Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< June 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, August 22, 2007
TM Gempaknye Bowling Tournament


         Our balls! :-                            Me & my colleague, Ayu.

Last weekend ada TM Gempaknye Bowling Tournament. TM menjemput top 10 customers diorang utk bowling tournament ni di Midvalley Megamall. Shell, VADS, Exxon Mobil, HSBC, OCBC, Al-Rajhi dan ape tah lagi. Tak lupa juga company aku keje, UMW. It was a great event and fun. Mungkin nasib tak menyebelahi aku hari tu kot. Aku pulang dengan tangan kosong.  Uhukkss..takpe, it was not my lucky day I guess.

Lepas main bowling tu, kitorang dijemput makan di Amarin Heavenly Thai Restaurant. Sedap juga makanannya especially Tomyam! Aku tak makan byk sgt walaupun sedap. Hohoho. Aku banyak amik gambar ada la.



This is my team..Team Lane 6~!!!


My colleagues/officemates... you guys rawks~!

My colleagues with their prizes...uhukss..


This is Fahmi...ishkkk...tau lah ko menang...uhukss..hahaha


### - This entry also available at MY NEW BLOG~!


Posted at 11:03 pm by irwandy
(3) Comments  

Monday, August 20, 2007
I Had Enough...

Semuanya berlaku dengan tiba2. Kejadian yg berlaku di Midvalley Megamall pada tghari Sabtu baru2 ini betul-betul mengejutkan aku. Dan pada hari itu juga, aku mendapat tahu segala-galanya. Iya, aku ditipu. Tak perlu aku nak cerita panjang lebar kerana semuanya aku dah putuskan. Aku dah buat keputusan. It's over. I had enough. Cukuplah dengan segala apa yg berlaku.

Dan kini, kejadian minggu lepas itu membuatkan aku sangat2 menyesal. Menyesal aku mencari ketenangan diri, menyesal mengalirkan air mata. Aku kesal di atas semua yg berlaku. Entah apa tujuannya melakukan perkara sebegini pun aku tidak tahu mengapa. Inilah akibat drpd pemikiran orang2 yg lemah. Habis kucar kacir jadinya. Aku takut apa yg aku rasa ini akan mengganggu orang lain. Entah macam mana aku nak elak. Aku pun tidak tahu.

Dan sekarang ini, walaupun aku berasa marah dan kesal, namun aku tetap bersabar. Walaupun aku rasa sakit, aku tetap kuatkan hati untuk tempuh perkara ini. InsyaAllah aku akan menjadi lebih kuat selepas ini. Dan yg pasti, aku akan simpan apa yg aku rasa ini untuk seseorang yg lebih berhak untuk terima dengan lebih berhati-hati. InsyaAllah.

Walau apapun, aku sangat2 bersyukur kerana Allah SWT memberi petunjuk dan menyedarkan aku cepat2 sebelum ianya terlambat. Kejadian di Midvalley Megamall itu sudah cukup utk aku membuat keputusan with a little bit of explaination yg sudah cukup ringkas dan padat.

Dan yg paling hairan, aku sangat suka lagu ni dan hari2 aku dengar sejak minggu lepas. Dan kini, dgn lagu ini sahaja aku ingin luahkan...my background song by Keris Patih, bertajuk Tapi Bukan Aku...

jangan lagi kau sesali keputusanku
ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima
aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati

berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku

### - Ouuucchhh....I had enough...terima kasih di atas segalanya...


Posted at 03:37 am by irwandy
(8) Comments  

Wednesday, August 15, 2007
My Getaway Trip

After what happened last week, I decided to go to Kuala Terengganu. Why?... I don't know. I just wanna go there. I just follow my heart. I went there from Thursday - Sunday. I couldn't believe that my trip to Kuala Terengganu is one of my best trip ever despite what happened last week. When I was there, I stayed at my friend's house, Salman. Thanks a lot to him for the hospitality and took me around Terengganu. Yes..around Terengganu. Wanna know why?

On the very first day, we went to Kemaman & Kerteh from Kuala Terengganu to shoot firefly at Kg Ibok, Kemaman. Salman and his family along with another friend of mine which is the owner of TokeiKedai Online, panggil dia Dome je. For the first night, we stayed at our friend's house at Kerteh, his name is Wan.

On 2nd day, Wan took us around Kerteh, Kijal, Chukai, Kg Air Jerneh dan sempat juga kami makan durian kat gerai tepi jalan. 4 of us je masa tu. Dah makan durian tu, bila tanya harga, org yg jual tu kata, "Takpa lah..hari ni saya kasi free.."
Fuhhhh...hikmah hari Jumaat. Semoga penjual durian tu dimurahkan rezeki.


Me, Wan & Salman...menikmati durian yang enak sekali dong!...


Yeaahooooo..banyak duriannnn...rasa nak bwk balik je semua..sedap banget! tapi lepas aku posing utk gambar ni, aku tak dpt balance kan badan dan tangan aku menghimpap kulit durian yg banyak tu..waduhh..berdarah tapak tangan..huhu



Lepas tu, kami pulang ke rumah Wan utk bersiap nak gi Solat Jumaat. Habis solat, kami lunch di halaman rumah Wan beralaskan tikar dengan angin yg menghembus kuat yang sangat2 nyaman. Wife Wan masak lauk2 yg kami beli pagi tu di Pasar Tani. Udang masak lemak cili api, ketam goreng cili telur, ikan kembung goreng dan lain2...sedap gile makanan dalam suasana camtu....tgk gambar bawah ni...


Aku tgh tak sabar nak makan..hehehe...


Camni lah suasananya...makan ramai2 macam ni mmg menyelerakan!


Jangan tgk muka aku...tgk pinggan aku tu...huhuhu..


Lepas lunch, kitorang gerak ke Awana Kijal Resort utk amik gambar. Pastu gi Kemasek utk amik gambar pantai. Dan terus bertolak ke Kuala Terengganu balik. Sepanjang perjalanan tu ada la 2-3 kali berhenti di tempat2 yg menarik kat Dungun dan lain2. Sangat menarik dowwhhh....


Me & Salman...keriangan..


Me...happiness..aman...


Kul 8pm sampai di Kuala Terengganu. Relax jap di rumah Salman. Pastu keluar balik gi Teh Tarik Session dgn geng fotografer Kuala Terengganu di Mydin Mall. Dapat la jumpa kawan2 aku kat sana dan borak2...but not for long..sbb aku dgn Salman dah penat gile...

On the 3rd day, kami gi Lata Tembakah, Jertih. Air terjun yg paling best pernah aku gi. Syiok banget! Ape lagi, aku mandi sambil ber'sms'. Hahaha...sampaikan Salman & Dome kata lain kali nak bawak aku gi tempat yg takde line. Hampeh!..huhuhu..


Me...sejuk gilos airnya...


Then, kitorang gi Kolam Air Panas La dekat area2 situ gak. Panas gak airnya. Merah kakiku...Then, kami ke Jertih utk jumpa dgn kawan kitorang lagi sorang, Sham. Kami dinner di situ. Around 8.30pm kami bertolak pulang ke Kuala Terengganu. Sampai Kuala Terengganu around 10.30pm. Balik tido!

4th day, hari Ahad...hari terakhir sblm aku balik naik bas kul 1pm. Pagi2 breakfast di rumah Salman. Then kitorang gi Pasar Payang, aku nak carik tudung untuk mak. Salman kata, beli tudung utk mak tu sebagai cover je...hahahahahahh...bila dah shopping sakan dgn 5 tudung yg dibeli, aku pun balik dan naik bas kul 1pm menuju ke KL...

Trip ni sangat best sebab layanan kawan2 di sana sangat best. Macam layanan first class plak. Dari hari pertama hingga hari terakhir, fully sponsored. Aku hanya menggunakan duit yg dibawa masa beli tudung tu je. Bertuah benor. A million thanks to Salman, Dome & Wan that made it happened! Thanks a lot!

Dan juga, dalam pada masa trip ni juga, aku berjaya melakukan sesuatu, berjaya menyedari, berjaya mendapatkan semula. Alhamdulillah...suatu berita gembira yang aku nantikan selama ni...nanti aku akan cerita dalam next entry bila berita gembira tu dah confirm!..hehe..

Tgk map kat bawah ni utk tgk perjalanan aku di Terengganu. Green spots tu adalah tempat2 yg aku gi. Almost 80-90% of Terengganu covered in 3 full days!



Kesimpulannya, aku sangat2 happy tercapai juga hasrat ketenangan diri. Terima kasih di atas sokongan anda semua! Muahsss!

### - Gambar2 di atas adalah drpd camera Dome & Salman. Gambar drpd camera aku akan aku upload kemudian...


Posted at 03:51 am by irwandy
(8) Comments  

Tuesday, August 07, 2007
Until My Last Breath

Aku tersungkur lagi. Aku ternganga lagi. Aku termenung lagi. Entah apa yg aku perlu lakukan lagi. Entah bagaimana aku ingin bangkit semula. Segala-galanya terjadi begitu sahaja. Kelmarin yang cerah menjadi ribut di pagi ini. Semalam pokok-pokok indah dgn burung berkicauan, hari ni pula ia ditebang menyakitkan mata dan menyesakkan dada. Dan hari ini, kilat sabung menyabung dgn iringan hujan yg lebat setelah empat tahun kemarau yg panjang.

Aku tak sanggup alami perkara ini lagi. Aku tak sanggup meratapi kesedihan lagi. Aku tak sanggup menanggung derita lagi. Aku tak sanggup membiarkan diri aku begini. Cukuplah derita yg aku lalui hari ini. Aku kesal. Aku kesal kerana ada pilihan yang tidak mahu diusahakan. Aku kesal kerana semuanya terjadi dalam sekelip mata. Cepat benar hati berubah.

Selama empat tahun hati ini membatu, langsung tidak terbuka untuk menerima secara serius dengan sesiapapun. Dan dalam masa sebulan, aku melawan perasaan aku yg berhati batu ni utk membalas kasih sayang yg diberikannya. Dan akhirnya, ianya sudah terbuka, tetapi terbuka untuk disakiti dan dilukai. Empat tahun aku menunggu saat ini. Hati yang tersimpan untuk seseorang yg aku sayangi sehingga akhir hayat telah hancur berkecai. Itulah yang aku dapat.

And now, biarlah aku menyendiri utk seketika. I need a place to hide away from this thing. I need a vacation. I need to go far far away. I need to be alone. I really need to think without being emotional. I need to make a decision. A very wise decision. And I hope everything will be fine. Untill we meet again next time...

Ku meniti awan yg kelabu
ku tempuhi lorong yg berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapanku...

Ku percaya nanti suatu masa
sang suria kan menjelma jua
membawa harapan yg menggunung
bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini...

Seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yg berlalu
bagai pelangi petang
kau kan pasti pergi jua ...

### - "Kadang-kadang orang yang paling kita sayangi tu lah yang paling susah untuk kita sayang..." - Quote drpd filem "Cinta"..


Posted at 07:59 pm by irwandy
(7) Comments  

Wednesday, July 25, 2007
Kebizian


Very cute creatures...


Di atas sebab2 yg tertentu, aku amat sibuk sejak 2-3 minggu lepas. Weekend penuh dgn aktiviti2 dan events. Siang pula kerja sepenuh masa yang sibuk di office. Baru-baru ni ada 5 projek yg aku kena handle dalam jangkamasa yang pendek. Weekend ni pulak ada kawan aku kahwin. Aku jadi wedding photographer dia. Hari Sabtu malam weekend ni ada Konsert Final Ikon Malaysia, di mana aku pun jadi photographer utk konsert tu jugak.

Weekend baru2 ni aku gi Singapore, temankan ayah aku shopping menyopping. Tapi aku yg terlebih shopping. Bertolak pada hari Sabtu kul 7.30 dari rumah dengan kereta dan sampai di Singapore 2nd link kul 10am. Hahahahahh...2 jam setengah je perjalanan. Best betol. Rasa cam dekat je Singapore skang nih. Aku gi Singapore Zoo dgn member2 kat sana. Best gilos. Hari Ahad petang balik KL.

Nanti aku update lagi. Ada 3 wedding punya gambar tgh edit lagi. Tak masuk gambar2 kat Rainforest World Music Festival di Kuching lagi. Adusss...hopefully bulan 8 ni dpt berehat as this weekend will be the last wedding job for the year i hope. After this nak focus on my office work.

### - FYI, my grandfather dah OK. Now dia dok at my house. Alhamdulillah.


Posted at 03:33 am by irwandy
(2) Comments  

Previous Page Next Page]