Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, April 11, 2005
Mencari Sinar : Episod 14

...sambungan...


"Iya, aku Farah..." Rupanya Farah di talian!
"Aku dah agak. Apa mimpi kau call aku? Tak puas lagi nak sakitkan hati aku?" Andy melahirkan rasa tidak puas hati.

"Andy, aku hanya mahu bertanyakan khabar. Aku tak berniat nak sakitkan hati kau. Aku banyak terhutang budi dengan kau." Farah menjelaskan.

"Kau terhutang budi dengan aku? Aikkk? Bukannya kau yang bongkak sombong dengan aku dulu sampaikan kau deny apa yang aku dah buat untuk kau? Sampaikan hidup aku merana."

"I'm sorry Andy. Aku buat begitu semua semata-mata untuk kau menjauhkan diri dari aku. Aku terpaksa."

"Terpaksa? Pandailah kau cakap! Aku still ingat lagi Farah. Kau menengking aku, kau herdik aku, kau caci aku, kau banyak bersangka buruk terhadap aku. Aku ingat tu semua Farah. Itu yang kau kata terpaksa? Tak mungkin aku melupakan semua tu Farah. Akan aku ingat sampai bila-bila." Andy melepaskan geram.

"Andy, aku call ni bukan nak cari gaduh." Farah cuba menjelaskan.

"Habis?...ohh...aku tau. Selalunya kau akan call aku kalau ada tujuan untuk kepentingan kau sendiri. Aku dah masak dengan perangai kau la Farah. Bila kau susah, baru nak carik aku. Aku takkan biarkan diri aku dipergunakan lagi. Aku bantu kau dengan ikhlas. Tapi taik yang kau berikan kat aku. Aku tetap bersabar sampai sekarang. Dan aku taktau apesal aku sentiasa memaafkan kau."

"Andy, please...jangan la cakap camtu."

"Sudahlah Farah. Sekarang ni, aku dah tau semua kebenaran di sebalik tingkah laku baik kau. Aku dah tau segalanya tentang kau. Aku dah taknak dengar suara kau lagi. Aku taknak jumpa kau lagi. Tak payahlah kau nak call aku lagi camni. Aku dah lupakan kau. Biar semua tu jadi kenangan. Tentang terhutang budi tu, just anggap ia tak pernah terjadi. Aku ikhlas. Anggap aku tak pernah hadir dalam hidup kau. Boleh?" Andy menjelaskan.

"Hmmm..."

"Dah la Farah. Aku nak letak telefon. Akhir kata dari aku, tolong la berubah. Ok? Assalamualaikum!" Andy terus meletakkan telefon.

Andy geram kerana apabila Farah menelefon, dia akan mula mengingati kisah-kisah lama yang menyakitkan hatinya. Andy tidak berdendam tetapi hanya berasa geram. Geram kerana dia tidak dapat melupakan kisah pahitnya. Andy juga geram kerana disebabkan Farah, hidupnya menjadi lintang pukang tanpa arah. Andy semakin lama menjadi semakin malas. Tetapi kini, baru dia sedar siapa diri Farah yang sebenar. Ada sebab mengapa Farah berbuat baik pada Andy. Andy berasa amat bodoh!

Tetapi itu semua telah memberi seribu makna serta pengajaran terhadap Andy. Andy bersyukur kerana dia telah berjaya mengharungi dugaan-dugaan itu semua. Kini, Farah tiada lagi di hati Andy. Andy telah buang Farah sejauh-jauhnya. Andy ingin sekali membuang segala memori bersama Farah tetapi dia tahu itu tidak akan terjadi. Biarlah.

"Buat hilang mood aku je!" Andy merungut.


Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan, Andy ke KLCC untuk berjumpa dengan Nadia & Shah. Yang lain tidak dapat menghadirkan diri kerana ada komitmen masing-masing. Mereka bertiga menonton cerita "Love Actually", iaitu sebuah filem British yang mengisahkan tentang cinta dan sayang tidak kira sesiapa dengan siapa dan pada siapa. Cinta dan sayang itu untuk semua. Cinta terhadap keluarga, kawan-kawan, rakan-rakan dan lain-lain. Itulah kuasa cinta dan kasih sayang yang sejati!

Selepas menonton wayang...

"Aku lapar la...jom makan!" Shah mengomel.
"A'ah la..aku pun...Nadia, you lapar?" Andy bertanya
"Hmm..boleh la tahan, jom makan, tapi kat mana?" Nadia bersetuju.

"ermmm, ntah! Shah, kau nak makan kat mana?" Andy bertanya.
"Jom makan kat Burger King! Dah lama tak makan kat situ." Shah memberikan cadangan.
"Ok jom!" Nadia & Andy bersetuju.

Mereka bertiga pun menuju ke Burger King di aras "Concourse" Suria KLCC. Andy teringat kenangan-kenangan yang lepas di mana di situlah selalunya Andy membuat majlis reunion dengan rakan-rakan sekolah serta rakan-rakan internet. Sungguh meriah pada waktu itu. Andy berasa bangga kerana dia dapat menyatukan rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua dan juga menemui rakan-rakan yang baru. Tetapi itu semua kenangan manis yang tidak dapat dilupakan setiap kali Andy mengunjungi Burger King di Suria KLCC.

Setelah membeli makanan masing-masing, mereka bertiga mencari tempat dan duduk berdekatan dengan pintu masuk.

"Ramai betul orang hari ni. Nak carik tempat pun payah. Nasib baik jumpa tempat duduk kosong." Andy merungut.
"Tu la pasal. Thanks to Shah sebab dia book kan tempat ni dulu dari tadi." Nadia memandang Shah.
"Ala...no problem. Thanks to Andy sebab belanja kita."
"Yeah, thanks eh Andy." Nadia memandang Andy.
"No problem. Sekali-sekala, apa salahnya." Andy menjawab.

Sedang mereka menikmati burger masing-masing, tiba-tiba Andy berhenti makan. Dia terpandang seseorang yang dia sangat kenali memasuki pintu masuk Burger King. Andy mengamati rupanya.

"Kenapa ni Andy?" Nadia bertanya.

Andy tidak menjawab dan terus memandang seseorang yang dia nampak tadi.

"Hahhh...memang sah dia!" Andy berkata di dalam hati.


...to be continued...

Posted at 01:15 am by irwandy
(10) Comments  

Friday, April 08, 2005
Keputusan Pilihanraya Majlis Tertinggi Geng Jurnal 2005

01. PRESIDEN Wkdin 510
02. TIMBALAN PRESIDEN Basri 422
03. SETIAUSAHA Tipah 332
04. BENDAHARI Mat Jan 289
05. AJK TERTINGGI Yadziz 280
06. AJK TERTINGGI OP 248
07. AJK TERTINGGI Nida 227
08. AJK TERTINGGI ND 212
09. AJK TERTINGGI Langsat 122
10. AJK TERTINGGI Salina 119
11. AJK TERTINGGI Nazmi 101

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mendapat undian-undian yang tertinggi yang membolehkan mereka menjadi Majlis Tertinggi Geng Jurnal 2005. Dengan barisan peneraju Geng Jurnal yang baru ini, diharapkan Geng Jurnal akan maju lagi pada tahun ini dan masa-masa yang akan datang. Dan juga, kemenangan ini bererti satu tanggungjawab yang besar harus dipikul oleh semua. Oleh itu, mari kita sama-sama jalankan tanggungjawab yang diberikan ini dengan telus, adil dan saksama.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Langit yang tinggi ingin ku capai. Gunung yang tinggi ingin ku daki. Terima kasih kepada semua yang mengundi saya. Saya akan jalankan tanggungjawab saya sepertimana anda semua harapkan. Terima kasih di atas kepercayaan anda semua!

For more info, please click HERE!

Posted at 03:54 pm by irwandy
(4) Comments  

Thursday, April 07, 2005
Wish's List

1. Sony Ericsson W800i (next month kuar kot) Click here.
2. Works Emotion 17 inch sports rims (nak pasang dlm masa terdekat nih!..yeay!) Click Here.
3. Ovation Elite 1778 LX Series Acoustic/Electric Guitar (RM4,500...huwaa..mana nak carik) Click Here.
4. Eibach Pro Kit Sports Springs for Honda Civic 2.0 ...to improve handling, comfort, lowering the car a bit & look nice with 17 inch rims.
5. Tag Heuer F1 series watch. Click Here.
6. 10 Megapixels Olympus Digital Camera. (lom kuar lagi)
7. A good/dream wife...muahahahahah...ni long term punya wish..:p


I guess to je la kot buat masa ni. Agaknya, 2 out of 6 tu je aku mampu takat nih. Yang lain tu tunggu gaji 10k sebulan...:p

Semalam aku drive gi office dgn keadaan kaki berbalut nih. Nak naik office punya la seksa walaupun tangga skit je. Berpeluh lak aku. Hari ni gi office lagi nak settlekan something. Walaupun MC seminggu, kena gak gi office. ishk ishk...Takpa...bukannya buat pape pun kat rumah.

Click here and you'll laugh!
http://www.sparkyblue.com/misc/italian_english/index.htm

### - Bosan dok rumah! Jom tengok wayang?...:D

Posted at 12:56 pm by irwandy
(4) Comments  

Tuesday, April 05, 2005
I'm Back!

I am back. 3 days 2 nites at the hospital. Yes, sekali lagi kat Gleneagles Intan Hospital, Jalan Ampang tuh lagi sekali!. Busan!
Aku masuk wad kul 1pm hari Ahad. Aku terus masuk emergency. Doktor pakar takde. Yang ada hanya doktor biasa. Aku gi X-Ray dulu. Pastu, doktor tu cadangkan aku masuk wad. Aku pun dpt la bilik nombor 576-1. Baru melepak kat bilik, diorang kasi lunch. Bagus, aku pun tgh lapar. Lepas makan, aku tido dgn tak lena sbb kaki aku berdenyut2. Kul 5pm, doktor pakar tu dtg. Dia kata dah tgk x-ray aku tadi, so, the result was ok. Nothing is broken. Just that I got some severely sprained ankle and some torn ligaments. Dia nasihatkan jgn pijak kaki kiri aku tu kat tanah. Maybe 6-8 weeks baru bleh baik. No need operation. Nanti ia bleh heal itself. Fuhhh...lega bila aku dgr doktor ckp camtu.

Keesokan harinya, hari Isnin. Patutnya aku buat physio belah pagi. Sepanjang hari aku tunggu, kul 3.30pm baru aku dipanggil. Ishhh...tapi takpe sebab ada satu physiotherapist ni cunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn gile!...kekekeke...baik hati dia sanggup amik aku kat bilik and bawak gi tempat physio...pastu urut aku...ajar aku camne nak gunakan tongkat...pastu hantar aku balik bilik dgn gunakan wheelchair...tapi tau, aku syok sendiri je..lagipun dah tu mmg keje dia..hahahahahh...:p

Parents aku dtg kul 4.30pm bawak 20 ketul chicken mcnuggets. Wahhlauwehh..kenyang gile tapi aku simpan utk malam kang and diorang balik kul 5.30pm. Pastu Ap, Dell, Fadh & Ekin datang melawat tatkala aku sedang menikmati steak yg sedap gile yg hospital kasi. Terkejut gak aku. Aku ingatkan tade org nak melawat aku sbb aku tak gitau sgt semua org. Hehehe...Thanks for the buah tangan and thanks for coming! I really appreciate it. Dapat lepas rindu kat korang. Hehehe... :p

Kul 8pm, Sya dtg. Bawak bigmac, french fries, HL Low Fat Milk, apples, pati ikan haruan & some magazines. Mak aiii...makan lagi..hahaha...Sya lepak and borak2 dgn aku sampai kul 9pm. Pastu dia pun balik. Thanks Sya! I really appreciate it!...Malam tu aku tido kekenyangan!

Hari Selasa, aku menunggu dari pagi untuk discharge from the hospital. Makin bosan lak. Doktor tu busy plak. Kul 2pm baru nak dtg. Bila dia dah setuju utk aku kasi aku kuar, baru la aku rasa lega. Tapi kena dtg lagi next 2 weeks. Ishkkk...Bila aku nak balik, baru la nampak nurse yg cun. Dia offer aku nak tolong tolakkan wheelchair yg aku naik sampai ke lobby. Best best! Wangi sungguh dia. Hahahah..tapi aku tu tanggungjawab dia. Takyah le aku nak syok sendiri!..hahah...lagipun, hati aku tetap pada si dia... ;)

So, for these 2-3 weeks, aku kena pakai tongkat. Kaki berbalut dgn supporter. Dapat MC seminggu. Melepak kat umah je la aku. Yeayyy! Tapi esok nak kena gi office jap. Ishkkk...


### - "They who know the truth are not equal to those who love it and those who love it are not equal to those who delight in it." - Confucius

Posted at 08:28 pm by irwandy
(4) Comments  

Sunday, April 03, 2005
Fractured Ankle! Hopefully Not!

Was playing futsal yesterday. Everything was fine but I just can't score some goals. Everybody merungut sbb turf futsal tu licin. Then suddenly, akibat laju sgt, masa tengah nak menggelecek, kaki kiri cam terpeleot...pastu bunyik PRAKKK!!!. Damnnn!!!

There you go. I think my ankle is broken or maybe got some fracture. My left leg takleh nak pijak lantai. My friends pimpin aku keluar. Bukak je kasut, fuhhh..bengkak gile. Sakit gile!!!...aarrgghhh!!!...

Kereta aku jauh, aku mintak tolong si puchong amik kan kereta aku. Pastu siluman(zul), naza & york pimpin aku ke kereta. Thanks a lot guys! Nasib baik kereta aku automatic. Kalau manual?...camne nak tekan pedal clutch dgn kaki kiri?..huhu...

Aku balik terus ke rumah. Amik tongkat. Ayah aku bawak gi klinik. First time in my life, aku terpaksa bertongkat. Sampai je klinik, doktor tgk aku dgn bertongkat...dia terus suruh ayah aku bawak aku gi hospital coz there's nothing he can do. Kaki aku dah start bengkak gile. Doktor tu ckp gi hospital first thing in the morning.

So, today aku kena gi Gleneagles Hospital, Ampang. Jumpa that Sports Injury doctor again! I might be admitted again!!!..kena x-ray, buat MRI lagi...arrghhh..boringnyaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! Baru je bulan Januari hari tu aku masuk hospital sbb knee injury. You can read it here.

Hmmm...we'll see how's everything later. Hopefully seliuh je la. Kalau patah or retak, mau kena operate and berbulan nak sembuh!...Camne dgn kerja aku?..Camne aku nak gi KLD?...Camne nak buat project aku?...ishkkkkkk...

Apa la salah aku. Ada la dosa yang aku telah buat ni. Mungkin juga aku lalai dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang Islam. Mungkin juga Allah mahu menguji aku sebelum aku mendapat sesuatu yang memberikan aku kebahagiaan hidup. Semoga Allah meringankan beban aku. Aku tahu ini semua ujian kecilNya sahaja. Aku meminta ampun padaMu Ya Allah!

So, kalau aku tak update blog ni by this evening, maknanya aku kena admitted la tu. Maybe for few days. Hmm..cya guys when I'm home! Bubbye!

### - People learned from mistakes. So do I. Aduhhh..sakitnya kakiii..

Posted at 07:33 am by irwandy
(13) Comments  

Next Page]