Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, October 16, 2004
Futsal

Aku baru balik dr main futsal. Yeahhh...Futsal! Pada bulan puasa?...Apa yg nak dihairankan? Biasa je. Lepas berbuka tadi, melepak2 jap...lepas habis terawih terus gi USJ..kat Rio de Futsal. Aku ingatkan main mmg penat gile la main sbb puasa kan. Tapi rasa cam biasa je. Nasib baik. Hopefully esok takde la letih satu hari.

Lepas habis futsal, kitorang ingat nak lepak kat uptown, tapi parking penuh gile. So, kitorang menuju ke NZ wangsa maju...dekat skit dgn umah aku..bleh balik awal sbb mata aku dah kuyu...huhu...

So, itu je la update utk hari ni. Nothing interesting except for the black ink cartridge yg aku beli kat sg wang siang tadi takleh nak guna!...Hampeh btol...esok kena gi lagi kat sana..adusss...

Pape hal pun, I like this song...a single by our 1st Malaysian Idol, Jac!

Gemilang

sejuta bintang menyanyi
ku diantara yang satu
mungkin cahaya dan impianku disini
gemilang...

lalu ku redah onak duri dilautan api
kemuncaknya ingin ku tawan,
aku jelajahi...

kini kemuncak ini seharus pasti ku genggam
gemilang suara keyakinan kian dalam
gementar harus jangan
jiwa ku harus bertenaga
mungkinkah ini menjadi impianku

lalu ku redah onak duri dilautan api
kemuncaknya ingin ku tawan aku jelajahi

gemilang itu semakin pasti ku genggam
gemilang suara keyakinan kian dalam
gementar harus jangan
jiwa ku harus bertenaga
mungkinkah ini menjadi realiti

gemilang.....realiti.....


Posted at 11:33 pm by irwandy
(1) Comments  

Friday, October 15, 2004
Hari Pertama Ramadhan 1425 Hijrah

Hari ni adalah hari pertama umat Islam di seluruh Malaysia mula berpuasa. Aku sebenarnya tidak sabar-sabar untuk menunaikan puasa kali ini. Aku tidak tahu mengapa. Selalunya aku biasa je rasa. Kadang-kadang rasa malas nak puasa pun ada. Hahaha. Tapi aku dah besar, aku tau la camne nak menilai. Aku tak pernah miss puasa lagi since darjah 5. Alhamdulillah, tiada gangguan kesihatan selama ini di bulan Ramadhan.

Apabila bercakap tentang sahur, aku nak cerita perkara yg aku pun sendiri heran. Malam semalam, member aku ajak gi Uptown, sahur kat sana sambil nak tgk gerai-gerai yg jual macam-macam kat depan uptown tu. So, member aku tu amik aku and 4 of us gi sana dlm kul 12am. Aku sebenarnya mmg lapar, aku pun order makanan favourite aku "Nasi Goreng Cina" Henry punya. Member aku yg lain semua order Steven's punya makanan, dua org chicken chop, lagi sorang tu lamb chop. Aku malas nak order western food sbb dah 2 hari berturut-turut aku makan western food!

Bila order dah sampai, aku makan la nasik goreng tu, pastu tgk lamb chop member aku tu byk gile sampai ade dua keping. Nampak sedap. Aku pun dgn selamba, dah habis nasik goreng tu, aku order lamb chop tu plak. Hahahahh...Ni bukan sahur namanya! Ni mentekedarah! Habis licin lak tu aku makan..hehe..Pastu member aku gi usha-usha jersey bola..pastu kitorang balik. Sampai umah kul 3.30am.

Aku plak takleh nak tido lagi padahal dah ngantuk gak. Kul 4.30am, mak aku bangun nak sediakan makanan utk sahur. Aku pun tolong sekali. Kul 5am, aku sahur lagi sekali! ahahahha...nasik putih, sardin goreng cili & sup sayur. Sekadar utk alas perut je kot?..Ye ke alas perut? Padahal aku dah tibai nasik goreng cina & lamb chop!...Takpe, before puasa...makan je ape yg aku nak..hehe..Tah angin ape tah masuk dlm badan aku utk makan sebanyak tu. Usually aku tak makan byk camtu, skit je.

Aku tido lepas subuh, bangun kul 12pm...bersiap-siap gi Masjid nak gi Solat Jumaat. Balik drpd solat, sambung tido balik...aku tatau apsal aku ngantuk gile...kul 5pm bangun...mak aku suh gi beli ayam golek plak...wahh..jem gile kat area umah aku nih...hish...7.02pm berbuka...Alhamdulillah...sempurna puasa satu hari ni...

Masa aku drive jejalan nak round-round KL tadi, dengan tidak sengaja air mata aku keluar pada hari pertama ramadhan nih. Aku teringatkan dia. Ada la sebab kenapa aku menitiskan air mata. Aku pun sendiri hairan. Camna bleh air mata aku kuar pun aku tatau. Biar je la...Pastu aku pasang lagu kuat-kuat nak elak drpd menangis lagi...ni baru bulan puasa, kalau masa raya nanti camne tah...

Akhir kata, Selamat Berpuasa to all my friends, my blog readers & to all Muslims. Lagi 29 hari lagi nak raya..hehehe
 


Posted at 11:33 pm by irwandy
(8) Comments  

Thursday, October 14, 2004
Jika Ia Sebuah Cinta...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak mendengar...
namun sentiasa bergetar....

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..

Jika ia sebuah cinta...
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan...

Jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan...
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT PUASA


Posted at 11:33 pm by irwandy
(9) Comments  

Wednesday, October 13, 2004
Hajat Yg Tertangguh. Apakah Pendapat Anda?

Sebenarnya, aku mempunyai hajat yg tertangguh sejak bulan Februari yg lalu. Aku ingin menulis tentang kisah hidup aku di mana aku ingin menceritakan pertemuan dgn dia yg byk membawa pengajaran dalam jatuh bangun hidup aku. Aku ingin nak bercerita bagaimana ianya bermula, proses seterusnya, segala suka dan duka dan akhir sekali, perpisahan.

Aku ingin meluahkan segala isi hati aku yg terpendam selama ini tidak ku luahkan semata-mata kerana hendak menjaga hatinya. Dan sekarang, di sinilah tempat yg sesuai utk aku luahkan semuanya. Aku akan cuba sedaya upaya supaya tidak membuatkan cerita ini menjadi berat sebelah.

Aku bukan nak membangkitkan apa-apa. Aku hanya nak berkongsi cerita di samping sama-sama mempelajari segala kesilapan dan kebaikan yg ada. Mungkin apabila kalian membaca kisah hidup aku nanti, boleh juga korang pelajari dan share sesama kita sendiri. Cerita ini berdasarkan fakta-fakta yg sebenar dan benar-benar berlaku.
Kalau feedback bagus, aku akan memulakan cerita ini episod demi episod bermula pada hari pertama puasa sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini. Satu hari satu episod. Aku akan pastikan episod yg terakhir akan berakhir pada hari terakhir Ramadhan. Terpulang pada anda semua untuk memberi pendapat masing-masing. Jadi, apakah pendapat anda? Perlukah aku memulakan kisah ini?

"You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love...

You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You should be the one I'll always love...

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before.."


hmm..could be? Who knows...

Anyway, tadi gi tgk teater kat Actors Studio Bangsar. Teater "Life Sdn Bhd 2". Best gile. Lawak habis. Lawak kotor gile. Memang open habis la. A really good play by the actors. Hehehe...Thanks to Nida for the ticket!

Posted at 11:33 pm by irwandy
(6) Comments  

Tuesday, October 12, 2004
Kenapa Lelaki Menangis?

Perempuan menangis adalah perkara biasa. Jika terdapat isu-isu sensitif yg menyentuh hati, kecewa dan macam-macam lagi, pasti ianya akan membuatkan perempuan menitiskan air mata. Bagaimana pula dengan lelaki?

Antara korang semua yg berjantina lelaki, pernahkah anda menangis? Kenapa anda menangis? Tak usah dikira sewaktu korang kecik-kecik dulu. Apakah yg menyebabkan seorang lelaki dewasa menangis?

Aku boleh menitiskan air mata apabila melihat sesuatu yg menyentuh perasaan sedalam-dalamnya. Aku pernah menangis kerana tidak memberikan sesuatu yg terbaik utk keluarga aku. Malah, aku pernah menangis kerana seorang perempuan yg amat aku sayangi. Aku rasa tahun 2004 ni adalah tahun alam dewasa yg paling byk aku menangis. Hanya kerana terlalu sayang padanya. Semasa berdoa pun boleh menitiskan air mata apabila terkenangkan dirinya.

Lagu pun boleh buat aku menitiskan air mata, contohnya lagu Adam Ahmad - Kau Pergi Jua, Innuendo - Belaian Jiwa dan Aisyah - Pulanglah.

Bagi aku, lelaki menangis bukan kerana lemah. Lelaki amat susah hendak menitiskan air mata. Apabila seseorang lelaki menitiskan air mata, tentu ada sesuatu yg amat meninggalkan kesan yg mendalam terhadap perasaannya. Dan juga, hanya Allah SWT sahaja yg tahu perasaan seorang insan lelaki yg menitiskan air mata terhadap orang yg amat disayanginya.

Bagaimana pula dgn anda?...;)

Posted at 11:33 pm by irwandy
(16) Comments  

Next Page]