Friday, February 04, 2005
Once cheated, never been cheated again. And this is what I'm trying to avoid. Being cheated! When I think back those days, I felt like shit. It's kinda stupid you know kinda thing. Well, beware of some girls nowadays, they like to use you and get what they want and just leave you like that. Even someone would offer their body to make you believe that she fell in love with you. Hugs, kisses and those sacred 1.4.3 words. All lies. So guys, please beware for these type of girls although not all girls are like that. That's why I'm just flirting around for now. It's kinda fun.
I just uploaded the BBQ & Wedding pics. Just click
http://irwandy.fotopages.com
Posted at 02:19 pm by
irwandy
Thursday, February 03, 2005
Terdengar di stesen radio ERA pagi tadi, pada waktu bilakah saat-saat kejatuhan yang tidak dapat dilupakan di mana ianya membuat anda susah dan jatuh gedebuk dan susah hendak bangkit dari kejatuhan itu? Tidak kiralah sekiranya anda putus cinta ke, kena sound "You're Fired!!!" ke, kena tendang dari universiti ke or anything.
Dan adakah disebabkan saat-saat seperti itu, anda terus berjaya dan menjadi lebih baik daripada dulu, ataupun anda masih termangu-mangu dalam mencari erti kehidupan yg sebenar? Dan bagaimana kehidupan sekarang? Apakah kesan daripadanya?
Macam aku, terdapat banyak peristiwa yg membuatkan aku jatuh gedebuk. Tapi aku segera bangkit. Tapi, ada satu keadaan di mana aku terasa seperti kata pepatah, "sudah jatuh ditimpa tangga". Memang waktu itu aku amat susah hendak bangkit untuk berdiri tegak di bumi yg nyata. Semua masalah besar tiba-tiba datang dalam satu pakej. Kemudian, ada pakej-pakej yg lain datang pula menambahkan keadaan menjadi bertambah buruk.
Walau apapun, aku bersyukur aku berjaya melepasi semua itu. In fact, aku rasa aku dah jadi a lot better then before. I mean, a better person. Walaupun aku tidak mendapat apa yg aku kehendaki, tapi aku akui tidak semua benda yang kita nak tu kita mesti dapat. But, I'm a perfectionist. Aku akan cuba untuk dapatkan apa yg aku hajati. Tidak kiralah jangka masa pendek atau panjang. There's no way I'm gonna quit kecuali sudah terbukti itu adalah suratan takdir Ilahi.
Bagaimana pula dengan anda?
Posted at 09:20 am by
irwandy
Tuesday, February 01, 2005
Bulan Februari datang lagi. Aku rasa takut bila masuk bulan Februari ni. Aku taktau apesal. Mungkin sejarah-sejarah silam menghantui diri aku. Banyak perkara-perkara yang akan menyebabkan aku terjejas teruk sepanjang tahun selalunya berlaku pada bulan ini. Walau apapun, aku harus mengharunginya. Aku harus yakin bahawa tahun ini akan membawa kebahagiaan untuk diri aku dan lebih murah rezeki, InsyaAllah.
Aku sebenarnya sedang menunggu Prospectus Malaysian Flying Academy. Ntah bila nak dapat tah. Hmm. Aku bercita-cita nak menjadi seorang commercial pilot. Dulu aku pernah apply utk masuk Malaysian Flying Academy tapi tak dapat sebab aku takde fizik katanya. Masa kat sekolah, aku bukan science stream. So, hancurlah cita-cita aku nak jadi pilot. Sedih gila time tu.
Dan skang ni, kelayakan untuk masuk Malaysian Flying Academy tu dah dilonggarkan. Tak perlu ada fizik, diorang nak any science subject je. So, aku ada chance untuk merealisasikan cita-cita aku. Ayah aku cakap dia tak kisah. In fact, dia still encourage aku. Untuk memasuki akademi itu, aku kena ada
First Class medical examination of Airline Transport License standard. Aduh. Bleh lepas ke ni? Pastu ada ujian-ujian lain sebelum diterima masuk akademi. Course ni selama 15 bulan di Batu Berendam, Melaka. More info at
MFA.
Terlalu lewat? Tidak. Tahun ni aku berumur 25. Masih muda. Menuntut ilmu tak mengenal usia. Tengok lah macam mana. Tunggu dan lihat.
Posted at 10:05 am by
irwandy
Monday, January 31, 2005
Hari Sabtu pagi, aku ada exam PTD sampai ke petang. Kertas Pengetahuan Am kira ok la. Kertas Daya Pemikiran Masalah(Maths) mmg cam hampeh. Tak cukup masa langsung. Kertas Pemahaman Esei, kira boleh la tahan. Esei BM & BI, best pulak menulisnya. Tapi keseluruhan, kira ok la except for kertas Maths tu. Ntah pass ke tak. Kita tgk camne nanti.
Habis PTD exam tu, terus aku balik rumah. Then, bersiap-siap gi BBQ kat rumah
Basri. Ada BBQ GMI & Geng Jurnal. Makanan berlambak wooo. Ayam pun besar. Memang puas hati. Meehoon goreng sedap! Aku suka! Ada dalam 50 lebih blogger yg datang. Ayam memang cukup2. Alhamdulillah. Thanks to everyone especially to
Basri &
E1.
Semalam, pagi Ahad, aku gi Kluang, Johor. Konvoi 3 kereta dengan bebudak kolej & MMU (
Jonee, Irina, Kak Lin, Faris, Shah, Ayie, Emma, Nana,
Hafiz, EG and Wan) nak gi kenduri kahwin Sally & Yush. Dua-dua mempelai ni collegemate aku tahun 1998-1999, mmg rapat sampai skang. Kitorang bertolak dari tol sg besi tu kul 10am. Kul 11.30am sampai kat R&R Pagoh. Lepak situ jap. Kul 12pm gerak gi Kluang dan sampai kat rumah Sally kul 1pm. Kitorang maintain 110-120km/h je.
Masa kenduri kawin tu kitorang semua buat cam rumah sendiri plak. Haha..amik gambar sana sini. Diorang semua makan tambah sampai 2-3 kali. Aku tak makan. Haha. Kitorang tgk diorang bersanding, amik gambar and memacam lagi. Kul 4.30pm, kitorang gerak balik ke KL. Singgah di Restoran Jejantas Ayer Keroh kul 5.30pm. Kul 6.30pm gerak ke KL. Sampai kat KL kul 7.30pm. Kejap je?..Memang kejap sbb masing-masing bawak cam orang gile. Hahaha. Aku maintain 140-170km/h. Kekadang cecah gak 190km/h. Sebab semua tido! :D
Anyway, congratulations to Sally and Yush. SELAMAT PENGANTIN BARU! Enjoy your 2 weeks holiday!
Gambar tak sempat nak upload lagi. Semalam balik terus tido. I will upload it later.
Posted at 09:22 am by
irwandy
Saturday, January 29, 2005
I'll be very busy towards this weekend (today & tomorrow). Pagi ni aku ada exam PTD sampai ke petang. Wish me luck. Lepas Maghrib plak ada BBQ gathering kat rumah Basri kat Mutiara Subang dengan bebudak Geju & GMI sampai la ke malam. Gotta perform for the gathering, tapi tak confirm lagi. Tak prepare pape pun lagi.
Tomorrow(Sunday), I'll be driving to Kluang, Johor. My old friend aka my ex-collegemate punya kenduri kawin. Kitorang konvoi 3 kereta. Me, Faris & EG. So, I might not update my blog for these two days. Anyway, I need some rest and some sleep!
Errr...can I change my profession?...errr...to be a pilot maybe?..hehe..that's my ambition since a kid!
Posted at 12:15 am by
irwandy