Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, February 26, 2005
Mungkin Nanti - ND's version

Sebenarnya, lagu Mungkin Nanti dendangan Peterpan ini merupakan satu lirik yg agak sedih. Jadi, aku telah menukar liriknya menjadi sesuatu yang cukup sesuai dengan keadaan aku. Apa pendapat korang?


Mungkin Nanti - ND's version

Saatnya ku berkata
Mungkin yang terakhir kalinya
Ingin ku luahkan semua
Ku yakin inilah waktunya

Mungkin saja engkau hanyalah untukku
Mungkin saja rasa ini untukmu

Dan mungkin bila nanti
Cinta kan terjalin lagi
Kau buka pintu hati ini
Janganlah engkau pergi
Kau datang seperti mimpi
Seperti sinar mentari
Saat kau ada di sisi

Dan bila ku seorang diri
Kau lah yang s'lalu ku ingati
Kau buka hatiku seperti dulu
Ingin ku rasakan selalu

Dan mungkin bila nanti
Cinta kan terjalin lagi
Kau buka pintu hati ini
Oh janganlah kau pergi
Kau datang seperti mimpi
Seperti sinar mentari
Saat kau ada di sisi

Tak usah kau gusarkan lagi
Hati ini milikmu kini
Semua cinta yang kau cari
Semuanya ada di sini


Posted at 10:32 am by irwandy
(12) Comments  

Friday, February 25, 2005
SePeT

 
SEPET MEMANG BEST! Itu lah kata-kata yang aku luahkan lepas keluar daripada panggung wayang GSC di Midvalley semalam. Ternyata ramai penonton di dalam panggung semalam terhibur dan tersentuh dengan adegan-adegan dan jalan cerita filem Sepet ini. Sepanjang filem ini berlangsung, saya tak tahan nak gelak dengan lawak-lawak spontan dan juga lawak sinis yang mungkin akan membuatkan sesetengah orang terasa. Tapi itulah kenyataannya! Lawak yang penuh mesej dan bermakna.

Filem ini mempunyai mesej-mesej yang ingin menyedarkan kita semua terhadap kaum-kaum yang ada di Malaysia. Filem ini ingin menunjukkan keadaan sebenar di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sememangnya ianya adalah benar belaka. Aspek cinta & jalinan perkauman di dalam masyarakat Malaysia dapat kita lihat dalam filem ini.

Tak payah la saya nak terangkan jalan ceritanya. Baik anda semua pergi tengok sendiri. Nanti tak thrill pulak. A highly recommended movie to watch!

### - "How long does it take you to love someone?...Maybe in a minute...And how long does it take for you to love me?...Much less than that! ..."

Posted at 08:40 am by irwandy
(21) Comments  

Thursday, February 24, 2005
Akhirnya Aku Dapat Tau

Aku rasa amat bodoh. Kenapa aku boleh jatuh hati dengan orang macam dia. Aku dulu buta. Tak nampak the evil side of her. Now, all the true colors dah nampak. Akhirnya aku dapat tau dirinya yang sebenar. Sememangnya aku bernasib baik kerana tidak bersama-sama dengannya. I'm really glad! Aku betul-betul lega bila dapat tau semua nih. Dah lama tak rasa happy camnih.

Akhirnya semalam, aku berterus-terang dengan mak aku. Mak aku tak hairan. Dia cam dah tau tapi taktau apa yg berlaku. So, aku cerita semua kat dia. Mak aku plak cerita apa yg dibualkan antara dia dgn mak aku on the phone. Heh. Tak hairan la kenapa dia call. Let me keep it to myself. Tak perlu nak cerita kat sini. I've said to my mom, it's up to you whether nak layan ke tak whenever that girl calls. My mom cakap, of course lepas ni dia jadi bias. Hahaha...But I know my mother. Walau camna pun orang buat jahat kat dia, dia tetap layan dengan baik.

To that girl...
The game is over. Stop telling lies. Stop making up stories to win other people's heart. Stop stealing my circle of friends with your "pretending" attitude. You did once with my terato.com friends. But I'm glad certain of them still contacted me. Certain of them never betrayed me. From that, I know who are my real friends. Stop referring my name to anyone whenever you call me an idiot or something. You should ask yourself who's the idiot now. I could say more bad things about you in here but I chose not to. Let bygone be bygone. But still, you're just a slut in my mind.

I've been down, I've been beat. I've been so tired that I could not sleep. I've been so lost, and I could not see. I wanted things that out of reach. But now I'm really glad it all happened. Never been happy like today since middle of 2003. Now, I'm really happy with what I've been through these years. Alhamdulillah. Rupa-rupanya, ini lah tujuan kejatuhan aku dulu dan kini, hikmahNya aku dapat rasakan. Aku bersyukur padaMu Ya Allah!.


### - Sinar yang ku cari semakin dirasai. Ini baru langkah yang pertama.

Posted at 10:31 am by irwandy
(15) Comments  

Tuesday, February 22, 2005
Ada Apa Dengan Perempuan?

Yesterday, we had our unique conversation between guys with no girls around. The conversation went with some difficult & doubtly consequences answers with the questions such as...

"Kenapa bila a guy confess to a girl, then that girl cam nak larikan diri eventhough sebelum tu kawan rapat?"

"Kenapa perempuan taknak berterus terang kalau dia dalam situasi di mana seorang perempuan kasihankan lelaki tu? Terus terang je takleh ke? Supaya hati lelaki tu akan berasa lega walaupun sakit hati daripada menerima lelaki tu atas dasar belas kasihan."

Dan yg paling best punya soalan...

"Kenapa perempuan suka lelaki yang berterus terang tapi perempuan tu takleh nak berterus terang?"

or

"Perempuan tu suruh lelaki tu terus terang tapi lepas laki tu dah terus terang, perempuan tu larikan diri."

Camne nih?...

Hmmm...ntah la. If I like/love somebody, I might just tell her straight or I might take it slow to learn everything about her. What she likes, what she don't like. Depends on the situation la. I'm a person yang suka berterus terang. But usually I just confess to let her know that somebody likes her without any intention to get into a relationship within that period of time. Then, it depends on both sides on how do they work on it if they want to. Then, let her free. Let her think. Let her contemplating. In the mean time, just be her friend. Be a charming and caring person. Always smile. Treat her well. Relax & be cool. Do what she likes. Be there when she needed somebody. And if she comes back, she's yours whenever you and her are ready. And the most important thing is, just be yourself!.


### - Sometimes, you gotta be cruel to be kind. (Terms & conditions apply)
### - Just finished a lyric that just suits my situation. ;)


Posted at 11:13 pm by irwandy
(30) Comments  

Monday, February 21, 2005
Sunday Story

 
 Semalam gi jalan-jalan kat KLCC dgn AP & Dell. Then ternampak plak Tower Records. Terus aku carik CD Peterpan. Sekali tengok, aik..murah plak..RM29.90 je. So, aku pun sambar je la. Nak gak dengar album yang terjual sebanyak 2 juta album dalam masa 6 bulan di Indonesia. Bila aku dah dengar, perghhh...best gak album nih. Aku paling suka lagu "Mungkin Nanti" followed by "Ada Apa Denganmu". Memang tak rugi beli album nih. Aku usually akan dengar mp3 dulu baru aku beli album. If the album is so damn good, I will buy it. Just like this one. Overall, aku suka lagu-lagu dalam album nih. Very nice and just suits my ears.

So now, lagu Mungkin Nanti dah jadi theme song blog ni. Hope you enjoy it!
 Anyway, semalam ada aktiviti memasak di DJC(Don Juan's Crib), iaitu rumah baru yang diduduki oleh Apai, AP, Yaabbna & kawan Apai. Kitorang import khas 2 sukarelawan untuk memasak iaitu Dell, dari UIA dan Zai, dari MMU. Lauk yang berjaya dimasak, Ayam Masak Kicap, Kobis goreng, Telur Dadar, Sardin Masak Pedas dan semangkuk nasik yg besar. Hahaha...Memang sedap diorang masak. Sejuk hati mak mertua kalau tengok diorang masak nih! Hahahahhahah!!...Tapi aku pun join diorang masak. Dah lama tak turun dapur sebab bz dgn keje. Lagipun aku ni pelawat DJC je. Kena jadi sukarelawan gak la. Hehe. Thanks to Dell & Zai sebab masakkan untuk kitorang. Thanks to Apai sbb supply barang2 untuk dimasak. Lain kali bleh buat lagi! Really enjoyed it! Sedap lak tuh!

As for today(Monday), I really dunno what the hell happened to me. Kerja berlambak, fikiran ntah ke mana. Aku tak berapa suka situation camni. Aku pun taktau kenapa. Kalau time tengah free tak fikir pape takpe la jugak. Waduhhh...Jangan esok takleh buat keje lagi sudah. Focus ND! Focus!!!

Posted at 11:20 pm by irwandy
(16) Comments  

Next Page]