Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, October 02, 2006
Travel

Disebabkan entry sebelum ni adalah entry ulangan yg aku tak perasan, aku buat entry baru plak.

Dulu aku tak suka travel sbb bagi aku travel ni membazir. Bayangkan la kalau satu family of 5 ppl gi travel to UK. Tiket flight je dah 10k. Nak belanja kat sana dah 10k lagi. But I guess it depends on the individual. Ada yg kata rugi, ada yg kata worth it. Rugi maybe sbb bila dah balik, cash dlm bank tinggal sikit. And yg kata worth it tu utk orang2 yg sentiasa ada cash in bank.

Sejak minat dlm photography ni, aku sgt sgt suka travelling. Selain dpt amik gambar yg best2, aku juga dpt experience berada kat negara or negeri orang. And maybe right now aku appreciate travelling sbb dpt lepaskan beban sbg working adult.

Dulu, parents aku selalu bawak aku gi travel satu family. First time naik kapal terbang masa umur 5 tahun nak gi Tokyo, Jepun...ayah aku ada kursus kat sana. Lepas tu masa aku umur 8 tahun, satu family gi London plak for holiday. Then, tahun 1991, first time menjejakkan kaki di Los Angeles, USA. Dapat pegi Disneyland, Universal Studios and etc. Ayah aku sewa kereta round bandar2 di California.

Tahun 1993, satu family buat Umrah. Ini pengalaman yg paling best. Aku masih ingat lagi 1st day dok kat Mekah, hujan turun. Syok! Masa dok sana, senang je bangun pagi utk Solat Subuh. Teringin nak pegi lagi nanti.

Tahun 1995, sekali lagi aku gi London. Ayah aku ada konvo MBA dia kat sana. Sebulan sebelum PMR plak tu!..hahaha...gi sana dua minggu...aku suka London sbb environment dia best..

Tahun 1996, lagi sekali pegi US. Kali ni gi sana nearly sebulan. Kitorang gi Los Angeles, pastu terus gi Orlando, Florida. Kat sana ada DisneyWorld. Besau gile dan sgt sgt best. Teringin aku nak gi sana lagi. Ntah bila agaknya...honeymoon kat sana pun best!..hahahaah

Tahun 1999, lagi sekali gi US. Kali ni gi Las Vegas. Gempak gile sehhh...lawa banget! Sgt best utk photographer!

Tahun 2002, gi Melbourne sengsorang. Jalan2 je...Melbourne is boring.

Tahun 2003, gi London lagi sekali. Saje2 bercuti dgn family...Shopping jersey je la kat sini..pastu gi Manchester jumpa member skolah. Best gilak la kat sana...

Itu je la kot. Tapi ada la dlm 3 kali aku tak ikut parents aku gi US & London. Sbb malas nak pegi. Asyik2 the same place je. Kalau gi Florida lagi sekali ok gak. Hheheheh..harap2 dpt gi Miami...especially Miami Beach! :

InsyaAllah by next year or 2008...teringin nak round tour Europe dgn ayah aku. Bagpacking style. Tunggu dpt kumpul accessories photography yg lengkap. For now, hanya mampu travel dlm Malaysia je dulu. Itu pun dah cukup. Tapi yg pasti, next year Pulau Perhentian lagi sekali!..Mari mari mariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

### - Ada orang tanye, "Kau ni asyik enjoy je beli itu ini, gi sana sini, kau dah simpan duit utk kahwin ke blom?"...wahahahahaa...


Posted at 03:00 am by irwandy
(18) Comments  

Sunday, October 01, 2006
Sesekali Teringat

Dulu masa aku form 5 (di St. John's Institution), subjek Pendidikan Islam diajar oleh Ustaz Hadi. Ustaz ni mmg garang. Tapi dia sungguh baik hati dan lawak gile! Setiap apa yg diajar oleh beliau mmg mempunyai maksud2 yg tertentu dan membuat aku terfikir sentiasa. Ustaz ni orang Kelantan. Loghat Kelate dia mmg takyah ckp le. Pekat sungguh. Dalam pada dia buat lawak tu pun, ada maksudnya yg dia ingin sampaikan. Pendek kata, aku mmg tak sabar utk berada dalam kelas Ustaz Hadi ni setiap minggu.

Ada suatu hari tu yg membuatkan satu kelas tergelak kuat gile. Seingat aku, hari tu dalam surat khabar ada menyiarkan sesuatu tentang seorang menteri ke ape ntah..ataupun artikel mengenai perempuan nak lawan lelaki...nak cabar lelaki. Lebih kurang begitu la. FYI, sekolah aku ni mmg semua lelaki. Takde perempuan. So, Ustaz aku ni membebel la...

"Hari ni saya baca pasal perempuan nak cabar lelaki. Diorang ingat diorang tu terer dari lelaki ke. Awak semua nak tau tak apa bukti yg perempuan takleh lawan lelaki?"

Kitorang pun blur. Pastu Ustaz menyambung...

"Awak ambik botol, pastu awak letak kat depan. Awak try kencing penuhkan botol tu dari jauh. Rasa-rasanya perempuan boleh tak penuhkan botol tu?...Takleh punyaaa...meleleh tempat lain ada la...hahaha..Jadi, apa yg perempuan nak tunjuk terer ni? Nak kencing penuh botol pun terkial2. Hahahahahhaa"

Satu kelas aku gelak tak hingat. Saje je Ustaz tu buat lawak sbb kitorang ni tgh mengantuk agaknya. Walaupun lawak kotor, tapi mmg buat kitorang tergelak je memanjang. Hahahahahah...Agak-agak, ada maksud tak di sebalik lawak tu??? :


Posted at 03:41 am by irwandy
(8) Comments  

Friday, September 29, 2006
Iklan Peringatan Hari Raya

We tested our white studio called Synthesize Studio, situated at Ukay Perdana, Hulu Kelang 2 days ago. Dengan kepala semua yg gila2, inilah hasilnya...

Raya pun raya jugak, tapi jgn lupa bayar hutang kalau ada la...nanti jadi camni...






### - Hadapi bulan Ramadhan dengan tabah... http://irwandy.fotopages.com
### - Majlis Buka Puasa & Kenduri Doa Selamat di Synthesize Studio hari ini..semoga ianya berjalan dgn lancar dan diberkati Allah SWT...Amin


Posted at 03:49 am by irwandy
(4) Comments  

Wednesday, September 27, 2006
Kisah2 yg best

Kisah Satu
Beberapa tahun lepas aku gi Sunway Pyramid. Aku nampak ada satu signboard kat luar satu kedai ni. Lain mcm je aku tgk. Orang lalu lalang situ pun gelak2. Nak tau dia tulis apa?

"We're open 11am - 9pm. Open for PUBIC"

kahkahkahkah...sekali dia tertinggal huruf L daaa...patutnya OPEN FOR PUBLIC.
Takyah le aku explain about that word ok...hahahahahahahahh..


Kisah Dua
4 tahun yg lepas, aku masuk toilet kat Midvalley Megamall. Selepas menunaikan hajat, aku nak basuh tangan kat sinki yg membelakangkan pintu masuk. Ada pakcik tu masuk dan hampir terkejut, dia kata...

"ehhh...aku silap masuk tandas ke nih.."
aku pandang belakang...
"laaa..ingatkan tandas perempuan..maafkan pakcik..hahaha"

Masa tu aku berambut panjang lurus paras bahu. Cissss...


Kisah Tiga
Semasa di Pulau Perhentian, aku dgn kawan2 aku gi Island Hopping naik bot. Bila tiba satu tempat utk snorkeling tgk ikan, aku masih di atas bot. Kawan aku ni yg badannya agak besar, nak turun dari bot utk snorkeling.

Cubaan pertama, aku terpaksa imbangkan bot. Dia nak turun dgn aksi menggolekkan badan ke dalam laut. Tapi tak berjaya, badan dia termasuk balik ke dalam bot.

Cubaan kedua, dia menggunakan aksi yg sama dan kali ini berjaya. Tapi seluarnya tersangkut pada besi bot menyebabkan seluarnya terkoyak di belah punggung. Aku gelak tak hingat. Geng2 aku lain pun gelak sampai sakit perut. Yang tak tahannya, bila dengar bunyik mcm kain terkoyak, pastu masuk dlm laut. Dia sendiri pun tergelak sambil2 malu nak cover bontot. Dah la situ ramai awek2 tgh nak snorkeling. Sekali tertengok benda lain plak. Hahaha.

Cerita tu belum habis di situ je. Punya la lama dia snorkeling sambil cover bontot. Pastu abg yg bwk bot kata dah time utk naik bot balik nak gi tempat lain. Ape lagi, member aku ni pun naik dgn aksi mcm dia nak turun tadi. Tapi kali ni lagi best.

Dia naik dgn seluar yg koyak dan terdedah separuh drpd bontotnya. Tak pakai spender lak tu. Seksi woo. Kahkahkahkah. Abg bwk bot tu pun tergelak. Nasib baik semua lelaki. Wahahahahaha...Harap2 dia tak baca blog aku hari ni. Hahahaha


Posted at 03:32 am by irwandy
(12) Comments  

Tuesday, September 26, 2006
Isu Semasa

Isu harga barang naik

Pembekal gula hanya ada empat. Itu pun kerajaan tak boleh nak handle? Dah lama kes gula nih tapi tak berubah pun. Si Shafie yg tak Apdal ni kata bukan kementerian dia punya salah. Haa..tu nak tuding2 jari la tu. Awk sebagai Menteri mana boleh cakap mcm tu? Itu menunjukkan yg awak tu tak patut menjawat jawatan Menteri tuh. Takkan kes mcm ni pun takleh handle? Baik letak jawatan la Tak Apdal oiii...Cakap tak serupa bikin. Nak kejar sampai dapat la..blablabla. Tapi habuk pun tarak.


Isu keretapi laju KL - Singapura

Memang sejak awal2 lagi dulu aku syak sesuatu tentang projek ini yg diusulkan oleh YTL. Rupanya ada udang di sebalik mee. Singapura sebenarnya nak gunakan peluang tu utk kepentingan mereka sendiri. Diorang nak ada landasan keretapi pergi ke China. Masing2 ada kepentingan tu. Boleh blah la. Lee Kuan Yew ni pun satu, saje je nak porak perandakan keadaan. Mcm bagus je dia. Negara sekangkang kera, tapi berlagak mcm kuat gile. Budus.


Dah...ape lagi isu eh?...Aku tak ingat. Aku main bedal je ni sbb dua2 isu ni yg paling aku geram.


Posted at 03:23 am by irwandy
(4) Comments  

Next Page]