Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< November 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, November 12, 2004
Kerja & Lepak

Aku kerja hari ni di kala semua orang nak balik kampung. Aku sememangnya takde kampung. Aku orang bandar. Aku lahir kat KL. Grandparents belah ayah dan mak aku dua-dua dok sebelah menyebelah kat Keramat dulu. Masa hari raya mmg meriah, pegi sebelah-sebelah je. Kiranya ayah aku ngorat mak aku sbb berjiran la. Hehehe...

Hari ni tak rasa panjang sangat harinya mungkin disebabkan aku banyak kerja. Daripada 3 staff termasuk aku, aku aje yg tak amik cuti. Maksudnya, aku keseorangan kat office. Boss aku ada. So, kami berdua je buat kerja. Jadi, takde la aku keseorangan sangat. Boss aku plak mmg busy je memanjang. Call sana sini. Pergi sana sini.

Habis kerja kul 5pm. Aku lepak kat office jap. Pastu aku terus gi Restoran Syed kat Kelana Jaya. Nak berbuka puasa dengan Petz, E1 & Wira. Kitorang lepak kat situ daripada kul 6.30pm sampai la kul 11pm. Hahaha...Hujan lebat gile lepas berbuka. Punya la banyak cerita. Lantit sana sini. Bercakap lantit dan membuat perkara-perkara yang terlantit. Minum sampai terlantit. Hahahaha...Macam-macam kisah yang keluar. Aku pun baru first time jumpa Petz. E1 & Wira dah biasa jumpa dah. Pemalu konon si petz ni. Sekali mmg talkative. Best dpt jumpa ko Petz. Hehehe...

"Lantit" = satu perkataan yang tidak diketahui tetapi boleh apply utk semua menda. Hehe

Posted at 11:33 pm by irwandy
(1) Comments  

Thursday, November 11, 2004
Announcement!

To all my blog readers especially peminat teleblogela bersiri "Mencari Sinar",

Since Hari Raya dah nak dekat, semua orang pulak balik kampung, surely tak online. Aku pun kalau bleh nak biar perayaan Hari Raya ni berlangsung dulu. Secara tak langsung, kita dpt menghormati dan menghayati perayaan Hari Raya yang sebenar.

So, teleblogela "Mencari Sinar" akan ditangguhkan dahulu sehingga hari raya kedua. InsyaAllah akan disambungkan pada hari raya ketiga. Kalau aku sambung skang pun, tak ramai yg nak baca. Semua mood nak beraya. Hahaha...

As for today, aku gi One Utama dengan family aku. Ramai gile kat sana. Carik parking pun nak dekat setengah jam jenuh mencarik parking. Dah dapat parking, pastu ape lagi, shopping la. Nak dekat RM500 aku habis. Kasut Hush Puppies, RM270. Baju & Stokin, RM80. Berbuka puasa dengan family, RM150. Kitorang buka kat Fish & Co. Sedap gile weiiiii...Pegi la try. Tapi tak sesuai dengan orang yg tak makan banyak kot. Hehe...utk aku sesuai la. :D

Kasut yg aku beli tadi tu, mmg aku target lama dah. Harga asal RM299. Dapat 10% discount. So, dpt la RM270 lebih kurang. Aku rasa tahun ni je, termasuk yg tadi aku beli, dah RM1,000 amount harga 3 kasut yg aku beli tahun nih. Muahahaahhahahah...Apa nak buat, kaki aku besar. Kasut yg murah saiz 11 pun ketat gile. Terpaksa beli mahal untuk selesa & tahan lama. Aku beli kasut 2-3 tahun sekali. Bukan cam pompuan, bleh beli sandal & kasut 5-6 kali setahun sebab murah kan. Hehe...

Aku baru balik ni. Dah penat. Esok kerja cam biasa. Tapi dua staff aku cuti. So, aku dgn boss je la tinggal. Boss plak sure keluar je keje dia gi jumpa client. Aku sorang je la dlm office esok. Sabtu pun keje...uuwwaaaaa...

Posted at 11:33 pm by irwandy
(5) Comments  

Wednesday, November 10, 2004
Haiiyyaaa

Aiyakk...tak sempat nak update kan "Mencari Sinar"...busy gilos...penat aaa...esok pagi or tgh hari aku try update cerita tu eh...

Tadi balik umah hujan lagi. Basah kuyup lagi. Sampai umah, tukar baju, keluar balik gi buka puasa kat Pizza Hut. Lepas tu gi naik LRT gi Kelana Jaya. Wkdin amik kat sana. Pastu wkdin bawak gi umah dia and aku pun amik kete wife dia balik. Wkdin mintak aku jaga kete dia sementara dia balik kampung. Remote gile umah wkdin. Sampai umah pun dah nak tgh malam. Penatttttttttt...Keje pun dah start byk dah.

Anyway, SELAMAT HARI RAYA & HAPPY DEEPAVALI to all. Enjoy your holidays. Aku cuti 2 hari je. uhuks...

Posted at 11:33 pm by irwandy
(1) Comments  

Tuesday, November 09, 2004
Sekali Lagi Maaf...

To all my blog readers, especially pengikut siri "Mencari Sinar"...

Kinda busy at the moment. Nanti aku try publish episod ketujuh esok. Hari ni busy pulak. Pening, cirit-birit, batuk teruk & selsema. Demam dah ok. Lain plak datang. Ini yg aku tak suka sebenarnya. Bila susah dpt penyakit, pastu penyakit datang, mmg teruk aaa..Ishk ishk...

Sekali lagi tadi aku balik naik skuter dgn hujan yg lebat all the way from Shah Alam to Taman Melawati. Basah kuyup dibuatnya. Hopefully esok aku tak demam. Esok ade meeting pulak dgn boss. Arrghhh, can't wait for the new car. Takde la basah kuyup lagi nanti. Bila dah ada kete balik nanti, aku ingat nak jogging kat Tasik Shah Alam tu lepas office hour. Sesapa yg ade kat situ, meh la join. Awek ramai wooo..hahaha...

Everybody asked me, "ko beli kete ape?"...isk isk...relax, nanti korang akan tau gak. I won't tell right now. Tunggguuuuuuuuu...

Errr..maybe I wanna sell off my scooter. It's a Gilera VXR Runner 200cc, Made in Italy. So, if anyone interested, please tell me.

Anyway, sape nak gi tgk Anuar Zain & Dayang Nurfaizah Showcase, Saturday Nite Live, at Planet Hollywood, KL, 12/12/2004 nih?...Jom!!! Tiket RM35 including one drink.

Dan sekali lagi peringatan, semua episod yang telah anda baca merupakan permulaan sahaja. So, please expect more to come. Don't ask me bila nak habis...:D..hehehe...coz I dunno bila cerita ni akan habis...haha...Hopefully by early December perhaps.


Posted at 11:33 pm by irwandy
(4) Comments  

Monday, November 08, 2004
Mencari Sinar : Episod Keenam

...sambungan...

"Andy, terlalu banyak perkara yang awak tidak tahu tentang diri saya. Dan tidak pernah pula saya menceritakan segalanya kepada orang lain. Tapi saya tidak tahu macam mana saya boleh nak cerita pada awak." Farah berterus terang.

"Farah, dalam hidup ni, sesetengah perkara kita harus berkongsi. Kalau kita pendam, lama-lama meletup nanti, habis semua hancur berderai. Masa tu kita menyesal." Aku menasihati Farah.

"Andy, as the time goes by, saya akan cerita pada awak sikit -sikit ok?"

"Ok Farah, jangan pendam tau. You know where to find me whenever you needed me ok?"

Dan Farah pun bercerita. Aku amat terkejut. Tapi aku tidak tahu mengapa aku tidak lari dari Farah apabila dia menceritakan tentang hal dia. Mungkin orang lain akan lari. Tapi aku tidak. Malah, aku ingin mengenalinya lebih dekat. Aku ingin mengetahui segala masalah-masalahnya. Dan aku ingin juga menolongnya untuk menyelesaikannya.

Farah rupanya mempunyai satu penyakit kronik. Penyakit yang membawa maut. Berapa lama jangka hayatnya? Mungkin dalam setahun atau dua tahun atau lebih. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Pertama kali Farah menceritakannya pada orang lain iaitu aku. Tidak pernah dia memberitahu kepada sesiapa pun. Aku amat bersimpati dengannya. Tetapi, aku tidak tahu mengapa perasaan aku terhadapnya makin membara setelah dia berterus-terang pada aku.

Farah telah suffer penyakit ini sejak setahun yang lepas. Dia masih lagi bertahan dan terus bertahan. Makin lama makin sakit katanya. Dia selalu menahan penyakitnya keseorangan tanpa sesiapa di sisi malah dengan kedua ibu bapanya juga tidak tahu akan hal ini.

"Farah, ajal maut di tangan Allah SWT. Doktor tak boleh menetapkan bila seseorang itu akan mati. Awak perlu kuatkan semangat. Lawan penyakit itu. Saya pun sendiri hairan macam mana awak boleh dapat penyakit tu padahal awak tidak ada membuat apa-apa.".. Aku menasihati Farah.

"Farah, skang ni jangan bimbang. Walau apa pun, saya akan sentiasa berada di sisi awak. Jangan risau sangat ok?"

Farah menangis. Aku pula terharu. Namun perasaan aku terhadap Farah semakin membara. Apakah maksud semua ini? Ya Allah, Kau telah temukan aku dengan seorang perempuan yang aku ingin sekali bersamanya. Ternyata Kau telah memakbulkan doaku suatu ketika dulu. Walaupun ada rintangan yang aku perlu hadapi, namun aku tahu, ini semua adalah dugaan dariMu. Akan aku harungi dengan segala kudrat yang telah Kau kurniakan padaku. Amin.

Baru aku tahu sekarang mengapa Farah pernah meminta aku supaya menjauhkan diri daripadanya. Mungkin di atas sebab-sebab yang aku telah ceritakan tadi. Mungkin Farah ingat aku akan berlalu pergi apabila mendengar penjelasannya. Tidak Farah. Aku bukan begitu. Aku masih menyukai kau dan aku rasa aku mula ada perasaan sayang terhadap kau. Hati aku semakin membara!

Farah, usah kau ragui keikhlasanku terhadapmu. Walaupun aku tahu kau begitu, aku tetap akan berada di sisimu selamanya Farah. Itu janji aku terhadapmu.

...To be continued...

Posted at 11:33 pm by irwandy
(11) Comments  

Previous Page Next Page]