Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, October 10, 2006
Sampai Menutup Mata - Episod Dua

Nur Melissa baru sahaja sampai di rumahnya di Shah Alam. Dia kepenatan akibat membeli belah di Sg Wang tadi. Dia terus duduk di kerusi malas di depan TV sambil menekan punat ON pada "remote control" TV. Ibu Melissa, Puan Sharifah melihat anaknya dari dapur dengan wajah kasihan. Lalu Puan Sharifah menghampiri anaknya...

"Lisa nak makan apa hari ni? Mama masakkan nak?" Kata Puan Sharifah sambil membelai anak kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang. Nama Lisa adalah panggilan manjanya.

"Entah la mama. Lisa rasa macam takmau makan. Takde selera. Mama masak je lah apa-apa yang mama suka. Lisa turutkan saja." Jawab Lisa kepenatan.

"Hmmm...tadi Razman telefon mama. Saje tanya khabar katanya. Dia kata dia call dan sms Lisa tapi Lisa tak jawab ya?" Puan Sharifah bertanya.

"Hahh?? Kenapa dia call mama? Tak tau malu la dia tuh...huhhh!" Lisa merungut.

"Apa salahnya dia call, dia kan masih lagi kawan Lisa" Puan Sharifah menjawab.

"Mama, Lisa dengan dia dah lama putus dah Mama. Dia yang minta putus sebab dia ada orang baru. Kan Lisa dah cerita kat Mama. Buat apa layan lagi orang macam tu." kata Lisa sambil mencebik.

"Takpe lah Lisa. Lupakan je lah. Mama nak masak dulu ni. Malam nanti makan di rumah ya? Mama masak gulai asam pedas dengan ikan pari, kan Lisa punya favourite tu." Puan Sharifah memujuk anaknya. Lisa hanya tersenyum simpul. Puan Sharifah pun terus berlalu ke dapur.

Waktu sudah pukul 6.00 petang. Lisa naik ke biliknya dengan membawa barang-barang yang dibelinya tadi.

"Razman...Razman..kenapa laa kau nak kacau hidup aku lagi. Hati aku masih lagi pedih. Dah setahun perkara itu berlaku. Tak usahlah kau ganggu aku lagi." Bisik kata hati Lisa.

Lisa membelek barang-barang yang dibelinya tadi. Sedang dia mengemas, tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang hilang.

"Mana jam yg aku beli tadi ni??? Aku dah letak elok-elok. Takkan tercicir kot." Bisik hati Lisa. Dia cuba mengingati di mana dia meletak jam yang baru dibeli tadi. Lisa mencari di setiap beg plastik tetapi hampa. Dia kemudian mencari di keretanya tetapi tidak jumpa juga. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Haaa...tadi ada abang tu terlanggar aku. Takkan dia pencuri kot. Tak mungkin. Hmmm.." Bisik hati Lisa lagi.

Lisa berasa sedih. Jam tangan yang dibelinya itu adalah sesuatu yang amat berharga buat dirinya. Sebenarnya Lisa baru sahaja bekerja selama 6 bulan di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur selepas tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selama 6 bulan itulah dia menyimpan hasrat untuk membeli seutas jam tangan kegemarannya, iaitu Guess. Lisa adalah seorang yang pandai berjimat cermat dan tidak pernah melupakan keluarganya. Tetapi sekarang ini jam tangan itu tercicir entah di mana.

"Harap-harap ada orang yang menjumpai jam itu sudi memulangkannya." Bisik kata hati Lisa lagi.

***************

Ariel baru pulang dari pejabatnya. Waktu itu sudah pukul 7.30 malam. Ariel segera mandi dan mendirikan Solat Maghrib. Selepas Solat, Ariel menuju ke ruang tamu. Kelihatan ibu dan ayahnya sedang berehat-rehat selepas mengerjakan Solat tadi, lalu ayahnya menegurnya...

"Macam mana keadaan di pejabat tadi? Semua ok?" Ayah Ariel bertanya.

"Ok je Papa. Setakat ni, Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Saya pun makin serasi dengan semua pekerja Papa tu. Mereka pun dah mula ok dengan saya." Ariel menjelaskan.

"Macam itu la anak Papa. I know you can do it. Tadi Uncle Shamsul call Papa. Dia kagum dengan Ariel tau. Dia kata walaupun Ariel baru je take over company Papa tapi langsung tiada masalah. In fact, company Papa dah makin berkembang." Puji ayah Ariel.

"Abang, bibik dah sediakan makanan tu. Dah..jom kita makan. Ariel, mari.." Pelawa ibu Ariel.

Sebenarnya, Ariel baru dua tahun mengambil alih tempat ayahnya sebagai Pengarah Urusan syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur. Sebelum itu, Ariel mendapatkan pengajian di University of Manchester, United Kingdom dalam jurusan pentadbiran perniagaan. Ariel merupakan seorang pelajar yang cerdik dan mempunyai visi yang dikagumi oleh rakan-rakannya. Disebabkan itulah ayahnya tidak keberatan untuk mendidik Ariel tentang urusan di pejabat, lantas menyerahkan jawatan Pengarah Urusan kepada anak pertamanya itu.

Tan Sri Affendi Ahmad, itulah nama ayah Ariel. Ibunya bernama Puan Sri Azlina Abdullah. Syarikat kepunyaan Tan Sri Affendi merupakan antara syarikat yang terkenal di seluruh Malaysia. Ianya semakin berkembang setelah diterajui oleh Ariel. Tetapi Ariel tidak pernah sombong dan membanggakan diri dan keluarga. Tan Sri Affendi juga seorang yang sangat baik dan murah hati. Beliau sangat suka memberi derma kepada mereka yang memerlukan. Beliau tidak pernah lokek dengan segala hasil titik peluh beliau selama ini. Beliau juga seorang yang warak dan beriman kepada Allah SWT. Beliau tidak pernah lupa kepada Allah dan tidak pernah lupa mengajar anak-anaknya supaya beriman kepada Allah. Puan Sri Azlina pula seorang yang sangat memahami hati suami dan anak-anaknya.

Ariel mempunyai 3 orang adik-beradik. Ariel merupakan anak yang pertama. Ariel berusia 27 tahun. Di bawahnya adalah adik perempuannya yang bernama Najwa, berumur 23 tahun. Najwa masih lagi seorang siswazah di University of Sydney, Australia dalam jurusan Undang-undang. Manakala yang terakhir adalah adik seorang lelaki yang bernama Asraf, berumur 20 tahun. Asraf pula akan melanjutkan pengajiannya di University of Birmingham di UK dalam jurusan pentadbiran perniagaan dalam masa terdekat.

Keluarga Ariel menetap di sebuah banglo mewah di Bukit Damansara. Mereka telah menetap di situ sejak 15 tahun yang lalu. Ternyata keluarga Ariel adalah sebuah keluarga yang kaya-raya. Namun begitu, mereka tidak pernah sombong dan sentiasa merendah diri. Orang gaji yang mereka panggil Bibik sudah lama bekerja di situ dan berasa senang hati dengan majikannya yang sangat baik hati dan pemurah.

Selepas makan malam, Ariel berehat sambil menonton TV. Tiba-tiba dia teringat beg plastik yang mengandungi seutas jam tangan kepunyaan Nur Melissa yang tercicir beberapa hari yang lalu. Berdasarkan nombor kad kredit dan nama yang tertera di resit tersebut, Ariel telah pun mendapatkan nombor telefon Nur Melissa melalui rakannya yang kebetulan bekerja di bank yang mengeluarkan kad kredit Nur Melissa. Lalu Ariel mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Nur Melissa.

*Trroooootttt trrrooooooooootttt*

"Hello..." Lisa menjawab telefon.

"Assalamualaikum.." Ariel memberi salam.

"Wa'alaikumussalam. Siapa ni?" Lisa bertanya.

"You ni Nur Melissa Bt Muhammad ke?" Ariel bertanya.


To be continued...


Posted at 12:33 am by irwandy
(7) Comments  

Sunday, October 08, 2006
Sampai Menutup Mata - Episod Satu

Matahari sangat terik. Ariel berpeluh. Habis bajunya basah. Hendak sahaja dia patah balik tetapi mengingatkan janji dengan rakan-rakannya, dia redah juga. Bulan Ramadhan hanya beberapa hari sahaja lagi akan tiba. Kalau panas macam ini berpanjangan, alamatnya bulan Ramadhan kali ini penuh dengan dugaan.

Ariel menyusur jalan Bukit Bintang untuk menuju ke Sg Wang. Dia ingin bertemu rakan-rakan lamanya. Sudah lebih 6 bulan mereka tidak "hang-out" bersama-sama. Jika dulu, hampir setiap minggu mereka keluar melepak di restoran-restoran mamak kegemaran mereka. Maklumlah, masing-masing sudah mempunyai pekerjaan yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap bidang masing-masing yang mereka ceburi. Inilah masa yang sesuai kerana semua mempunyai masa lapang pada hari ini.

Sesudah Ariel meletakkan keretanya, dia menuju ke Starbucks. Ramai yang sudah sampai rupanya. Mereka adalah rakan-rakan Ariel sejak sekolah menengah. Kesemuanya berada di dalam kelas yang sama sejak tingkatan 4. "Geng" Ariel terdiri daripada 8 orang semuanya dan yang paling rapat dengan Ariel adalah Azam. Azam dan Ariel menjadi rapat sejak sekolah kerana mereka duduk sebelah menyebelah.

"Apa daaaa Ariel...apsal lambat sampai?" Azam bertanya.
"Sorry laa...tadi aku hantar adik aku gi KL Sentral..korang bila sampai?" Ariel menjawab.
"Aku sampai sejak semalam...hahaha..btol tak Fariq?" Azam berseloroh.
"A'ah la..betul cakap Azam tu.." Jawab Fariq sambil tersengih-sengih. Mereka yang lain hanya tersenyum melihat gelagat Ariel, Azam & Fariq.

Lalu Ariel mencelah...
"Dahhh dahhh...aku datang ni pun sebab rindu kat korang. Dah lama gile tak jumpa."

Mereka kemudian berborak-borak di Starbucks sehingga 2 jam lamanya. Kemudian, masing-masing meminta diri untuk pulang. Ariel pula berjalan-jalan di Sg Wang kerana sudah lama dia tidak berkunjung ke situ kerana terlalu sibuk di pejabat. Ariel sengaja membuat dirinya sibuk kerana tidak mahu mengingati perkara yang telah berlaku suatu ketika dulu. Dan tadi, Azam telah menceritakan sesuatu...

Bekas tunang Ariel, iaitu Falina akan melangsungkan perkahwinannya selepas Hari Raya nanti. Berita itu serba sedikit memeranjatkan Ariel dan pada masa yang sama, dia agak lega tetapi pedih juga hatinya. Sudah hampir 8 bulan tali pertunangan mereka terputus. Falina yang meminta untuk memutuskan pertunangan mereka dengan alasan sudah tidak serasi lagi. Ariel ternyata kecewa dengan keputusan itu. Dia tidak dapat membuat apa-apa selepas itu melainkan membuatkan dirinya sibuk di pejabat. Lama kelamaan, hatinya yang luka kembali tenang sedikit demi sedikit sehingga waktu ini.

"Ahh..biarlah dia kahwin dengan sesiapapun. Aku dah lupakan dia dah. Semoga dia bahagia nanti...Lagipun, buat apa aku nak berada dengan seseorang yang tiada di sisi semasa aku susah dulu?" Ariel berbisik sendirian.

Dalam pada Ariel sedang mengelamun sambil berjalan-jalan di Sg Wang, tiba-tiba..

"Gedebam!..."

Ariel terlanggar bahu seorang gadis yang sedang sarat membawa beg plastik beli belah. Habis barang-barangnya jatuh.

"Maafkan saya dik. Abang tengah khayal tadi." Ariel meminta maaf.

"Takpe bang, saya pun khayal tengok kedai-kedai ni. Saya juga minta maaf sebab langgar abang." Gadis itu menjawab sambil mengutip beg plastik dan barang-barang yang terjatuh.

"Mari saya bantu adik." Ariel menghulurkan bantuan. Orang ramai mula memerhatikan Ariel dan gadis itu.

"Terima kasih ya bang. Maafkan saya sekali lagi." Gadis itu berkata sebelum bergegas beredar.

"Maafkan saya juga." Ariel memberikan senyuman dan gadis itu pun berlalu.

Ariel pun hendak meneruskan perjalanan dan tiba-tiba dia terpandang satu beg plastik kecil yang berada 3 meter daripadanya. Ariel yakin, itu adalah kepunyaan gadis tadi. Ariel mengambil beg plastik tersebut dan mencari semula gadis tadi. Tetapi hampa, gadis tadi sudah lenyap daripada pandangan. Ariel membelek beg plastik tersebut yang mengandungi sebuah kotak jam tangan berjenama. Di dalam beg plastik itu juga ada sebuah resit pembelian. Kebetulan ada tertera nama gadis itu pada resit tersebut kerana dia beli dengan menggunakan kad kredit.

"Nur Melissa Bt Muhammad" Ariel menyebut nama yang tertera di resit tersebut.
"Nampaknya terpaksa lah aku mencari nombor telefon dan alamat rumah Cik Nur Melissa dengan menggunakan resit tadi." Ariel berbisik sendirian.

To be continued......


Posted at 03:08 am by irwandy
(7) Comments  

Thursday, October 05, 2006
Nukilan hari ini...

Dalam setiap detik waktu, aku menunggu
dalam setiap detik hati, aku merasa
rasa yang kian hilang dalam kesempitan waktu...

Dalam setiap jalan, aku melangkah
dalam setiap keadaan, aku berkorban
pengorbanan yang tak pernah terlintas di benak ku...

Dalam setiap kesedihan, aku terbayang
dalam setiap bayangan, aku kesal
kesal di atas apa yang aku lakukan...

Dalam kekesalan, aku bersyukur
bersyukur ke atas segala yang terjadi
menjadikan aku lebih matang
dalam menghadapi pancaroba kehidupan...

~ND~



Posted at 03:58 am by irwandy
(3) Comments  

Tuesday, October 03, 2006
Buka Puasa @ McDonald's Buffet



Acting je ni...aku takde la makan byk tu...hahaha

Quote from last year :-

"...aku makan 1 Bigmac, 2 Fillet o'fish, 1 McChicken, 1 bubur McD, 2 ketul ayam McD, 2 french fries, 6 ketul nugget, 1 Chocolate Sundae, 2 Coke, 2 Tea...all for RM18!..."


And yesterday, aku gi berbuka puasa kat McDonald's Seksyen 3, Shah Alam. Ada buffet Ramadhan for RM19.90 per person. Semalam first day diorang buat. Member2 aku la ajak. Aku pun ok je. Kali ni aku makan...

- 1 Fillet O'Fish
- 1 Mc Chicken
- 2 ketul Ayam Goreng McD
- 1 Grilled Chicken Burger (baru punya)
- 1 BigMac
- 2 ketul Nugget
- 1 small French Fries
- 2 Coke
- 1 Sirap

Hmmm...tak dpt pecah rekod utk tahun lepas. Memang puasa tahun ni aku kurang makan. Even kat rumah pun, nasik separuh je aku makan masa buka puasa. Hehehe.  Nak makan byk2 ni ada tekniknya. Mulakan dgn Fillet O'Fish. Pastu aku makan ayam(ni membuatkan aku muak)...so, kalau bleh takyah makan ayam. Aku makan BigMac lasssssstttttttttt sekali. Itupun aku dah rasa apa yg aku makan tu dah sampai tekak. Errrkkkkkk...no more McD for me sampai habis raya!

So, sesiapa yg teringin melantak McD, silakan pergi. At selected McDonald's branches only! From 2nd October until 20th October 2006!

### - Picture courtesy of Hafiz Ismail (http://freakdiver.fotopages.com)


Posted at 03:33 am by irwandy
(10) Comments  

Monday, October 02, 2006
Travel

Disebabkan entry sebelum ni adalah entry ulangan yg aku tak perasan, aku buat entry baru plak.

Dulu aku tak suka travel sbb bagi aku travel ni membazir. Bayangkan la kalau satu family of 5 ppl gi travel to UK. Tiket flight je dah 10k. Nak belanja kat sana dah 10k lagi. But I guess it depends on the individual. Ada yg kata rugi, ada yg kata worth it. Rugi maybe sbb bila dah balik, cash dlm bank tinggal sikit. And yg kata worth it tu utk orang2 yg sentiasa ada cash in bank.

Sejak minat dlm photography ni, aku sgt sgt suka travelling. Selain dpt amik gambar yg best2, aku juga dpt experience berada kat negara or negeri orang. And maybe right now aku appreciate travelling sbb dpt lepaskan beban sbg working adult.

Dulu, parents aku selalu bawak aku gi travel satu family. First time naik kapal terbang masa umur 5 tahun nak gi Tokyo, Jepun...ayah aku ada kursus kat sana. Lepas tu masa aku umur 8 tahun, satu family gi London plak for holiday. Then, tahun 1991, first time menjejakkan kaki di Los Angeles, USA. Dapat pegi Disneyland, Universal Studios and etc. Ayah aku sewa kereta round bandar2 di California.

Tahun 1993, satu family buat Umrah. Ini pengalaman yg paling best. Aku masih ingat lagi 1st day dok kat Mekah, hujan turun. Syok! Masa dok sana, senang je bangun pagi utk Solat Subuh. Teringin nak pegi lagi nanti.

Tahun 1995, sekali lagi aku gi London. Ayah aku ada konvo MBA dia kat sana. Sebulan sebelum PMR plak tu!..hahaha...gi sana dua minggu...aku suka London sbb environment dia best..

Tahun 1996, lagi sekali pegi US. Kali ni gi sana nearly sebulan. Kitorang gi Los Angeles, pastu terus gi Orlando, Florida. Kat sana ada DisneyWorld. Besau gile dan sgt sgt best. Teringin aku nak gi sana lagi. Ntah bila agaknya...honeymoon kat sana pun best!..hahahaah

Tahun 1999, lagi sekali gi US. Kali ni gi Las Vegas. Gempak gile sehhh...lawa banget! Sgt best utk photographer!

Tahun 2002, gi Melbourne sengsorang. Jalan2 je...Melbourne is boring.

Tahun 2003, gi London lagi sekali. Saje2 bercuti dgn family...Shopping jersey je la kat sini..pastu gi Manchester jumpa member skolah. Best gilak la kat sana...

Itu je la kot. Tapi ada la dlm 3 kali aku tak ikut parents aku gi US & London. Sbb malas nak pegi. Asyik2 the same place je. Kalau gi Florida lagi sekali ok gak. Hheheheh..harap2 dpt gi Miami...especially Miami Beach! :

InsyaAllah by next year or 2008...teringin nak round tour Europe dgn ayah aku. Bagpacking style. Tunggu dpt kumpul accessories photography yg lengkap. For now, hanya mampu travel dlm Malaysia je dulu. Itu pun dah cukup. Tapi yg pasti, next year Pulau Perhentian lagi sekali!..Mari mari mariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

### - Ada orang tanye, "Kau ni asyik enjoy je beli itu ini, gi sana sini, kau dah simpan duit utk kahwin ke blom?"...wahahahahaa...


Posted at 03:00 am by irwandy
(18) Comments  

Next Page]