Kisah SatuBeberapa tahun lepas aku gi Sunway Pyramid. Aku nampak ada satu signboard kat luar satu kedai ni. Lain mcm je aku tgk. Orang lalu lalang situ pun gelak2. Nak tau dia tulis apa?
"We're open 11am - 9pm. Open for PUBIC"
kahkahkahkah...sekali dia tertinggal huruf
L daaa...patutnya
OPEN FOR PUBLIC.
Takyah le aku explain about that word ok...hahahahahahahahh..
Kisah Dua4 tahun yg lepas, aku masuk toilet kat
Midvalley Megamall. Selepas menunaikan hajat, aku nak basuh tangan kat sinki yg membelakangkan pintu masuk. Ada pakcik tu masuk dan hampir terkejut, dia kata...
"ehhh...aku silap masuk tandas ke nih.."aku pandang belakang...
"laaa..ingatkan tandas perempuan..maafkan pakcik..hahaha"Masa tu aku berambut panjang lurus paras bahu. Cissss...
Kisah TigaSemasa di Pulau Perhentian, aku dgn kawan2 aku gi Island Hopping naik bot. Bila tiba satu tempat utk snorkeling tgk ikan, aku masih di atas bot. Kawan aku ni yg badannya agak besar, nak turun dari bot utk snorkeling.
Cubaan pertama, aku terpaksa imbangkan bot. Dia nak turun dgn aksi menggolekkan badan ke dalam laut. Tapi tak berjaya, badan dia termasuk balik ke dalam bot.
Cubaan kedua, dia menggunakan aksi yg sama dan kali ini berjaya. Tapi seluarnya tersangkut pada besi bot menyebabkan seluarnya terkoyak di belah punggung. Aku gelak tak hingat. Geng2 aku lain pun gelak sampai sakit perut. Yang tak tahannya, bila dengar bunyik mcm kain terkoyak, pastu masuk dlm laut. Dia sendiri pun tergelak sambil2 malu nak cover bontot. Dah la situ ramai awek2 tgh nak snorkeling. Sekali tertengok benda lain plak. Hahaha.
Cerita tu belum habis di situ je. Punya la lama dia snorkeling sambil cover bontot. Pastu abg yg bwk bot kata dah time utk naik bot balik nak gi tempat lain. Ape lagi, member aku ni pun naik dgn aksi mcm dia nak turun tadi. Tapi kali ni lagi best.
Dia naik dgn seluar yg koyak dan terdedah separuh drpd bontotnya. Tak pakai spender lak tu. Seksi woo. Kahkahkahkah. Abg bwk bot tu pun tergelak. Nasib baik semua lelaki. Wahahahahaha...Harap2 dia tak baca blog aku hari ni. Hahahaha