Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, October 27, 2004
Apa Kes?

Sejak minggu lepas, setiap hari aku baca berita tentang kes Sharifah Aini. Sejak minggu yg lepas juga, pihak berkuasa asyik mengatakan bahawa keputusan kes Kak Pah ini akan diumumkan lagi 2 hari, lagi sehari, lagi 3 hari dan memacam lagi la. Kelmarin, dia kata nak umumkan lagi 2 hari. Hari tu dia kata nak umumkan lagi sehari. Dalam surat khabar hari ni plak kata nak umumkan lagi 2 hari. Lepas ni berapa hari lagi?

Amende ni? Musykil btol aku. Seolah-olah kes ni macam diorang nak lupuskan senyap-senyap. Ada kemungkinan keputusan kes Kak Pah ni dah diketahui, tapi utk menjaga "nama" artis la kononnya, diorang tgh fikir alasan apa nak kasi kat media. Mungkin sbb tu keputusan masih tertangguh sampai skang. Mungkin ini semua tertangguh sebab kes ni sebuah penipuan dan lakonan? Wallahualam.

Kalau la kes Sharifah Aini ini adalah satu lakonan drpd tuan empunya sendiri, ade juga beberapa perkara yg aku rasa bodoh dia buat camtu. Firstly, nape kejadian tu berlaku kat tepi Sri Pentas, TV3? Nak glamour cepat ke? Nak satu dunia tau pasal dia? Tapi mmg bodoh sbb ada CCTV kat sekeliling TV3 tu yg telah pun dijadikan bukti utk kes ini. Aku rasa dia pun tak sangka kot ade CCTV...kalau dia tipu, sure dia menyesal. Secondly, maybe dia nak tayang kereta Merc S-Class baru dia kot? Kereta lama tapi nombor plate baru. Sure baru beli. Wallahualam...

Dia dakwa ada org melayu jumpa dia kat dalam longkang dgn cedera sana sini...Tapi saksi sebenar dan penyelamat sebenar adalah org cina yg menjumpai Sharifah Aini teresak-esak menangis di tepi jalan di sebelah keretanya. Mana satu betul ni?

Mengikut drpd cerita org-org dalam dan juga kawan-kawan astro aku, diorang ckp Sharifah Aini mmg jenis gila glamour & jaga taraf. Masa program era@ria tahun lepas, member aku jadi producer, dia citer, sebelum program tu start, Sharifah Aini dah sound awal-awal kat cameraman supaya jgn shoot angle sisi badan dia. Paham tak?...Dan byk gak la cerita lain pasal Sharifah Aini. Masa zaman Saloma dulu pun, diorang penah bergaduh, main tarik-tarik rambut. Hehe...Wallahualam...

Tapi bagi aku la kan, mungkin la dia berlakon...this is one of the easiest but risky and stupid way to get cheap publicity & attention. Kalau org yg mengkaji & menyiasat rakaman cctv tu bebetul dah check and tade 2 org yg menaiki motor yg menyerangnya, habis la...Tah-tah, pasni kalau nak tutup kes ni...sape la agaknya yg nak berlakon menjadi 2 org yg naik motor tu eh? Berlakon masuk court...hehe...

Aku ingatkan kat US je buat lakonan camni utk memperdayakan seluruh dunia. Artis kat Malaysia pun ada camtu?...Dasyat! Expert!..hehe...errr..aku harap citer ni tak jadi satu isu macam blog MatJan skang nih. Siap masuk HarakahDaily tuu..Hehe...This is just my thoughts...;)...
 

Posted at 11:33 pm by irwandy
(9) Comments  

Tuesday, October 26, 2004
I think I'm Gonna Love This Job

Hari ni sampai office sama cam semalam. Dah tak terasa asing dah lagi. Hehe..Staff semua mmg best..termasuk aku 3 org je...hahaha...tapi keje best..Kul 11.30am, kena gi Phileo Damansara 1. Server Rack dah sampai sana...so, nak kena setup menda-menda yg perlu contohnya UPS, Gateway, current server and lelain. Aku gi dgn Rizal, the Technical Support Engineer. Ishk, jeles btol aku dgn orang yg ade title engineer ni...but when I found out, aku pun engineer gak, Database Systems Engineer...yeayyy...tu specific name utk Database Admin. Hehe..:p...but buat apa bermegah dgn title...tade ape sgt pun kan?...;)

Actually kat Phileo ni, tempat kitorang letak server and segala peralatan lain. Kiranya jadi command centre la. Aku dgn Rizal akan kerap gi Phileo nanti. Kul 3.30pm, balik office kat Shah Alam. Kul 4pm ade meeting dgn boss, rizal & 3 consultant which is Wkdin, KS Ng & Matthew. Aku pun tak paham sgt ape yg diorang bincangkan tapi ade la paham skit2. Tapi yg aku tau, diorang nak jadikan Phileo tu sebagai secondary Command Centre. Currently, primary command centre kat bangunan Celcom, Subang Hi-Tech. Customer pun makin byk...company ni pun makin naik. Database tambahan amat diperlukan. Aku la yg kena buat semua tu nih...habis aku...nasib baik aku akan bekerja dgn KS Ng tu, dia yg akan ajar aku nanti.

Lepas meeting, kul 5.45pm aku dgn Rizal kena gerak gi Phileo balik sebab server baru dah sampai, so nak setup server and configure kat sana. Rizal bawak kete dia, aku bawak skuter aku...senang skit bleh terus balik...aku sampai sana kul 6.15pm. Rizal sampai kul 6.40pm. Jem gile wooo...

Pastu bukak posa kat restoran mamak kat phileo tu dgn Rizal. Dia belanja. Pehhh...thanks Rizal. Kul 8.30pm, baru la nak start setup server baru tuh. Nasib baik kejap je. Kul 9.45pm dah habis. Aku pun balik umah. Fuh...Rizal ni plak siap tanye aku, takpe ke balik lambat ni...aku pun cakap no hal punya la...dia rasa cam bersalah plak...ye la, aku baru 2 hari keje sini dah kena balik lambat...tapi aku paham, aku tak kisah...keje aku mmg camtu...dan aku akan expect yg lagi teruk nanti. Hehe...

Tapi aku seronok. At least tade la dok kat office je. Memang really interesting keje camnih. Banyak menda aku jangka yg akan dpt aku belajar. InsyaAllah...I'm gonna love this job..i really hope so...

Anyway, nanti boss akan carikkan secretary utk kitorang..yeayyy..hahaha..at least ade la penyeri kat office tu...hehee...sape nak apply utk jadi secretary?..Girls Only!...:p...

Posted at 11:33 pm by irwandy
(4) Comments  

Monday, October 25, 2004
First Day at Work

Bertolak ke Shah Alam kul 7.30am and reached at the office at 8.15am. Kerja start kul 8.30am. Yang bestnya, tade punched card. :D...So, aku kenal staff Polytrans ni, sorang nama Zamri & sorang lagi Rizal. Kitorang bertiga je staff Polytrans. Ada dua lagi sebagai consultant utk Polytrans nih. Tapi yg lagi dua ni just dtg and consult dgn kitorang je la. Kiranya orang luar la. Salah satu consultant tu ialah Wkdin.

Dalam kul 9am, Tuan Haji Rahim, yg interview aku hari tu which is the owner and the big boss of the company Polytrans & Karuda, panggil aku masuk office dia and kasi job offer letter utk aku sign. Tapi aku tak sign dulu sebab nak bawak balik rumah utk baca semua.

Boss cakap hari ni ada server baru drpd Dell nak sampai and ada software consultant nak dtg utk install software tu and ajar aku camna nak manage software tu. It's my job to do it. Actually, it's a billing software system. Software ni extract information from Polytrans database utk billing. Basically, aku akan buat those database query and those DBMS stuffs.

Patutnya server baru tu sampai pagi kul 10 - 11am. Tapi tak sampai-sampai. Software consultant tu pun tak sampai-sampai lagi. Kul 12.30pm, Wkdin datang office. Masa tu Rizal tgh terangkan kat aku about the business that the company runs. Wkdin pun explain kat aku gak.

Sampai la kul 4.45pm, mmg tade keje. Aku just tgk SQL tutorial online and refresh skit memory. Pastu aku dah dpt idea skit2 on what I'm going supposed to do nanti. Menda ni kena hands on, baru bleh faham. Masa kul 4.45pm, semua orang dah balik. Aku relax dulu. Saje je balik lambat. Hehe...Kul 5 lebih baru aku balik.

Masa on the way back, kepala aku sakit gile. Ni semua pasal helmet ARC aku nih. Kalau naik skuter lama-lama, kepala aku jadi sakit. Maybe sebab helmet ni ketat kot. Mak aku suh aku beli full face helmet. Hehe...ade ke dia suh aku beli Shoei/Arai...RM1,000 utk sebuah helmet tu murah ke mak?..:D...Dia jawab, nilai nyawa sebuah manusia ada harga ke?...Adusss...nanti la aku fikirkan.

Lepas buka puasa kat umah, kul 8pm aku dah tido!..Hahaha...Sampai la sahur kul 5am. Bukan penat, tapi mengantuk sebab tak cukup tido!...huhu...

Posted at 11:33 pm by irwandy
(5) Comments  

Sunday, October 24, 2004
Mencarut?

Hari ni entry aku mungkin akan tidak disenangi oleh orang yg tak open minded. Hehe...Tapi, inilah realitinya.

Kita mungkin pernah dgr org mencarut atau mengeluarkan kata-kata yg tak elok didengar. Contohnya, f**k, shit and so on. Tapi bukankah shit itu bermaksud tahi dalam bahasa Melayu? Adakah menyebut tahi atau taik itu salah? Ianya hanyalah sebuah perkataan yang terkandung di dalam kamus. Tak salah kalau menyebutnya. Mungkin tak manis bagi sesetengah orang kalau kita menyebutnya utk marahkan sesuatu. Terpulang pada mereka.

Bontot atau dalam bahasa Inggerisnya, Ass, bila kita sebut Ass, org kata kita mencarut. Mencarut ke? Takpun Asshole, atau dalam bahasa Melayunya, Lubang Bontot, ianya hanya menyebut nama sebahagian badan yg terdapat di badan manusia. Mencarut jugak ke? Salah ke untuk menyebutnya? Cuba kita tukar perkataan tu skit, the hole of the ass, mungkin nampak baik skit tapi maksudnya sama bukan?..Hehe...

Bila kita gabungkan perkataan-perkataan tersebut, kita boleh buat ayat macam ni :-

My shit came out from my asshole. Damn hurt! (English)
Taik aku keluar drpd bontot aku. Sakit siot! (Melayu) (ye laaa...takkan kuar dr mulut kan?..hehe)

Makna yg sama tapi dlm bahasa Melayu nampak biasa kan? Kenapa persoalkan bila kita sebut shit or asshole or ass? :D

"Ishhh...tak baik la ko ni sebut menda-menda tu.."
Apa yg tak baik? Ianya hanyalah sebuah perkataan dan sebuah nama utk bahagian badan manusia sendiri!

Lagi satu, satu bahagian badan yg ada pada wanita. In english, Breast, in Malay, Buah Dada, Payu Dara ataupun Tetek. Membawa maksud yg sama dan ianya hanyalah sebuah perkataan. Salah ke sebut? Dalam newspaper bleh sebut Buah Dada, nak sebut Tetek takleh pulak? Hehe...Memang tak dpt dinafikan bahawa Tetek merupakan perkataan yg tidak disenangi dan org kata mencarut. Tapi pada hakikatnya, ianya membawa maksud yg sama dgn Buah Dada. Kemudian dicipta pula Payu Dara untuk menggantikan Buah Dada. Sama je maksud kan? Outcome pun sama. Hehe...

Cuba buat ayat..:-

Hey, my breast hurts! (English)
Hey, tetek aku sakit la! (Melayu)
Hey, sakit payu daraku! (Melayu)

Yang last sekali nampak sopan kan? English punya ayat pun nampak sopan skit. Yang lagi satu tu nampak cam kurang ajar kan? Tapi hakikatnya, semua ayat tu membawa maksud yg sama! Mencarut ke tu? Mungkin tak elok sebut tapi ntah la...kekadang bila org sebut tetek je, semua org pandang serong...Mungkin sudah menjadi mentaliti masyarakat kita.

How about Bullshit, Pantat and others? Pantat itu bontot. Salah ke sebut? :p

Bullshit la you!!! (English) ...
yg ni selalunya ayat diajukan kpd seseorang yg kita sangkakan penipu...

Taik kerbau la kau!!! (Melayu)....
Ok je kan yg ni?..hehe

Apa yg aku ingin katakan di sini, semua ini adalah terpulang kpd mentaliti masing-masing. Bagi aku, kalau ingin menyebut perkataan-perkataan yg telah aku nyatakan tadi, gunakan pada masa & keadaan yg sesuai. Kalau kita guna ayat yg mengandungi perkataan-perkataan tersebut yg berbaur mencarut, maka mencarutlah ia. Tapi masyarakat kita sudah biasa menggunakan perkataan-perkataan tersebut ketika marah dan emosi tidak menentu. Mungkin itu yg membuatkan orang lain pandang serong bila kita menyebut perkataan2 tu.

Cukup la tu eh, nanti jadi kontroversi plak...Hehe...Jangan marah, saje je nak buat kita semua terfikir. ;)...Aku pun sebenarnya taktau ape nak tulis...Hihi...:D

Posted at 11:33 pm by irwandy
(6) Comments  

Saturday, October 23, 2004
Jom Buka Puasa

Haha...tadi masa main futsal, aku nampak Zahid AF tgh main futsal dgn sape tah kat sebelah court aku...kat Rio de Futsal...pendek je orangnya rupanya..hehehe...makin berisi btol dia...tapi takde pulak aku nampak kereta Citroen C3 kaler oren dia..bernombor plet WMF 24...silalah carik...hihi...rumah baru dia pun skang ni kat Danau Kota...baru je semalam lalu depan umah dia...

To all bloggers, Geju friends & ahli-ahli GMI, come and join us for buka puasa at Chop & Steak at Kampung Baru this Saturday, 30th October 2004. Be there by 5.30pm or else, susah carik parking and tempat nak duduk sebab takleh nak book. Jom join! Please reply by using the comments section down here...TQ...


Posted at 11:33 pm by irwandy
(1) Comments  

Next Page]