Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< November 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, November 23, 2006
Satu Yang Terbaik Untuk Dirimu Kini

Sejenak kau hadir menemaniku
Terasa begitu indah 'tuk dilukiskan

Seberkas bayangmu hadir dibenakku
Setelah kurasakan dalamnya artimu

Dalam detik penuh bahagia
T'lah kucoba 'tuk resapi
Satu yang terbaik untuk dirimu kini

Sebuah kisah yang t'lah kita rajut
Terukir untuk kita jaga
Dibatas bening jiwa
Yang kita cipta bersama...


Ianya lagu daripada Samsons bertajuk Romansa Cinta yang menjadi background song untuk blog aku ni. Aku suka mendengar melodi muziknya. Liriknya juga sangat indah. A very nice song to hear. Relax je rasa. Layannnnn kan? ;)

Hari ni hari keempat aku berada di tempat kerja baru. Aku berasa sungguh selesa di sini. Pada hari kedua hari tu, aku mendapat flash card...iaitu seperti tag nama untuk keluar masuk office. Pada hari ketiga pula, aku mendapat Medic Card untuk guna di klinik-klinik panel. Aku agak terkejut kerana segala-galanya efficient dan cepat. Bagus sungguh UMW nih. Banyak kilang ada. Selain di Shah Alam, kilang yang paling dekat adalah di Telok Panglima Garang, iaitu sebuah kilang UMW Kayaba Malaysia. Kalau ada problem, kena bergegas ke sana jugak.

Kini aku sibuk. Kadang-kadang aku terpaksa berkejar ke sana sini. Sedar tak sedar, dah pukul 6 petang. Begitulah sibuknya aku dengan kerja. Tetapi aku suka. Masa begitu cepat berlalu. Dan terlalu banyak input yang memasuki otak ku ini. Sehinggakan aku tidak sempat melayan rakan-rakan yang YM dgn aku. Blog kawan-kawan pun tidak sempat aku terjah.

Aku keluar dari rumah sebelum matahari timbul dan pulang ke rumah selepas matahari terbenam. Dulu, aku travel 35km pergi dan 35km balik dalam satu hari. Dan sekarang pula, aku travel 40km pergi dan 40km balik. Hanya dengan menaiki skuter yang membawa aku ke destinasi dalam masa 35 - 40 minit. Itupun banyak kereta slow dan traffic jam. Kalau tidak, 25 - 30 minit pun boleh sampai.

Tadi aku keluar dari office pukul 7 petang. Hari ni awal sikit. Aku keluar saja, aku dapat melihat keindahan matahari terbenam yang sangat cantik dari arah Klang. Ianya jarang-jarang berlaku. Rugi pula tidak bawa kamera.

Dan semalam, aku berjumpa dengan seseorang. Hmm..aku harus memberi keputusan secepat yang mungkin. Tiada cara lain nampaknya...tengok la camna nanti...


Posted at 09:35 pm by irwandy
(10) Comments  

Tuesday, November 21, 2006
What Are You Expecting?

This is a question that is hard to answer. Or maybe it's easy to answer but when it comes to reality, it might be different. Well, this question maybe mainly about relationship thingy.

What are you expecting from a guy or a girl whenever you're in a "in progress" situation or "on going process" situation for a relationship from friendship?
To cut it short, What are you expecting from a guy/girl for relationship?

It's a direct question but somehow, most of the person whom I asked to answered "I really don't know". Maybe they didn't have any specific expectations or maybe it's a secret for them or maybe they don't wanna answer because of the different situation & different thoughts. Well, good answer actually.

If you ask me as a guy, (after confession la of course) ... maybe I would expect her to give me some room of chances to know her better by any ways such as calls, sms or hang out together. That's all. If not, just be frank and tell the truth. Kalau insan mcm aku yg tak seberapa dan serba kekurangan ni, susah la dpt chance kot..hahaha...

BUT... itu expectation seorang lelaki yg ada rasa suka terhadap seorang perempuan. How about perempuan tu? Apa yg dia expect from that guy if that girl nak beri dia peluang? Yang saya tahu, perempuan ingin dimengerti, difahami. Tapi takkan tu je kan? Jadi, wahai perempuan2 di luar sana, sila berikan pendapat...dan juga para pencinta wanita!..haha... TQ!

### - Entry ini tiada kaitan dgn sesiapa. It's just an open discussion entry :)


Posted at 08:27 pm by irwandy
(16) Comments  

Monday, November 20, 2006
Aku Dah Kerja

Setelah menganggur selama seminggu lebih, akhirnya aku memulakan alam pekerjaan baru aku di UMW E-Technologies, Shah Alam. Office aku di tingkat 5. Masuk je kerja dan meletak beg di cubicle aku, pastu terus dipanggil untuk meeting internal. Biasalah, diorang mesti kena kasi brief sket pasal company tu dan job scope serta responsibilities yg bakal aku harungi.

Meeting punya meeting, dah kul 11 pagi. Aku pulak dibawa untuk diperkenalkan kpd semua staff. Ternyata semuanya peramah. Semuanya baik2 belaka. Semuanya professional. Lega sket hati aku. Kemudian aku diajar sikit2 tentang apa yg aku harus lakukan nanti. Agak pening juga tapi slowly adapt to it nanti...InsyaAllah...

Masa lunch time, kebetulan ada jamuan Hari Raya kat tingkat satu, semua dijemput. Aikkk..baru masuk 1st day dah dpt join jamuan raya. Langkah kanan lak aku. Best plak rasa.

Lepas tu aku dok study benda2 yg aku akan buat nanti sampai la pukul 5.30pm. Patutnya balik time tu, tapi maleh le balik dulu. Lepak2 dulu. Lagipun hujan lebat tadi. Kul 8pm baru balik. CEO dlm bilik tu pun tak balik2 lagi.

So, esok 2nd day aku tak online. Ada Induction Programme for new staff for one whole day. Hari Rabu pun sama tapi half day je. Just at the right time la kiranya aku masuk ni. Hehehe...So, jumpa lagi nanti. Jaga diri baik2 semua! ;)

### - Gambar Majlis Pernikahan Afriyanto & Azleeni di http://irwandy.fotopages.com


Posted at 08:45 pm by irwandy
(6) Comments  

Sunday, November 19, 2006
Gathering Geng Jurnal 2006 (RAPAT GJ 2006


All of us. RAPAT GENG JURNAL 2006

Walaupun tahun ini saya tidak dapat terlibat dalam usaha untuk menjayakan "The Making of RAPAT GJ 2006"(Maafkan saya kerana tidak dapat menolong kalian pada kali ini. Terlalu banyak perkara yang saya harus utamakan.), tapi saya berasa sangat puas hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti seperti ini yang diadakan setiap tahun. Tahniah kepada OP dan anak-anak buahnya yang menjayakan usaha untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli Geng Jurnal pada kali ini. It's a brilliant effort!

Ramai juga yang datang semalam. Mungkin dalam 70 orang. Ramai juga para bloggers yg baru pertama kali join. Korang semua mmg sporting dan best!

Saya pula membuat dua persembahan. Persembahan slot pertama sejurus selepas tayangan video Tribute to CikNana yg telah kembali ke rahmatullah pada bulan Julai 2006 yg lepas. Saya mendendangkan lagu drpd Samsons - Kenangan Terindah, khas buat CikNana dan juga lagu drpd Irwansyah & Acha Septriasa - My Heart, berduet bersama Kak Ungku.

Persembahan slot kedua, saya mendendangkan lagu Spider - Buat Sang Puteri, Irwansyah - Pencinta Wanita dan akhir sekali, Kembara - Hati Emas...nyanyi bersama-sama dengan Spyz, OP, Basri, MatJan, TokRimau & Nizam. Korang mmg best!

Jutaan ampun dan maaf kerana persembahan yang kurang sempurna akibat tiada masa untuk praktis dan hanya berpandukan kertas lirik & chord gitar semasa persembahan. I don't know why I find it so hard to sing while playing the guitar at the same time this time. Apa kena ntah...So, kalau ada bunyi2 sumbang tu, maafkan saya. Memang ada sumbang pun kan?..hahahaha...tapi nasib baik ada orang tu tak jadi ketuk saya.. ;)

Dua tahun yg lepas, pada 26 Disember 2004, saya membuat persembahan untuk event yg sama dan selepas itu berlakunya Tsunami. Dan Alhamdulillah, kali ni tiada Tsunami yang berlaku selepas persembahan saya. Hahahaha!...

Nak tgk gambar?...
Untuk slideshow, sila click di sini...
http://www.flickr.com/photos/irwandy/sets/72157594381888092/show/

Untuk tgk satu2, sila click di sini...
http://www.flickr.com/photos/irwandy/sets/72157594381888092/

Report drpd mereka yg hadir ada di sini
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=72372#72372

Terima kasih kepada semua for the wonderful day!


Posted at 03:50 am by irwandy
(9) Comments  

Thursday, November 16, 2006
Sampai Menutup Mata - Episod Lapan

...sambungan drpd Episod Tujuh...


Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri. Seperti
tahun-tahun yang lepas, sebelum bulan Ramadhan Ariel memang selalu menempah baju Melayu dua hingga tiga pasang untuk persiapan Hari Raya. Ayahnya juga begitu. Mereka akan menempah baju Melayu di tempat yang sama kerana sudah 10 tahun mengenali tukang jahit di tempat itu. Kualitinya juga sangat bagus. Namun di sebalik segala kemewahan yang mereka kecapi, Ariel tidak akan melupakan mereka-mereka yang sedang dalam kesusahan.

"Ariel mesti ingat pada orang-orang yang susah. Bukan pada bulan Ramadhan sahaja, malah setiap hari kita harus mengingati mereka yang susah. Kemewahan tiada ertinya jika kita tidak berzakat dan memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan. Nanti Allah akan tarik segala-galanya jika kita tidak beringat. Ariel wajib ingat kata-kata Papa ni. Jangan sekali-kali memperlekehkan orang-orang susah. Kita wajib membantu mereka."

Itulah pesan Tan Sri Affendi setiap kali datang bulan Ramadhan dan bulan Syawal kepada Ariel. Hampir setiap tahun, Tan Sri Affendi akan membawa Ariel dan adik-beradiknya menjenguk rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan

kawasan-kawasan rumah orang yang susah pada setiap tahun. Sejak kecil lagi, Ariel dan adik-beradiknya sudah diajar untuk menghayati bagaimana kehidupan orang yang dalam serba kekurangan supaya mereka tidak lupa diri. Disebabkan itulah perwatakan Ariel dan adik-beradiknya tidak seperti golongan orang kaya yang lain. Mereka sentiasa merendah diri dan tidak memandang rendah pada mereka yang miskin.

Selepas berbuka puasa dan mendirikan solat Maghrib, Ariel dan ayahnya berehat di ruang tamu sementara menunggu solat Isyak dan solat Terawih.

"Ariel dah bersedekah ke belum?" tanya Tan Sri Affendi.
"Dah Papa. Tahun ni Ariel kasi duit untuk setiap rumah anak-anak yatim yang Ariel tau." jawab Ariel.
"Bagus anak Papa. Masih ingat lagi kata-kata Papa tu ya?"
"Yes Papa. Mestilah ingat"

Tan Sri Affendi tersenyum lebar. Dia berasa sangat bangga mempunyai anak seperti Ariel. Dia juga merasakan bahawa rezeki keluarganya makin melimpah ruah sejak Ariel mengambil alih perniagaannya. Bak kata-kata orang barat, apa yang disentuh semuanya menjadi emas permata. Itulah yang Ariel lakukan. Itu baru 2 tahun.

*******************************************

Tinggal 5 hari lagi untuk menyambut Hari Raya. Ariel mendapat panggilan daripada Proton Edar di Jalan Ampang bahawa kereta Gen2 yang dibeli sudah sedia untuk dibawa pulang. Ariel bergegas ke sana ditemani dan dibawa oleh rakan baiknya iaitu Azam.

"Kau ni biar betul. Dah ada kereta yang best, apa yang kau nak lagi? Pelik la kau ni Ariel..." bebel Azam sambil memandu menuju ke Jalan Ampang. Ariel tersenyum dan berdiam diri sambil buat tidak endah terhadap apa yang dikatakan oleh Azam. Kemudian Azam menyambung...

"Come on Ariel. Ni mesti ada something ni. Macam la aku tak kenal kau. Cuba cerita sikit dengan aku. Toksah nak berselindung ok..."

"Hmmm..ye lah..." Ariel mendengus.
"Actually, I met someone." Ariel memulakan cerita.

"Wowww...menarik nih..kau dah confess ke?" tanya Azam.

"Hishhh...too early la. Lagipun aku taktau apa yang aku rasa sekarang ni. Cuma aku nak kenal rapat dengan dia. So that, daripada situ aku boleh tau baik buruknya. Aku rasa dia pun macam tu gak. Nak tau baik buruk aku. So, lepas tu baru la boleh proceed.." jelas Ariel sambil tersenyum.

"Waaa...dah plan baik punya nampak? Habis tu, apa kaitan dengan kereta Gen2 nih?" tanya Azam lagi.

"Sebab aku nak low profile. Taknak tunjuk yang aku ni daripada golongan orang-orang berada. Kau pun tau sejak dulu lagi aku tak suka orang ingat aku ni orang berada. Memang la aku takleh nak selindung lagi tapi bila orang ingat aku ni kaya, ramai yang nak mempergunakan aku dan datang menempek kat aku. Aku tak suka orang-orang yang tak ikhlas bila nak berkawan..."

"Lagipun, sekarang ni ramai perempuan yang materialistik. Walaupun tak handsome, asalkan lelaki yang ada rumah banglo, duit berjuta-juta dan kereta mewah, jalan je. Nak hidup senang dengan cara mudah. Kalau ada perempuan macam tu, sorry la...aku takkan layan. Lambat laun menyusahkan hidup aku lagi ada la..."

Azam hanya berdiam diri dan mendengar penjelasan Ariel. Betul juga kata Ariel. Kemudian, Ariel menyambung lagi.

"So, aku taknak that someone new tau latar belakang aku buat masa ni. Aku nak tau keikhlasan hati dia. Adakah dia memandang harta atau hati. Kiranya ini semua adalah ujian untuk aku dan dia juga. Tapi bukannya aku nak kata dia materialistik. Cuma lebih baik aku berhati-hati la kan...prevention is better than cure..."

"Apesal tak beli Kancil atau Kelisa je?...hahaha..lagi low profile beb!" Azam menyampuk sambil tersengih-sengih.

"Hahaha...nak berlakon pun, kena gak pilih sesuatu yang selesa buat kita sendiri.
Kancil memang ok tapi kecik sangat untuk aku. Kan aku ni tinggi. Tak sesuai la.." jelas Ariel sambil melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.

"So, apa nama that girl?" tanya Azam.

"Melissa...aku panggil dia Lisa je. Dia dok kat Shah Alam. Kerja kat KL...dekat dengan office aku..." jawab Ariel.

"Ohhh...ni mesti dah selalu dating ni..hahaha...bagus la tu Ariel. At last, ada gak perempuan yang kau suka. Hopefully Lisa ni akan membahagiakan kau nanti. InsyaAllah..."

"InsyaAllah. Buat masa ni, aku berkawan dulu. Kenal hati budi masing-masing. Kalau rasa sesuai, apa lagi...aku kahwin la nanti. Hahahaha..." Ariel berseloroh dan mereka berdua ketawa.

Tidak lama selepas itu, mereka pun tiba di destinasi yang dituju. Setelah segalanya diperiksa dan berpuas hati dengan keadaan kereta, Ariel pun memandunya pulang. Manakala Azam pulang ke pejabatnya. Ariel pula singgah di pejabatnya untuk mengambil beberapa dokumen penting sebelum pulang ke rumah untuk menolong adiknya, Asraf, yang akan melanjutkan pelajaran di United Kingdom selepas Hari Raya nanti.

******************************************************

Kringggg kringgggggggg...telefon bimbit Lisa berbunyi. Tertera nama Ariel dan Lisa tersenyum lalu menjawab telefonnya...

"Hey Ariel..."
"Hi Lisa..how are you?..."
"I'm fine..macam biasa je...you busy skang ni eh?" tanya Lisa.

"Lebih kurang la. Maklum la dah nak dekat raya. Boss suruh habiskan kerja sebelum cuti...how about you?" jelas Ariel.

"I pun sama. Tapi nasib baik semua dah settle. Now I can relax my mind..."

"Good for you...ehhh Lisa...petang ni jom buka puasa sekali before raya nih...I dah cuti ni. Boring pulak..."

"Ok sure...kat mana?.." Lisa kegembiraan apabila Ariel mengajaknya berbuka puasa bersama-sama.

"I tak kisah, you name the place. You think about it ok. I dah taktau mana lagi nak makan kat KL ni." jawab Ariel dengan gembira kerana Lisa memberi respon yang baik.

"Ok...I akan fikir dulu kat mana kita nak makan..nanti I'll get back to you ok.."

"Ok Lisa, I got to go now. Tengah drive ni. Bye...Assalamualaikum..." jawab Ariel.

"Wa'alaikumussalam.." Lisa meletakkan telefon sambil mengelamun seketika.

"At last, Ariel ajak aku keluar. Happynya akuuu!!!.." Lisa berbisik sendirian. Ternyata Lisa sangat gembira tetapi Lisa tidak tahu apa yang dirasakannya sekarang. Dia ingin mengenali Ariel dengan lebih rapat. Itulah matlamatnya.

Tiba-tiba, telefon bimbit Lisa berbunyi lagi dan tertera nama Razman pula...

"Hahhh..apsal mamat ni call aku pulak...tak habis2 lagi ke nak sakitkan hati aku?.." Lisa merungut dan membiarkan sahaja ianya berdering sehingga habis. Kemudian ianya berdering lagi. Kerana tidak tahan, Lisa pun mengangkat telefonnya...

"Hello..."
"Hello Lisa...ni Razman ni.."
"Yes I know...you nak apa?" tanya Lisa dengan nada suara yang agak tinggi sedikit.


To be continued...


Posted at 01:02 am by irwandy
(6) Comments  

Next Page]