Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< February 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, February 15, 2007
Ada Apa Dengan Semalam?

Firstly, talking about next week which is a long holiday for me, I don't know where to go. Mula2 plan nak gi Kuala Terengganu & Kota Bharu. Skang ni tgh survey hotels & bus tickets. Member2 pun ramai kat sana. On 9-11 March pulak, ada trip to Taman Negara naik bot. RM200 only. Murah gile. Tu pun tak confirm lagi nak gi sbb takut clash dgn company training nanti. Ishkkk...

And now, what I'm worried is how I'm gonna spend my one week wasted holiday. Dah la 3 days forced leave. Sangat merugikan. Aduiii..mana mau pegi ni...

Well well well...ramai juga bertanya pada aku, apa yang aku buat semalam on Valentine's Day?...Hehehe...apa punya soalan la...nothing much la..biasa2 je..but let me keep it to myself je la ok?... I already wrote about yesterday at my secret blog which only me and myself can read it.. ;)

Before I forget, nanti on 29th February 2007, jemput datang ke majlis perkahwinan aku eh.. :-

### - Glad that you're happy.. ;)


Posted at 11:34 am by irwandy
(9) Comments  

Tuesday, February 13, 2007
To All Credit Card Holders...

Pernah tak korang isi minyak petrol dengan swipe kad kredit kat pam tu? Mesti pernah kan? Cepat dan tak membuang masa. Just swipe and fill the petrol.

Tapi, korang tau tak once dah swipe kad kredit tu dan walaupun korang nak isi RM50 ke RM30 ke RM70 ke, bank akan terus charge kad kredit korang tu sebanyak RM150 on the spot. Katakan la dalam sebulan korang isi minyak dgn kad kredit dlm 6 kali. Sekali isi RM70. Korang bayar dengan swipe kad kredit tu. Jadi, RM150 x 6 = RM900. Padahal yang diisi hanya RM70 x 6 = RM420.

Bermakna, katakan balance kad kredit anda adalah RM3,000 out of RM4,000...dan untuk bulan tu, walaupun anda menggunakan RM420 worth of petrol, tapi bank akan hold amount RM900 sampai pihak bank hantar bil pada kita. Ini bermakna, balance anda tinggal RM100. So, jangan terkejut bila anda nak beli barang2 yg berharga lebih RM100 dengan menggunakan kad kredit tersebut, kad tu dah over limit. Mesti anda pelik macam mana boleh over limit padahal guna untuk petrol tak lebih RM500.

Tapi, bila dah hujung bulan, bil dah dihantar, pihak bank akan release semula baki kad kredit tadi. Sebenarnya pihak bank hold RM900 tu as safety precautions. So, baki kad kredit akan kembali normal semula dengan jumlah yang sepatutnya.

Jadi, untuk mengelakkan ini drpd berlaku, takyah swipe kat pam minyak. Anda boleh terus gi kat cashier dan bayar guna credit card di cashier di mana anda perlu sign. Kalau anda isi RM70, maka RM70 la yg akan bank charge pada anda sebab anda dah turun signature pada transaksi anda sebagai bukti pengesahan.

Sekian, trima sarkis...


Posted at 09:10 pm by irwandy
(8) Comments  

Monday, February 12, 2007
Sampai Menutup Mata - Episod Sebelas

...sambungan drpd Episod Sepuluh ...

"Yes Falina. What's up? Apa yang you nak pulak kali ni?" Ariel sengaja memberi kata-kata yang pedas.

"Wahh wahhh, macam tak suka je I call. Iye la kan. Orang tu baru dapat dream car dia la katakan. Mana nak tegur kita dah." kata Falina dengan sinis.

"Dream car? Huhh..sejak bila ntah. So, what's up Falina? Selalunya you call ni mesti ada apa-apa ni." kata Ariel.

"Ariel..Ariel..you still taknak maafkan I eh. It's ok. I understand." Falina mendengus dan terhenti seketika dan menyambung kembali.

"I just nak wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. This is our first time tak sambut raya sama-sama. So, it's kinda weird bila tiba Hari Raya ni. I just teringat kat you and I wonder how are you doing. Hopefully you're fine."

Mendengar penjelasan daripada Falina, Ariel menjadi pelik dan terus menjawab...

"I am fine. Don't worry about that. In fact, I feel really great. Thanks for asking and Selamat Hari Raya to you too. Maaf Zahir Batin. I dah lama maafkan you. It's just that I rasa tak selesa bila you call. Lagipun you dah nak kahwin dah. Nanti your future hubby marah you pulak sebab you call bekas tunang you nih."

"Dia takkan marah. He'll understand. So, I call ni pun sebenarnya nak cakap that I hope you can come to my wedding reception. It would be much appreciated if you boleh datang. Please come." kata Falina.

"Huhh? What makes you think that I should come? After all that happened before, you expect me to come? That's rubbish!" tempelak si Ariel.

"Well, kalau you tak datang, I take it as you still sayangkan I lagi. Kalau you anggap I ni kawan you dan dah takde apa-apa rasa lebih daripada seorang kawan, you akan datang. Amacam?"

Ariel terdiam. Dia terperangkap dengan kenyataan sebegitu rupa. Tidak dapat dinafikan bahawa jauh di sudut hati Ariel masih ada lagi perasaan sayang terhadap Falina walaupun sedikit. Tapi lama kelamaan rasa itu semakin pudar semenjak kehadiran Lisa dalam hidupnya.

"Tak boleh jadi ni..aku kena datang juga nampaknya." bisik hati Ariel.

"Ok Falina, as you wish. I akan datang with my partner." Ariel menjawab sambil teringatkan Lisa sebagai pasangannya yang akan datang bersamanya nanti.

"Glad to hear that. Ada partner? Ni mesti girlfriend baru."

"No lah. She's just a friend of mine yang tak pernah nak menggunakan I pun." jawab Ariel dengan sinis.

"Okay. So, hope to see you soon at my wedding. You just datang bawak badan je. Tak perlu nak bawak hadiah. Dah terlalu banyak hadiah you kasi kat I selama ni. I appreciate it a lot."

"Okay ya Ariel. I got to go. Nak gi shopping barang hantaran kahwin. Bye!"

Falina meletak telefonnya. Ariel pula masih geram.

"Huhhh..dia ni sengaja nak buat aku jealous. Tergedik-gedik nak kahwin!" bisik hati Ariel.

Ariel terus memandu ke arah Shah Alam untuk makan malam bersama Lisa. Sememangnya kehadiran Lisa dalam hidupnya membawa sedikit sebanyak kebahagiaan. Ariel mula berasa gembira semula seperti dulu. Apabila dia bersama Lisa, Ariel berasa sangat bahagia dan selesa. Ariel berasa pelik kerana tidak pernah merasai perasaan sebegitu rupa dalam masa perkenalan di antara mereka yang singkat itu. Disebabkan itulah Ariel ingin mengenali Lisa dengan lebih dekat. Ariel ingin mendapat tahu apakah makna di sebalik segala apa yang terjadi sebelum ini. Dulu semasa Falina memutuskan pertunangan mereka, Ariel masih bingung untuk mencari jawapan kepada persoalan "kenapa?" Dan adakah mungkin kehadiran Lisa ini akan memberi jawapan yang dicari-carinya selama ini? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Namun begitu, Ariel tetap tabah dan bersabar dalam apa jua hal yang terjadi. Dia hanya berserah sambil berusaha melakukan sesuatu dengan izinNya.

Ariel tersentak daripada lamunannya apabila melalui Projet Batu 3, Shah Alam. Dia agak terkejut sedikit kerana hampir tiba ke tempat yang ditujui. Hanya beberapa kilometer sahaja lagi. Ariel menyusur masuk ke kiri selepas stesen minyak Projet itu. Dan melalui depan Giant. Akhirnya Ariel sampai di depan Restoran Rafi. Ariel pun meletakkan keretanya di depan restoran itu.

"Nasib baik hari ni aku bawak Gen2 ni. Kalau tak, taktau aku nak jawab apa." bisik hati Ariel. Selalunya dia akan membawa BMW M5 ke pejabat. Tetapi pada hari ini entah kenapa dia terasa hendak membawa kereta "low profile" nya itu.

Ariel memilih tempat di sisi restoran yang beratapkan langit. Malam itu sungguh sejuk. Sangat selesa untuk berbual panjang di situ. Walaupun pengunjung restoran itu ramai, tetapi keadaan di sekeliling amat menyelesakan. Ariel menghantar SMS kepada Lisa untuk mengatakan yang dia telah sampai.

Tidak sampai lima minit selepas Ariel menghantar SMS, kelihatan Lisa sedang mencari-cari Ariel lalu Ariel mengangkat tangannya dan melambai-lambai kepada Lisa. Lisa ternampak Ariel dan tersenyum.

"Tak pernah aku tengok senyuman manis camni. Bikin bergetar hati aku ni." bisik hati Ariel.

"Hi Ariel. Sorry lambat. Biasa la, I ni bawak slow sikit." jelas Lisa sambil menarik kerusi untuk duduk di depan Ariel.

"It's ok. I pun baru je sampai. Order pun belum lagi. You lapar kan? Jap I panggil mamak tu..." kata Ariel sambil melambai ke arah mamak yang berdekatan dengannya.

"Teh O Ais satu.." Ariel dan Lisa serentak menyebut air mereka. Masing-masing berpandangan dan tersenyum. Mamak itu pun tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Kemudian mereka memesan makanan yang diingini pula dan mamak itu berlalu. Mereka berdua mula berbual.

"You suka Teh O Ais ya?" Lisa bertanya kepada Ariel.

"A'ah, it's my favourite." Ariel menjawab.

Mereka berdua tersenyum malu seolah-olah seperti baru sahaja berkenalan. Lisa pula diam membisu. Ariel pula memandang ke tempat lain lalu menyambung perbualan. Bermacam-macam topik mereka bualkan seperti bertanya tentang keseronokan berhari raya, kerja, kehidupan dan lain-lain.

"So Ariel, what's your latest news? Ada apa-apa yang interesting?" tanye Lisa.

"Nothing much. Macam ni je la. Enjoy being single for now. Senang sikit takde komitmen bercinta sebab I byk komitmen kat benda-benda lain."

"Ohh..sama la kita. I pun sibuk dengan kerja. Dah nak akhir tahun dah. Nak tutup akaun. Macam-macam kena buat. Nasib baik hari ni dapat balik awal." terang Lisa.

Mereka berdua diam semula. Tiada lagi topik agaknya untuk dibualkan. Tiba-tiba Ariel bersuara...

"Lisa, can I ask you something?" tanya Ariel.

"Sure..anything..go on.."

Ariel berfikir sambil menyusun ayat yang hendak dikatakan. Dia menarik nafas yang panjang dan terus bertanya..

"Apa yang akan you buat bila ada orang suka kat you atau ada orang nak kenal rapat dengan you lebih daripada seorang kawan?" tanya Ariel.

Lisa agak terkejut sambil menarik nafas yang panjang juga.

"It's just a general question. Kalau you tanak jawab, it's fine with me." jelas Ariel.

"Hmmm, susah nak jawab soalan tu sebab I pun taktau apa sebenarnya nak buat. Maybe I akan appreciate apa yang dia rasa. Kalau I pun suka dia, that's a different story la kan. I akan keep on berkawan dengan dia. Kenal hati budi masing-masing. I ni jenis taknak rush into things. Just go with the flow." Lisa menjawab dengan tenang.

"You takde rasa lain atau rasa tak selesa bila seseorang cakap suka kat you? Mungkin you akan jauhkan diri ke ape ke.." tanya Ariel lagi.

"Like I said, I akan tetap berkawan. Terpulang pada keadaan. Kalau I selesa dengan dia, buat apa I jauhkan diri kan? Lain la kalau dia buat I rasa rimas atau memaksa. Itu memang I akan jauhkan diri." jelas Lisa lagi.

"But what if that guy dari segi fizikalnya agak berisi atau chubby, pendek kata, memang agak besar badannya yang cakap suka kat you...or maybe orang yang kurus kering dan tak hensem nak kat you...camna?" tanya Ariel lagi.

"That doesn't matter. What matters most is his heart. Kalau rupa je hensem tapi hati busuk buat apa kan." jawab Lisa.

Ariel tersenyum memandang Lisa. Kemudian Lisa menyambung.

"Ada kawan I ni, boyfriend dia dulu gemuk. Takde la gemuk sangat tapi besar la jugak. Kawan I ni pulak memang lawa orangnya. Ramai peminat. So, kawan I ni terima boyfriend dia seadanya dulu. Bila dah bercinta, boyfriend dia start to lose weight tremendously. Kawan I tu pun kasi full support dan sentiasa di belakang boyfriend dia. And now, boyfriend dia dah kurus dan dah jadi handsome. Boyfriend dia kata, dia nak tengok kawan I tu boleh tak terima dia besar camtu. Dan kawan I tu pulak memang dia ikhlas bercinta dengan boyfriend dia without seeing his physical. Dan disebabkan keikhlasan kawan I tu, boyfriend dia tanam semangat untuk lose weight dan akhirnya berjaya. Ramai yang terkejut dengan perubahan boyfriend dia. Untung kawan I tu. Baru je kahwin last few months. So, kesimpulannya, tak kisah la fizikal dia camna pun, macam kawan I tu, itulah hikmahnya bila hati dah ikhlas." Lisa bercerita panjang lebar tentang kawannya.

"Memang untung kawan you tu. Kalau I pun, I akan uji cara begitu. Perempuan zaman sekarang ni pun memang banyak yang pandang rupa je. Bukan rupa je, harta pun sama. Hehehe. Jangan marah eh.." jawab Ariel pula.

"Tak semua perempuan camtu Ariel. Mungkin awak jumpa orang yang salah kot. Tapi takpe. Walaupun jumpa orang yang salah, you bernasib baik sebab tak jumpa diorang in your future. Let it be your past. So that you can learn from it." hujah Lisa pula.

Ariel tersenyum lagi. Dia suka benar dengan jawapan dan segala hujah yang Lisa berikan. Sudah lebih daripada jawapan yang Lisa berikan.

"Kenapa you tanya? Haaa...ni mesti you tengah fall for somebody ni..." Lisa menghidu sesuatu dengan airmukanya berubah.

"Hahaha...takde apa la Lisa. Saje2 tanya. Dan jawapan you memang bernas. I like the way you answer it. Tak ramai perempuan macam you ni. Untung la siapa yang dapat jadi husband you nanti." puji Ariel.

"Hishh...takde la Ariel. Apa yang I jawab tu pun biasa je. General answers for a general question. Hehehe. Anyway, what's your hobby? Anything that you like to do masa lapang ke ape ke?" tanya Lisa.

Ariel agak terkejut apabila Lisa bertanya soalan itu. Ariel teringat dengan kata-kata kawannya dulu yang kalau seseorang bertanya tentang hobi kita atau apa yang kita suka, bermakna dia berminat untuk kenal dengan kita yang boleh membawa ke arah perhubungan yang rapat. Ariel tersenyum dan terus menjawab...

"I suka motorsports. I like cars and bikes. Bukan kaki lumba la. Just suka je. I like music. I suka main music instruments like guitar, drums, keyboards. Itu pun kalau ada masa lapang. Sekarang ni sibuk sangat. Bila ada waktu lapang pulak, I suka travel. Tak kisah mana-mana but preferably luar Malaysia. I ni jenis suka bercuti di pulau. You pulak?.." jawab Ariel.

"Interesting hobby. I pun suka travel. Just that takde kesempatan je lagi for now. Kalau ada masa lapang pun skang ni, I suka tengok wayang je. Lepas tu window shopping. Biasalah, orang perempuan. Can't live without shopping malls. I also love to read whenever I'm free. Kalau kat rumah, I suka memasak. Boleh la masak sikit-sikit." jawab Lisa.

Sekali lagi Ariel tersenyum. Ariel ternampak sedikit ciri-ciri seorang perempuan yang dia impikan ada pada Lisa. Sekali lagi Ariel tertanya-tanya, "adakah dia orang yang dicari-cari selama ini?"

"Apa yang you termenung tu Ariel?" tanya Lisa sambil memandang Ariel yang sedang mengelamun jauh.

"Errr..takde apa. I just terfikir sesuatu je.." jawab Ariel selepas tersentak daripada lamunan.

"Hehehe..Ariel..Ariel...if you're free, wanna join me for a movie this weekend?" tanya Lisa.

Ariel terkejut dengan pelawaan Lisa. Tidak disangka Lisa akan mengajaknya keluar.

"Sure, why not. I pun takde buat apa-apa this weekend." jawab Ariel.

Lisa pula tersenyum dan jauh di sudut hatinya, dia gembira dengan jawapan Ariel. Lisa juga ingin mengenali Ariel dengan lebih rapat. Tiba-tiba Ariel bertanya lagi...


...to be continued...


Posted at 09:32 pm by irwandy
(10) Comments  

Wednesday, February 07, 2007
Beautiful Songs!

Currently listening to these songs. Beautiful songs!


Kaer - Izinkan Ku Pergi


sinaran mata cerita segalanya
duka lara terpendam memori semalam
tinggal segala cinta tiada kembalinya
abadi kasih kita kau bawa bersama
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

Chorus:
pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

tersemat jiwa setia bersamanya
cinta murni berdua beribu tahunnya
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

(ulang chorus)

pergilah sayangku bangunlah semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi

Nak lagu ni? Click HERE.



Jaclyn Victor & Rio Febrian - Ceritera Cinta

Jac:
bertanya sang bayu padaku
mengapa kau masih disitu
tiadakah jemu kau menunggu?
ohhh....

Rio:
dan buat seorang perindu
penantian hanyalah waktu
di kamus hatiku tiada istilah jemu
ohhh...

Jac:
hentikanlah saja jenaka bermadah
biasa terlalu sering ku dengar
ceritera cinta tiada berubah
hanya mimpi yang indah
akhirnya nanti kecewa

Rio:
bukalah sedikit hatimu
kenali siapa daku
perit ku pendam rasa hati
malu mengakui...oh..oh..

Jac & Rio:
hentikanlah saja jenaka bermadah
biasa terlalu sering ku dengar
ceritera cinta tiada berubah
hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
akhirnya nanti kecewa

Jac:
tanpa mahu mengakui kau pun dihati
diluar sedar kau ku rindui

Jac & Rio:
penantianmu/ku hanya ruang waktu
tiba masa kan terbukti cintaku

Jac & Rio:
tak mudah percaya pada pengakuan
aku dihatimu yang tersayang

Jac & Rio:
hentikanlah saja jenaka bermadah
biasa terlalu sering ku dengar
ceritera cinta tiada berubah
hanya mimpi (hanya mimpi)...yeah...yeah...
akhirnya nanti kecewa


Nak lagu ni? Click HERE.


### - My fotopages updated at http://irwandy.fotopages.com


Posted at 08:45 pm by irwandy
(7) Comments  

Sunday, February 04, 2007
My Week

              You make me happy :: Blue Lagoon @ Port Dickson 01/02/2007

I had some very hectic week with my works and editing my client's wedding album. I didn't manage to go to the gym at all. I feel so tired. And now, it's all over. I managed to finish the album and delivered to all clients. And now I'm freeeeeeeeeeeeeeee... :-D

On Thursday, it's a holiday for Wilayah Persekutuan & Selangor. So, I went to Melaka with someone.. ;) . Just to get out from KL. Untuk dapat ketenangan la kononnya. Hehe. As for me, I just wanna take a break from my workloads. So, we went to Melaka to eat Asam Pedas and jalan2 at Dataran Pahlawan. Then we moved on to Port Dickson to watch the sunset but matahari tak nampak langsung. We stayed there for 2 hours as ada orang tu dah 3-4 tahun tak tengok laut..hehe.. :. So, we went to Seremban to deliver my client's album. And rushed back to KL around 9pm. Pheeewww..it's very tired but fun. I am happy ... :) ...Awak, lain kali kita gi Cameron Highlands ok? Kita minum teh byk2..hahaha... :-D

On Saturday, me and my friends went to Putrajaya, in front of the Palace of Justice. And ada la orang tu jadi model aku. Hahaha. Thanks for being the model of the day. You have a beautiful smile & style and you do have the talent. Just need to brush up your posing style a little bit. Lepas tu mesti jadi Da Bomb! :-D ... I will teach you if you want allright? ;-)

As for this Chinese New Year, aku cuti seminggu or to be exact, 9 days! Force leave 3 hari. Gile byk. Aku tgh plan dgn colleagues nak gi Penang or Kota Bharu. Taktau la mana satu nak gi. We just want to spend our holidays yg merugikan itu drpd tak buat apa2 langsung. Ada orang tu nak gi Jakarta & Bali...uhukss..nak ikut!!!.. :

Oh ya. Nanti ada UMW Corporation Annual Dinner at Hotel Hilton Sentral, KL this 24th February 2007 on Saturday at 8pm. There will be some entertainment that night by Vince, Ezlynn and guess who?... Siti Nurhaliza! I will be the unofficial photographer kot. Hahaha. Sape nak jadi partner aku? Meh mehhh..

Masa aku masuk Subang Parade utk dinner semalam, aku tgk suasana jadi kecoh dlm tu. Aku tgk polis dan ramai org pandang atas. Aku nak makan kat Kenny Rogers. Sekali tgk, apsal banyak kedai tutup awal ni. Baru kul 8.45pm. Aku tgk dari bawah, ada org terbaring kat atas berdarah. Rupanya ada rompakan kat kedai emas Poh Kong & Tomei. Waiter kat Kenny Rogers tu cerita aku lambat 20 minutes. Kalau tak bleh tengok aksi filem hollywood. Guard & perompak main tembak2 kat depan orang ramai. Ramai orang yg bertempiaran lari. Ada yg trauma. Just imagine parking kereta kat Subang Parade tu penuh. Ramai gile org. Aku rasa ada masuk newspaper hari ni. Seorang guard mati. Satu lagi cedera parah. Kesemua perompak tu dah kena tangkap hari ni. Cekap betul polis Malaysia ni.

Hmmm. Baru2 ni aku dapat tau sesuatu yg tak pasti. Hmm..aku taktau nak buat camna. Seboleh-bolehnya aku taknak berada dalam situasi camtu lagi. Aku dah serik. Dan skang ni, aku taktau la apa yg aku nak buat. Just let it be. Just go with the flow. Itu yang terbaik aku rasa. Seelok-eloknya aku nak elakkan. Kalau ianya terjadi juga, bermakna ianya sudah tertulis dalam suratan hidup aku. Pasrahkan sahaja.

### - These are the moments, I thank God that I'm alive, I'll remember all my life. I've found out all I've waited for and I could not ask for more.


Posted at 08:37 pm by irwandy
(17) Comments  

Next Page]