Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Tuesday, October 12, 2004
Kenapa Lelaki Menangis?

Perempuan menangis adalah perkara biasa. Jika terdapat isu-isu sensitif yg menyentuh hati, kecewa dan macam-macam lagi, pasti ianya akan membuatkan perempuan menitiskan air mata. Bagaimana pula dengan lelaki?

Antara korang semua yg berjantina lelaki, pernahkah anda menangis? Kenapa anda menangis? Tak usah dikira sewaktu korang kecik-kecik dulu. Apakah yg menyebabkan seorang lelaki dewasa menangis?

Aku boleh menitiskan air mata apabila melihat sesuatu yg menyentuh perasaan sedalam-dalamnya. Aku pernah menangis kerana tidak memberikan sesuatu yg terbaik utk keluarga aku. Malah, aku pernah menangis kerana seorang perempuan yg amat aku sayangi. Aku rasa tahun 2004 ni adalah tahun alam dewasa yg paling byk aku menangis. Hanya kerana terlalu sayang padanya. Semasa berdoa pun boleh menitiskan air mata apabila terkenangkan dirinya.

Lagu pun boleh buat aku menitiskan air mata, contohnya lagu Adam Ahmad - Kau Pergi Jua, Innuendo - Belaian Jiwa dan Aisyah - Pulanglah.

Bagi aku, lelaki menangis bukan kerana lemah. Lelaki amat susah hendak menitiskan air mata. Apabila seseorang lelaki menitiskan air mata, tentu ada sesuatu yg amat meninggalkan kesan yg mendalam terhadap perasaannya. Dan juga, hanya Allah SWT sahaja yg tahu perasaan seorang insan lelaki yg menitiskan air mata terhadap orang yg amat disayanginya.

Bagaimana pula dgn anda?...;)

Posted at 11:33 pm by irwandy
(16) Comments  

Monday, October 11, 2004
Sesuatu Yang Tak Disangka

Kebiasaannya, sesuatu perkara yg baik datang apabila kita tidak menjangkakannya. Mungkinkah ianya biasa? Atau luar biasa? Ada juga sesuatu perkara yg buruk berlaku apabila kita tidak menjangkakannya langsung. Tapi sudah menjadi kebiasaan, kita selalu akan menjangkakan sesuatu yg buruk dahulu. Mungkin kerana tidak mahu terlalu kecewa terhadap apa yg kita inginkan itu mungkin akan musnah. Eh..ape yg aku cakap ni?..Confused...

Bagi aku, setiap keputusan yg telah aku buat akan diiringi oleh risiko-risiko yg aku tahu akan kesan buruk dan baiknya tetapi aku berani menghadapinya walau apa terjadi sekalipun. Manusia kan perlu belajar dari kesilapan dan risiko.

Sebenarnya, apa yg aku tidak sangkakan ialah terhadap seorang insan. Mengapa aku tidak sedar selama ini? Apa yg aku perlu lakukan? Apakah tindakan aku nanti? Pelbagai soalan di benak fikiranku. Ah, sukar untuk mentafsirkan apa yang aku rasa dan hadapi pada waktu-waktu genting sebegini. Aku keliru.

"Pengalaman mengajarku
jangan mudah meluahkan isi hatiku...
Aku pernah jatuh cinta
kerana cinta diriku merana..." 

...sebahagian drpd lirik lagu "Pernah" dendangan Ferhad...
 

Posted at 11:33 pm by irwandy
(3) Comments  

Sunday, October 10, 2004
Sungai Gabai

8.00am - Bangun. Lap kereta.
8.30am - Buat sandwich.
8.50am - Mandi. Kemas brg.
9.20am - Gerak gi Desa Pandan. Ada member nak beli raya cookies.
9.45am - Gerak ke Tol Grandsaga Batu 9.
10.00am - Sampai kat tol. Nampak Tipah and the gang tgh tunggu kawan diorang. Patutnya diorang gerak cop kan tempat...hehe
10.05am - Op sampai dgn Kak Mulan.
10.10am - Tipah and the gang gerak gi Sg Gabai dulu.
10.30am - Aku, Op, Lan..kami bertiga kereta gerak gi Sg Gabai.
11.00am - Sampai di Sg Gabai. Nampak Basri & Aqilah(anak Basri), Zurie & Ain. Pastu kitorang dptkan tempat utk letak brg and BBQ.
11.30am - Gerak naik atas ke air terjun tingkat 3. Mandi manda kejap.
12.00pm - Turun ke camp. Bebudak Geju semua sudah sampai. Amyz, Nett, Salina, Kak Pnut, Mie, Zhoulsz, Attokz dan ramai lagi.
12.15pm - Unplugged kejap dgn bebudak.
1.00pm - Makan time.
1.30pm - Melepak dgn semua orang sambil amik gambar semua orang.
2.00pm - Basri, Aqilah, Ain, Zurie & kawan diorang nak balik dah.
3.00pm - Geng-geng lain beransur pulang. Geng tipah, aku, zhoulsz, attokz semua lepak lagi.
3.30pm - Sessi unplugged sekali lagi sambil makan buah-buahan tinggalan.
5.00pm - Semua gerak pulang. Attokz ikut aku balik.
6.00pm - Lalu depan NZ Curry House, Wangsa Maju. Orang dah start datang! Kereta pun nak mula memenuhi parking!
6.30pm - Balik umah nenek, Attokz tumpang mandi. Bersiap-siap nak gi kenduri roti canai Zahid!
7.30pm - Gerak gi amik Spy(Nina) kat Sri Gombak. Sampai sana kul 7.50pm
8.10pm - Sampai kat NZ, penuh gileeeeeeeeeeeeeeeee sampai tade parking. Saje je lalu usha-usha Zahid dari dalam kereta. Hahaha.
8.30pm - Lepak & dinner kat Mali's Corner dgn Attokz & Spy(Nina).
9.30pm - Unag, apai and the gang pun dtg Mali.
10.00pm - Gerak balik rumah memasing! Hantar Spy & Attokz. Fuhh!! Penat! Tapi best! Can't wait for the next picnic or any activities from them.


Gambar-gambar piknik ada di SINI!!!!!!

Posted at 11:33 pm by irwandy
(6) Comments  

Saturday, October 09, 2004
The Interview & Janda Baik

Payah btol nak bangun hari ni. Terpaksa bangun gak sbb ada interview dgn one of the advertising company kat SS15, Subang Jaya kul 10am. Gerak kul 9.15am dari rumah. Sampai sana mencarik office company tu, payah gile nak carik. Last-last lagi 10 minit kul 10am, aku call office tu tanye kat belah mana. Rupanya kat depan Taylor's Business School. Hampeh...kalau situ aku tau la...So, dah sampai sana...aku masuk and register. Tunggu untuk setengah jam. Then org tu panggil aku masuk. Aku masuk je...laaaaa...

Orang yg interview aku tu punya sempoi. A talkative chinese man. Dia je yg cakap..pastu tanye aku skit2...tak sampai 5 minit, habis dah interview. I was like...huh???...tu je?...Aku dah rasa lain macam. Dia kata kalau aku berjaya, ade 2nd interview next week. So, aku blah. Tapi aku rasa lain macam je terhadap company tu. Aku just takut kalau aku kena jadi cam salesman buat direct selling. Ramai member2 aku dah kena camtu. Hopefully tak la.

So, aku terus gerak ke KLCC. Jumpa kawan blog kat Kinokuniya. Ingat nak lunch sekali dgn dia. Tapi ayah aku call suh balik cepat, ade hal katanya. Pastu company yg aku gi interview tadi call aku. Aku dpt through to 2nd interview Isnin ni kul 9am-3pm. Lagi la buat aku syak, tah tah dia suh aku gi jual barang2 ape tah. Ishk...aku tatau whether nak gi ke tak. So, kul 1pm gerak balik rumah. Rupanya aku kena beli food utk diorang. Huhu...aku pun lunch dgn family aku. Pastu masuk bilik, online jap. Pastu tido jap.

Kul 5pm bangun, tgh mamai. Bebudak clique aku ajak gi Janda Baik. Diorang ada sewa apartment kat sana. Kira cam resort la kat bawah Genting Highlands tu. Kul 6pm gerak dr umah, berkumpul kat Gombak then terus gerak gi sana. Kejap je sampai. Bukannya jauh pun area Genting Sempah tu dari rumah aku. Dalam 1/2 jam je. Kitorang just lepak2 kat apartment tu. Gelak2, borak2, sakat menyakat, amik gambar. Kul 10.30pm aku blah balik umah. Diorang tido sana. Aku tak tido sbb nak gi Sg Gabai dgn bebudak Geng Jurnal (Geju) esok. Sungai Gabai! Here I come!

Posted at 11:33 pm by irwandy
(1) Comments  

Friday, October 08, 2004
Mungkin...

You're beautiful because of who you are, not because of what I see...

And the reason I love you, it's not something that you can see in the mirror...

These two phrases mempunyai maksud yg mendalam dalam sesebuah relationship. Sememangnya apabila bercinta, mungkin ungkapan2 sebegitu yg kita akan sebutkan terhadap pasangan kita.

Mungkin ungkapan2 seperti ini aku tidak dapat luahkan dgn kata-kataku sewaktu dulu.
Mungkin kerana perasaan cinta dan sayang terhadap seseorang tidak ternilai harganya bagiku.
Dan mungkin disebabkan itu, aku tidak mempunyai rasa untuk berperasaan sebegitu lagi.
Mungkin ianya datang sekali dalam hidup.

Whatever it is, aku hanya berharap agar ada seorang insan yg dpt mengetuk pintu hatiku untuk bercinta semula. Itulah doaku setiap hari.


Posted at 11:33 pm by irwandy
(7) Comments  

Previous Page Next Page]