Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, October 23, 2004
Jom Buka Puasa

Haha...tadi masa main futsal, aku nampak Zahid AF tgh main futsal dgn sape tah kat sebelah court aku...kat Rio de Futsal...pendek je orangnya rupanya..hehehe...makin berisi btol dia...tapi takde pulak aku nampak kereta Citroen C3 kaler oren dia..bernombor plet WMF 24...silalah carik...hihi...rumah baru dia pun skang ni kat Danau Kota...baru je semalam lalu depan umah dia...

To all bloggers, Geju friends & ahli-ahli GMI, come and join us for buka puasa at Chop & Steak at Kampung Baru this Saturday, 30th October 2004. Be there by 5.30pm or else, susah carik parking and tempat nak duduk sebab takleh nak book. Jom join! Please reply by using the comments section down here...TQ...


Posted at 11:33 pm by irwandy
(1) Comments  

Friday, October 22, 2004
2 Movies

Today, I watched 2 movies...went out at 3pm and watched Ladder 49 at GSC Midvalley alone for the 4.55pm show. Sedih gak citer nih...tapi best...Then, habis kul 6.55pm, fuh..nasib baik member2 dah book utk buka puasa kat Shakey's...masuk je shakey's diorang dah ade and buka terus...ade orang belanja..haha..Thank Zaffur...

Pastu kul 8.45pm, tgk citer "Outstanding Love" (Cinta Luar Biasa)...hahaha...dgn bebudak clique nih la...tah hape diorang nak tgk tah...tgk Nasha Aziz la tu..huhu...aku pun layan je la...boleh la tahan citer ni...aku suka satu part nih...

Nasha : Apa khabar makcik...dari pasar ke?
Makcik : Tak ah...dari SUPERMARKET!

hahahahahh...hamik ko, bedebuk kena sekali...hihi

Aku ingat nak beli buku SQL...but dunno which one nak beli...nak guna sebagai rujukan and for easy reference...Tutorial online mmg ade, tapi nak kena guna buku gak, senang nak baca kat memana nanti...So, any suggestions?

Posted at 11:33 pm by irwandy
(3) Comments  

Thursday, October 21, 2004
I Got A Job!!!

This morning, when I woke up, serious shit tak larat nak bangun. I slept for only 2-3 hours. But when I think of how serious Encik Rahim told me about the job, I just get up from my dreams & terus mandi.

Around 9.10am, bertolak ke Glenmarie Industrial Park, Shah Alam naik skuter kesayanganku. Pagi-pagi malas la nak bawak kereta. Sure traffic jam. Kul 9.45pm, tercarik-carik aku mana la Jalan U1/35A, Persiaran Juruanalisis nih. Nasib baik jumpa. Interview aku kul 10am, but Encik Rahim ni ade hal kejap, kul 10.30am baru dia interview aku.

Rupanya Encik Rahim ni dah 60++...he's the owner of Karuda Logistics and also running an IT company with the name of Polytrans, that provides VOIP (Voice Over Internet Protocol). Aku memula gerun gak la sbb kena interview dgn boss besar terus. Tapi dia baik gile & kasi kata-kata semangat and cerita camna dia bleh jadi successful cam skang. He said he's running the business with American style and in Islamic way. Dia dah awal-awal cakap he's not a very patient man. Habis la aku...haha...

Anyway, dia kata dia perlukan a Database Admin who handles databases of his company. Handling some billings & etc. Dia tanya aku tau SQL ke tak. Aku just jawab, I'm willing to learn it back and gain some experience. Dia kata mmg dia nak masukkan aku and suruh aku learn from zero provided with hard work. Dia nak aku built with his company. Wowww...aku pun hairan dia ckp camtu padahal aku ni tak penah keje lagi, knowledge pasal SQL pun tak berapa sgt. Dia cakap macam aku ni dapat 1st class degree plak. But I was really be frank with him that my knowledge is not that good for now. He said it's okay because he wants me to learn. Baik betul.

So, at the end of the interview, dia offer aku the Database Admin position. Aku pun grab je la since dia kata aku bleh belajar something from this and built a career with the company. Benefits pun memang menarik. Gaji pun ok for a fresh grad. He said if I'm good, within 3-4 months, he will raise my salary. Dia kata bila boleh mula kerja? Aku cakap tak kisah but next Monday would be better. Dia pun memang nak masukkan aku kerja next Monday, 25/10. Then, habis je session tu, he welcomed me to the company and salam. Fuh...the interview ended at 11.30am. Panjang lebar dia bercerita but very interesting and a very simple boss.

Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan. At last, dpt gak kerja yg berkaitan dgn degree aku. InsyaAllah, I will prove something to my boss and gain some skills & experience from it. I will do my best. Thanks to Wkdin 

As for the HSBC, blom dpt lagi result, by next week baru dpt tau. But I guess I like the database admin position more. Akhir kata, selamat bekerja utk aku sendiri. Hahahah...Isnin ni start!!!

Posted at 11:33 pm by irwandy
(14) Comments  

Wednesday, October 20, 2004
The Interview Part 2

Phheewww...at last, lepas gak seksa aku interview kat HSBC Cyberjaya tadi. Aku expect ada 3 orang interview aku, rupanya seorang je. Baik pulak tu. Nasib baik! Hehe...10 minit sebelum kul 4pm, aku dah terpacak kat lobi HSBC tu untuk mendaftarkan diri. Aku tgk tade org pun selain aku yg macam nak gi interview. Pastu guard tu suh aku duduk jap. 5 minit pastu, interviewer tu panggil masuk kat interview room. Adehhh...dia tanya macam-macam. Terpaksa berlakon speaking english fluently. Kehkehkeh. Nasib baik lepas. Fuh...selamat...Result akan dapat tau by next week...within 10 working days from the interview date.

Kul 5pm, gi lepak dgn geng2 coursemate aku kat MMU. Berbuka puasa dgn diorang kat Restoran Malee, Dengkil. Dah lama tak jumpa bebudak nih. Rindu laks. Lepas habis berbuka...gi bilik EG, main PS2 dgn diorang nih...main Winning Eleven sampai la kul 11pm. Then terus gerak balik rumah.

Sebelum aku interview tadi, ada orang dari company mana tah kat Shah Alam, call aku...

Encik Rahim : Ini Irwandy ke?
Me : Ye saya?
Encik Rahim : Saya Rahim. Saya dapat resume awak drpd kawan saya.
Me : Ohh...
Encik Rahim : So, do you know database?..SQL?
Me : A little bit only, but I'm willing to learn it back if u give me the chance.
Encik Rahim : So, how would u like if i offer you the database admin position?
Me : Errr...if you can give me a chance, I would love to be part of your company.
Encik Rahim : Okay, bila boleh interview?
Me : Anytime!
Encik Rahim : Ok, 10am tomorrow morning boleh?
Me : Ok...not a problem.
Encik Rahim : So, cya tomorrow...


Aduhai...interview lagi...Alhamdulillah..at least dpt gak byk options...tapi aku suka plak yg database nih...sbb berkaitan dgn degree aku...hmm...we'll see how it goes tomorrow..

 

Posted at 11:33 pm by irwandy
(7) Comments  

Tuesday, October 19, 2004
Hantu

My best friend, Herma, ajak aku gi umah dia dlm kul 10pm. Zamin, member aku and member baik Herma jugak join sekali. Parents Herma pun mmg ade kat rumah. Kitorang mmg dah biasa dgn parents Herma nih. Rupanya, Herma ajak berkaraoke kul 11pm camtuh. Waduh..gila apa. Dah jauh malam. So, three of us melalak bagai nak rak.

Sekali tgk jam dah kul 1.30am...alamak, dah lambat dah ni. Rumah Herma ni kat Zooview, kat atas bukit dgn dgn Zoo Negara tuh. Memang sah la aku kena lalu kat jalan yg gelap ni nanti. So, aku pun blah. Aku kena lalu jalan dalam nak balik Taman Melawati. Aku guna jalan kat Kemansah Heights. Memang gelap gilos. Antara Kemansah Heights & Fasa 6 Tmn Melawati, dipisahkan dgn satu bukit yg tade la jauh sgt jaraknya...dlm 400 meter je. Sesapa yg dok Melawati sure tau punya. From kemansah, kena mendaki bukit..pastu menurun bila dah nak sampai melawati.

So, masa mendaki tu, kat situ mmg gelap gile. Kiri kanan hutan. Aku pun switch to high beam lights kete aku. Baru je sampai puncaknya...masa tu mendaki lagi...ada sesuatu yg tak diingini oleh semua manusia berlaku. Lampu kereta aku tersuluh tepat kat pokok-pokok yg tinggi. Kat pokok-pokok tu, ada hantu bungkus/pocong!!. Aku tatau apa nama hantu tu. Tapi yg pasti, muka gelap, bahagian badan lain berbungkus putih, tgh bergayut kat atas pokok. Bukannya satu!..Ada dlm lima ekor!!!

Aku tergamam. Apa la aku nak buat ni. Aku pun dgn selamba pandang hantu tu. Hantu tu pun pandang aku. Aku drive 20km/h je sbb nak tenung hantu tu bebetul. Saje nak pastikan betul ke ape yg aku tgk ni. Pastu aku berenti jap. Pandang lagi kat hantu tu. Aku pun kata, ahh..lantak ko la..jangan kacau aku sudah. Aku pun sambung berjalan sambil tgk kat cermin belakang...hish..hantu2 tu pandang aku lagi rupanya. Takkan tak pernah tgk org kot? Aku takut hantu2 tu lompat ke kereta aku je. Takpun tetiba masuk kat seat belakang kete aku. Hehe...

Pastu aku dah tak toleh ke belakang. Bulu roma aku pun dah naik. Memang rasa seram. Aku mula menurun bukit. Tetiba ada kereta nak menuju ke Kemansah plak. Dalam hati aku kata, kalau driver kete ni pompuan...jaga-jaga la..jgn terbabas tgk hantu tu udah...hehe...Aku pun terus balik ke rumah aku then terus tido dgn lena sampai terbawak-bawak ke dalam mimpi! Ini la first time aku jumpa hantu di depan mata aku sendiri. Nasib baik hantu2 tu tak serang or kacau aku.

Rupanya, kawasan tu mmg keras skit. Ada banyak hantu bungkus, hantu pocong & hantu langsuir merayau-rayau kat situ. Member2 aku yg penah camping kat atas bukit tu pun penah dgr suara hantu mengilai. Hmm..aku cerita kat mak aku...mak aku sendiri hairan sbb aku ni masa kecik-kecik, aku ni seorang yg penakut. Tapi masa jumpa hantu, berani plak aku tenung hantu tu. Hehe...Ntah la..aku pun sendiri hairan!

Eerrr...kejadian ni berlaku pada tahun 1998. 6 years ago!..Hehehe...

Posted at 11:33 pm by irwandy
(13) Comments  

Next Page]