde pulak nampak cam dia anggap aku stranger. Alhamdulillah...baik betul dia ni, tak sombong cam perempuan lain.

Lepas makan, aku nak gi MPH. Dia pun sama. Ehh..dah jadi macam date pulak. Padahal aku nak jejalan sengsorang ni sebenarnya nak tenangkan hati. Taknak ada gangguan. Tapi bila dia jadi teman tgk wayang, teman makan & teman tgk buku, jadi best pulak. Takde gangguan langsung. Semua masalah aku hilang begitu sahaja. Aku pun hairan. Buku yg aku suka pun dia suka. Memang pelik. Nampak cam dia selesa dgn aku. Cepat gile!

Masa menunjukkan pukul 4pm. Ahhh, aku kena balik nih. Kang jem pulak. Esok nak kerja. Dia pun nak balik jugak.

"Awak datang dgn apa?" tanya aku...
"Naik LRT je..."
"Ohh..nak saya hantar awak balik?..Memang on the way pun.." Aku offer utk tumpangkan dia..
"Ehh..takpe, dah la tadi saya langgar awak, pastu nak hantar saya balik pulak. Menyusahkan awak je..." Dia explain...
"Laa...lupakan je pasal langgar tadi...tade apa pun...meh saya hantar awak, boleh sambung borak dalam kereta nanti.." Aku offer lagi...
"Hmmm...ok.." Dia setuju...Yes!! Yes!! Yes!!...

Then, aku pun hantar dia balik. Sepanjang perjalanan balik, byk gak kitorang bercerita itu ini. Dia pun makin selesa berbual dengan aku. Aku pun bertukar nombor handphone dgn dia. Ishh..respon baik punya nih. Aku rasa dia single sbb dari segi perlakuan dia nampak cam single je. Tatau la aku. Aku pun tak kisah sangat. Berkawan je kan.

Lepas hantar dia balik, aku pun balik rumah. Fuhhh, aku memang bebetul tak sangka tentang kejadian hari ni. Tengah aku nak berehat, tetiba handphone aku berdering...

To be continued... 

   19 comments

mar
November 2, 2004   12:34 AM PST
 
ni ka hajat ko yg tertangguh tu?at last ko tulis gak ek.teruskan menulis dan aku teruskan membaca :)
Sin Chan
November 2, 2004   12:45 AM PST
 
dirimu sudah di landa angin sepoi bahsa kah?

err... angin yang sepoi jgn sangka takkan ujan.. tp kalu ujan best gak..
bsahan...
kel@mbu
November 2, 2004   01:25 AM PST
 
"A'ah, sorang je..sorry lagi sekali sbb terlanggar tadi. Memang saya buta tadi. Awak pun sorang je ke?.." =>ayat maut nih...!! Dia ngorat ko tuh..

[waahh.., nape aku tak pnah kena situasi mcm tu...]
Muaz
November 2, 2004   07:48 AM PST
 
dude!!! you're the mannn!!! aku kasi salute sama koo!! cayalaa andy!! hehe..serious aku baca entry cam bes la plak..hhehe..aku lak excited.. kekeke..
maman
November 2, 2004   08:35 AM PST
 
waduh.juahnye awak.. ampang jaya dgn kdu... leh ko antar dia pagi pagi, tak bosan ler pagi ko lepas ni..

cepatlah continue.
Emy
November 2, 2004   09:07 AM PST
 
Wahh good for you ND. Good Luck ok.
yaabbna
November 2, 2004   09:11 AM PST
 
Hehehe...aku faham..
Znil Pervert
November 2, 2004   09:32 AM PST
 
memula baca ingat si ND ni tak posa. selamber sardin jer makan kat mid valley pukul 1pm.. rupanya citer da...
w1r4
November 2, 2004   09:46 AM PST
 
hmm.....x sabar nak tunggu sambunganya..hehehe
xmen
November 2, 2004   10:47 AM PST
 
fuyooooooooooo....jumpe awex cun.... bagusla good luck...maybe she the right one :-)
Ahmad Ijaz
November 2, 2004   11:11 AM PST
 
Alahai...sedapnya citer nih. Mana pulak tak gadiz zaman karang yg boleh ikut jeh naik kereta. Dunia dah ubah dah. Bagus jugaklah..yg ditemui..ialah Si ND.

Inilah dinamakan Tuah datang bergolek, dapat kerja, dapat jumpa awek....Tahniah Si ND.
ghost_rider
November 2, 2004   06:50 PM PST
 
kalau jadi kat aku camni kan best.....huhhuuuhuhu!!
nilzd4
November 2, 2004   10:16 PM PST
 
ish byk nyer kebetulan dia... drama sungguh nie... huhu samarinda kat blog plak......

Neway bess keep it up....

kene tunggu sambungan nie...huhu
carrotsusu
November 2, 2004   11:10 PM PST
 
hehehe.. boleh di pilem kan nih.. anyway sket advice.. deal nagn awek ni cam tarik rambut dalam tepung.. rambut tak putus.. tepung tak b'selerak.. orait!..
e1
November 3, 2004   01:28 AM PST
 
WAA ni cerita sebelum posa ker. atau setahun yang...... moskel betul 11 pagi tu...

waaa kasi tackle kawan.. adik dia boleh kasi book sekali ker..muahahaha
MaruL
November 3, 2004   03:41 AM PST
 
aaa...ni kejadian 6 tahun yg lepas ke ni wandy...aku tamau tertipu lagik ekekeke :P
ND
November 3, 2004   06:42 AM PST
 
Hahaha...just tunggu sambungannya sehingga episod terakhir...nanti aku kasitau..:p
zuril
November 3, 2004   08:12 AM PST
 
lepas ni nak jalan langgar2 orang la..kot-kot ada jodoh..ekeke..
nice story :D
amy
January 28, 2005   10:08 AM PST
 
hmmm .. just started reading... .. so far.. okay la..... boleh tak.. banyakkan describing the scene.. kasi pembaca terbayang0bayang... can c the image right infront of themmm...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments