Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, February 03, 2005
Saat Kejatuhan Anda...

Terdengar di stesen radio ERA pagi tadi, pada waktu bilakah saat-saat kejatuhan yang tidak dapat dilupakan di mana ianya membuat anda susah dan jatuh gedebuk dan susah hendak bangkit dari kejatuhan itu? Tidak kiralah sekiranya anda putus cinta ke, kena sound "You're Fired!!!" ke, kena tendang dari universiti ke or anything.

Dan adakah disebabkan saat-saat seperti itu, anda terus berjaya dan menjadi lebih baik daripada dulu, ataupun anda masih termangu-mangu dalam mencari erti kehidupan yg sebenar? Dan bagaimana kehidupan sekarang? Apakah kesan daripadanya?

Macam aku, terdapat banyak peristiwa yg membuatkan aku jatuh gedebuk. Tapi aku segera bangkit. Tapi, ada satu keadaan di mana aku terasa seperti kata pepatah, "sudah jatuh ditimpa tangga". Memang waktu itu aku amat susah hendak bangkit untuk berdiri tegak di bumi yg nyata. Semua masalah besar tiba-tiba datang dalam satu pakej. Kemudian, ada pakej-pakej yg lain datang pula menambahkan keadaan menjadi bertambah buruk.

Walau apapun, aku bersyukur aku berjaya melepasi semua itu. In fact, aku rasa aku dah jadi a lot better then before. I mean, a better person. Walaupun aku tidak mendapat apa yg aku kehendaki, tapi aku akui tidak semua benda yang kita nak tu kita mesti dapat. But, I'm a perfectionist. Aku akan cuba untuk dapatkan apa yg aku hajati. Tidak kiralah jangka masa pendek atau panjang. There's no way I'm gonna quit kecuali sudah terbukti itu adalah suratan takdir Ilahi.

Bagaimana pula dengan anda?

Posted at 09:20 am by irwandy
(7) Comments  

Tuesday, February 01, 2005
1 Februari 2005

Bulan Februari datang lagi. Aku rasa takut bila masuk bulan Februari ni. Aku taktau apesal. Mungkin sejarah-sejarah silam menghantui diri aku. Banyak perkara-perkara yang akan menyebabkan aku terjejas teruk sepanjang tahun selalunya berlaku pada bulan ini. Walau apapun, aku harus mengharunginya. Aku harus yakin bahawa tahun ini akan membawa kebahagiaan untuk diri aku dan lebih murah rezeki, InsyaAllah.

Aku sebenarnya sedang menunggu Prospectus Malaysian Flying Academy. Ntah bila nak dapat tah. Hmm. Aku bercita-cita nak menjadi seorang commercial pilot. Dulu aku pernah apply utk masuk Malaysian Flying Academy tapi tak dapat sebab aku takde fizik katanya. Masa kat sekolah, aku bukan science stream. So, hancurlah cita-cita aku nak jadi pilot. Sedih gila time tu.

Dan skang ni, kelayakan untuk masuk Malaysian Flying Academy tu dah dilonggarkan. Tak perlu ada fizik, diorang nak any science subject je. So, aku ada chance untuk merealisasikan cita-cita aku. Ayah aku cakap dia tak kisah. In fact, dia still encourage aku. Untuk memasuki akademi itu, aku kena ada First Class medical examination of Airline Transport License standard. Aduh. Bleh lepas ke ni? Pastu ada ujian-ujian lain sebelum diterima masuk akademi. Course ni selama 15 bulan di Batu Berendam, Melaka. More info at MFA.

Terlalu lewat? Tidak. Tahun ni aku berumur 25. Masih muda. Menuntut ilmu tak mengenal usia. Tengok lah macam mana. Tunggu dan lihat.

Posted at 10:05 am by irwandy
(15) Comments  

Monday, January 31, 2005
PTD, BBQ & Wedding

Hari Sabtu pagi, aku ada exam PTD sampai ke petang. Kertas Pengetahuan Am kira ok la. Kertas Daya Pemikiran Masalah(Maths) mmg cam hampeh. Tak cukup masa langsung. Kertas Pemahaman Esei, kira boleh la tahan. Esei BM & BI, best pulak menulisnya. Tapi keseluruhan, kira ok la except for kertas Maths tu. Ntah pass ke tak. Kita tgk camne nanti.

Habis PTD exam tu, terus aku balik rumah. Then, bersiap-siap gi BBQ kat rumah Basri. Ada BBQ GMI & Geng Jurnal. Makanan berlambak wooo. Ayam pun besar. Memang puas hati. Meehoon goreng sedap! Aku suka! Ada dalam 50 lebih blogger yg datang. Ayam memang cukup2. Alhamdulillah. Thanks to everyone especially to Basri & E1.

Semalam, pagi Ahad, aku gi Kluang, Johor. Konvoi 3 kereta dengan bebudak kolej & MMU (Jonee, Irina, Kak Lin, Faris, Shah, Ayie, Emma, Nana, Hafiz, EG and Wan) nak gi kenduri kahwin Sally & Yush. Dua-dua mempelai ni collegemate aku tahun 1998-1999, mmg rapat sampai skang. Kitorang bertolak dari tol sg besi tu kul 10am. Kul 11.30am sampai kat R&R Pagoh. Lepak situ jap. Kul 12pm gerak gi Kluang dan sampai kat rumah Sally kul 1pm. Kitorang maintain 110-120km/h je.

Masa kenduri kawin tu kitorang semua buat cam rumah sendiri plak. Haha..amik gambar sana sini. Diorang semua makan tambah sampai 2-3 kali. Aku tak makan. Haha. Kitorang tgk diorang bersanding, amik gambar and memacam lagi. Kul 4.30pm, kitorang gerak balik ke KL. Singgah di Restoran Jejantas Ayer Keroh kul 5.30pm. Kul 6.30pm gerak ke KL. Sampai kat KL kul 7.30pm. Kejap je?..Memang kejap sbb masing-masing bawak cam orang gile. Hahaha. Aku maintain 140-170km/h. Kekadang cecah gak 190km/h. Sebab semua tido! :D

Anyway, congratulations to Sally and Yush. SELAMAT PENGANTIN BARU! Enjoy your 2 weeks holiday!

Gambar tak sempat nak upload lagi. Semalam balik terus tido. I will upload it later. 

Posted at 09:22 am by irwandy
(6) Comments  

Saturday, January 29, 2005
Busy Weekend

I'll be very busy towards this weekend (today & tomorrow). Pagi ni aku ada exam PTD sampai ke petang. Wish me luck. Lepas Maghrib plak ada BBQ gathering kat rumah Basri kat Mutiara Subang dengan bebudak Geju & GMI sampai la ke malam. Gotta perform for the gathering, tapi tak confirm lagi. Tak prepare pape pun lagi.

Tomorrow(Sunday), I'll be driving to Kluang, Johor. My old friend aka my ex-collegemate punya kenduri kawin. Kitorang konvoi 3 kereta. Me, Faris & EG. So, I might not update my blog for these two days. Anyway, I need some rest and some sleep!

Errr...can I change my profession?...errr...to be a pilot maybe?..hehe..that's my ambition since a kid!

Posted at 12:15 am by irwandy
(3) Comments  

Friday, January 28, 2005
Bahasa Komunikasi

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia adalah bahasa komunikasi rasmi utama di Malaysia. Tetapi nampaknya sekarang ini, bahasa Melayu semakin ditelan oleh Bahasa Inggeris. Mungkin ini adalah kerana struktur pembelajaran mengenai Bahasa Melayu tidak begitu menyerlah dan tidak kuat berbanding Bahasa Inggeris.

Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan cara Kementerian Pendidikan Malaysia membuat garis panduan terhadap skop subjek Bahasa Melayu di setiap sekolah mahupun di peringkat IPT. Anda semua tentu mengambil subjek Bahasa Melayu semasa anda menduduki peperiksaan SPM. Dan hampir setiap tahun, terdapat ramai desas-desus mengatakan bahawa kertas Bahasa Melayu adalah yang paling susah untuk dijawab.

Melalui apa yg kita belajar semasa di sekolah, saya dapati cara pengajaran untuk subjek Bahasa Melayu terlalu banyak menitik beratkan pembacaan daripada komunikasi atau pertuturan. Terlalu banyak teori daripada pertuturan. Ini berlainan dengan dengan Bahasa Inggeris yang selalu menekankan komunikasi dan "pronunciation". Akibatnya, ramai yang mendapati bahawa Bahasa Inggeris mudah dipelajari dan difahami. Saya juga berpendapat begitu.

Bagi saya, komunikasi atau secara praktikal adalah lebih penting daripada belajar teori. Melalui komunikasi, barulah ada minat terhadap budaya & bangsa di samping dapat menghayati keindahan bahasa Melayu. Dan seterusnya memartabatkan bahasa ibunda sendiri di negara sendiri. Seperti di Amerika Syarikat, mereka lebih mementingkan komunikasi dan praktikal daripada teori. Sebagai contoh, ramai rakyat Amerika mendapat keputusan yang buruk apabila mereka mengambil subjek "ENGLISH LANGUAGE". Itu bahasa mereka sendiri tetapi mereka tidak pandai dari segi teori. Tetapi kita sudah ada teori, hanya komunikasi & praktikal sahaja diperlukan untuk melengkapkannya.

Dalam subjek Bahasa Melayu juga, terdapat beberapa perkara yang saya rasakan tidak begitu penting dan hanya akan menyusahkan para pelajar dan seterusnya akan melenyapkan Bahasa Melayu itu sendiri. Saya rasa, adalah lebih baik jika "perkara-perkara" yg tidak penting itu dijadikan sebagai salah satu subjek utk mempraktikkan Bahasa Melayu secara praktikal supaya ianya lebih mudah difahami dan dihayati.

Bagi saya juga, Kementerian Pendidikan harus mengolah semula subjek Bahasa Melayu supaya semua kaum di Malaysia akan menghargainya dan berkomunikasi sepenuhnya dengan menggunakan Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan seharusnya mewujudkan satu lagi subjek atau sub-subjek untuk Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu-komunikasi di sekolah-sekolah terutamanya untuk golongan yang bukan Melayu. Mungkin tak perlu bertutur dalam bahasa baku. Mungkin hanya bertutur seperti masyarakat Melayu biasa. Takkan nak jadi skema pulak kan?

Hmmm...kalau kementerian tak buat jugak, aku taktau ape akan jadi terhadap Bahasa Melayu akan datang.

Posted at 11:34 am by irwandy
(2) Comments  

Next Page]