Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< January 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, December 21, 2004
Melayu Kita & Kepinggiran Bahasa Melayu

Si A : Pukul berapa pameran ni dibuka dan bila ianya ditutup?
Si B : ermmm...it's 9am till 6pm sir.
Si A : Ooohh...saya perlu daftar ke utk nak masuk?
Si B : errrmm...masuk?..ohh yes, you have to register first to enter...

Pernahkah anda mengalami sesuatu seperti dialog di atas? Di mana ianya berlaku di negara kita sendiri. Apabila anda bertanyakan soalan dalam Bahasa Melayu, bangsa tempatan selain Melayu menjawab dalam bahasa Inggeris untuk kesenangan dirinya. Mungkin orang itu faham Bahasa Melayu tetapi susah untuk bertutur atau berlagak sombong untuk tidak bertutur dalam Bahasa Melayu. Tapi jika bangsa tempatan bukan Melayu itu berjumpa dengan sama bangsa dengannya, boleh pula bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia. Tapi di manakah terletaknya Bahasa kebangsaan itu sekarang? Mungkin anda juga pernah mengalami sesuatu di mana anda sampai segan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan bangsa tempatan bukan Melayu kerana mereka bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Mengapa sampai jadi begitu sekali?

Ada juga orang Melayu, bila berjumpa sesama bangsa, mereka lebih banyak bertutur di dalam Bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda sendiri. Mereka beranggapan bahawa "tak standard" bertutur dalam Bahasa Melayu. Bertutur dalam bahasa Inggeris adalah "high standard" bagi mereka. Mungkin inilah yang dikatakan "MELAYU MUDAH LUPA".

Mungkin juga disebabkan Melayu Mudah Lupa, bangsa tempatan bukan Melayu lain perlahan-lahan mengambil kesempatan. Sampaikan bangsa tempatan bukan Melayu itu telah mengiklankan iklan kerja kosong dan seperti biasa yang kita lihat sekarang, "prefered language : C******". Saya bukan sakit hati dengan bangsa tempatan bukan Melayu itu. Tapi saya sakit hati apabila syarikat org Melayu sendiri mengiklankan peluang pekerjaan dengan meletakkan, "prefered language : English". Mana Bahasa Melayu nya?

Saya pernah mengalami temuduga di mana ianya adalah sebuah syarikat Melayu dengan pekerja semuanya Melayu. Tapi saya sedih apabila terkenangkan keadaan seperti dialog di bawah ini :-

Saya : Selamat Pagi Tuan.
Interviewer Melayu : Good Morning.
Saya : Do I have to speak in English or Malay?
Interviewer Melayu : English please. In our company, we only speak english.

Dalam hati saya, "go to hell with Melayu camni". Dengan bangsa sendiri pun buat camtu. Sampai bila bangsa Melayu dan budayanya nak maju dan diketengahkan ke peringkat antarabangsa? Kenapa bangsa tempatan bukan Melayu lain boleh pula bertutur dalam bahasa ibunda mereka semasa ditemuduga? Kenapa orang Melayu kita masih lagi nak jaga "standard" dengan bertutur bahasa asing?

Mungkin disebabkan itu bangsa tempatan bukan Melayu lain semakin maju. Orang Melayu pula semakin mundur. Semakin hari bangsa tempatan bukan Melayu lain mengambil kesempataan di atas kemunduran orang Melayu. Dan kini, orang Melayu kita terpaksa berbahasa Inggeris dengan bangsa tempatan bukan Melayu yg lain kerana bangsa tersebut tidak fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Bukankah ini seperti di bumi sendiri kepala kita dipijak?

Mungkin anda melihat borang pendaftaran Maxis ataupun bil telefon Maxis di mana ianya mempunyai dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dan adakah anda sedar bahawa Bahasa Inggeris terletak di atas dgn font yg besar dan Bahasa Melayu terletak di bawah dgn font yang kecil. Mungkin bagi anda perkara ini kecil dan remeh temeh, tetapi inilah salah satu bukti semakin hari bangsa tempatan bukan Melayu lain mengambil kesempatan.

Dan yang paling dikesali, kerajaan langsung tidak memandang serius terhadap perkara ini. Mungkin baru-baru ini sahaja ada sesetengah pihak telah mula memandang secara serius terhadap kepinggiran Bahasa Melayu. Ini adalah satu peringkat permulaan yang sangat bagus. Tapi kita tunggu apakah tindakan kerajaan selepas ini. Harap-harap, mereka dapat berbuat sesuatu. Tetapi jangan harapkan kerajaan sahaja, kita orang Melayu kena berusaha sendiri juga untuk melindungi dan memartabatkan bangsa sendiri di bumi sendiri.

*Penambahan*

Mungkin ramai yang akan membalas dengan berkata bahasa perniagaan adalah Bahasa Inggeris. Faham. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Inggeris adalah penting dalam kehidupan seharian kita. Tapi bagi saya, sebagai rakyat di negara Malaysia, sepatutnya kita bangga dan gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar walaupun dalam bidang perniagaan. Hanya apabila berurusan dengan orang asing sahaja kita patut berbahasa Inggeris.

Tapi mengikut pengalaman saya pergi ke seluruh dunia, para pelancong akan lebih hormat kepada kita sekiranya kita mengagungkan bangsa, budaya & bahasa sendiri. Seperti rakyat China & Jepun, mereka adalah contoh terbaik. Seluruh dunia tahu akan budaya, bangsa & bahasa mereka. Mengapa tidak kita?

Saya nak tekankan sekali lagi, Bahasa Inggeris sememangnya penting. Ianya adalah bahasa global. Tapi kita berada di bumi sendiri, di negara sendiri, di bawah penguasaan kerajaan tanah Melayu. Mengapa perlu bahasa asing mengatasi bahasa ibunda kita sendiri?

Kalau dilihat sesetengah entry saya sebelum ini, saya menggunakan bahasa Inggeris juga. Ianya penting juga untuk menguatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris saya. Tapi saya tak lupa pada bahasa ibunda saya.

Mungkin kalau ada sesiapa yang terasa terhadap entry ini, harap mohon maaf. Tapi inilah yang berlaku dalam Malaysia. Kita orang Melayu harus menerima teguran untuk memajukan diri dan bukannya melenting. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Tapi akan hilang juga kalau Melayu sendiri tidak mengagungkan bangsa, budaya & bahasa sendiri.

Esok saya akan sambung isu ini.

Posted at 10:33 pm by irwandy
(16) Comments  

Monday, December 20, 2004
Taktau ape nak tulis

Sebelum lunch tadi, aku gi Karangkraf kat Shah Alam tu. Nak amik majalah2 yg di sponsor oleh karangkraf untuk gathering geng jurnal nanti. Dapat la jugak jumpa kak Sri Diah, novelis Alaf 21 tu. Nanti time gathering jumpa lagi! Hehe...

Kat Karangkraf tu jugak, aku jumpa member lama yg kerja kat situ. Dia jadi webmaster karangkraf. Boleh la lepak selalu dgn dia. Office pun dekat. Huhuhu.

Time kat Karangkraf tu jugak, ada la a few girls yg tgh tunggu giliran untuk interview. Ayu-ayu sungguh. Tu baru kat luar, kat dalam..kat tempat staff2 pun manis-manis belaka. Ishkkk..nyesal aku pakai selekeh gile semalam. Hahahahhahh...

Happy 24th Birthday to my friend, Zaffur. He's one of the Clique. Wish you all the best and may Allah bless you.

Dalam tangisan yang syahdu
Kau mendustai percintaan diriku
Setelah aku memberi segala galanya
Pengorbananku dikau persiakan

Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadikan kehidupan ku tidak menentu
Keretakkan bak di hempas kaca oh mengapa...

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Sunday, December 19, 2004
Masa

"Aku bz gile..sampai takde masa nak spend time dgn orang2 tersayang.." kata member aku..
"Ala..tak boleh la camtu.." Aku tak bersetuju...
"Hmm..aku pun taktau macam mana kau ade masa utk buat semua tu.." member aku musykil...
"Kalau kau takde masa, kau carik masa...itu la yg aku buat skang.."

Semakin hari kita semakin sibuk dengan tugas harian kita. Itulah yang berlaku pada diri aku sekarang. Walaupun semakin sibuk, tak semestinya kita tak boleh mempunyai masa untuk bersama keluarga atau rakan-rakan. Kerja tu kerja jugak. Sosial tu sosial jugak. Family pun family jugak.

Memang pada masa-masa akan datang, kita akan menghadapi situasi yang lebih sukar lagi. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti bila kita tiada masa. Oleh itu, aku perlu membuat persediaan pada waktu-waktu begini. Aku perlu mencari masa untuk melakukan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang manusia. Biar sibuk macam mana pun, hati keluarga & rakan-rakan serta kenalan lain harus dijaga.

Pengurusan masa adalah penting untuk lakukan semua itu. Bagi aku, biarlah aku meluangkan masa yang terluang dengan keluarga atau rakan-rakan. Aku tak kisah kalau takde masa untuk diri sendiri sebab masa diri sendiri sudah banyak terluang sewaktu aku bersendirian. Cukuplah aku pergi ke Langkawi bersendirian tanpa teman 4 bulan yg lepas. Selama 3 hari 2 malam, aku dapat mengenali diri aku dgn lebih dekat. Dan pemergian aku ke Langkawi telah membuka satu lembaran hidup baru dalam diri aku.

Masa itu emas. Dan oleh kerana ianya emas, haruslah kita meluangkan masa dengan orang-orang yang "precious" and "worth it".

Posted at 11:33 pm by irwandy
(4) Comments  

Saturday, December 18, 2004
Welcome To My Life

Simple Plan - Welcome To My Life

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you
Do you ever wanna runaway?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud
but no one hears you screaming

No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
But no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desparate to find something more?
Before your life is over
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and their stupid lies
Well deep inside you're bleeding

No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
But no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

No one ever lied straight to your face
No one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
Never had to work it was always there
You don't know what it's like what it's like

To be hurt
To feel lost


Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Friday, December 17, 2004
Ocean's Twelve

Hari ni keje tak ingat punya. Tapi sempat gak la gi photostate 110 keping artikel utk Gangguan Teksual 3 (GT3). Patutnya nak hantar by Pos Ekspres hari ni. Tapi boss masuk lepas Solat Jumaat lak. Tak sempat nak gi. Lagipun tgk dia bad mood je. Tak berani nak main kuar je camtu. Selalunya boleh, dia tak kisah sgt asalkan keje siap.

Tapi memandangkan billing software tak settle lagi, aku yg bertanggungjawab utk follow up dgn org yg buat billing software tu. Tiap2 hari boss tanya aku...dan tiap2 hari jugak aku tanye org yg buat tu. Hehe.

Lepas office hour, ajak E1, Basri, Atoi & Wira gi lepak kat uptown. Tetiba Abu call, nak ajak tgk midnite movie "Ocean's Twelve" kat GSC Midvalley. Aku pun ok je. Pape hal pun, aku gi uptown dulu, lepak dgn diorang. Kul 8pm aku balik umah...rest jap. Kul 11pm aku kuar balik gi midvalley.

Ocean's Twelve. Recommended movie for all. Tapi disebabkan aku penat & ngantuk sangat, for the first time in my life, aku tertido dalam wayang! Hahaha...Bukan sebab boring, sbb aku sakit mata sangat nak tido. Hehehe...Ala...tido kejap2 je..dlm 3-5 minit..pastu bangun balik..tido balik..huhu

Posted at 11:33 pm by irwandy
(3) Comments  

Next Page]