Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, February 14, 2005
Valentine's Day? Ape tu?

Sejak beberapa tahun yg lepas, aku tak pernah miss beli card Valentine's Day utk seseorang. Tapi tahun ni, tiada siapa yg aku nak kasi. Mungkin ada sorang kot? Tapi lupa nak beli. Takde masa! Haha. Esok lusa je la aku kasi kot. Tapi aku tau dia tak sambut valentine. Takyah la kan? :D

Sedih gak bila teringat pada tarikh ni pada tahun lepas. Masa tu aku inginkan semangat dari Dia sebab keesokkan harinya aku ada sesuatu yg penting. Kemudian aku bagi Valentine's Day card utk dia dan hanya lafaz "Happy Valentine's Day awak!" yg aku dengar sebelum aku memasuki semula ke kereta ku. Bila aku dah balik, dia call...say thanks and say good luck. Aku kembali bersemangat untuk menghadapi hari esok.

Tapi tu semua antara kenangan manis yg aku akan ingat sampai bila-bila. Nasi dah jadi bubur. Aku tak dapat buat apa-apa melainkan untuk meneruskan kehidupan ini. Aku tahu dia masih ingatkan aku. Dan aku masih ingat pada dia setiap hari. Tapi aku taknak pisang berbuah dua kali. Cukup lah ianya menjadi satu pengajaran dan menjadi titik permulaan untuk meneruskan kehidupan yg baru.


### - "Awak, saya nak awak jadi ibu kepada bakal anak-anak saya dan menjadi teman hidup saya sehingga akhir hayat saya." .... wahahahhahahah....

Posted at 11:10 pm by irwandy
(15) Comments  

Sunday, February 13, 2005
Aku bukan memilih...

Dalam memilih pasangan hidup, setiap orang mesti ada kriteria mereka sendiri atau dalam erti kata yg lain, memilih. Memilih itu penting kerana untuk mendirikan rumahtangga dengan seseorang bukannya plan jangkasamasa pendek. Kita akan hidup dgn pasangan yg kita kawin tu sampai kita mati. Of course la nak memilih ye tak? Cuma jangan terlalu memilih la.

Mungkin ada di antara kawan-kawan aku cakap aku ni memilih sangat. Aku admit, memang aku memilih. Tapi diorang taktau apa sebabnya aku terlalu memilih. Aku menjadi terlalu memilih ada sebabnya.

Buat pengetahuan semua, ibu aku seorang yg handicap. Tragedi kebakaran di bangunan Bank Bumiputra pada November 1980, 8 bulan selepas aku dilahirkan, telah menyebabkan beliau menjadi seorang manusia kurang upaya untuk seumur hidup. Ibu aku jatuh dari tingkat 7. Selama 15 tahun, beliau boleh berjalan dengan menggunakan tongkat apabila berjalan-jalan di shopping malls or gi bercuti di mana-mana. Kini, beliau hanya berjalan dgn menggunakan tongkat kalau jarak yg pendek, kalau jarak yg panjang, beliau menggunakan kerusi roda. Beliau sudah pun berumur 47 tahun. Kadang-kadang, aku terbayangkan, apakah akan jadi pada ibu aku apabila beliau tua kelak? Adakah aku akan dapat menjaga beliau dengan baik sepertimana ibu aku menjaga ku sejak kecil walaupun beliau kurang upaya?

Disebabkan itulah aku terpaksa memilih dengan teliti. Adakah seorang perempuan di luar sana yg sanggup menerima keadaan ibu aku sebegitu? Adakah seorang perempuan yg boleh menjaga ibu aku bersama-sama dengan aku nanti? Walau rupa cantik mana pun, tapi kalau dia takleh nak accept keadaan kami, aku pun takkan accept dia. Simple as that. Tapi, ada lagi ke perempuan yg sanggup nak terima semua tu? Hmmm...

Walau apapun, my mom is always the priority number one. For me, any girls who accept my mother, she's the one I'm going to get married with.(Terms & conditions apply)...Hahahaha...

So, now you guys know why...I really don't mind if I get married so late as long as my mother is happy. That's all folks!

### - Masihkah ada? Masihkah ada lagi insan yang sanggup menerima semua itu sebagai cabaran hidup?

Posted at 11:33 pm by irwandy
(21) Comments  

Friday, February 11, 2005
Holiday Activities

Last Sunday's activity, karaoke-ing. For pictures, click HERE. The casts were...Me, Dell, Apai, Ap, Mike, Rizal, Zhoulsz, Bobba, Bahau, Nuar, Leman, Cik Sepai...

1st day of Chinese New Year, kitorang main bowling dengan bebudak Geju kat Alamanda, Putrajaya. There were nearly 20 of us. Kali ni aku tak menyerlah. Mungkin penat kot(alasan je). Hahaha...But it was fun though. Main 3 lanes. Cukup puas hati. For pictures, click HERE.

Lepas bowling, balik CDO. Tido & lepak kat sana. Aku bangun tido je, diorang main voice conference kat YM. Rupanya ada sessi karaoke thru voice conference. Nuar suh aku nyanyi. Dengan suara baru bangun tido nak suh aku nyanyi. So, aku nyanyi la lagu Cinta Seorang Teman by Bob AF2. Syok plak nyanyi pakai head microphone. Then, semua suruh aku gi audition AF3 sabtu depan. Damn it! Tengok la camna. If I got what it takes, selamba je la. Hehe...Pictures at CDO, click HERE.

Yesterday, aku dgn geng CDO gi Batang Kali. Berpiknik di sana. Best wooo...air dalammmm...bleh terjun tiruk dari tempat yg tinggi. Bleh buat tsunami!..hahahahahh...Memang puas hati la. Yang pegi, aku, ap, apai, Bobba, Nuar, Leman, Karip, Bahau, Am, Nana & Unag. For pictures, click HERE!


### - CDO bermaksud Casa de Orange. Sebuah apartment yang diduduki oleh orang-orang bujang trang tang tang. Hehehe...

Posted at 03:05 pm by irwandy
(2) Comments  

Tuesday, February 08, 2005
Menjalinkan Hubungan

Dulu, pengertian cinta tiada langsung di dalam hati. Pengertian sayang terhadap seorang perempuan juga tiada. Aku hanya menjalinkan hubungan dan memberi komitmen kepada seorang perempuan kerana aku melihat kebanyakan rakan-rakan ku sudah mempunyai teman masing-masing. Aku juga ingin begitu. Akibat daripada sifat sebegitu, aku mula merasakan ianya membuatkan aku tidak selesa. Tapi itu dulu.

Menjalinkan hubungan dan memberikan komitmen kepada seseorang tanpa rasa cinta dan sayang bukanlah sesuatu yang aku inginkan, malah tiada siapa pun inginkan perkara itu terjadi. Semua orang ingin menjalinkan hubungan dengan seseorang yg mereka cinta dan sayang dengan sepenuh hati. Itu lah sebenarnya yang aku perlukan.

Pada zaman muda remaja, kita selalu hendak menjalinkan hubungan just for the sake of couple not love or even for the sake of lust. But now, as time goes by, aku mula memahami apa ertinya apabila menjalinkan hubungan dengan seseorang. Apa yg aku perlu beri. Apa tanggungjawabnya. Sedikit demi sedikit aku pelajari setiap hari. Ternyata melalui pengalaman-pengalaman yg lalu membuatkan aku lebih matang dan lebih memahami terhadap apa yg dinamakan menjalinkan hubungan cinta ini.

Sekarang ini, aku bukan mencari. Aku hanya biarkan hati aku memilih. Buat masa ini, aku lebih selesa bersendirian & juga bersama kawan-kawan. Nak kata aku suka, memang ramai. Tapi hati rasa cam batu. Tiada perasaan lebih daripada suka. Aku pun pelik. Tak pernah aku macam ni. Tapi aku suka camni! Senang hidup aku! Hehe.

Tapi, hari tu nenek aku terkejut bila dia dapat tau aku beli kereta baru. Dia seolah-olah macam tak bersetuju lantas dia bertanya...

"Ni bayar kereta bulan-bulan ni, habis tu bila nak kahwin?...bla bla bla bla bla bla..."

Adoiiiiiii...maklumlah, aku cucu pertama. Anak sulung lak tu. Come on nenek...I'll be 25 this year...still young. Nak kumpul harta dulu, baru boleh kasi bakal isteri hidup dengan selesa dan rasa secure di bawah tanggungjawab aku.

### - Sukar untuk aku lafazkan, sukar untuk aku luahkan, sukar untuk aku berikan dan sukar untuk aku rasakan...

Posted at 09:39 am by irwandy
(18) Comments  

Monday, February 07, 2005
Lutut ku Gedebuk!

Hari Sabtu, aku dapat surat from Malaysian Flying Academy (MFA). It's the academy prospectus. Memang menarik but when it comes to the whole course fees, RM145,000 for 60 weeks!!! Damn!!! I thought so. So, dia bagi instructions on how to apply for the course. Kinda simple but the exam surely like shit. Hehehe.

Sabtu malam, 1am-3am (Sunday morning)...aku main futsal dgn geng CDO(Apai, Leman, Mike, Yaabbna, Bobba, Unag, Bahau, Karip, Ap) dan geng clique aku. Well, walaupun lutut still rasa sakit, aku main jugak! Degil sungguh! Mula-mula main, dapat score 2 goals. Lepas tu...tibe tibeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee je ade org tekel aku, pastu gedebuk aku jatuh. Lutut belah kiri aku yg sakit tu....haaa...lutut tu la yg kena lantai dulu. Gedebuk! Hamik ko! Leman  cakap ade bunyik  masa aku jatuh tu. Sakitnya jgn cerita la. Aku mula la teringat hospital. Takkan nak masuk balik kot. Nasib baik tak patah ke apa. Memang sakit sangat sampai aku kena keluar dari court futsal tu. Aku rest jap...

Lepas rest, aku berjalan-jalan. Pastu aku rasa cam dah ok, aku sambung main futsal balik. Kali ni aku score 5 gol! Lebih daripada sebelum aku sakit tadi. Muahahahahah...errr..still sakit lagi sebenarnya...so, aku berhati-hati la masa main tu supaya tak jatuh lagi.

Hari Ahad, gi kenduri kahwin Fariz aka Salji & Aida. SELAMAT PENGANTIN BARU! Amat cocok sekali pasangan ini. Tahniah!

Lepas kenduri kawin, gi amik Dell kat UIA, then gi karaoke dgn geng CDO. Ape lagi, melalak sampai kul 7pm. Pastu gi NZ...lepak sana dgn geng CDO sambil bercerita tentang kisah silam. Sedih aku mendengarnya. Well, nanti la cerita utk entry yg akan datang...

Posted at 11:11 am by irwandy
(9) Comments  

Next Page]