Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< November 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, November 10, 2004
Haiiyyaaa

Aiyakk...tak sempat nak update kan "Mencari Sinar"...busy gilos...penat aaa...esok pagi or tgh hari aku try update cerita tu eh...

Tadi balik umah hujan lagi. Basah kuyup lagi. Sampai umah, tukar baju, keluar balik gi buka puasa kat Pizza Hut. Lepas tu gi naik LRT gi Kelana Jaya. Wkdin amik kat sana. Pastu wkdin bawak gi umah dia and aku pun amik kete wife dia balik. Wkdin mintak aku jaga kete dia sementara dia balik kampung. Remote gile umah wkdin. Sampai umah pun dah nak tgh malam. Penatttttttttt...Keje pun dah start byk dah.

Anyway, SELAMAT HARI RAYA & HAPPY DEEPAVALI to all. Enjoy your holidays. Aku cuti 2 hari je. uhuks...

Posted at 11:33 pm by irwandy
(1) Comments  

Tuesday, November 09, 2004
Sekali Lagi Maaf...

To all my blog readers, especially pengikut siri "Mencari Sinar"...

Kinda busy at the moment. Nanti aku try publish episod ketujuh esok. Hari ni busy pulak. Pening, cirit-birit, batuk teruk & selsema. Demam dah ok. Lain plak datang. Ini yg aku tak suka sebenarnya. Bila susah dpt penyakit, pastu penyakit datang, mmg teruk aaa..Ishk ishk...

Sekali lagi tadi aku balik naik skuter dgn hujan yg lebat all the way from Shah Alam to Taman Melawati. Basah kuyup dibuatnya. Hopefully esok aku tak demam. Esok ade meeting pulak dgn boss. Arrghhh, can't wait for the new car. Takde la basah kuyup lagi nanti. Bila dah ada kete balik nanti, aku ingat nak jogging kat Tasik Shah Alam tu lepas office hour. Sesapa yg ade kat situ, meh la join. Awek ramai wooo..hahaha...

Everybody asked me, "ko beli kete ape?"...isk isk...relax, nanti korang akan tau gak. I won't tell right now. Tunggguuuuuuuuu...

Errr..maybe I wanna sell off my scooter. It's a Gilera VXR Runner 200cc, Made in Italy. So, if anyone interested, please tell me.

Anyway, sape nak gi tgk Anuar Zain & Dayang Nurfaizah Showcase, Saturday Nite Live, at Planet Hollywood, KL, 12/12/2004 nih?...Jom!!! Tiket RM35 including one drink.

Dan sekali lagi peringatan, semua episod yang telah anda baca merupakan permulaan sahaja. So, please expect more to come. Don't ask me bila nak habis...:D..hehehe...coz I dunno bila cerita ni akan habis...haha...Hopefully by early December perhaps.


Posted at 11:33 pm by irwandy
(4) Comments  

Monday, November 08, 2004
Mencari Sinar : Episod Keenam

...sambungan...

"Andy, terlalu banyak perkara yang awak tidak tahu tentang diri saya. Dan tidak pernah pula saya menceritakan segalanya kepada orang lain. Tapi saya tidak tahu macam mana saya boleh nak cerita pada awak." Farah berterus terang.

"Farah, dalam hidup ni, sesetengah perkara kita harus berkongsi. Kalau kita pendam, lama-lama meletup nanti, habis semua hancur berderai. Masa tu kita menyesal." Aku menasihati Farah.

"Andy, as the time goes by, saya akan cerita pada awak sikit -sikit ok?"

"Ok Farah, jangan pendam tau. You know where to find me whenever you needed me ok?"

Dan Farah pun bercerita. Aku amat terkejut. Tapi aku tidak tahu mengapa aku tidak lari dari Farah apabila dia menceritakan tentang hal dia. Mungkin orang lain akan lari. Tapi aku tidak. Malah, aku ingin mengenalinya lebih dekat. Aku ingin mengetahui segala masalah-masalahnya. Dan aku ingin juga menolongnya untuk menyelesaikannya.

Farah rupanya mempunyai satu penyakit kronik. Penyakit yang membawa maut. Berapa lama jangka hayatnya? Mungkin dalam setahun atau dua tahun atau lebih. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Pertama kali Farah menceritakannya pada orang lain iaitu aku. Tidak pernah dia memberitahu kepada sesiapa pun. Aku amat bersimpati dengannya. Tetapi, aku tidak tahu mengapa perasaan aku terhadapnya makin membara setelah dia berterus-terang pada aku.

Farah telah suffer penyakit ini sejak setahun yang lepas. Dia masih lagi bertahan dan terus bertahan. Makin lama makin sakit katanya. Dia selalu menahan penyakitnya keseorangan tanpa sesiapa di sisi malah dengan kedua ibu bapanya juga tidak tahu akan hal ini.

"Farah, ajal maut di tangan Allah SWT. Doktor tak boleh menetapkan bila seseorang itu akan mati. Awak perlu kuatkan semangat. Lawan penyakit itu. Saya pun sendiri hairan macam mana awak boleh dapat penyakit tu padahal awak tidak ada membuat apa-apa.".. Aku menasihati Farah.

"Farah, skang ni jangan bimbang. Walau apa pun, saya akan sentiasa berada di sisi awak. Jangan risau sangat ok?"

Farah menangis. Aku pula terharu. Namun perasaan aku terhadap Farah semakin membara. Apakah maksud semua ini? Ya Allah, Kau telah temukan aku dengan seorang perempuan yang aku ingin sekali bersamanya. Ternyata Kau telah memakbulkan doaku suatu ketika dulu. Walaupun ada rintangan yang aku perlu hadapi, namun aku tahu, ini semua adalah dugaan dariMu. Akan aku harungi dengan segala kudrat yang telah Kau kurniakan padaku. Amin.

Baru aku tahu sekarang mengapa Farah pernah meminta aku supaya menjauhkan diri daripadanya. Mungkin di atas sebab-sebab yang aku telah ceritakan tadi. Mungkin Farah ingat aku akan berlalu pergi apabila mendengar penjelasannya. Tidak Farah. Aku bukan begitu. Aku masih menyukai kau dan aku rasa aku mula ada perasaan sayang terhadap kau. Hati aku semakin membara!

Farah, usah kau ragui keikhlasanku terhadapmu. Walaupun aku tahu kau begitu, aku tetap akan berada di sisimu selamanya Farah. Itu janji aku terhadapmu.

...To be continued...

Posted at 11:33 pm by irwandy
(11) Comments  

Sunday, November 07, 2004
Mencari Sinar : Episod Kelima

...sambungan...

"Huhhhh??? Awak suka kat saya jugak?..errr..errr.." Aku tergamam bercampur gembira.
"Iya saya...kenapa? Tak percaya eh?...Farah bertanya..
"Errr...this is my first time org yg saya suka, suka kat saya jugak...before this tak pernah...and I'm glad for it.."
"I'm glad too sebab awak berani.."..Farah memuji..

Ahhh...alangkah gembiranya hati aku. Alangkah leganya bila semua isi hati telah ku luahkan. Ibarat melepaskan sebuah beban yg amat berat. Alhamdulillah...Bila telah luahkan dan aku pula tidak bertepuk sebelah tangan. Terasa hidup ini amat indah. Aku bersyukur!

"So, what's next?.." Aku bertanya pada Farah..
"Next?..Saya errr...saya perlukan masa..."..Farah jawab..
"Ohh..walaupun awak suka saya pun, masih lagi nak fikir eh?"..
"Mesti lah! Ini bukan main-main punya hal..." Farah mencebik...

"Farah, walaupun kita dah tau hati masing-masing, saya juga perlukan masa. Saya suka awak kerana diri awak. Ada sesuatu yang saya nampak pada diri awak yang tak mungkin saya melepaskan awak. Dan saya taktau apa kah perkara itu. Tapi saya pasti, saya akan mendapat jawapannya nanti. Walau bagaimanapun, saya akan bertanya pada awak tentang keputusan awak nanti. Awak pula fikirlah baik-baik. Saya tidak kisah kalau kita berkawan macam biasa dulu. Asalkan kita sudah tau hati masing-masing. Saya sudah luahkan dan awak pun sama. Buat masa ini, biarlah masa menentukan. Saya tidak mahu gopoh." Aku memberikan keterangan.

"Thanks Andy, saya akan beritahu decision saya nanti."... jawab Farah.

Lepas tu, kami nak balik. Sebelum tu, Farah singgah kat McDonald's kejap. Kebetulan ada happy meal, ada mainan utk minggu tu. Dia beli dan terus bagi kat aku mainan tu. Aku tak pasti apa tujuannya tapi dia suruh aku amik. Aku pun ambik. Mungkin sebuah tanda permulaan kot? But it's really sweet. Ini merupakan hadiah pertama yg aku dpt darinya. Kemudian, aku hantar dia balik.

Aku pulang ke rumah dengan hati yang berbunga-bunga. Dalam hati, aku sememangnya nak buat dia jadi girlfriend aku. Hati aku meronta-ronta. Tapi aku fikir, biarlah ianya bermula dengan persahabatan. Aku tak kisah asalkan hati kami masing-masing sudah tahu. Kalau terlalu gopoh, selalu buruk padahnya.

Keesokan harinya, seperti biasa aku akan chatting dgn dia. Kami berbual macam kawan. Tidak timbul langsung tentang hal semalam. Aku hanya membiarkannya kerana aku tahu, dia juga sedang memikirkannya. Tiba-tiba aku bertanya...

"Farah, kenapa awak suka saya?.."
"Errr...perlu ke saya jawab soalan tu?.." tanya Farah..
"Terpulang..." jawab aku...
"Well, awak juga mempunyai sesuatu yang saya tak dapat nak describe. Tapi saya pasti, suatu hari nanti saya akan dapat jawapannya.." jawab Farah...
"Aiikkk...cam kenal je ayat tu..tiru ke?..:p.."
"Tak tiru...pinjam je..hehe..." jawab Farah...

Lama juga kami berdua chatting. Aku kerja pun takde. Nasib baik tgh free. Tiba-tiba...

"Andy, awak sure ke awak suka saya ni?.." Farah bertanya..
"Ehhh..of course I'm truly sure..kenapa nih?.."Aku musykil...
"Hmmm...actually saya tgh fikirkan something..."...jawab Farah..
"Awak fikir apa nih?...Jangan la fikir yang bukan-bukan...think positive.."
"Awak tak smoke kan?..."
"Nope.."
"Awak tak clubbing and minum arak kan?.."
"Ishhh..dia nihhh..saya tak buat menda2 tu...clubbing tu penah la pegi..apsal nih?"..
"Takde apa...saje nak pastikan..."
jawab Farah...
"Alahai..kalau saya lakukan menda2 tu, awak tak suka kat saya la eh?.." tanye aku..
"Takde la camtu...saya just suka awak sebab diri awak...hmm"..Farah explain..

Hmmm...aku pula musykil. Apa la yang dia fikirkan. Aku taknak dia fikir negatif. Bagi aku, selagi belum cuba, selagi tu kita taktau. Walau apa pun, aku yakin dia akan terima aku juga.

Aku pula skang ni bingung tentang Ana. Aku masih lagi mencuba untuk menghubunginya. Kenapa la dia taknak jawab2. Bila aku guna nombor lain, dia dengar suara aku je pastu dia letak phone. Aku geram. Apa salah aku nih? Kalau nak masa untuk bersendirian, cakap je la. Takyah nak buat orang tertanya-tanya cam orang gila. Tapi aku rasa ada reason dia buat camni. Lambat laun nanti aku akan tau jugak. So, aku biarkan je la dia.

Tinggal kurang lagi sebulan untuk aku membuat decision sama ada hendak pergi ke UK atau tidak. Aku masih bingung. Apa aku perlu buat? Apakah perkara-perkara yang harus aku fikir? Aku sendiri pun taktau. Just go with the flow...

"Andy, saya rasa saya perlu beritahu sesuatu kat awak.." tiba-tiba Farah bersuara..
"Haa..apa dia?..Cuba terus terang.."
"Andy, saya takut nak beritahu. Sebab selama ni pun, saya just pendam aje masalah ni. Saya tidak pernah beritahu orang lain lagi." Farah explain..
"Dengan saya awak tak perlu takut, your secret is safe with me. Don't you worry."
"Saya taktau macam mana nak cakap...tapi apa yg saya boleh beritahu ialah...saya bukanlah seperti apa yg awak sangkakan..." Farah explain dgn tenang..

Aku terkejut juga. Apa pulak lepas ni?...Ishkk..Musykil sungguh..

"Farah, walau apa pun, saya tetap kawan awak. Jangan risau tentang keadaan yang tak elok ke apa. Sejak pertama kali bertemu dengan awak, saya sentiasa di sisi awak no matter how big the risk is."...explain aku..

"Saya tau hati budi awak...saya tau awak boleh lakukan semua tu. Tapi saya bukan seperti yg awak sangkakan...Saya takut awak takkan faham.."..explain Farah..

"Awak, cuba terus terang...saya cuba memahaminya nanti..jangan risau.."

"Hmm.."..
Farah mengeluh...


...To be continued...
 

Posted at 11:33 pm by irwandy
(17) Comments  

Saturday, November 06, 2004
Ubat utk Demam

Masa sahur tadi aku bangun, aduhai...satu badan panas. Lepas sahur aku tido balik. Bangun je kul 9am, aku call office, ckp aku MC hari ni. Nasib baik diorang tarak hal. Pastu aku gi klinik, amik ubat & surat MC. Semua RM35. Hmmm...Anyway, aku still puasa.

Tapi, the real ubat utk demam ni bukan ubat yg diberi oleh doktor. Lepas je aku balik dr jumpa doktor, ayah aku panggil ajak bincang. He's gonna help me to buy a car. Aku punya happy. Dia terus ajak aku gi one of the car showroom kat area Wangsa Maju. Ayah aku suruh bawak segala dokumen utk apply loan nanti. Suddenly, demam aku makin berkurangan. Hehe..

Aku tanye, apa mimpi ayah aku buat camni. Dia ckp, mak aku risau aku ulang-alik Shah Alam naik motor, pastu hujan. So, they decided to help me. Lagipun dulu diorang ada janji something and this is a good time utk diorang tunaikan janji tu. Aku pun tak kisah sebenarnya. Tapi tipu la kalau kita semua tak happy dpt peluang camni kan. Hehe...

So, masa kat showroom kete tu, ayah aku dah kenal sorang salesman tu and kitorang terus buat deal. Ayah aku bayar booking fee for loan processing. Aku plak bertekak dengan ayah aku about choosing the car colour. Hahahahh...Ayah aku nak silver, aku nak black. Alasannya, our current car dah in black colour, takkan nak hitam lagi. Aku explain plak yg this new car will only look nice in black colour. Silver tak lawa sangat. Nampak dull. Black nampak elegant.

What do you think? My ex-car, that satria gti mmg la sesuai dgn silver colour. Tapi this new car has to be in black! I don't care!..Hehe...Akhirnya, ayah aku mengalah. Pape hal pun, book je dulu & tunggu loan approval. Maybe lepas raya. Ishkkk..lamanya!!! Time ni la aku rindu kat janda aku tu, janda aku = ex-car aku tu la..hehe..4 tahun suka duka sesama dirasai, akhirnya terpaksa melepaskannya tanpa kerelaanku 6 bulan yg lepas...hahaha...

Episod kelima Mencari Sinar akan menemui anda semua selewat-lewatnya pada Isnin pagi. Sabar la ye. One more thing, sejak dari episod pertama hingga kelima ni, itu semua hanyalah satu permulaan. So, don't jump to conclusion too soon!...Hehehe...:D

Anyway, hari ni 5 naskhah buku Gangguan Teksual 2 (GT2) sudah sampai. Thanks Tok Rimau. Sesapa yang nak beli, boleh beli dari aku orait? Hanya RM5 senaskhah. More info at http://gangguan.blogspot.com

Posted at 11:33 pm by irwandy
(18) Comments  

Next Page]