Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< March 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, March 10, 2005
Mencari Sinar : Episod 11 (Epilog)

...2 tahun kemudian...

Andy mengemas meja pejabatnya dengan kelam kabut. Macam ada sesuatu yang hendak dikejarnya. Amir pula hanya memandang sambil menggeleng kepala lalu menyambung kerjanya semula. Andy cepat-cepat mengambil laptop nya dengan keadaan yang kelam kabut lalu terjatuh pula laptop nya.

"Apahal nya kau ni Andy? Nak kata bini kat rumah nak bersalin, kau tak kahwin lagi." Amir menegur.
"Takde apa la Amir. Tengok jam dah pukul berapa. Nanti traffic jam pulak. Kau takpe la. Rumah dekat. Ok lah, aku balik dulu." Andy memberi keterangan.

Andy pun menuju ke keretanya dan terus memecut laju meninggalkan pejabatnya di Putrajaya. Andy ingin cepat pulang ke rumahnya di Ampang. Dalam perjalanan pulang itu, tiba-tiba...

Trooootttt trroooottttt...Handphone berbunyi...

"Hello kawan!" Kedengaran suara Shah di talian.
"Hellooo...apa cerita?" Andy menjawab.
"Takde ape cerita la. Aku nak ajak kau nih."
"Ajak ke mana? Kau ni bila ada plan baru nak ajak aku." Andy mengusik.
"Alaaa, ni plan baik punya ni. Kau mesti nak ikut punya." Shah membalas.
"Ok ok, bagi la tau cepat. Aku tengah drive ni."
"Aku, Din dengan Bad nak keluar gi makan lepas Maghrib karang. Jom la join." Shah mengajak.
"Ohhh, gi makan. Ok, aku no hal. Kat mana?"
"Aku taktau lagi, nanti aku kasitau kemudian. Kau bawak la awek yang hari tu. Cun siot. Rindu lak aku kat dia. Kenapa kau tak tackle je dia?"
"Ohhh, Nureen tu ke? Dia busy la. Buat apa aku nak tackle dia kalau aku takde hati kat dia. Lagipun aku tak ready lagi nak commit." Andy membalas.

Bukannya Andy tidak mahu seorang teman wanita untuk menyayangi dan disayangi. Siapa taknak? Jauh di sudut hati, teringin juga tapi bagi Andy, masa sekarang perlu dipenuhi dengan kerjaya. Lagipun, pintu hatinya tertutup rapat akibat peristiwa pahit yang dulu. Nureen sebenarnya adalah kawan baik Andy. Mereka menjadi rapat sejak mereka bertemu ketika masing-masing sedang mengalami masalah yang sama iaitu ditinggalkan kekasih lama mereka. Sejak itu, mereka menjadi rapat sehinggakan semua orang ingat Andy dan Nureen mempunyai apa-apa hubungan lebih dari seorang kawan. Tetapi, mereka tahu batasan mereka.

Selepas meletak telefon, Andy terus memandu dan menuju ke rumah. Sampai di rumah, Andy merehatkan diri di kerusi malas sambil menonton TV lalu Andy terlelap. Kemudian, terdengar azan Maghrib berkumandang memecah kesunyian untuk menyeru umat Islam mendirikan Solat Maghrib. Andy cepat-cepat mandi dan mengambil air wuduk lalu mendirikan Solat Maghrib. Kemudian, Shah telefon lagi.

"Ok Andy, kita jumpa kat Madam Kwan, KLCC kul 8.15pm sharp!"
"Ok Shah, sapa lagi yang ada? Takkan kita berempat je?"
"Haaa, tu yang kau taktau. Nanti kat sana baru kau tau sape ada. Haha."
"Iye lah tu. Dah, jumpa kat sana je. Aku tengah nak bersiap nih. See ya!"

Andy menghidupkan enjin keretanya lalu bergegas ke KLCC. Perjalanan ke KLCC mengambil masa 10-15 minit. Sampai sahaja di Madam Kwan, Shah, Din dan Bad sudah sampai. Mereka berempat pun masuk ke Madam Kwan dan Andy ikut sahaja di belakang Shah. Kemudian Shah memberi isyarat tangan kepada 4 gadis bertudung di meja yang telah ditempah. Andy pun terkejut lalu Andy berbisik pada Shah...

"Uishh..sapa ni Shah? Tak pernah jumpa pun."
"Ni yg aku nak bawak jumpa ni. Meh aku kenalkan. Din dengan Bad dah jumpa. Kau je blom aku kenalkan lagi."
"Ok."

Shah pun memperkenalkan Andy kepada 4 gadis-gadis manis tersebut.

"Ok girls, this is Andy. Andy, this is Farah, Aisyah, Nadia and Najwa."
"Hi!" Aku melambai.
"Hi Andy!" Mereka membalas.

Andy seperti terpegun bercampur terkejut apabila melihat Nadia.

"Apesal aku rasa lain macam je ni. Tapi aku macam pernah nampak Nadia ni tapi kat mana agaknya. Muka dia, perwatakan dia, macam pernah aku kenal" Bisik Andy sendirian.

Lalu Andy, Shah, Din dan Bad duduk di depan 4 gadis tersebut. Kebetulan pula Andy duduk betul-betul di depan Nadia. Andy tiba-tiba rasa tak keruan apabila duduk di depan Nadia. Nadia pun menyapa Andy...

"Andy, you ok ke tak? Nampak lain macam je, relax lah. I don't bite. Hehe."
"errr...I ok je. Just that terkejut bila Shah buat surprise macam ni."
"Ohhh...pemalu eh?"
"Ehh...tak ah..bukan pemalu, tapi biasa la, bila baru jumpa mmg I camni...hehe"
"Ohh..I paham..ala, borak-borak la macam biasa...so, tell me la about yourself."
"errr...like A/S/L ke?...hehe"
"Ehh...buat lawak tak malu pulak ye...haha.."

Tiba-tiba Shah bersuara...

"eh eh...Andy and Nadia berborak berdua je ke, tau la duduk kat hujung. Stok berborak ye, alang-alang tu, pegi la duduk berdua kat meja lain. Hahaha.."

Andy dan Nadia tersenyum simpul. Yang lain pula tergelak.

"Hampeh punya Shah. Nak kenakan aku pulak ye. Dah la buat surprise dengan awek-awek yg lawa nih. Mana la aku tak terkejut. Aku ngorat semua kang marah lak." Andy berbisik sendirian.

"Eleh Shah ni. Jealous la tu. Nasib baik datang ramai-ramai. Kalau tak, kitorang dah dok kat tempat lain dah. Hahaha." Nadia membalas.

"erkkk...halamak..malunya aku." Andy tersenyum malu. Andy tahu Nadia hanya bergurau. Tapi malu juga rasanya dia.

Semua orang tergelak tengok Andy dan Nadia. Masing-masing malu di depan makanan masing-masing. Andy buat-buat seperti tiada apa yang berlaku dan terus menjamah makanan yang dipesan tadi. Kemudian, mereka berbual-bual sehinggakan tidak sedar Restoran Madam Kwan sudah mahu tutup. Mereka pun keluar dari restoran tersebut. Shah belanja. Kemudian Shah menyapa aku...

"Andy, kau boleh tolong hantar Nadia balik tak? Aku nak hantar Najwa, Aisyah & Farah. Nadia tu duduk dekat je dengan kau. Boleh la eh?"
"Huhhh?...damn it. Kau ni nak kenakan aku dengan dia ke? Hampeh btol." Andy menjawab.
"Alaaa...be gentleman la. Lagipun aku tengok kau bukan main mesra dengan dia tadi. Hehe. Dah, gi hantar anak dara tu balik. Jangan serong pulak." Shah mengarah.

"Ok laaa. As you wish."
"errr Nadia, Shah mintak I tolong hantar you balik. You dok kat mana?"
Andy bertanya.
"errr, I dok kat Taman Melawati. Tak susahkan you ke? I boleh balik naik LRT je."
"Ehhh, takpe-takpe. I hantar you balik. Rumah I pun tak jauh. Kat Ampang je. Rasa tak sedap hati lak kalau you balik sorang-sorang naik LRT. Come on. Nanti Shah marah I pulak."
"Ok Andy. Jom!"


Selepas bersalaman dengan semua orang, Andy dan Nadia meminta diri dulu. Dalam perjalanan menghantar Nadia, mereka berbual-bual seperti sudah lama berkawan. Andy pula makin lama makin berdebar. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa ada perasaan begitu. Kali terakhir dia rasakan begitu ketika dia bersama dengan bekas girlfriend nya. Andy buat tidak tahu dengan perasaan itu dan terus memandu sambil berbual dengan Nadia.

Sedang mereka berbual, sewaktu hendak sampai di rumah Nadia, dengan sepantas kilat Andy mem'brek' keretanya secara tiba-tiba...


### - to be continued...

Posted at 12:00 am by irwandy
(9) Comments  

Wednesday, March 09, 2005
FORCE OF NATURE


"I AM A FORCE OF NATURE" is our rallying cry. It is a campaign to educate and empower people throughout the world with the belief that every individual can make a diffrence in the long-term aid of tsunami-affected countries. The centerpiece of this effort is a multi-artist benefit concert aimed to raise funds and motivate a worldwide audience to act now and continue to do so for the years to come. This year, Force of Nature Concert for Tsunami Aid will take place Friday, March 18, 2005 at Stadium Putra in Kuala Lumpur, Malaysia.

Artist line-up (Backstreet Boys, Boyz II Men, Black Eyed Peas, Lauryn Hill, Wyclef Jean, more artists to be announced)

For more information log on to http://www.forceofnature.org

Ticket Price
Category A - RM552
Category B - RM352
Category C - RM242
Category D - RM182
Category E - RM82

*Courtesy of Axcess


### - So, who's going? Maybe I'm going!!!...Boyz II Men dudeeee...I'm one of their fanatic fans...;)

### - My fotopages updated!

Posted at 12:10 pm by irwandy
(4) Comments  

Tuesday, March 08, 2005
My new Sony Mini DV Handycam

Guess what? I just bought this mini dv handycam last weekend. After a few weeks of head scratching whether to buy Olympus Stylus Digital 500 digital camera or the new Nokia 6630, finally I chose this mini dv. Hahaha...It's a Sony Mini DV Handycam DCR-HC90. 3.0 Megapixels. Touch screen & wide screen mode. It's a viewcam & digicam, two in one. It's a real bargain. With the item, I got the original sony viewcam bag, a nice tripod, 128mb memory stick, a cleaner kit, 7 mini DV cassettes and UV lens protector. Anyway, this is my first video camera ever. Before this tak pernah beli. Hehe...

The design of this mini dv makes it easy to handle and to hold. The picture quality is superb. I haven't convert the video to my PC yet coz I don't have any video capture card such as Pinnacle or Snazzi software/card. Maybe I'll buy it later. Can't wait to do some editing project!

Now I'm broke at the early of the month! Haha...but puas hati. I bought it as a birthday present for myself this 16th March. Hahaha...beli hadiah utk diri sendiri.

And some more, I might be going to USA end of this year for holiday! Yeayyy!!! Bleh record video banyak2! Memang tepat la beli menatang nih. But dunno yet whether nak gi Las Vegas or Orlando, Florida. InsyaAllah. Parents aku nak gi Las Vegas. Aku lak nak gi Orlando. Las Vegas baru je gi last 4 years. A bit bored I would say. Bukannya aku bleh berjudi pun. Hahaha! Orlando pun penah gi tapi that was 10 years ago. But it's really fun. Ada Disneyworld with 3 theme parks, Universal Studios and so much more. Dulu pegi sana, 2 minggu pun tak cukup. Alang-alang dah sampai Orlando tu, bleh drive sendiri gi Miami. Lalu kat Miami beach to see...you know...hahaah...:p. Just kidding. Well, wish to go there at the end of this year. Amin!

### - My dream...to travel around the world...

Posted at 04:12 pm by irwandy
(20) Comments  

Monday, March 07, 2005
Relationship : Not Ready?

"Saya tak bersedia untuk any serious relationship walau dengan sesapa pun. Saya suka dengan status single buat masa sekarang."

Mungkin kita semua pernah hadapi perkara ini. Mungkin ada di antara korang semua pernah menyatakan kepada seseorang bahawa korang belum bersedia untuk hubungan yang serious atau dalam erti kata lain, ber"couple". Tak pun, korang mungkin pernah diajukan ayat-ayat seperti itu oleh seseorang. Bagi sesetengah orang, mungkin ianya amat perit untuk diterima. Ada juga sesetengah individu yang menganggap bahawa ianya merupakan satu permulaan yang baik sebelum menjalinkan hubungan yang lebih serious.

Oleh itu, saya hendak bertanya kepada semua pembaca. Tak kisah lelaki mahupun perempuan. Apa yang korang akan lakukan sekiranya diberitahu ayat sebegitu rupa oleh seseorang? Ataupun apakah tindakan yang seterusnya sekiranya korang yang cakap ayat sebegitu rupa kepada seseorang? Apakah niat korang bila cakap camtu? Apa sebenarnya yang buat korang tak ready?

Dan bagaimana pula kalau korang yg tak sedia tapi you feel like he/she's the one for you. A feeling that you like him/her so much tapi taknak jalinkan apa-apa hubungan buat masa itu. Dalam masa yang sama korang takut kehilangan dia. Dan mungkin juga apabila orang yg anda suka tu tetiba hilang, dan masa itulah korang rasa bersedia untuk proceed sebab dah rasa cinta.

Ada juga yang berpendapat bahawa mereka tak ready sebab kita bukan cinta sejati diorang. Kita bukan ditakdirkan untuk diorang. For them, love will grow from the very first time they meet each other. So, diorang berpendapat kalau perasaan cinta tu ada, baru diorang ready. Tapi ada juga yang saling sayang menyayanyi, cinta menyintai...tapi tak ready jugak. Ada juga orang cakap perasaan cinta tu boleh dipupuk walaupun pada mulanya berkawan sahaja. Camne eh?

As for me, terus terang saya cakap, saya mmg belum bersedia juga untuk any serious relationship. Mungkin sebab peristiwa yang lalu banyak menyedarkan saya bahawa jangan terburu-buru. Jadi, kalau saya suka sesapa pun sekarang ni, saya akan berkawan dulu. Just be myself. Tengok sejauh mana boleh saya dengan dia boleh pergi. Kalau dah jatuh cinta, secara automatic akan jadi ready! Tapi, walaupun hati saya dah terbuka kerana seseorang but still, don't wanna rush for a serious relationship. Kenal-kenal dulu. Relax and be cool dulu. That's my way. How about you guys?


### - When I fall in love, I'll take my time, There's no need to hurry when I'm making up my mind...You can turn off the sun, but I'm still gonna shine... - Jason Mraz - The Remedy

Posted at 01:07 am by irwandy
(21) Comments  

Sunday, March 06, 2005
Just a poem...

Walking through time looking for an answer
How can it be this way
What have I done, I just can't help but wonder
How everything could change
'Cause you've turned my world around

Since you came along,
After this love was found
It seems like we can't go wrong

Deep in my heart I know there's only you
And right from the start I always knew
I'll never let go 'cause I love ya so
I want you for the rest of my life

Some people search what seems to be a lifetime
To find a love like this,
And here we are with everything we've wished for
I've never felt such bliss

There comes a chance in everyone's life
And I believe it won't happen twice
Now since I felt the glory of love
I wish to spend forever and ever with you


Posted at 10:05 am by irwandy
(3) Comments  

Next Page]