Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, October 06, 2004
Kalau la...

Kalau la aku dapat putarkan masa kembali...
Kalau la dia dapat rasa apa yg aku rasa skang ni...
Kalau la dia memahami apa yg aku alami sewaktu dulu dan kini...
Kalau la segala perkara buruk yg berlaku tidak terjadi...
Kalau la aku tak berada di tempat yg tak sepatutnya aku berada...

Semua tu kalau la...tapi semua tu dah terjadi dan dah berlaku...ada orang tanya kenapa soalan-soalan tu perlu dibangkitkan lagi setelah semua perkara itu telah berlalu...heh...Jika aku ada jawapannya, sudah tentu aku dah jelaskan...

Kadang-kadang, bila malam menjelma...aku tgk langit...aku tgk bintang...aku tgk segala keindahan di langit ketika waktu malam...Ada bintang berkelipan...bintang yg pernah menjadi saksi terhadap kisah aku dahulu...bintang itu masih lagi berkelip...dan berkelip...mungkin juga ianya bintang yg lain...tapi aku boleh tau berdasarkan kedudukan bintang itu...

"When you wish upon a star, makes no difference who you are, anything your heart desires, will come to you..."

Aku masih lagi teringatkan kenangan-kenangan lalu. Di saat-saat genting, aku rebah. Mengapa aku diduga sebegini hebat. Masih belum ada jawapan dariNya. Aku tau aku perlu teruskan hidup tetapi kehidupan aku tidak seperti waktu dulu. Yang paling aku sedih dan kecewa sangat-sangat ialah...semua perkara ini bukan sahaja memburukkan lagi keadaan aku...malah keluarga ku sendiri ditimpa dengan keadaan sebegini akibat penderitaan aku. Namun, Alhamdulillah, kami masih lagi berdiri teguh. Perlahan-lahan bangkit dari kejatuhan. Semua ini berpunca daripada kesilapan seseorang yg tidak sedar akan kesilapannya sendiri lalu menyalahkan aku dengan tiada usul periksa bahawa orang itu sendiri yang menyebabkan segala malapetaka ini.

Kalau nak kata aku puncanya, punca drpd aku hanyalah satu...puncanya adalah dengan sekali "click" sahaja. Itu saja punca daripada aku.

Tapi sekarang ini, aku hanya berserah pada Allah SWT. Namun, slowly aku dpt rasakan ade sesuatu yang membawaku ke suatu arah yg aku taktau apa tujuannya. Just wait and see...

 

Posted at 11:33 pm by irwandy
(3) Comments  

Tuesday, October 05, 2004
2004 HARI RAYA COOKIES

PENGUMUMAN!!!

Sebuah website blog khas utk aku promote biskut raya telah di up kan tadi. Korang semua boleh tgk di http://rayacookies.blogdrive.com

Semua information ade kat situ...sila masuk!!!...

Anyway, kepada semua pengguna STREAMYX, ada berita gembira utk anda. Sesiapa yg subscribe pakej 384KBPS...connection korang should be naik kepada 512KBPS skang ni. Dan kepada yg subscribe pakej 512KBPS, connection korang should be 768KBPS by now. Okay?..Untuk nak tau dah automatically upgrade ke blom...masuk http://www.testmy.net

Cheers!

Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Monday, October 04, 2004
Final Exam!

Subjek Design of Corporate Computer Networks, format soalan : Section A berdasarkan senario, ade 4 soalan. Section B, ada 4 soalan pilih dua. Tapi bayangkan, semua tu kena buat dalam masa sejam! Gile hape. Aku ingatkan soalan yg tak memerlukan masa yg byk. Rupanya ada soalan yg kena lukis logical network design! Aarrghhh...aku tgk classmate aku semua tension. Dari awal lagi aku tgk kertas soalan tu, aku terkejut...boleh ke buat dalam masa sejam? Akhirnya, lepas sejam menulis, invigilator suh letak pen...padahal aku tgh buat section B, 1st question lagi!...Aku pun ape lagi, bantai je la pape yg patut utk 2nd question kat section B. Semua tension je. Dalam pada tension tu, semua orang happy sebab this is the only exam paper and the last exam for the degree class. Yeayyy!!!

Ini la kolej aku. APIIT. Asia Pacific Institute of Information Technology yg terletak di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Dekat je dgn Astro.


Hoorreeyyy Hoorreeyyy..Hip hip hoorreeyyy...

Hari ni juga telah berlangsung satu lagi episod terakhir dalam hidup aku. Episod di kolej untuk kali yg terakhir. Iya! Final exam tu la!..ape lagi... Dan itu merupakan exam aku yg terakhir untuk peringkat degree. Akhirnya aku habis gak! Tapi ade satu lagi menda nak kena settlekan iaitu, final year project aku. Huhuhu...

Masa habis exam tadi pun, semua student dpt surat yg mengatakan kami semua dah habis and awarded graduate from Staffordshire University, UK so that bleh apply for jobs sementara tunggu results yg akan kuar 26 November ni. Konvo will be on 12 December 2004. Can't wait!

Yang pasal biskut raya tu, aku post esok kot. Mak aku terlupa nak sediakan senarai harga plak...tunggu ye!



Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Sunday, October 03, 2004
Gathering Geng MMU at Berjaya Times Square

Aku tatau sape plan, tapi geng bebudak MMU aku dulu plan nak gi Berjaya Times Square hari ni. So, kul 11am aku dah terpacak kat tempat yg dijanjikan. Pastu Jonee, dee, kak lin & ijan dtg. Pastu jumpa EG, Marul & Milan kat McD. Then, Ayie, Emma & adik dia sampai. So, 11 of us lepak situ jap and terus gi Cosmos World Theme Park. Saje nak have fun. Bayar RM25 per person.(Time ni aku baru nak ingat exam esok!)..Aku heran, tak ramai orang pun.

First sekali, kitorang try out Spinning Orbit. Memula gayat la, pastu bosan plak...hahaha...menda ni berpusing je ke atas..pastu turun balik..then habis. Pastu try Space Attack. Menda ni pusing 360, habis gayat gile semua org. Tapi best gile. Then, pegi try kete yg bulat panjang berpusing tu...aku tatau lak menda ni laju, yg ayie plak dok belah kiri aku..menda tu pusing laju gile clockwise...ayie kena himpit dgn aku!..hahhahhh...lawak sehhh...sorry ayie...:p...Then, try DNA Mixer plak...mmg mix btol la segala apa yg dlm perut nih...haha..pusing2...goyang2...hampeh..best gak la...

Akhirnya, ride yg ditunggu2...roller coaster!..Nama roller coaster ni SuperSonic Odyssey. Kena beratur kejap. Takde la ramai sgt. Memang best roller coaster nih. Semua menjerit. Bebudak laki pun jerit. Hahahah...memula gayat gak la..pastu ok je. Tak cukup dgn sekali, kitorang naik lagi sekali. Hahaha...rupanya masa sebelum buat loop, ade kamera amik gambar. So, inilah gambar aku...

Aku yg kiri depan. Jonee sebelah aku. Ayie yg pakai baju merah. EG sebelah ayie. Kitorang saje posing camtu sbb dah tau mana position camera tu. Hahaha..so, bersedia je la utk snap pics. Hehehe...

Then, kitorang take a break kejap. Gi makan kat McD..and berehat jap. Then, Rina & Hanim sampai. Diorang pun join kitorang sambung balik!!!...Main lagi roller coaster, space attack, spinning orbit, dna mixer and lain2. Kitorang even main kat tempat bebudak...hahaha...mmg tade keje...Kul 7pm, kitorang melepak sambil borak2..pastu semua org balik...

Kesimpulannya, aku naik roller coaster 5 kali. Space Attack 3 kali. Spinning orbit 4 kali. dna mixer 2 kali. kete pusing tu 2 kali...aku dgn Ayie je ride paling byk camni...bebudak lain pening & tak tahan...hehe...yg ride lain tu semua sekali je sbb bosan & tak thrill...Space Attack yg paling thrill. Best gilos...pusing 360...pastu berenti kejap kat atas..cam nak jatuh je..hampeh...

Roller coaster kira best gak la utk kualiti kat sini. Nice ride. Tu yg naik sampai 5 kali. Takde la takut sgt. Maybe sbb aku dah naik yg lagi laju kot dulu kat Disneyland. Tapi kejap sgt plak roller coaster nih...mmg tak puas naik sekali.

Gambar-gambar boleh dilihat di http://photobucket.com/albums/v470/irwandy/Gathering%20MMU/

Anyway, esok aku final exam kul 3pm-4pm, subject Design for Corporate Computer Networks. Apa dah jadi dgn aku nih?...esok exam, hari ni aku enjoy...hahahahah...bagus btol...wish me luck!..Study..Study!!!




Posted at 11:33 pm by irwandy
(4) Comments  

Saturday, October 02, 2004
Hectic hectic hectic

My final exam is just around the corner. Yes, it's on Monday! This morning at 10.30a, I went to KLCC to meet a friend of mine. We just chit chat sambil makan at the foodcourt. We borak-borak until 12.15pm. Sorry to my friend coz I really have to go early. I didn't expect to rush. By 12.30pm, I rushed back home and my mom said we only can go to have a family lunch after 2pm. Aiyyooo...

Then, my friend, Adlan, called me. There's something important he wants to see me. So, I rushed to Taman Melati and lepak with him. By 1.50pm, I rushed back home and we went for a family lunch at Cozy House, Great Eastern Mall. Dah lama tak makan kat sini. I ordered Nasi Goreng Thai(It's very nice..try it!).

At 4.30pm, we got back. Have some rest. At 6.15pm, I fetch Adlan & Talha nak gi main futsal kat USJ. Futsal tu kul 8-9pm, tapi saje je gi awal. Round-round kejap. Sampai je kat tempat futsal tu, ramai orang plak. Selalu tak camtu. Rupanya ade event UMNO kawasan situ. Diorang lawan futsal. Tan Sri Muhammad Taib pun datang untuk rasmikan event tu. Ramai gak chicks melayu pakai seluar pendek main futsal. Huhu...semua orang usha je diorang.

Hmm, this time I felt really tired. Main futsal kali ni mmg penat. Maybe satu hari tadi kuar sana sini kot. Main pun tah pape, dah depan gol pun takleh nak score...tapi dpt gak score 2 bijik. Hehe...Lepas futsal, gerak gi gerai burger Ameng kat Tmn Melati dgn Adlan & Talha. Dinner kat situ je, pastu balik.

Exam exam exam...bila la aku nak study ni...haha...


Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Next Page]