Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< November 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, November 07, 2006
Macam-Macam Cerita

It's been a looooonnnnnggggggg time since aku lepak dengan kawan2 lama. So, yesterday aku jumpa Herma, my bestfriend since form 3 yg baru sampai dari Melaka and Freeda with her hubby, Shazzy...yg nyanyi dgn Lah tu..lagu Kenapa...dah lama gile tak lepak, the last time lepak sebelum Shazzy jadi artis...so, smlm Shazzy belanja makan kat Cozy House, Great Eastern Mall Jalan Ampang..thanks for the food dude!..You rawk!..Aku rasa lain mcm bila makan dgn artis nih sbb byk mata memandang meja kitorang..hohoho...Byk cerita la yg kitorang catch up..lepas tu window shopping sama2...dan terus gi Lowyat sama2...ini gambar2 nya...


Herma & Me...


Shazzy & Me...


Herma & Freeda...


Freeda & Herma...


Shazzy, Herma & Me...


Actually aku ada byk isu yg aku nak cerita kat sini. Isu yg ingin aku luahkan tentang isu-isu semasa yg sgt menjengkelkan minda, hati dan mata aku. Tapi bila aku nak menulis je, aku dah lupa...takpelah..nanti bila aku dah ingat, aku akan tulis...

Malam semalam punya malam semalam punya malam semalam...deyy...berapa byk semalam daaa....
aku ada mimpi yg paling lawak pernah aku mimpikan...ada la org tu...tetiba dia muncul dlm mimpi aku...dia dgn geng2 perempuan dia..dan aku dgn geng2 lelaki aku...kat sebuah pulau...tgh mandi2...dia dgn geng2 dia sombong...pastu kitorang buat apa ntah aku pun lupa, saling kacau mengacau kot...tapi yg lawaknye, aku dgn dia mcm ketua utk geng masing2...situasinya sama mcm korang tgk cerita hindustan...masa nyanyi n joget, tetiba ramai kat belakang ikut sama..hero & heroin di depan...lebih kurang mcm tu la...wakakakakakak...cuma bezanya, kitorang tak joget la..muahahahahaha....kalau joget, dah tentu aku gelak masa tgh tidur...hahahahahahah!!!..

Hishhh....aku tak tgk hindustan langsung sejak 2-3 tahun yg lepas sampai skang..hahahaha..ntah mcm mana ntah bleh mimpi camtu...tapi minggu lepas dia mimpi aku dulu..aku ada dlm mimpi dia...dia kata dlm mimpi tu aku tgh sedih sbb kena kahwin paksa...wakakakakakkaakkakaak...lawaknyeee aku kena kahwin paksa...hahahahahah...

Tapi one thing aku takut...dulu aku mimpi aku kapel dgn 1st girlfriend aku..tapi masa tu baru kawan je...pastu mimpi tu jadi realiti...aku kapel dgn dia..
Lepas tu...aku mimpi 2nd gf aku sayang sgt kat aku sampai dia ada buat sesuatu kat aku yg aku tak sangka..(yg baik la..bukan buat yg jahat2)...sekali mimpi tu jadi realiti..sejibik cam dlm mimpi!...
Pastu ada lagi 2-3 lagi mimpi yg semuanya berkisar tentang cinta yg menjadi kenyataan...takut wooo...
Tapi nasib baik mimpi hari tu bukan pasal cinta..kalo tak, halamakkkkkkk...hahaahah

Sebelum aku terlupa, bleh tak korang berikan cadangan...lagu apa yg patut aku perform utk ending gathering Geng Jurnal seperti banner di atas...perhaps lagu2 yg happy tapi best...(bukan mcm lagu Rasa Sayang ye...)...yg boleh dimainkan dgn gitar...utk 1st performance, aku mungkin main lagu Samsons - Kenangan Terindah dan Belaian Jiwa drpd Innuendo...ataupun mungkin lagu My Heart...hmmm...sila beri cadangan!...Thanks!

Buat para pembaca novel bersiri "Sampai Menutup Mata", harap bersabar. Aku nak tuliskan sesuatu di sini. Novel tu akan bersambung esok atau lusa. Harap maaf.

### - Please visit www.irwandy.com and http://irwandy.fotopages.com :D ..meh le masuk...


Posted at 03:12 am by irwandy
(14) Comments  

Wednesday, November 01, 2006
Sampai Menutup Mata - Episod Tujuh

sambungan drpd Episod Enam


"Errrmmm...kawan Ariel la Papa...kenapa Papa tanya? Tak pernah pulak Papa tanya macam tengah suspect something je?.." jelas Ariel.

"Dah Papa nampak Ariel tersengih-sengih macam happy semacam je lepas letak telefon. Girlfriend baru ya?.." usik Tan Sri Affendi.

"Hishhhh...Ariel tersengih pun takleh ke? Mesti la happy sebab dah dapat dream car macam ni. Tadi tu kawan telefon la Papa. Takde apa pun. Cuma malam ni dia ajak pergi tengok orkestra kat Dewan Philharmonic Petronas tu." jelas Ariel lagi. Ariel rasa dia tidak menipu ayahnya. Memang benar pun Lisa itu adalah kawannya. Kawan baru. Ariel tersengih-sengih lagi.

"Iye la tu. Come on la...Papa dah lama hidup daripada Ariel. Banyak dah pengalaman Papa termasuk la pengalaman bercinta. Takyah la nak kelentong kat Papa. Mesti kawan perempuan tu kan?.." tanya Tan Sri Affendi lagi.

Kali ini, Ariel sudah tidak boleh menafikannya lagi.
"Hmmm..ya Papa, kawan perempuan. Kawan je. Baru kenal hari tu. Dah la tu Papa. Dah lama dok dalam kereta ni tapi tak test pun radio ni..." jawab Ariel sambil menekan punat "ON" pada radio kereta. Ariel memilih frekuensi 103.3 FM, iaitu stesen radio Era. Lagu Dealova, nyanyian Once sedang ke udara.

"Kau seperti nyanyian dalam hati ku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang ku hela
kau selalu ada..."

"Hmmm..lagu favourite Lisa ni..." kata Ariel dalam hati sambil menghayati lagu itu. Lisa pernah memberitahu Ariel tentang lagu ini dan dia amat menyukainya kerana melodinya yang indah serta lirik yang penuh bermakna.

"Siapa nama kawan Ariel tadi tu?.." tiba-tiba Tan Sri Affendi bertanya.

"Hmm...Lisa. Nur Melissa..." jawab Ariel.

"Sedap nama tu. Mesti cantik orangnya kan? " usik Tan Sri Affendi sambil tersenyum.

Ariel hanya membalas senyuman dan menumpukan pada pemanduannya. Ariel ingin segera sampai ke rumah. Sebelum keluar tadi, ibunya, Puan Sri Azlina tidak habis-habis bertanya ke mana mereka ingin pergi. Tan Sri Affendi dan Ariel tidak mahu membocorkan rahsia. Mereka ingin membuat kejutan. Ariel tersenyum panjang. Sudah pasti ibunya akan terkejut dengan apa yang bakal dilihat kerana ibunya juga seorang peminat kereta-kereta sport.

***************************************************

"Haiii...dah lama tunggu?.." tiba-tiba Ariel menegur Lisa di ruang lobi Dewan Filharmonik Petronas.

"Takde la sangat, baru je 5 minit. Awak dari office ke?..." tanya Ariel.

"A'ah, dari office. Ada banyak kerja tadi kena siapkan. So, awak pernah tengok orkestra kat sini ke?..." tanya Lisa lagi.

"Tak pernah pun. Nama je office kat atas ni tapi tak pernah tengok. Mana awak dapat tiket?.."

"Kawan saya yang tak jadi pergi tu yang kasi. Dia ada hal lain pulak hari ni." jawab Lisa.

Selepas itu, mereka pun masuk ke dewan. Ariel berasa janggal berdua-duaan bersama dengan Lisa. Selepas putus tunang dengan Falina, Ariel tidak pernah keluar berdua-duaan secara sosial dengan mana-mana perempuan. Tetapi Ariel melihat Lisa tenang sahaja. Macam sudah biasa.

"Perempuan macam Lisa ni, mesti ramai lelaki dah ajak dating..." bisik hati Ariel.

Selepas tamat persembahan, mereka masing-masing meminta diri untuk pulang kerana sudah lewat. Masing-masing ada kerja pada pagi esok. Ariel pulang ke Damansara dan Lisa pula pulang ke Shah Alam.

Semasa Ariel dalam perjalanan pulang, dia mengelamun teringat tentang Lisa. Tadi Lisa sungguh cantik. Cara Lisa berpakaian serta peribadi lemah lembutnya membuatkan hati lelakinya yang keras menjadi rapuh. Jauh di sudut hatinya, ada timbul satu perasaan yang sudah lama tidak dirasainya. Tetapi Ariel cepat-cepat melupakannya kerana tidak mahu dikecewakan. Ariel merasakan dirinya tidak layak untuk bersama Lisa yang sangat cantik dan manis itu.

"Dia takkan nak kat aku punya. Macam beauty and the beast pulak kalau aku dengan dia. Lagipun, aku rasa dia anggap aku ni macam kawan biasa je. Ahh, lupakan je lah. Malas nak fikir hal-hal macam ni..." Ariel bercakap seorang diri sambil memandu laju meluncur lebuhraya Mahameru dengan kereta barunya.

*********************************************************

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari KLCC selepas menonton persembahan orkestra tadi, Lisa sedang memikirkan tentang Ariel.

"Ariel is a nice guy. I like his style and confidence. For me, he's sweet and cute. Cepat pulak aku jadi rapat dengan dia. Jodoh aku ke?..Ahh..just forget it. Mesti dia ramai girlfriend tu. Siapa la aku ni..." kata Lisa sambil mengelamun seorang diri dalam kereta.

Lisa sudah pun sampai di rumahnya. Sedang dia hendak membuka pintu rumahnya, tiba-tiba dia mendapat SMS daripada Ariel...

"Thanks for the ticket. Memang best. Dah sampai rumah? Take care aight!"

Lisa tersenyum, lalu membalas SMS tersebut.

"No problem. Baru je sampai rumah. U take care 2!"

Lisa terus ke biliknya dan terus baring di katilnya akibat kepenatan. Sambil berbaring, Lisa terpandang jam tangan barunya yang telah menemukan dia dengan Ariel. Sekali lagi Lisa termenung.

"Ariel...Ariel..kenapa la aku asyik teringat kat kau je ni..."

Memang sejak akhir-akhir ini, Lisa asyik teringatkan nama Ariel sehinggakan nama bekas teman lelakinya, Razman, semakin lenyap daripada fikirannya. Lisa fikirkan itu adalah tanda positif kerana dia memang mahu melupakan Razman. Tetapi nama Ariel pula berada di benak fikirannya setiap hari. Dia sungguh hairan.

"There is something about Ariel. I don't know what it is but I'm gonna find out..." bisik kata hati Lisa.

Sementara itu, di Damansara, Ariel sedang mengelamun di dalam biliknya. Nama Lisa sentiasa berada di benak pemikirannya. Walaupun hatinya masih pedih selepas kedatangan Falina di pejabatnya tempoh hari, namun nama Lisa tetap di ingatan. Ariel sendiri berasa hairan.

"Aku rasa betul la tindakan aku untuk beli Gen2. Sangat tepat sekali. Nak beli motor, Papa dan Mama tak kasi...hmmm..."

Mata Ariel sudah tidak dapat menahan. Ariel berasa sangat mengantuk lalu dia tertidur...

To be continued...


### - Apakah kaitan Lisa dengan kereta Gen2 yang dibeli Ariel? Apakah maksud di sebalik semua itu? Apa yang Ariel sedang fikirkan? Nantikan Episod Lapan! :


Posted at 09:12 pm by irwandy
(9) Comments  

Monday, October 30, 2006
Sampai Menutup Mata - Episod Enam

Sambungan drpd Episod Lima...


"Why?..Surprised??.."
perempuan itu bertanya.

"Of course I'm surprised. Lepas kita dah takde apa-apa, you blah macam tu je.." kata Ariel sambil menggeleng kepala dengan tenang.

Perempuan itu adalah Falina, bekas tunang Ariel. Sudah hampir 8 bulan mereka tidak berhubung di antara satu sama lain. Kini, Falina berada di depan mata setelah sekian lama peristiwa itu berlaku. Entah kali ini untuk apa.

"Taknak jemput I duduk ke?.." tanya Falina.
"Ohh I'm sorry, please have a seat. Macam you tak biasa datang office I dulu." jawab Ariel sambil menjemput Falina duduk di sofa yang disediakan untuk tetamu di biliknya. Falina pula tersenyum.

"So, what's up? Apa hajat you tiba-tiba je datang nak jumpa I ni?..Ni mesti ada something nih...kalau tak, takkan la dah 8 bulan tak jumpa tiba-tiba muncul camni je.." tanya Ariel dengan perasaan musykil.

"Yes, memang I ada hajat." jawab Falina sambil menyeluk beg tangan Louis Vuitton pemberian Ariel sebagai hadiah hantaran sewaktu bertunang dahulu. Setelah Falina memutuskan pertunangan, Falina ingin mengembalikan semua hantaran yang dipakainya kepada Ariel tetapi Ariel menolak sekeras-kerasnya kerana bagi Ariel, semua hantaran pertunangan sudah menjadi milik Falina. Tidak perlu untuk memulangnya kembali, termasuklah cincin pertunangan mereka dahulu.

"Nah...I really hope you can come.." Falina menghulurkan sebuah sampul surat dengan nama Ariel tertera di depan. Ariel menyambutnya dan membukanya.

"Ohhh...your wedding card rupanya. Congratulations Falina. Macam kenal je nama your future hubby ni ye. Tapi di mana ya?.." kata Ariel sambil tersenyum simpul. Falina tersenyum tawar kerana dia tahu Ariel sengaja perli kepadanya.

"If I tak sibuk, InsyaAllah I datang." jawab Ariel.

"If you appreciate us as friends, please do come. Kawan-kawan you pun ramai yang datang nanti. I dah kasi wedding card ni kat diorang."

"Ohhh..after 8 months you blah camtu je, takde contact or whatsoever, skang ni baru you kata we're friends?" Ariel cuba melepaskan geram. Falina tunduk dan cuba buat seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"I do appreciate you Falina. Always have. Until you kata nak putus tunang dengan I. Lepas tu I nak try get back to you tapi you buat taktau je. You kata dah takdir kita bukan jodoh. I terima semua tu Falina. I thought we can be friends after that. Tapi bila you blah macam tu je, itu yang I takleh terima. Sejak tu I dah tak pandang belakang lagi. And here I am, and there you are. Duduk di depan I untuk kasi wedding card." Ariel memberikan penjelasan secara panjang lebar dengan rasa kesal.

"I'm sorry Ariel. I memang tak boleh nak buat apa-apa. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni buat kita. I really hope that you can find a better person than me. And if you have found her, please bring her along during my wedding day. I would love to see her." kata Falina sambil air matanya menitis ke pipinya. Ariel bangun perlahan-lahan dan memandang ke tingkap yang mempunyai pemandangan indah bandar Kuala Lumpur.

"Takpelah Falina. Toksah ungkit cerita lama lagi. Our love story is history. I take it as pengajaran dan pengalaman yang berguna untuk I. Yang pasti, you memang bukan jodoh I." jelas Ariel.

"So, I rasa cukup takat ni. I have a lot work to do. I think you can find your own way to leave the room. As for the wedding, I'll try to come. Congratulations again. Assalamualaikum..." kata Ariel sambil memandang keluar tingkap tanpa menoleh ke arah Falina. Falina lantas bangun daripada kerusi dan terus menuju ke pintu lalu keluar daripada bilik Ariel.

Ariel duduk semula di sofa sambil memandang kad jemputan perkahwinan Falina & Akmal. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk mereka bernikah. Majlis perkahwinan itu akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Tahniah Falina. Tahniah Akmal. Semoga berbahagia" bisik hati Ariel.

Tiba-tiba telefon bimbit Ariel berbunyi. Ada SMS.

"I'm so sorry Ariel. I really am. Please forgive me.."

Tertera mesej yang dihantar daripada Falina. Ariel mengeluh.

"Aku dah maafkan kau sejak kau tinggalkan aku Falina..." bisik hati Ariel.

****************************************

Pagi hari Khamis itu sangat nyaman. Ariel yang baru bangun menghirup udara segar di balkoni biliknya. Sesudah sahur dan Solat Subuh tadi, dia kembali merehatkan dirinya lalu tertidur di katilnya. Hari itu Ariel mengambil cuti. Ada banyak urusan peribadi yang harus diselesaikannya. Salah satunya adalah penyerahan kunci kereta BMW M5 pemberian ayahnya di Auto Bavaria, Glenmarie Shah Alam. Salesman yang mengendalikan urusan jual beli kereta itu memberitahu berita gembira itu semalam. Tan Sri Affendi akan turut serta mengikuti Ariel ke sana. Pemandu peribadi Tan Sri Affendi akan membawa mereka ke sana dengan menaiki Mercedes Benz S350 kesayangan Tan Sri Affendi.

Tepat pukul 11 pagi, mereka sudah sampai di tempat yang dituju. Ariel tersenyum lebar apabila melihat kereta yang berkilat yang bakal menjadi miliknya dalam masa beberapa minit lagi itu.

"This is your hardwork my son." kata Tan Sri Affendi sambil menepuk bahu Ariel.

Lantas Ariel memeluk ayahnya tanda sayangnya kepada ayahnya. Ariel bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan rezeki sebegini rupa.

Selepas selesai urusan penyerahan kunci, Ariel dan Tan Sri Affendi sama-sama menaiki BMW M5 berwarna hitam berkilat. Lalu Ariel memandu pulang kereta barunya itu dengan perasaan yang sangat puas hati. Ariel bukan seorang yang suka melenjan kereta yang baru. Dia seorang yang pandai menjaga kereta.

Semasa di dalam kereta barunya itu, Ariel telah memberitahu sesuatu kepada ayahnya.

"Papa, Ariel nak beritahu sesuatu ni..but it's kinda weird.."

"Weird?...Dah nak kahwin ke?..Tu bukan weird tuuu.." tanya Tan Sri Affendi.

"Hishhh...bukanlah Papa. Camni, Ariel tengah terfikir nak beli kereta lagi satu." jelas Ariel.

"Aikkk???...kan Ariel baru dapat kereta ni, dah nak beli lain pulak?" Tan Sri Affendi kehairanan.

"Takkk...bukan macam tu. Ariel ingat nak beli kereta Proton Gen2 la Papa. Ariel ada plan sesuatu ni. Tapi takleh la cakap. Rahsia." jelas Ariel.

"Hahh??..Ariel dah dapat kereta yang macam ni, pastu nak beli Gen2 plak? Memang pelik.."

"Hahaha...relax la Papa. I know what I'm doing. Trust me ok. I'll buy that car myself. Jangan risau. Kalau semuanya mengikut plan Ariel, mesti ayah suka nanti.." jelas Ariel lagi.

"Hmmm...up to you la Ariel. Jangan terlibat dengan perkara bukan-bukan sudah. Bila nak beli?" Tan Sri Affendi memberikan persetujuan.

"Dah book dah pun Papa. Mungkin 3 hari lepas raya baru dapat kot. Ariel pilih warna biru." Ariel berterus terang sambil tersenyum.

"Hmmm...okay. Ayah izinkan. About this car, jangan bawak pergi berlumba tak tentu arah pulak. Kalau nak test this car, pergi la test kat Sepang F1 Circuit tu." Tan Sri Affendi memberikan cadangan.

"Don't worry la Papa. You know me kan."

Ariel terus memandu sambil menikmati kepuasan memandu kereta idamannya itu. Dia tidak sangka kereta idaman yang sering berada di benak pemikirannya telah menjadi miliknya kini.

Sedang Ariel mengelamun, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering...

"Hello?.."
"Hello Ariel...ni Lisa ni...tengah buat apa tu?.." tanya Lisa.

"Hi Lisa...I tengah drive. It's okay. I pakai headset. What's up?" Ariel berasa gembira apabila Lisa menelefonnya.

"Ohh..okay I'll make it quick. Malam ni you free tak? I have two free tickets for the Philharmonic Orchestra Concert malam ni kat KLCC. Jom temankan I boleh? My friend kata dia tak jadi pergi pulak tadi.

"Errr...ermm..." Ariel sedang berfikir.

"Alaa..I sebenarnya pun tak minat sangat dengan orkestra-orkestra ni. Tapi saje nak pergi sebab tak pernah pegi kat dewan Philharmonic tu." jelas Lisa.

"Hahaha...I thought you minat. I pun tak minat but...hmmm..okay, I temankan you malam ni." Ariel bersetuju.

"Okayyy...thanks Ariel. So, see you at KLCC tonite at 7.45pm okay? Bye!.."

Lisa meletakkan telefon. Air muka Ariel berubah menjadi berseri-seri. Dia tersenyum lebar sehinggakan terlupa ayahnya berada di sebelahnya. Lalu ayahnya menegurnya...

"Kenapa dengan Ariel ni?...Lain macam je tengok...Siapa call tadi tu?.." tanya Tan Sri Affendi dengan penuh kemusykilan.

To be continued...


Posted at 07:23 pm by irwandy
(11) Comments  

Monday, October 23, 2006
Malam Hari Raya...

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar
La illa haillallah wallahu akhbar
Allahu akhbar walillahilham...




Posted at 07:39 pm by irwandy
(6) Comments  

Thursday, October 19, 2006
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!



### - Siri Sampai Menutup Mata akan bertemu dengan anda selepas Hari Raya. Harap Maklum...

Posted at 03:06 am by irwandy
(4) Comments  

Next Page]