Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< September 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, September 22, 2004
Ada Apa Dengan Kisah Silam? (AADKS)

Wednesday, 22nd September 2004

Kadang-kadang, aku terfikir mengapa ada sesuatu perkara yang terjadi mengakibatkan diri kita menjadi lemah, jatuh gedebuk dan macam-macam kesan buruk lagi yang tak sanggup aku nak cakap. Hari demi hari, kita terfikir apakah dosa kita sampai jadi begitu sekali. Tetapi lama kelamaan, kita semakin mendapat jawapan terhadap perkara buruk yang telah berlaku. Jawapan itu kebanyakannya mempunyai kebaikan daripada keburukan. Dan pada masa ini juga, kita boleh berfikiran secara rasional.

Semua orang mesti pernah cakap, "ahhh...menyesal aku tak buat camtu dulu"...aku pun penah, sapa yg tak pernah ye tak? Kita mana boleh menyesal dengan apa yang terjadi kan? Orang kata, just anggap itu ketentuan daripada Allah SWT. Kita hanya perlu memandang masa depan. Usah dikenang kisah silam. Tapi tu yang payah nak buat! Kisah silam merupakan penyebab kita melakukan perkara yg kita lakukan sekarang ini. Bila kita buat sesuatu, sure kita ingat perkara silam. Cakap mmg senang la kan? Korang paham ke tidak ape yg aku cakap ni? Aku sekeh kang kalau tak paham...hehe

Tapi kan, kisah silam tu juga yang membawa kita kat mana kita berada skang. Contohnya, kalau kita dulu pernah bunuh orang depan polis, sure skang ni kat penjara...hahahahahahhh...dan kalau kita dulu bleh kawal diri utk tak bunuh orang tu...sure skang ni kita jalani life cam biasa...bukan dalam penjara!...hahaha...contoh yg simple dan bangang kan?...huhu...Itu je la contoh yg dapat aku jelaskan skang ni. Menda ni senang je, apa yang kita dah buat, berani tanggung la kan. Jangan nak menyesal plak. Sapa suruh main taram je dulu kan?

Contohnya, jangan la plak korang dulu merayu gile babi, sampai terpaksa lakukan perkara yg korang rasa tak sepatutnya korang lakukan, pastu skang ni korang buat tak endah plak. Jangan lak menyesal dgn apa yg dilakukan. Kalau itu sahaja jalan yang ada dalam kepala otak, jangan la plak nak gunakan orang lain kan? Jangan plak dah gunakan orang lain, pastu buat jahat plak. Main lari je tinggalkan masalah camtu je. Memang sial la kan?...

Kalau orang lain buat jahat kat korang plak, jgn plak korang marah or tension or benci ke ape ke...fikir balik apa menda jahat yg korang dah buat kat org lain. Menda ni senang je, kalau korang start dulu, of course la menda tu bleh jadi teruk. Kalau korang tak start dulu, sure ok skang ni. Simple as that. So, kalau menda ni berlaku kat korang, korek balik segala information and identify titik permulannya di mana dan pada sape. Ini bukan nak tujukan kesalahan pada sesapa, just nak tau sapa yg memetik api tu dulu. Kalau tak sedar lagi, aku tatau la camne nak cakap.

Kesimpulannya, Majulah Sukan Untuk Negara. Malaysia Boleh!



Posted at 11:33 pm by irwandy
(3) Comments  

Tuesday, September 21, 2004
Akhirnyaaaaaaaaaaaa

Tuesday, 21st September 2004

Setelah 2 tahun berada di kolej APIIT (utk org yg tatau, APIIT stands for Asia Pacific Institute of Information Technology...bertempat di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil)...Tadi merupakan class yang terakhir untuk course degree yg aku amik ni. Yeahhhhh...Akhirnya aku dah nak habis degree. Skang ni tinggal nak hantar coursework & final year project. Exam plak on the 4th October...InsyaAllah kalau project semua ok, 12 December 2004 ni konvo!...

Petang tadi gi LowYat plaza...survey PC & notebook...ayah aku nak sgt notebook...aku plak nak desktop PC je...senang buat keje & main game...belek punya belek, ayah aku berkenan kat Sony Vaio notebook...mmg gempak gile la...smart habis..harga pun smart..hahahah...saje je survey dulu...aku plak, gi survey desktop pc...aku just nak beli CPU je...belek punya belek...mak ai..over budget plak...tapi aku rasa boleh la tu kot...aku tgh tension PC aku skang ni takleh main The Sims 2, Doom 3 dan game lain yg sewaktu dengannya...PC ni plak makin lama makin lembab...maklum la dah 3 tahun dah PC ni...nak buat project aku ni pun byk error kat PC ni..geram aku...laptop aku pun sama...time tgh syok buat project bleh buat hal plak...

Ayah aku pun ckp, baik beli notebook sony vaio tu dulu...bleh aku guna dulu utk habiskan project aku pastu kasi dia balik...desktop pc tu dia suh beli lepas raya...wahhh...biar betul...bleh beli dua-dua...tapi aku tau trick ayah aku nih...bila dah beli notebook, lepas raya sure cakap lain..hehehe...nanti tak dapek lak nak merasa main Sims 2...tapi tgk la rezeki camne...mana yg mampu, itu aje la yg dpt...

Pagi tadi tgk match Man Utd vs Liverpool...ishkkk...teruk gile Liverpool main...byk sgt kasi bola kat Man Utd...defender Liverpool dah kebal, tapi bila set pieces je, tade sape jaga Silvestre tuh..hmm...Steven Gerrard injured...ade broken foot...Man Utd main ganas gile...ade player Liverpool lain yg hampir injured...tak heran la Liverpool kalah dgn Man Utd..2-1...


"I've been waiting, I've been searching
In the shadows for my time
I've been searching, I've been living
For tomorrows all my life..."




Posted at 11:33 pm by irwandy
(4) Comments  

Monday, September 20, 2004
Sad & Shocking Story!

Monday, 20th September 2004

Just wanna share this story with you guys...pls read it okay?...

A police officer had a beautiful daughter, who fell in love with a boy who was an ordinary poor person. When the gals father came to know about their love, he did not like it at all, and so began to protest about it. Now it happened that the two lovers left their homes for a happy future. The gal's father started searching for the two lovers but they could not find them.

At last, he accepted their love and asked them in a newspaper to come back. Her father said that if u both come back i will marry u wit the guy u luv, i accept that u loved each other truly. So in this way their love won and the age old attitude of the tribe took a beating.The couple went to the city for shopping for the wedding.He was wearing a white traditional dress, and was crossing the road when a car came and hit him and he died on the spot. The girl lost her senses. After a long time she recovered and accepted that her love has died.

One night she was sleeping in her home with her family. Her mother had dream in which she saw a fairy. That fairy asked her mother to wash the blood spots of the guy from her daughter's clothes as soon as possible.

But her mother ignored the dream. Next night the father saw the same dream, he also ignored it. Then when the girl had the same dream the next night, she woke up and told her mother about the dream. Her mother asked her to wash the clothes on which there were blood spots. She washed the spots but some remained. Next night she again had the same dream & she again washed the spots but some still remained. Next night she again had the same dream and this time that fairy gave her last warning to wash the blood spots, else something terrible will happen.This time the girl tried her best to wash the spots, the clothes tore, but some spots still remained.

In the evening on same day when she was alone, someone knocked the door,when she opened the door she saw the fairy at the door. She got very scared and fainted. The fairy woke her up..., and gave her an object,That awe-struck girl asked "what is this..? to which the fairy replied...





"..... Cubalab FAB Buku Baru!!!...pasti hilangkan kotoran degil ....."



Posted at 11:33 pm by irwandy
(2) Comments  

Sunday, September 19, 2004
Gerimis Mengundang

Sunday, 19th September 2004

Sepanjang hari ni aku dengar lagu ni je...hmmm...mmg ada kaitan dgn hidup aku...damn damn damnnnnnnnnn...


Slam - Gerimis Mengundang

Ku sangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis
Rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina
Kau lakukan...

Sia-sia ku korban selama ini
Jika kasihku jika hatiku
Kau guris ohh ohh oh ohh...
Dalam tak sedar ku menangis...


Posted at 11:33 pm by irwandy
Comments Please  

Saturday, September 18, 2004
Doa Untuk ........

Saturday, 18th September 2004

Bismillahirrahmannirrahim...

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku, adik beradik ku, seluruh ahli keluarga dan saudara mara ku, rakan-rakan ku dan seluruh umat Islam di dunia ini. Ampunilah segala dosa-dosa ku. Berikanlah hidayah Mu agar aku dapat menyelami dan menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang beragama Islam yang sejati.

Ya Allah,
Dugaan demi dugaan telah Kau berikan kepadaku. Aku pasti, ada dugaan yang lebih besar akan aku hadapi. Aku percaya, setiap dugaan yang Kau beri ada maksud tertentu. Aku hanya pasrah menghadapi dugaan demi dugaan yang amat perit untuk aku lalui dan menerimanya dengan redha. Aku hanya memohon agar aku dapat melalui segala dugaan Mu ini dengan penuh tabah.

Ya Allah,
Suatu masa dahulu, aku pernah berdoa padaMu agar dia dapatkan kembali kehidupan normalnya supaya dia hidup dalam penuh kegembiraan, keceriaan dan kebahagiaan di samping keluarga & rakan-rakan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang sejati. Aku juga pernah berdoa padaMu sambil menitiskan air mata agar segala keperitan yang dia sedang alami berpindah kepadaku untuk kami tempuhi bersama. Sesungguhnya aku tidak sanggup melihat dia menderita.

Ya Allah,
Ternyata Kau telah memakbulkan doa ku itu. Kini, dia bahagia, gembira, ceria dan dapat menjalani kehidupan normalnya dan menjadi lebih kuat dan bersemangat untuk hidup. Aku gembira melihat dia berjaya mencapai apa yang dia impikan selama ini. Walaupun pahit untuk aku menerima keadaan yang telah berlaku sepanjang setahun yang lepas, aku tetap redha dan pasrah dengan apa yang terjadi. Namun, aku tetap gembira kerana doa ku dimakbulkan. Aku juga berasa gembira kerana Kau telah memilihku untuk berjumpa dengannya, memimpinnya dan akhirnya terpaksa melepaskannya walaupun perit untuk aku terima. Aku hanya menjalankan tugasku sebagai hamba Mu dan juga sebagai seorang manusia berakal. Walaupun hanya untuk seketika, keadaan itu telah membuka sebuah lembaran kehidupan baru yang lebih mencabar. Keadaan itu juga telah membuka lagi mindaku supaya aku menghayati erti kehidupan yang sebenar.

Ya Allah,
Sesungguhnya segala perlakuanku yang negatif terhadapnya selama ini tidak aku sengajakan. Ianya adalah lumrah dunia apabila seorang manusia yang emosinya tidak menentu mengakibatkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh orang lain dilakukan manusia itu. Aku sedar akan segala kesilapan dan dosa-dosaku. Sekiranya masa boleh dikembalikan, aku ingin perbetulkan segala apa yang terjadi agar aku juga bahagia dan gembira sepertinya dan bersamanya. Aku memohon peluang untuk menjadikan diriku bahagia seperti waktu dahulu.

Ya Allah,
Jika dia adalah jodohku, berikanlah ku peluang dan tunjukkanlah caranya agar dapat kembali kepadanya. Jika dia bukan jodohku, buangkanlah segala perasaan yang aku rasa terhadapnya pada waktu ini supaya aku dapat melupakannya terus dari minda dan hatiku. Tutupkanlah pintu hatiku untuknya jika dia bukan jodohku.

Ya Allah,
Perasaan cinta terhadap seorang perempuan telah ku rasai dan masih aku rasai. Tetapi tidak untuk kaum perempuan yang lain. Seolah-olah pintu hatiku telah ditutup rapat untuk yang lain. Aku tidak mengerti mengapa ianya perlu jadi begini. Aku tidak dapat menyintai orang lain selain dia. Namun, aku hanya berserah padaMu sekiranya ada jalan ke arah kebahagiaan untukku.

Ya Allah,
Bangkitkanlah diri ku ini. Buangkanlah segala sifat negatif yang ada pada diriku ini. Berilah pedoman untukku jalani kehidupan yang mencabar ini. Tingkatkanlah kesabaranku. Berikanlah ku semangat untuk meneruskan hidup kerana segala kekuatanku telah ku berikan kepada dia. Namun begitu, aku bersyukur kerana aku masih berdiri tegak walaupun seperti manusia tanpa roh.

Amin...


P/S : Sebuah doa untuk seseorang berdasarkan kisah yg sebenar...jikalau tidak suka membacanya, toksah baca. Ianya lahir dari hati naluriku sendiri walaupun terpaksa menitiskan airmata.

Posted at 11:33 pm by irwandy
(8) Comments  

Next Page]