Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, February 20, 2005
Oh Hati...

Nampaknya, aku terpaksa melupakan semua janji-janjiku dulu. I have to break all the promises. Bukan aku sengaja, tapi dalam keadaan realiti sebegini aku harus lakukan. Aku taknak menuntut mahupun dituntut atas perjanjian itu. Biarlah ianya hanya menjadi kata-kata hikmah yang pernah ku sebut dulu. Biarlah ianya mati dari fikiranku.

Oh hati. Aku tidak tahu apa yg kau mahu lagi. Cukuplah sejarah menghantui diriku selama ini. Aku ingin melenyapkan semua itu. Aku ingin "delete" segala memori suka duka yang menghancurkan hidup aku suatu ketika dulu. Aku ingin hatiku ini berpindah kepada insan lain yg bersedia menerimaku sebegini. Aku tidak mahu hatiku masih lagi terikat dengan cinta yg lama. Aku ingin melenyapkannya. Semua! Biarlah dia bahagia. Biarlah dia hadapi masa depannya sendiri. Aku harus meneruskan hidup dan melupakannya buat selama-lamanya. Aku rasa itu lebih senang untukku, lebih-lebih lagi hatiku.

Aku hanya menunggu masa dan waktu yg sesuai untuk kembali ke alam kebahagiaan. Aku hanya bersabar je. Bukannya aku desperate. Just that, aku risau kalau jodoh di depan mata, tapi hati aku masih keras disebabkan peristiwa lama. Aku taknak melepaskan peluang yg datang. Ntah la, kadang-kadang aku terfikir, siapakah yg akan membuka hatiku semula? Mungkin sudah ada...


### - Aku ingin hati ini terbuka semula untuk menyintai dan dicintai.

Posted at 10:31 pm by irwandy
(18) Comments  

Friday, February 18, 2005
Bagaikan Ada Sesuatu

Sudah lama aku tidak merasakannya. Sudah lama aku menghidarinya. Tapi ianya datang sedikit demi sedikit. Aku tak pasti apakah maknanya. Adakah ianya untuk kebaikan aku? Adakah ianya datang tepat pada masanya? Tapi aku masih confused dgn diri aku sendiri. Ia datang dgn tiba-tiba. Aku tak pasti kenapa ianya datang pada masa-masa begini. Tapi aku bersyukur juga. Ada juga perasaan takut. Entahlah. Susah nak nak diletakkan dalam kata-kata.

Sometimes, life is weird. We usually let go something precious while it's just in front of us. Kita takkan sedar hinggalah ketiadaannya. But this time, I won't let it happen to me. Aku akan berusaha untuk appreciate apa yg ada di depan aku. InsyaAllah jikalau termampu.

Anyway, just wanna congratulate my bro. Dia dapat nombor 2 overall...out of 180 students untuk persediaan gi Jepun kat Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya. Kelmarin dia masuk Utusan Malaysia dgn other top 5 students. Dapat anugerah & some money. That's cool. Next month dah nak gi Jepun for 4 years. Dia nak amik fizik. Congratulations Bro!

Posted at 01:10 pm by irwandy
(9) Comments  

Thursday, February 17, 2005
Why call?

To the person yg call my mom secara tiba-tiba...

Apahal call? Nak meraih simpati balik ke? Out of nowhere tetiba nak call plak...nak menyusahkan org lagi ke? Nak mainkan perasaan orang lagi ke? Cukup la ko dah menyusahkan aku dulu. Aku tolong secara ikhlas tapi ko beri aku taik. Aku bersabar lagi. Bila aku dalam kesusahan, tak pernah ko nak call aku. Tak pernah nak tanya khabar aku. Tak pernah nak call mak aku pun. Tak pernah nak amik tahu keadaan aku masa aku susah.

Skang ni bila aku dah happy balik, mula la nak masuk dalam dunia aku balik. Apsal? Ko dalam kesusahan plak ke? Nak harapkan aku lagi ke? Nak kasi aku tgk muka kesian ko cam dulu ke? No way. Aku takkan kena tipu lagi. Aku takkan dipergunakan oleh ko lagi. Bila aku senang, mengadu macam-macam kat aku, tepon aku nangis2...pastu nak jumpa aku. Bila aku susah, buat dunno je. Tinggalkan aku camtu je. Ko sanggup lepak & kasi something yg aku deserved kat kengkawan ko yg langsung tak jenguk ko time ko susah.

Selama ni aku bersabar. Aku diam je. Sanggup ko halau aku. Sanggup ko cakap menda-menda yg aku tak deserved kat aku. Sanggup ko amik kengkawan aku sampaikan ko cakap tu kengkawan ko. Takpelah. Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Tak payah la ko nak call mak aku lagi or kaum keluarga aku lagi. Tak payah nak berkirim salam ke apa-apa ke lagi dah. In fact, they still didn't know what happened between you and me just because I don't wanna let them pandang serong or to hate you. For me, you're a girl that just touch and go or you can call yourself, a SLUT!


### - Don't blame me. Blame yourself coz u're the one who started all this. I won't do what you don't like if you don't do what I don't like. Kapish?

Posted at 09:46 am by irwandy
(45) Comments  

Monday, February 14, 2005
Valentine's Day? Ape tu?

Sejak beberapa tahun yg lepas, aku tak pernah miss beli card Valentine's Day utk seseorang. Tapi tahun ni, tiada siapa yg aku nak kasi. Mungkin ada sorang kot? Tapi lupa nak beli. Takde masa! Haha. Esok lusa je la aku kasi kot. Tapi aku tau dia tak sambut valentine. Takyah la kan? :D

Sedih gak bila teringat pada tarikh ni pada tahun lepas. Masa tu aku inginkan semangat dari Dia sebab keesokkan harinya aku ada sesuatu yg penting. Kemudian aku bagi Valentine's Day card utk dia dan hanya lafaz "Happy Valentine's Day awak!" yg aku dengar sebelum aku memasuki semula ke kereta ku. Bila aku dah balik, dia call...say thanks and say good luck. Aku kembali bersemangat untuk menghadapi hari esok.

Tapi tu semua antara kenangan manis yg aku akan ingat sampai bila-bila. Nasi dah jadi bubur. Aku tak dapat buat apa-apa melainkan untuk meneruskan kehidupan ini. Aku tahu dia masih ingatkan aku. Dan aku masih ingat pada dia setiap hari. Tapi aku taknak pisang berbuah dua kali. Cukup lah ianya menjadi satu pengajaran dan menjadi titik permulaan untuk meneruskan kehidupan yg baru.


### - "Awak, saya nak awak jadi ibu kepada bakal anak-anak saya dan menjadi teman hidup saya sehingga akhir hayat saya." .... wahahahhahahah....

Posted at 11:10 pm by irwandy
(15) Comments  

Sunday, February 13, 2005
Aku bukan memilih...

Dalam memilih pasangan hidup, setiap orang mesti ada kriteria mereka sendiri atau dalam erti kata yg lain, memilih. Memilih itu penting kerana untuk mendirikan rumahtangga dengan seseorang bukannya plan jangkasamasa pendek. Kita akan hidup dgn pasangan yg kita kawin tu sampai kita mati. Of course la nak memilih ye tak? Cuma jangan terlalu memilih la.

Mungkin ada di antara kawan-kawan aku cakap aku ni memilih sangat. Aku admit, memang aku memilih. Tapi diorang taktau apa sebabnya aku terlalu memilih. Aku menjadi terlalu memilih ada sebabnya.

Buat pengetahuan semua, ibu aku seorang yg handicap. Tragedi kebakaran di bangunan Bank Bumiputra pada November 1980, 8 bulan selepas aku dilahirkan, telah menyebabkan beliau menjadi seorang manusia kurang upaya untuk seumur hidup. Ibu aku jatuh dari tingkat 7. Selama 15 tahun, beliau boleh berjalan dengan menggunakan tongkat apabila berjalan-jalan di shopping malls or gi bercuti di mana-mana. Kini, beliau hanya berjalan dgn menggunakan tongkat kalau jarak yg pendek, kalau jarak yg panjang, beliau menggunakan kerusi roda. Beliau sudah pun berumur 47 tahun. Kadang-kadang, aku terbayangkan, apakah akan jadi pada ibu aku apabila beliau tua kelak? Adakah aku akan dapat menjaga beliau dengan baik sepertimana ibu aku menjaga ku sejak kecil walaupun beliau kurang upaya?

Disebabkan itulah aku terpaksa memilih dengan teliti. Adakah seorang perempuan di luar sana yg sanggup menerima keadaan ibu aku sebegitu? Adakah seorang perempuan yg boleh menjaga ibu aku bersama-sama dengan aku nanti? Walau rupa cantik mana pun, tapi kalau dia takleh nak accept keadaan kami, aku pun takkan accept dia. Simple as that. Tapi, ada lagi ke perempuan yg sanggup nak terima semua tu? Hmmm...

Walau apapun, my mom is always the priority number one. For me, any girls who accept my mother, she's the one I'm going to get married with.(Terms & conditions apply)...Hahahaha...

So, now you guys know why...I really don't mind if I get married so late as long as my mother is happy. That's all folks!

### - Masihkah ada? Masihkah ada lagi insan yang sanggup menerima semua itu sebagai cabaran hidup?

Posted at 11:33 pm by irwandy
(21) Comments  

Next Page]