Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, October 02, 2004
Hectic hectic hectic

My final exam is just around the corner. Yes, it's on Monday! This morning at 10.30a, I went to KLCC to meet a friend of mine. We just chit chat sambil makan at the foodcourt. We borak-borak until 12.15pm. Sorry to my friend coz I really have to go early. I didn't expect to rush. By 12.30pm, I rushed back home and my mom said we only can go to have a family lunch after 2pm. Aiyyooo...

Then, my friend, Adlan, called me. There's something important he wants to see me. So, I rushed to Taman Melati and lepak with him. By 1.50pm, I rushed back home and we went for a family lunch at Cozy House, Great Eastern Mall. Dah lama tak makan kat sini. I ordered Nasi Goreng Thai(It's very nice..try it!).

At 4.30pm, we got back. Have some rest. At 6.15pm, I fetch Adlan & Talha nak gi main futsal kat USJ. Futsal tu kul 8-9pm, tapi saje je gi awal. Round-round kejap. Sampai je kat tempat futsal tu, ramai orang plak. Selalu tak camtu. Rupanya ade event UMNO kawasan situ. Diorang lawan futsal. Tan Sri Muhammad Taib pun datang untuk rasmikan event tu. Ramai gak chicks melayu pakai seluar pendek main futsal. Huhu...semua orang usha je diorang.

Hmm, this time I felt really tired. Main futsal kali ni mmg penat. Maybe satu hari tadi kuar sana sini kot. Main pun tah pape, dah depan gol pun takleh nak score...tapi dpt gak score 2 bijik. Hehe...Lepas futsal, gerak gi gerai burger Ameng kat Tmn Melati dgn Adlan & Talha. Dinner kat situ je, pastu balik.

Exam exam exam...bila la aku nak study ni...haha...


Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Friday, October 01, 2004
First Day Of The Month


It's the first day of the month of October. Puasa start 15 October ni. Tak sabar nak berpuasa. Mak aku plak dah start buat kuih raya utk certain ppl yg order. Setiap tahun mak aku kena hasilkan 80 - 100 balang kuih raya per day starting this Monday sampai la hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Memang ramai gile org beli kuih/biskut mak aku nih. Sesapa nak order, bleh la kasitau aku. Aku bleh kasi sample biskut tu. Sedap wooo. Tak caya nanti try. Kalau nak order, cepat skit. Nanti habis org tempah. Nanti aku posting about biskut ni secara detail ok?...:D

Pada sebelah malamnya plak, bebudak Clique aku melepak kat rumah Fariq kat Gombak...ada agenda tgk DVD ramai2 dgn TV Plasma baru diorang. Kitorang tgk citer GRIND. Best gak...pasal skateboarders. Memang respect la diorang. Takde la poyo macam most skaters kat Malaysia. Hehe...Kul 2am, gerak gi mapley dekat Danau Kota. Lepak situ sampai kul 3am, pastu balik...esok aku kena bangun pagi!..Huwarrghh!!


Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Thursday, September 30, 2004
Harga Minyak Naik Lagi...



Pilihanraya baru lepas. Budget 2005 pun baru lepas. Dengan janji-janji yg aku taktau sama ada boleh pakai ke tidak, kita hanya mengambil sikap tunggu dan lihat. Budget 2005 telah memberikan kesan positif terhadap sesetengah golongan pekerja di Malaysia. Terdapat peningkatan dari segi elaun dan gaji dan juga bonus. Ini merupakan suatu petanda positif bagi mereka yg bakal menerimanya. Dan tidak lupa juga, Perhimpunan Agung UMNO baru sahaja berakhir. Perhimpunan itu berakhir dengan wajah-wajah barisan pemimpin yg baru dalam UMNO dan juga segala perbincangan telah dibincangkan sesama ahli-ahli UMNO.

Sebaik sahaja ianya berakhir, kenaikan harga minyak di Amerika Syarikat semakin meruncing. Harga minyak di US telah naik sehingga mencecah USD$50 setong. Ini telah memberikan kesan terhadap keadaan ekonomi di seluruh dunia terhadap kenaikan harga minyak. Aku taktau la negara lain camna, tapi Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak yang utama di dunia. Malaysia menjual minyak kepada negara-negara lain. Minyak yg diproses di sini merupakan minyak untuk kapal terbang. Kualiti minyak yg digali dari dasar laut merupakan kualiti minyak khas untuk kapal terbang.

Jika Malaysia adalah negara pengeluar minyak, aku tak faham kenapa kita perlu naikkan harga minyak? Walaupun kita menjual minyak untuk kapal terbang dan membeli minyak untk kereta dari negara lain, tetapi kita menjual minyak kapal terbang dengan harga yg tinggi kerana ianya berkualiti dan khas untuk digunakan oleh kapal terbang sahaja. Apakah alasan Malaysia untuk menaikkan harga minyak?

Dalam kenyataan akhbar, mereka mengatakan bahawa Singapura juga menaikkan harga minyak. Kenapa perlu bandingkan Malaysia dengan Singapura? Adakah Singapura merupakan negara pengeluar minyak? Mereka juga membandingkan dengan negara-negara yg bukan pengeluar minyak. Ini adalah salah satu alasan yg bodoh. Mesti la diorang naikkan harga minyak sbb diorang tak produce minyak. Lagipun gaji pekerja kat Singapura berapa ribu. Kebanyakan drpd mereka mampu. Kita kat Malaysia gaji tak setimpal dengan kenaikan harga minyak.

Di UK, minyak petrol berharga 70p - 80p seliter. Di sana, ianya bagaikan 80 sen sahaja seliter. Gaji pun setimpal dengan harga minyak.

Dan sekarang, harga minyak petrol di Malaysia naik sebanyak 5 sen, menjadikan minyak jenis RON97 (unleaded) naik kepada RM1.42 seliter untuk semenanjung, RM1.40 untuk Sabah & RM1.41 untuk Sarawak bermula pada hari Jumaat, 1 Oktober 2004. Harga minyak jenis RON92 pula naik kepada RM1.38 seliter. Harga minyak diesel pula naik kepada 83 sen.

Dengan kenaikan harga minyak ini, ia akan membawa kesan kepada kos perniagaan tempatan. Sudah tentu harga barang mentah akan naik. Bila dah naik, harga takkan turun. Bila semua naik, gaji plak tak naik! Lepas ni, semua peniaga akan menaikkan harga barangan yg mereka jual jika ada sangkut paut dgn minyak. Tapi aku rasa, memang semua ada sangkut paut dengan minyak.

Sampai bila harga minyak nak naik eh? Setau aku, ada orang dah cipta engine dengan menggunakan air sebagai ganti utk minyak petrol. Bila nak commercialize kan eh? Mungkin dalam 100 tahun lagi?



Posted at 11:33 pm by irwandy
(7) Comments  

Wednesday, September 29, 2004
Surat Cinta yg Hampeh!

Entry kali ni aku nak paste something yg aku dpt through email...rasanya penah dpt dulu...mmg hampeh gile...sape la yg buat surat camni..wahahhaha...

Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil.Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite resit paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je.Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks,kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend.Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun.Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite,kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar,nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain,kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya  kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30.Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom.Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium... tengok ikan emas tengah romen.

13. Kite rosakkan headphone walkman ayang, kite ganti satu discman baru.Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,member ayang ketawakan ayang.

16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang,kite gak yang tido kat sofa.

17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun.Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau.30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.


wahahahahah...lawak lawak lawak...memacam btol skang nih...ahahahahh...

Anyway, masuk website ni...cool gile...

http://www.big-boys.com/articles/twomonkeys.html

Two Shadow Monkeys...lawak gile and kotor skit la...haha..be open minded ok?..:


Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Tuesday, September 28, 2004
Bosan!


This is not me!...Hari ni aku dok rumah je sepanjang hari. Tak keluar langsung. Menyiapkan keje-keje yg pending. Nak siapkan FYP aku, tapi tade idea plak. Hmmm...sejak aku masuk dunia blogging ni, aku dapat ramai kenalan baru. Yeah, all of you!...hehe...Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini dan terima kasih kerana menjadi kawan aku. :D

Aku ingat hari ni nak gi festival teater kat MTC. Tapi kepala aku pening sgt. Maybe esok lusa la kot. Cik Langsat kita ni heran aku takde kat MTC semalam. Nape ko heran langsat?...Aku semalam bz skit. Lagipun aku tatau korang nak gi..hehe...nanti nak gi lagi ajak la aku eh?...Tapi depends gak, ada reason aku malas gi MTC...just takut..eheh..;)..

ermm...di manakah cahaya yg pernah menyinari hidupku sewaktu dulu? Ianya kian menghilang dan menghilang. Tapi apakah maksud di sebalik itu semua? Aku dapat rasakan bahawa jawapannya akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Aku tatau kenapa aku rasa camtu, tapi ianya makin dekat! Seolah ada suatu sinar akan muncul tapi taktau ianya datang macam mana. Mungkin ianya hanya perasaan normal aku kot? Ntah la...Just wait and see...


Posted at 11:33 pm by irwandy
(5) Comments  

Next Page]