Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< November 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, November 19, 2006
Gathering Geng Jurnal 2006 (RAPAT GJ 2006


All of us. RAPAT GENG JURNAL 2006

Walaupun tahun ini saya tidak dapat terlibat dalam usaha untuk menjayakan "The Making of RAPAT GJ 2006"(Maafkan saya kerana tidak dapat menolong kalian pada kali ini. Terlalu banyak perkara yang saya harus utamakan.), tapi saya berasa sangat puas hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti seperti ini yang diadakan setiap tahun. Tahniah kepada OP dan anak-anak buahnya yang menjayakan usaha untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli Geng Jurnal pada kali ini. It's a brilliant effort!

Ramai juga yang datang semalam. Mungkin dalam 70 orang. Ramai juga para bloggers yg baru pertama kali join. Korang semua mmg sporting dan best!

Saya pula membuat dua persembahan. Persembahan slot pertama sejurus selepas tayangan video Tribute to CikNana yg telah kembali ke rahmatullah pada bulan Julai 2006 yg lepas. Saya mendendangkan lagu drpd Samsons - Kenangan Terindah, khas buat CikNana dan juga lagu drpd Irwansyah & Acha Septriasa - My Heart, berduet bersama Kak Ungku.

Persembahan slot kedua, saya mendendangkan lagu Spider - Buat Sang Puteri, Irwansyah - Pencinta Wanita dan akhir sekali, Kembara - Hati Emas...nyanyi bersama-sama dengan Spyz, OP, Basri, MatJan, TokRimau & Nizam. Korang mmg best!

Jutaan ampun dan maaf kerana persembahan yang kurang sempurna akibat tiada masa untuk praktis dan hanya berpandukan kertas lirik & chord gitar semasa persembahan. I don't know why I find it so hard to sing while playing the guitar at the same time this time. Apa kena ntah...So, kalau ada bunyi2 sumbang tu, maafkan saya. Memang ada sumbang pun kan?..hahahaha...tapi nasib baik ada orang tu tak jadi ketuk saya.. ;)

Dua tahun yg lepas, pada 26 Disember 2004, saya membuat persembahan untuk event yg sama dan selepas itu berlakunya Tsunami. Dan Alhamdulillah, kali ni tiada Tsunami yang berlaku selepas persembahan saya. Hahahaha!...

Nak tgk gambar?...
Untuk slideshow, sila click di sini...
http://www.flickr.com/photos/irwandy/sets/72157594381888092/show/

Untuk tgk satu2, sila click di sini...
http://www.flickr.com/photos/irwandy/sets/72157594381888092/

Report drpd mereka yg hadir ada di sini
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=72372#72372

Terima kasih kepada semua for the wonderful day!


Posted at 03:50 am by irwandy
(9) Comments  

Thursday, November 16, 2006
Sampai Menutup Mata - Episod Lapan

...sambungan drpd Episod Tujuh...


Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri. Seperti
tahun-tahun yang lepas, sebelum bulan Ramadhan Ariel memang selalu menempah baju Melayu dua hingga tiga pasang untuk persiapan Hari Raya. Ayahnya juga begitu. Mereka akan menempah baju Melayu di tempat yang sama kerana sudah 10 tahun mengenali tukang jahit di tempat itu. Kualitinya juga sangat bagus. Namun di sebalik segala kemewahan yang mereka kecapi, Ariel tidak akan melupakan mereka-mereka yang sedang dalam kesusahan.

"Ariel mesti ingat pada orang-orang yang susah. Bukan pada bulan Ramadhan sahaja, malah setiap hari kita harus mengingati mereka yang susah. Kemewahan tiada ertinya jika kita tidak berzakat dan memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan. Nanti Allah akan tarik segala-galanya jika kita tidak beringat. Ariel wajib ingat kata-kata Papa ni. Jangan sekali-kali memperlekehkan orang-orang susah. Kita wajib membantu mereka."

Itulah pesan Tan Sri Affendi setiap kali datang bulan Ramadhan dan bulan Syawal kepada Ariel. Hampir setiap tahun, Tan Sri Affendi akan membawa Ariel dan adik-beradiknya menjenguk rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan

kawasan-kawasan rumah orang yang susah pada setiap tahun. Sejak kecil lagi, Ariel dan adik-beradiknya sudah diajar untuk menghayati bagaimana kehidupan orang yang dalam serba kekurangan supaya mereka tidak lupa diri. Disebabkan itulah perwatakan Ariel dan adik-beradiknya tidak seperti golongan orang kaya yang lain. Mereka sentiasa merendah diri dan tidak memandang rendah pada mereka yang miskin.

Selepas berbuka puasa dan mendirikan solat Maghrib, Ariel dan ayahnya berehat di ruang tamu sementara menunggu solat Isyak dan solat Terawih.

"Ariel dah bersedekah ke belum?" tanya Tan Sri Affendi.
"Dah Papa. Tahun ni Ariel kasi duit untuk setiap rumah anak-anak yatim yang Ariel tau." jawab Ariel.
"Bagus anak Papa. Masih ingat lagi kata-kata Papa tu ya?"
"Yes Papa. Mestilah ingat"

Tan Sri Affendi tersenyum lebar. Dia berasa sangat bangga mempunyai anak seperti Ariel. Dia juga merasakan bahawa rezeki keluarganya makin melimpah ruah sejak Ariel mengambil alih perniagaannya. Bak kata-kata orang barat, apa yang disentuh semuanya menjadi emas permata. Itulah yang Ariel lakukan. Itu baru 2 tahun.

*******************************************

Tinggal 5 hari lagi untuk menyambut Hari Raya. Ariel mendapat panggilan daripada Proton Edar di Jalan Ampang bahawa kereta Gen2 yang dibeli sudah sedia untuk dibawa pulang. Ariel bergegas ke sana ditemani dan dibawa oleh rakan baiknya iaitu Azam.

"Kau ni biar betul. Dah ada kereta yang best, apa yang kau nak lagi? Pelik la kau ni Ariel..." bebel Azam sambil memandu menuju ke Jalan Ampang. Ariel tersenyum dan berdiam diri sambil buat tidak endah terhadap apa yang dikatakan oleh Azam. Kemudian Azam menyambung...

"Come on Ariel. Ni mesti ada something ni. Macam la aku tak kenal kau. Cuba cerita sikit dengan aku. Toksah nak berselindung ok..."

"Hmmm..ye lah..." Ariel mendengus.
"Actually, I met someone." Ariel memulakan cerita.

"Wowww...menarik nih..kau dah confess ke?" tanya Azam.

"Hishhh...too early la. Lagipun aku taktau apa yang aku rasa sekarang ni. Cuma aku nak kenal rapat dengan dia. So that, daripada situ aku boleh tau baik buruknya. Aku rasa dia pun macam tu gak. Nak tau baik buruk aku. So, lepas tu baru la boleh proceed.." jelas Ariel sambil tersenyum.

"Waaa...dah plan baik punya nampak? Habis tu, apa kaitan dengan kereta Gen2 nih?" tanya Azam lagi.

"Sebab aku nak low profile. Taknak tunjuk yang aku ni daripada golongan orang-orang berada. Kau pun tau sejak dulu lagi aku tak suka orang ingat aku ni orang berada. Memang la aku takleh nak selindung lagi tapi bila orang ingat aku ni kaya, ramai yang nak mempergunakan aku dan datang menempek kat aku. Aku tak suka orang-orang yang tak ikhlas bila nak berkawan..."

"Lagipun, sekarang ni ramai perempuan yang materialistik. Walaupun tak handsome, asalkan lelaki yang ada rumah banglo, duit berjuta-juta dan kereta mewah, jalan je. Nak hidup senang dengan cara mudah. Kalau ada perempuan macam tu, sorry la...aku takkan layan. Lambat laun menyusahkan hidup aku lagi ada la..."

Azam hanya berdiam diri dan mendengar penjelasan Ariel. Betul juga kata Ariel. Kemudian, Ariel menyambung lagi.

"So, aku taknak that someone new tau latar belakang aku buat masa ni. Aku nak tau keikhlasan hati dia. Adakah dia memandang harta atau hati. Kiranya ini semua adalah ujian untuk aku dan dia juga. Tapi bukannya aku nak kata dia materialistik. Cuma lebih baik aku berhati-hati la kan...prevention is better than cure..."

"Apesal tak beli Kancil atau Kelisa je?...hahaha..lagi low profile beb!" Azam menyampuk sambil tersengih-sengih.

"Hahaha...nak berlakon pun, kena gak pilih sesuatu yang selesa buat kita sendiri.
Kancil memang ok tapi kecik sangat untuk aku. Kan aku ni tinggi. Tak sesuai la.." jelas Ariel sambil melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.

"So, apa nama that girl?" tanya Azam.

"Melissa...aku panggil dia Lisa je. Dia dok kat Shah Alam. Kerja kat KL...dekat dengan office aku..." jawab Ariel.

"Ohhh...ni mesti dah selalu dating ni..hahaha...bagus la tu Ariel. At last, ada gak perempuan yang kau suka. Hopefully Lisa ni akan membahagiakan kau nanti. InsyaAllah..."

"InsyaAllah. Buat masa ni, aku berkawan dulu. Kenal hati budi masing-masing. Kalau rasa sesuai, apa lagi...aku kahwin la nanti. Hahahaha..." Ariel berseloroh dan mereka berdua ketawa.

Tidak lama selepas itu, mereka pun tiba di destinasi yang dituju. Setelah segalanya diperiksa dan berpuas hati dengan keadaan kereta, Ariel pun memandunya pulang. Manakala Azam pulang ke pejabatnya. Ariel pula singgah di pejabatnya untuk mengambil beberapa dokumen penting sebelum pulang ke rumah untuk menolong adiknya, Asraf, yang akan melanjutkan pelajaran di United Kingdom selepas Hari Raya nanti.

******************************************************

Kringggg kringgggggggg...telefon bimbit Lisa berbunyi. Tertera nama Ariel dan Lisa tersenyum lalu menjawab telefonnya...

"Hey Ariel..."
"Hi Lisa..how are you?..."
"I'm fine..macam biasa je...you busy skang ni eh?" tanya Lisa.

"Lebih kurang la. Maklum la dah nak dekat raya. Boss suruh habiskan kerja sebelum cuti...how about you?" jelas Ariel.

"I pun sama. Tapi nasib baik semua dah settle. Now I can relax my mind..."

"Good for you...ehhh Lisa...petang ni jom buka puasa sekali before raya nih...I dah cuti ni. Boring pulak..."

"Ok sure...kat mana?.." Lisa kegembiraan apabila Ariel mengajaknya berbuka puasa bersama-sama.

"I tak kisah, you name the place. You think about it ok. I dah taktau mana lagi nak makan kat KL ni." jawab Ariel dengan gembira kerana Lisa memberi respon yang baik.

"Ok...I akan fikir dulu kat mana kita nak makan..nanti I'll get back to you ok.."

"Ok Lisa, I got to go now. Tengah drive ni. Bye...Assalamualaikum..." jawab Ariel.

"Wa'alaikumussalam.." Lisa meletakkan telefon sambil mengelamun seketika.

"At last, Ariel ajak aku keluar. Happynya akuuu!!!.." Lisa berbisik sendirian. Ternyata Lisa sangat gembira tetapi Lisa tidak tahu apa yang dirasakannya sekarang. Dia ingin mengenali Ariel dengan lebih rapat. Itulah matlamatnya.

Tiba-tiba, telefon bimbit Lisa berbunyi lagi dan tertera nama Razman pula...

"Hahhh..apsal mamat ni call aku pulak...tak habis2 lagi ke nak sakitkan hati aku?.." Lisa merungut dan membiarkan sahaja ianya berdering sehingga habis. Kemudian ianya berdering lagi. Kerana tidak tahan, Lisa pun mengangkat telefonnya...

"Hello..."
"Hello Lisa...ni Razman ni.."
"Yes I know...you nak apa?" tanya Lisa dengan nada suara yang agak tinggi sedikit.


To be continued...


Posted at 01:02 am by irwandy
(6) Comments  

Tuesday, November 14, 2006
Ok Dah Dapat


It's my shot of the day @ Palace of the Golden Horses


Setelah melalui pelbagai kajian secara teliti, akhirnya aku dah memilih lagu-lagu yg bakal dipersembahkan pada hari Sabtu ini. Kalau nak tau, sila la datang...takleh la kasitau nanti tak surprise...:

So, meh la datang beramai-ramai!...mana tau di antara korang yg dtg nanti aku akan beri surprise...huhuhu!...

### - My shot of the day at http://irwandy.fotopages.com


Posted at 03:33 am by irwandy
(5) Comments  

Thursday, November 09, 2006
Aku Penganggur

Hari ni officially aku jadi penganggur..untuk seminggu lebih la...20th Nov nanti masuk UMW lak. Hehehe...Plan asalnya nak gi bercuti, tapi tengok la next week camna.
Sabtu ni ada wedding job. Member skolah nikah. Kena amik gambar dia. Hari Ahad lak ada wedding kat Palace of The Golden Horses..kena amik gambar gak. Jumaat depan ada client punya nikah kat Dewan Perdana Felda. Pastu kenduri kahwin on the 25th Nov.

Syok gak jadi penganggur sementara ni. Bangun kul 10 pagi. Lepas ni aku nak tgk wayang. Muahahahah. Ok lah...panggung wayang memanggil aku. Lepas ni aku nak sambung balik novel tu. Cya!

### - Jom tengok gambar2 Majlis Pertunangan Intan & Zaini at http://irwandy.fotopages.com

Posted at 03:15 am by irwandy
(3) Comments  

Tuesday, November 07, 2006
Macam-Macam Cerita

It's been a looooonnnnnggggggg time since aku lepak dengan kawan2 lama. So, yesterday aku jumpa Herma, my bestfriend since form 3 yg baru sampai dari Melaka and Freeda with her hubby, Shazzy...yg nyanyi dgn Lah tu..lagu Kenapa...dah lama gile tak lepak, the last time lepak sebelum Shazzy jadi artis...so, smlm Shazzy belanja makan kat Cozy House, Great Eastern Mall Jalan Ampang..thanks for the food dude!..You rawk!..Aku rasa lain mcm bila makan dgn artis nih sbb byk mata memandang meja kitorang..hohoho...Byk cerita la yg kitorang catch up..lepas tu window shopping sama2...dan terus gi Lowyat sama2...ini gambar2 nya...


Herma & Me...


Shazzy & Me...


Herma & Freeda...


Freeda & Herma...


Shazzy, Herma & Me...


Actually aku ada byk isu yg aku nak cerita kat sini. Isu yg ingin aku luahkan tentang isu-isu semasa yg sgt menjengkelkan minda, hati dan mata aku. Tapi bila aku nak menulis je, aku dah lupa...takpelah..nanti bila aku dah ingat, aku akan tulis...

Malam semalam punya malam semalam punya malam semalam...deyy...berapa byk semalam daaa....
aku ada mimpi yg paling lawak pernah aku mimpikan...ada la org tu...tetiba dia muncul dlm mimpi aku...dia dgn geng2 perempuan dia..dan aku dgn geng2 lelaki aku...kat sebuah pulau...tgh mandi2...dia dgn geng2 dia sombong...pastu kitorang buat apa ntah aku pun lupa, saling kacau mengacau kot...tapi yg lawaknye, aku dgn dia mcm ketua utk geng masing2...situasinya sama mcm korang tgk cerita hindustan...masa nyanyi n joget, tetiba ramai kat belakang ikut sama..hero & heroin di depan...lebih kurang mcm tu la...wakakakakakak...cuma bezanya, kitorang tak joget la..muahahahahaha....kalau joget, dah tentu aku gelak masa tgh tidur...hahahahahahah!!!..

Hishhh....aku tak tgk hindustan langsung sejak 2-3 tahun yg lepas sampai skang..hahahaha..ntah mcm mana ntah bleh mimpi camtu...tapi minggu lepas dia mimpi aku dulu..aku ada dlm mimpi dia...dia kata dlm mimpi tu aku tgh sedih sbb kena kahwin paksa...wakakakakakkaakkakaak...lawaknyeee aku kena kahwin paksa...hahahahahah...

Tapi one thing aku takut...dulu aku mimpi aku kapel dgn 1st girlfriend aku..tapi masa tu baru kawan je...pastu mimpi tu jadi realiti...aku kapel dgn dia..
Lepas tu...aku mimpi 2nd gf aku sayang sgt kat aku sampai dia ada buat sesuatu kat aku yg aku tak sangka..(yg baik la..bukan buat yg jahat2)...sekali mimpi tu jadi realiti..sejibik cam dlm mimpi!...
Pastu ada lagi 2-3 lagi mimpi yg semuanya berkisar tentang cinta yg menjadi kenyataan...takut wooo...
Tapi nasib baik mimpi hari tu bukan pasal cinta..kalo tak, halamakkkkkkk...hahaahah

Sebelum aku terlupa, bleh tak korang berikan cadangan...lagu apa yg patut aku perform utk ending gathering Geng Jurnal seperti banner di atas...perhaps lagu2 yg happy tapi best...(bukan mcm lagu Rasa Sayang ye...)...yg boleh dimainkan dgn gitar...utk 1st performance, aku mungkin main lagu Samsons - Kenangan Terindah dan Belaian Jiwa drpd Innuendo...ataupun mungkin lagu My Heart...hmmm...sila beri cadangan!...Thanks!

Buat para pembaca novel bersiri "Sampai Menutup Mata", harap bersabar. Aku nak tuliskan sesuatu di sini. Novel tu akan bersambung esok atau lusa. Harap maaf.

### - Please visit www.irwandy.com and http://irwandy.fotopages.com :D ..meh le masuk...


Posted at 03:12 am by irwandy
(14) Comments  

Next Page]