"Andy, saya tak faham kenapa awak masih lagi suka pada saya sedangkan awak dah tau keadaan saya."
"Farah, kan saya dah cakap semalam, ajal maut di tangan Allah SWT. Kita tidak kuasa untuk menentukan bila kita akan menemui ajal."
"Saya tau Andy. Saya tau tu semua. Tapi awak tak takut ke kalau apa-apa yang terjadi pada saya? Contohnya kalau saya pergi nanti..awak tak menyesal?"
"Farah, jangan la cakap macam tu. Tak elok."
"Hmmm...ntah la Andy.."
"Farah, saya lagi menyesal kalau saya tak lakukan sesuatu untuk awak skang ni. Sementara kita semua masih hidup, kita perlu lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. Terus terang saya cakap, sejak saya dapat tahu tentang keadaan awak, saya makin menyukai awak. Perasaan ini tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Ianya semakin kuat dirasai."
Iya, aku pun sendiri hairan dengan diri aku. Aku tahu dia ada penyakit kronik yang boleh membawa maut. Mengapa aku masih lagi berdiri di sisinya? Mengapa aku tidak berlalu pergi sahaja? Dan yang lebih menghairankan, mengapa hati aku semakin membara terhadapnya? Ya Allah, apakah maksud semua ini? Apakah yang Kau ingin tunjukkan padaku?...Inikah yang dinamakan Cinta?...Tapi mengapa ianya terlalu cepat?...
"Betul awak takkan menyesal?"...Farah menyoal...
"Iya Farah, saya tidak akan menyesal. Saya hanya berserah pada Allah SWT. Biarlah Dia menentukan segalanya. Saya redha."
"Andy, saya ingin awak berjanji sesuatu dengan saya."
"Iya Farah, just say it."
"Andy, berjanjilah dengan saya yang awak tak akan tinggalkan saya."
"Farah, saya berjanji."
"Selama-lamanya?.."
"Iya Farah, selama-lamanya. Dan awak juga perlu berjanji dengan saya supaya awak tak tinggalkan saya selama-lamanya."
"Andy, saya berjanji dengan sepenuh hati saya. Saya berjanji Andy."
Kami terdiam seketika. Tiada perbualan selama seminit, tetiba Farah memecah kesunyian...
"Hmm...tarikh hari ni macam special je kan?.."
"Eh..saya ingat saya seorang je yang perasan..."
"Andy, takkan la saya tak perasan. Kan nombor favourite awak dan saya jatuh pada tarikh hari ni."
"Ala..mana la tau awak tak ingat pasal saya..."
"Iye la tuuu.."
Kami sambung berbual seperti biasa. Tiba-tiba Farah membangkitkan lagu-lagu kegemarannya...
"Andy, awak tau tak lagu Suratan atau Kebetulan?.."
"Errr...saya taktau..lagu ape tu?..Saya ni bila dah dgr baru tau lagu tu.."
"Ala..yang ada 3 orang cina nyanyi tu."
"Jap..saya try search dalam Kazaa..."
Aku pun search kat dalam Kazaa. Akhirnya jumpa juga lagu tu. Bila dah habis download, aku pun dengar. Ya Allah! Inilah lagu yang aku cari-cari selama ni! Ini adalah salah satu lagu kegemaran aku dulu. Aku tidak tahu apakah tajuknya & penyanyinya. Rupanya ianya sebuah lagu dendangan daripada Kenny, Remy & Martin bertajuk Suratan atau Kebetulan. Ianya berbunyi begini...
"...Sesuatu yang tak disangka,
seringkali mendatangi kita,
itukah suratan dalam kehidupan,
atau sekadar satu kebetulan..."
Liriknya amat indah dan juga menyedihkan. Tapi memang aku suka lagu ni.
"Farah, pernah dengar lagu If You're Not The One by Daniel Bedingfield?.."
"Andy, tu lagu favourite saya..."
"Iye ke?...Tu la lagu favourite saya skang ni. Saya dedicate kat awak eh?.."
"Thanks Andy...saya pun dedicate lagu tu kat awak gak.."...
"Thanks Farah..."
"...If you're not the one then why does my soul feel glad today,
If you're not the one then why does my hand fit yours this way,
If you are not mine then why does your heart return my call,
If you are not mine would I have the strength to stand at all..."
Kami pun bertukar-tukar pendapat tentang lagu kegemaran kami. Sememangnya kebanyakan lagu kami sama-sama suka. Aku pun juga hairan. Dia pun hairan. Sedang asyik aku melayan lagu-lagu kegemarannya...
"Andy, saya nak cakap sesuatu..."
"Iya Farah, cakap je la..."
"Jangan marah tau..."
"Ishhh...awak nih...dahhh..cakap je la..saya tak sabar nak tau ni.."
"Sabarrrrrr Andy, sabarrr..."
"I'm waitinggggggg...hehe..."...
"Andy...hmmm..."
"Apa hmmm..hmmm.....ishhh dia nih.."
"Saya sebenarnya......"
...To be continued...