Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, October 10, 2004
Sungai Gabai

8.00am - Bangun. Lap kereta.
8.30am - Buat sandwich.
8.50am - Mandi. Kemas brg.
9.20am - Gerak gi Desa Pandan. Ada member nak beli raya cookies.
9.45am - Gerak ke Tol Grandsaga Batu 9.
10.00am - Sampai kat tol. Nampak Tipah and the gang tgh tunggu kawan diorang. Patutnya diorang gerak cop kan tempat...hehe
10.05am - Op sampai dgn Kak Mulan.
10.10am - Tipah and the gang gerak gi Sg Gabai dulu.
10.30am - Aku, Op, Lan..kami bertiga kereta gerak gi Sg Gabai.
11.00am - Sampai di Sg Gabai. Nampak Basri & Aqilah(anak Basri), Zurie & Ain. Pastu kitorang dptkan tempat utk letak brg and BBQ.
11.30am - Gerak naik atas ke air terjun tingkat 3. Mandi manda kejap.
12.00pm - Turun ke camp. Bebudak Geju semua sudah sampai. Amyz, Nett, Salina, Kak Pnut, Mie, Zhoulsz, Attokz dan ramai lagi.
12.15pm - Unplugged kejap dgn bebudak.
1.00pm - Makan time.
1.30pm - Melepak dgn semua orang sambil amik gambar semua orang.
2.00pm - Basri, Aqilah, Ain, Zurie & kawan diorang nak balik dah.
3.00pm - Geng-geng lain beransur pulang. Geng tipah, aku, zhoulsz, attokz semua lepak lagi.
3.30pm - Sessi unplugged sekali lagi sambil makan buah-buahan tinggalan.
5.00pm - Semua gerak pulang. Attokz ikut aku balik.
6.00pm - Lalu depan NZ Curry House, Wangsa Maju. Orang dah start datang! Kereta pun nak mula memenuhi parking!
6.30pm - Balik umah nenek, Attokz tumpang mandi. Bersiap-siap nak gi kenduri roti canai Zahid!
7.30pm - Gerak gi amik Spy(Nina) kat Sri Gombak. Sampai sana kul 7.50pm
8.10pm - Sampai kat NZ, penuh gileeeeeeeeeeeeeeeee sampai tade parking. Saje je lalu usha-usha Zahid dari dalam kereta. Hahaha.
8.30pm - Lepak & dinner kat Mali's Corner dgn Attokz & Spy(Nina).
9.30pm - Unag, apai and the gang pun dtg Mali.
10.00pm - Gerak balik rumah memasing! Hantar Spy & Attokz. Fuhh!! Penat! Tapi best! Can't wait for the next picnic or any activities from them.


Gambar-gambar piknik ada di SINI!!!!!!

Posted at 11:33 pm by irwandy
(6) Comments  

Saturday, October 09, 2004
The Interview & Janda Baik

Payah btol nak bangun hari ni. Terpaksa bangun gak sbb ada interview dgn one of the advertising company kat SS15, Subang Jaya kul 10am. Gerak kul 9.15am dari rumah. Sampai sana mencarik office company tu, payah gile nak carik. Last-last lagi 10 minit kul 10am, aku call office tu tanye kat belah mana. Rupanya kat depan Taylor's Business School. Hampeh...kalau situ aku tau la...So, dah sampai sana...aku masuk and register. Tunggu untuk setengah jam. Then org tu panggil aku masuk. Aku masuk je...laaaaa...

Orang yg interview aku tu punya sempoi. A talkative chinese man. Dia je yg cakap..pastu tanye aku skit2...tak sampai 5 minit, habis dah interview. I was like...huh???...tu je?...Aku dah rasa lain macam. Dia kata kalau aku berjaya, ade 2nd interview next week. So, aku blah. Tapi aku rasa lain macam je terhadap company tu. Aku just takut kalau aku kena jadi cam salesman buat direct selling. Ramai member2 aku dah kena camtu. Hopefully tak la.

So, aku terus gerak ke KLCC. Jumpa kawan blog kat Kinokuniya. Ingat nak lunch sekali dgn dia. Tapi ayah aku call suh balik cepat, ade hal katanya. Pastu company yg aku gi interview tadi call aku. Aku dpt through to 2nd interview Isnin ni kul 9am-3pm. Lagi la buat aku syak, tah tah dia suh aku gi jual barang2 ape tah. Ishk...aku tatau whether nak gi ke tak. So, kul 1pm gerak balik rumah. Rupanya aku kena beli food utk diorang. Huhu...aku pun lunch dgn family aku. Pastu masuk bilik, online jap. Pastu tido jap.

Kul 5pm bangun, tgh mamai. Bebudak clique aku ajak gi Janda Baik. Diorang ada sewa apartment kat sana. Kira cam resort la kat bawah Genting Highlands tu. Kul 6pm gerak dr umah, berkumpul kat Gombak then terus gerak gi sana. Kejap je sampai. Bukannya jauh pun area Genting Sempah tu dari rumah aku. Dalam 1/2 jam je. Kitorang just lepak2 kat apartment tu. Gelak2, borak2, sakat menyakat, amik gambar. Kul 10.30pm aku blah balik umah. Diorang tido sana. Aku tak tido sbb nak gi Sg Gabai dgn bebudak Geng Jurnal (Geju) esok. Sungai Gabai! Here I come!

Posted at 11:33 pm by irwandy
(1) Comments  

Friday, October 08, 2004
Mungkin...

You're beautiful because of who you are, not because of what I see...

And the reason I love you, it's not something that you can see in the mirror...

These two phrases mempunyai maksud yg mendalam dalam sesebuah relationship. Sememangnya apabila bercinta, mungkin ungkapan2 sebegitu yg kita akan sebutkan terhadap pasangan kita.

Mungkin ungkapan2 seperti ini aku tidak dapat luahkan dgn kata-kataku sewaktu dulu.
Mungkin kerana perasaan cinta dan sayang terhadap seseorang tidak ternilai harganya bagiku.
Dan mungkin disebabkan itu, aku tidak mempunyai rasa untuk berperasaan sebegitu lagi.
Mungkin ianya datang sekali dalam hidup.

Whatever it is, aku hanya berharap agar ada seorang insan yg dpt mengetuk pintu hatiku untuk bercinta semula. Itulah doaku setiap hari.


Posted at 11:33 pm by irwandy
(7) Comments  

Thursday, October 07, 2004
errrkkk...

Bangun je tido tadi...(aku bangun kul 12.30pm..), terus aku mengadap PC...bukak email, tgk ada job alert from Jobstreet. Aku pun apply je la semua, management trainee & bla bla bla...Pastu lepak je la depan pc buat keje aku skit. Kul 4pm, company yg offer position management trainee tu call...dia kata aku shortlisted. I was like...errrkkk...that was really fast! Aku pun terkejut gilos.

So, esok interview kul 10am kat Jalan Ipoh, Wisma TCL. Aku pegi je la. Job function pun nampak best. Aku degree in IT, tapi aku nak relate kan IT ni dgn business...whether it's from management, finance, accounts or management side..memana pun bleh...saje nak jadi a multiskill person..utk buat multitasking...multipurpose ...whatever..hahahah...dream onnnnn!!!

Hopefully interview berjalan dgn lancar...dah la aku tak prepare pape lagi nih..risau gak aku...hishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Skang ni aku suka gile kat lagu ni...sedap di dengar...everyday aku pasang lagu ni...besttt

Bob - Cinta Seorang Teman

Dulu engkau ku kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yg memandang penuh pengertian

Tapi saat itu telah berubah
Di persimpangan usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan

Telah ku cantumkan semua
Impian bersama
Dalam jalinan yg kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu mengganggu kala dirimu selalu
Ada di sisi

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila
Berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataanku
Tak sanggup kehilanganmu


Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Wednesday, October 06, 2004
Kalau la...

Kalau la aku dapat putarkan masa kembali...
Kalau la dia dapat rasa apa yg aku rasa skang ni...
Kalau la dia memahami apa yg aku alami sewaktu dulu dan kini...
Kalau la segala perkara buruk yg berlaku tidak terjadi...
Kalau la aku tak berada di tempat yg tak sepatutnya aku berada...

Semua tu kalau la...tapi semua tu dah terjadi dan dah berlaku...ada orang tanya kenapa soalan-soalan tu perlu dibangkitkan lagi setelah semua perkara itu telah berlalu...heh...Jika aku ada jawapannya, sudah tentu aku dah jelaskan...

Kadang-kadang, bila malam menjelma...aku tgk langit...aku tgk bintang...aku tgk segala keindahan di langit ketika waktu malam...Ada bintang berkelipan...bintang yg pernah menjadi saksi terhadap kisah aku dahulu...bintang itu masih lagi berkelip...dan berkelip...mungkin juga ianya bintang yg lain...tapi aku boleh tau berdasarkan kedudukan bintang itu...

"When you wish upon a star, makes no difference who you are, anything your heart desires, will come to you..."

Aku masih lagi teringatkan kenangan-kenangan lalu. Di saat-saat genting, aku rebah. Mengapa aku diduga sebegini hebat. Masih belum ada jawapan dariNya. Aku tau aku perlu teruskan hidup tetapi kehidupan aku tidak seperti waktu dulu. Yang paling aku sedih dan kecewa sangat-sangat ialah...semua perkara ini bukan sahaja memburukkan lagi keadaan aku...malah keluarga ku sendiri ditimpa dengan keadaan sebegini akibat penderitaan aku. Namun, Alhamdulillah, kami masih lagi berdiri teguh. Perlahan-lahan bangkit dari kejatuhan. Semua ini berpunca daripada kesilapan seseorang yg tidak sedar akan kesilapannya sendiri lalu menyalahkan aku dengan tiada usul periksa bahawa orang itu sendiri yang menyebabkan segala malapetaka ini.

Kalau nak kata aku puncanya, punca drpd aku hanyalah satu...puncanya adalah dengan sekali "click" sahaja. Itu saja punca daripada aku.

Tapi sekarang ini, aku hanya berserah pada Allah SWT. Namun, slowly aku dpt rasakan ade sesuatu yang membawaku ke suatu arah yg aku taktau apa tujuannya. Just wait and see...

 

Posted at 11:33 pm by irwandy
(3) Comments  

Next Page]