Friday, November 26, 2004
Glen - Sedih Tak Berujung
Glenn Fredly - Sedih Tak Berujung
Saat menjelang hari-hari bahagiamu
Aku memilih tuk diam dalam sepiku
Saat mereka tertawa diatas pedihku
Tentang cintaku yang telah pergi tinggalkanku
Aku tak perduli … sungguh tak perduli
Inilah jalan hidupku
Reff :
Ini aku kau genggam hatiku
Simpan didalam lubuk hatimu
Tak tersisa untuk diriku
Habis semua rasa didada
Selamat tinggal kisah tak berujung
Kini ku kan berhenti berharap
Perpisahan kali ini untukku
Akan menjadi kisah .. sedih yang tak berujung…
Interlude…
Ini aku kau genggam hatiku
Simpan didalam lubuk hatimu…yeah
Tak tersisa untuk diriku
Habis semua rasa didada
Selamat tinggal kisah tak berujung
Kini ku kan berhenti berharap
Perpisahan kali ini untukku
Akan menjadi kisah .. sedih yang tak berujung…
Posted at 11:33 pm by
irwandy
Thursday, November 25, 2004
Aku kena stop kejap siri
Mencari Sinar for this week. Ada banyak benda yang aku nak settlekan. Lagipun aku tak suka nak menulis cerita Mencari Sinar bila otak aku tgh berserabut. Nanti jadi tak sedap lak citer tu & aku takut plot citer tu jadi kelam kabut. Korang gak yg marah. Heheh..Sorry guys. Bersabarlah ye.
Siang tadi, satu hari aku kat Celcom Subang Hi-Tech park, server down. Rupanya power failure. Hampeh btol. Lepas tu plak, gateway server takleh masuk windows. Geram btol. Terpaksa ulang-alik gi Phileo Damansara, pastu gi subang balik. Dua kali lak tuh. So, spent my time kat Celcom. Troubleshooting the problems. Although it's not my job, tapi berbaloi untuk belajar. I like it.
Tadi plak salesman kete tu call aku nak inform, kete aku sampai esok(Jumaat). Alahai, makin lambat la tunggu. Kete tu sampai esok, pastu hari Isnin baru hantar gi kastam utk bayar duti. Sabtu takleh ke buat? Ishk. Ayah aku kata most probably hari Selasa baru dapat. Baru je berangan nak guna kete baru this weekend. Hancur punah harapanku. Hahaha...takpe, next week ade lagi.
Pagi tadi ayah aku gi JPJ. Dia nak beli nombor plet. Hari tu dah beli, nombor WMJ 978. Tadi plak sekali lagi ayah aku dah book nombor WMJ 778. So, nak kena pilih antara dua nombor tu. WMJ 978 or WMJ 778? Mana satu eh? By the way, aku suka 778. Tolong komen dgn alasan kenapa anda pilih nombor tu. :D
Posted at 11:33 pm by
irwandy
Wednesday, November 24, 2004
I like this song...menjadi current fav of mine..:D
Sheila On 7 - Itu Aku
Ribuan hari aku menunggumu
jutaan lagu tercipta untukmu
apakah kau akan terus begini
masih adakah celah di hatimu
yang masih bisa aku tuk singgahi
cobalah aku kapan engkau mau
tahukah lagu yang kau suka
tahukah bintang yang kau sapa
tahukah rumah yang kau tuju
itu aku...
coba keluar di malam badai
nyanyikan lagu yang kau suka
maka kesejukan yang kau rasa
coba keluar di terik siang
ingatlah bintang yang kau sapa
maka kehangatan yang kau rasa
percayalah itu aku...
Posted at 11:33 pm by
irwandy
Tuesday, November 23, 2004
Break kejap from episod mencari sinar. Hehe...
Hari ni aku banyak kerja. Sambil-sambil tu aku berurusan dengan salesman yang menjual kereta tu. Dia memerlukan keputusan aku untuk memilih color apa untuk kereta aku tu. Hari tu aku dah pilih hitam. Tapi ayah aku suruh amik silver. Ishkkk...
Kebetulan pulak, ada member aku kat Tmn Melawati baru pakai kereta yang aku nak angkat nih. So, aku test drive la kereta dia. Halamak..bestnyaaa...Dia punya kaler silver. Memang nampak lawa. Sporty gak. Tapi aku rasa hitam lagi lawa. Dia kata hitam tak lawa sangat. Nampak kotor. Kaler hitam lama-lama nanti jadi dull. Betul gak dia cakap.
Memang kaler hitam payah nak jaga. Hmmm...so aku ckp kat salesman, proceed dengan kaler silver. Lagipun company kete tu tak produce kan kaler hitam bulan ni. Taktau bila diorang nak produce balik kaler hitam tu. Kalau amik kaler silver, InsyaAllah bleh dpt paling awal pun hari Jumaat ni. Ok la tu kan. Hehe...tak sabar lak rasanya.
Posted at 11:33 pm by
irwandy
Monday, November 22, 2004
Mencari Sinar : Episod Kesepuluh
...sambungan...
"Andy, please. I just can't be your girlfriend or even a friend. I'm not worth it. You have your friends and you can get a lot better than me. You won't like me if I tell you the truth. I just can't tell you."
Permintaan Farah amat sukar untuk aku terima. Aku tahu ini terlalu baru buat diri aku dengan dia. Tiada salahnya kalau diteruskan supaya aku dapat mengenalinya dan supaya aku dapat tahu apa masalah-masalah yang dia hadapi sama ada yang sudah lepas atau sedang berlaku.
Aku hairan. Aku hanya menyukainya sahaja. Belum ada lagi perasaan sayang timbul. Belum ada lagi perasaan cinta timbul. Tapi hati aku semakin hari semakin membara. Sememangnya perkara ini tidak pernah berlaku seumur hidup aku. Kadang kala, aku bingung dengan perasaan aku ini. Sudut di dalam hati, hanya perasaan suka. Tapi berdasarkan tingkah laku aku terhadap Farah, nampak macam sayang & cinta. Aku bingung!
"Farah, please dengar cakap saya. Walau apa pun masalah yang awak hadapi, saya sanggup mengharunginya dengan awak. Terpulanglah pada awak nak cakap apa. Saya tetap takkan tinggalkan awak. Saya menghormati permintaan awak, tapi saya rasa saya nak menghormati awak dengan cara berada di sisi awak so that I can be your crying shoulder at any time."
Hahhh..itu dia. Aku pun taktau macam mana aku boleh mengeluarkan ayat-ayat sebegitu rupa. Adakah ianya datang dari hati yang semakin lama suka atau sayang pada dia? Aku pun tak pasti. Nampaknya aku benar-benar ikhlas untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Farah hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana hendak menangkis kenyataan yang aku berikan. Aku tahu dia sedih. Aku faham perasaannya. Tapi dia perlukan seseorang untuk mengenalnya dan memahaminya. Farah pernah memberitahu bahawa tiada siapa yang menjadi tempat dia mengadu. Tiada siapa yang berada di sisinya ketika dalam kesusahan even her friends! Aku memang terperanjat. Aku pun hairan mengapa dia hendak mendiamkan diri. Aku pun hairan mengapa kawan-kawannya tidak menghubungi Farah ataupun bertanyakan sesuatu jika Farah ada masalah?
Mengapa pula seseorang seperti aku ini yang tiba-tiba datang dalam hidup Farah, boleh pula dia meluahkan isi hatinya yang merana. Sememangnya dia tidak pernah memberitahu sesiapa pun kecuali aku. Aku adalah orang pertama yang dia luahkan perkara yang dia tidak pernah luahkan pada sesiapa. Mengapa aku?
Aku tahu Farah ada menyimpan sesuatu yang berat untuk ditampung. Aku berhasrat ingin membuatkan dia meluahkan segalanya supaya aku dapat membimbingnya ke arah cahaya yang terang. Walaupun dia berat untuk luahkan, aku pasti, Farah akan luahkan suatu hari nanti.
"Andy, saya nak beritahu awak sesuatu. Perkara ni saya tak penah gitau sesiapa. Just you only."
"Ok...teruskan.."
"Andy, hidup saya macam penjara. Awak mungkin nampak saya happy, tapi hati siapa yang tahu."
"Farah, saya tak tgk awak happy pun. Saya mmg dapat tau awak ade sesuatu masalah yang besar. Saya dapat rasakannya."
"Andy, thanks for your concern tapi awak taktau lagi macam mana saya suffer. Sebab tu saya hanya dapat lunch dengan awak je selalu. Bila awak ajak saya keluar malam, macam-macam alasan saya kasi kan?"
Iya. Farah sememangnya selalu memberikan alasan demi alasan jika aku hendak menghantarnya pulang ke rumah ataupun makan malam bersama. Aku hanya dapat berjumpanya untuk makan tengah hari sahaja. Tapi aku hairan, macam mana Farah boleh dinner dengan aku sewaktu aku luahkan pada dia dulu? Itulah kali pertama dan terakhir kami dinner berdua. Selepas itu, amat susah untuk mengajaknya. Ahhh, mungkin ada sebabnya yang aku tidak dapat hendak teka. Aku harap Farah akan jelaskan segalanya pada aku.
"Andy, terlalu banyak saya hendak ceritakan pada awak. Buat pengetahuan awak, rumah yang awak hantarkan saya sewaktu kita first time jumpa dulu, itu bukan rumah saya. Saya hanya meminta awak memberhentikan saya di situ supaya dapat menyenangkan hati awak dan supaya tidak menyusahkan awak. Rumah saya sebenarnya bukan di situ, tetapi di jalan lagi satu."
"Hahhh?...biar betul?...Kenapa awak nak rahsiakan semua tu?"
"Andy, bukan niat saya untuk menipu. Tetapi...ahhh..susah hendak saya explain. Awak takkan faham!.."
"Farah, jangan cepat mengalah dan menuduh saya takkan faham. Cuba terangkan pada saya. InsyaAllah saya akan cuba faham."
Farah mendiamkan diri. Dia merenung gelas yang diminumnya sambil berfikir sesuatu.
"Andy, sa...sa..say...saya takut nak bagitau..."
...To be continued...
Posted at 11:33 pm by
irwandy