Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, October 18, 2004
The 1st Interview

Today, I went for an interview at the Jobstreet.com office for the position of Global Support Executive under HSBC. Interview tu start kul 1pm. But kul 1.30pm baru nak start. So, diorang kasi briefing semua. Yada yada yada...At 2pm baru start. Firstly, ada Verbal Comprehension test. Ujian pemahaman. Gotta answer 40 questions in 18 minutes. Passing mark is 30/40. Memang tak sempat, lagi 5 questions nak kena siapkan, dia suruh berenti. Eight of us buat muka hampa. Kalau tak pass, mmg takleh nak go thru the next test.

Then diorang terus conduct the 2nd test. Aikkk...pass ke semua..ok la tu..2nd test, identifying computer errors. Passing mark 20/40. Answer 40 questions in 12 minutes! But this one is easier than the 1st test. 5 questions tak sempat nak jawab. So, diorang terus buat the 3rd test, which is the final test. Listening skills. Ada 60 questions, passing mark 50/60. Kena dgr la kaset yg dipasang tu. Sebut numbers and alphabets. Kena dgr bebetul and jawab. Laju gile. Nasib baik bleh catch up.

After the 3 tests, interview session plak. With the HSBC's appointed person to conduct the interview. Interview ni diorang nak tgk kitorang ni fluent in english ke tak. I was the lucky number one. Damn it. Dia tanya aku macam-macam. Pompuan lak tuh. Muka pun muka boring je. Muka garang je. Saje la tu nak kasi aku gelabah. Nasib baik ok je. Hehehe...Habis interview tu, dia suh tunggu kat luar. Results akan diberikan kemudian. Aduhai, terpaksa tunggu 6 org lagi untuk di interview.

Bila semua dah kena interview, kena tunggu around 10 minutes and diorang panggil suh masuk meeting room. So, all of us got through for the 2nd & final interview at HSBC Cyberjaya this Wednesday. Alhamdulillah...Tak sia-sia tunggu 3-4 jam kat office jobstreet tu. Heheh...

So, aku kena prepare for the interview this Wednesday at 4pm. Aku tgh blur. Tgh carik tips and ideas nih. Soalan-soalan yg bakal ditanya :-

1. Tell me about yourself.
2. What do you understand about customer service?
3. What is a teamwork? How do you work in a team? What are the benefits?
4. Why do you want this position whilst you have an IT degree? (Yang ni kena convince the interviewers supaya aku kasi alasan bahawa aku bebetul minat kat position tu)
5. What have you planned to do in 5 years time?


Anybody can help me? :D

Posted at 11:33 pm by irwandy
(11) Comments  

Sunday, October 17, 2004
Kisah di Traffic Light

One day, as I drive in front of KLCC along with my friend, Nan, we stopped at the traffic light. Just beside my car, there were 3 chicks inside a Satria. But these chicks kept on staring at us, maybe because my friend kept staring at them too. I was a bit shy. My friend slowly opened the window and shouted at one of the chicks. Well, it sounds like this :-

"Hi there...you all ni cute la...lepas traffic light ni, kita carik port utk berenti kat tepi nak? We all nak kenal dgn you all la."

I was errkkk...what the hell...then that chick responded...

"Hahaha...you lead...we follow you ok..."

Perghhh...baik punya respon...then, lampu dah hijau and we all berhenti kat tepi jalan. Aku pun cakap kat Nan :-

Me : "Wei, ko gile ke...malu aku siot...ko nak gi, ko gi la...aku dok dalam kereta je"
Nan : "Alaaa...relax laa...kita dah dpt chicks lawa nih...kete ni kan chicks magnet, ayat la ape lagi!"
Me : "Pale hotak kau! Aku tanak guna kete aku jadi modal.."
Nan : "Suka hati ko la...jom kuar...diorang tunggu tu..."

Ahhh...dengan hati yg berat, Nan tarik aku keluar...hampeh btol...then we approached them...Nan yg tegur dulu...

Nan : "Hi...I'm Nan...this is ND.." (Sambil bersalam dgn diorang..)
Nadia : "Hi...I'm Nadia, this is Tasya and Tina.."...

Aku pun memberanikan diri bercakap sambil tgk diorang..(waa..mmg cute diorang nih..)

Me : "Nice to meet you girls...where are u girls heading to?"
Tina : "We're going to see a movie kat klcc...jom la join.."
Nan : "Wahh..cantek gak tu...kitorang pun tade buat ape ni..(sambil kenyit mata kat aku..)
Me : "Psst Nan, hampeh ko...aku tak biasa ni..ko je la handle..."
Nadia : "So?...lets go la...here, take my number...jom gerak.."
Nan : "orait...jom ND.."

Aku membisu je...terus masuk kereta and lead those chicks ke parking KLCC. 2 guys and 3 lovely girls...aku pun tak sangka bleh kenal kat traffic light. Ni Nan punya pasal la ni. So, kitorang tgk movie and kenal-kenal dgn diorang sambil tukar-tukar phone number. Rupanya diorang duduk kat Damansara. Diorang satu skolah & muda setahun dr kitorang. Lepas habis tu, aku kena balik and diorang plak ade hal...tapi diorang nak ajak kitorang lepak lagi later...

And there it goes...tak lama pastu, member aku, Nan...couple with one of the chicks...aku?...hahahah...aku tak pandang..aku tatau apsal..diorang lawa..cute..and aku bukannya hensem...aku treat diorang as friends je...Lagipun masa tu aku naive tentang perempuan!..Hahahhahahh...

That was 4 years ago. Nan pun dah break dgn awek tu. Aku pun dah lost contact dgn those chicks sbb aku dah 2-3 kali tukar nombor phone. Tapi mmg best la lepak dgn diorang dulu. Although diorang nampak vogue & sexy, tapi diorang baik..serious punya baik. Wish to see them again...

Memories..memories...nice memories...


Posted at 11:33 pm by irwandy
(10) Comments  

Saturday, October 16, 2004
Futsal

Aku baru balik dr main futsal. Yeahhh...Futsal! Pada bulan puasa?...Apa yg nak dihairankan? Biasa je. Lepas berbuka tadi, melepak2 jap...lepas habis terawih terus gi USJ..kat Rio de Futsal. Aku ingatkan main mmg penat gile la main sbb puasa kan. Tapi rasa cam biasa je. Nasib baik. Hopefully esok takde la letih satu hari.

Lepas habis futsal, kitorang ingat nak lepak kat uptown, tapi parking penuh gile. So, kitorang menuju ke NZ wangsa maju...dekat skit dgn umah aku..bleh balik awal sbb mata aku dah kuyu...huhu...

So, itu je la update utk hari ni. Nothing interesting except for the black ink cartridge yg aku beli kat sg wang siang tadi takleh nak guna!...Hampeh btol...esok kena gi lagi kat sana..adusss...

Pape hal pun, I like this song...a single by our 1st Malaysian Idol, Jac!

Gemilang

sejuta bintang menyanyi
ku diantara yang satu
mungkin cahaya dan impianku disini
gemilang...

lalu ku redah onak duri dilautan api
kemuncaknya ingin ku tawan,
aku jelajahi...

kini kemuncak ini seharus pasti ku genggam
gemilang suara keyakinan kian dalam
gementar harus jangan
jiwa ku harus bertenaga
mungkinkah ini menjadi impianku

lalu ku redah onak duri dilautan api
kemuncaknya ingin ku tawan aku jelajahi

gemilang itu semakin pasti ku genggam
gemilang suara keyakinan kian dalam
gementar harus jangan
jiwa ku harus bertenaga
mungkinkah ini menjadi realiti

gemilang.....realiti.....


Posted at 11:33 pm by irwandy
(1) Comments  

Friday, October 15, 2004
Hari Pertama Ramadhan 1425 Hijrah

Hari ni adalah hari pertama umat Islam di seluruh Malaysia mula berpuasa. Aku sebenarnya tidak sabar-sabar untuk menunaikan puasa kali ini. Aku tidak tahu mengapa. Selalunya aku biasa je rasa. Kadang-kadang rasa malas nak puasa pun ada. Hahaha. Tapi aku dah besar, aku tau la camne nak menilai. Aku tak pernah miss puasa lagi since darjah 5. Alhamdulillah, tiada gangguan kesihatan selama ini di bulan Ramadhan.

Apabila bercakap tentang sahur, aku nak cerita perkara yg aku pun sendiri heran. Malam semalam, member aku ajak gi Uptown, sahur kat sana sambil nak tgk gerai-gerai yg jual macam-macam kat depan uptown tu. So, member aku tu amik aku and 4 of us gi sana dlm kul 12am. Aku sebenarnya mmg lapar, aku pun order makanan favourite aku "Nasi Goreng Cina" Henry punya. Member aku yg lain semua order Steven's punya makanan, dua org chicken chop, lagi sorang tu lamb chop. Aku malas nak order western food sbb dah 2 hari berturut-turut aku makan western food!

Bila order dah sampai, aku makan la nasik goreng tu, pastu tgk lamb chop member aku tu byk gile sampai ade dua keping. Nampak sedap. Aku pun dgn selamba, dah habis nasik goreng tu, aku order lamb chop tu plak. Hahahahh...Ni bukan sahur namanya! Ni mentekedarah! Habis licin lak tu aku makan..hehe..Pastu member aku gi usha-usha jersey bola..pastu kitorang balik. Sampai umah kul 3.30am.

Aku plak takleh nak tido lagi padahal dah ngantuk gak. Kul 4.30am, mak aku bangun nak sediakan makanan utk sahur. Aku pun tolong sekali. Kul 5am, aku sahur lagi sekali! ahahahha...nasik putih, sardin goreng cili & sup sayur. Sekadar utk alas perut je kot?..Ye ke alas perut? Padahal aku dah tibai nasik goreng cina & lamb chop!...Takpe, before puasa...makan je ape yg aku nak..hehe..Tah angin ape tah masuk dlm badan aku utk makan sebanyak tu. Usually aku tak makan byk camtu, skit je.

Aku tido lepas subuh, bangun kul 12pm...bersiap-siap gi Masjid nak gi Solat Jumaat. Balik drpd solat, sambung tido balik...aku tatau apsal aku ngantuk gile...kul 5pm bangun...mak aku suh gi beli ayam golek plak...wahh..jem gile kat area umah aku nih...hish...7.02pm berbuka...Alhamdulillah...sempurna puasa satu hari ni...

Masa aku drive jejalan nak round-round KL tadi, dengan tidak sengaja air mata aku keluar pada hari pertama ramadhan nih. Aku teringatkan dia. Ada la sebab kenapa aku menitiskan air mata. Aku pun sendiri hairan. Camna bleh air mata aku kuar pun aku tatau. Biar je la...Pastu aku pasang lagu kuat-kuat nak elak drpd menangis lagi...ni baru bulan puasa, kalau masa raya nanti camne tah...

Akhir kata, Selamat Berpuasa to all my friends, my blog readers & to all Muslims. Lagi 29 hari lagi nak raya..hehehe
 


Posted at 11:33 pm by irwandy
(8) Comments  

Thursday, October 14, 2004
Jika Ia Sebuah Cinta...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak mendengar...
namun sentiasa bergetar....

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..

Jika ia sebuah cinta...
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan...
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT PUASA


Posted at 11:33 pm by irwandy
(9) Comments  

Next Page]